Tuesday, 23 February 2016

Remember : War of The Son daus

REMEMBER: WAR OF THE SON
by daus



Rating Keseluruhan Drama:  (7.0+7.0+6.5+2.5+2.5) =25.5/4=6.38)
1. Cerita  (7.0/10)

Digarap style mak jang,  drama ini cuba follow rentak drama Punch pd thn lepas tp belum cukup bagus utk diperbandingkn.Punch yg lebih tampil tersusun dgn perancangan yg teliti sblm adegan kejutan yg  sememangnye menggamit penonton ttg logiknya kesan daripada perancangan itu dibuat ttp ianya tak berlaku pd Remember.

Remember kekurangan dr segi asas & kelogikan kpd sesuatu tindakan dilakukan. Juga, Remember sedikit gagal untuk tampilkn kekuatan motif peneraju utama, Seo Jin Woo utk membela ats ketidakadilan yg berlaku pd ayahnye. Idea ttg motif sudah ada tp bibit-bibit perancangan yg dibentuk tampil khilaf pada dari awal sehingga ke akhir cerita.
Cthnye, pd mulanya penonton ditunjukkan bgmn begitu sukarnye utk bawa kes pembunuhan ke trial tp laluannye jd mudah bila seorg demi seorang mula membelot lalu kes mereka berjaya dibawa ke trial. Politik di mahkamah ditunjukkan begitu mudah di saat akhir dgn secebis ugutan.

Screenwriter juga tidak byk meneroka keajaiban "superior memory" lalu menjadikan wtk Seo Jin Woo dgn kelebihan ini sgt penting throughout the whole story at least at he first of half. Kemudian, screenwriter tunjukkan ats kelebihan dimiliki ini, maka Seo Jin Woo mengalami "drawback" di mana akhirnya dia menghidap Alzhemier (nyanyuk) di usia yg muda. Tetapi tidak ditunjukkan bagaimana  "superior memory" itu digunakan scr berlebihan sehingga mencetus pd Alzhemier. Dan juga, keadaan beransur-ansur dihidapi Alzhemier yg ditunjukkan oleh Seo Jin Woo juga kurang jelas dr segi perlakuan dan facial ekspresi kecuali pd pengakhiran cerita. Namun, pujian harus diberikan pd olahan watak Alzhemier yg dibawa oleh bapa pd Seo Jin Woo.

Apapun, di sebalik kekurangan2 ini, Remember masih membuatkan saya teruja utk follow cerita seterusnya. It is a good start by a newbie writer. Ia hanya perlu diperhalusi dgn teliti ttg perkara2 yg saya suarakan td.

2. Keberkesanan Lakonan (7.0/10)

Yoo Seung Ho

Wtk ni agak terlalu matang utk dibawa oleh seung Ho. Facial expression yg ditampilkan agak awkward dlm keadaan tertentu. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan pd kekuatan emosi yg ditonjolkan.

Park Min Young

Bubbly actress. Tiada "substance" ttp ia juga tidak tampil "annoying" spt wtk2 yg dibiasa dibawa beliau sblm ni.

Park Sun Woong

Wtk pra-ahjussi ni pd mulanya digarap dgn baik dgn layer humour & longat daerah tertentu. Tp lama-kelamaan, ia semakin dilupakan.

Nam Goong Min
Pelakon ini berjaya menyerlahkan wtk sociopath dgn anger management issue. Dgn mimik muka dgn lontaran dialog mirip pelaku mereka yg dirundum mslh psikologi, wtk Nam Gyu Man sememangnya ditampil dgn kelas tersendiri.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (6.5/10)

The rest problem is how directing take places. Pengarah juga bertanggungjwb bentuk kekuatan "watak" yg dibawa pelakon2. Masing2 tidak menyerlahkan layer perwatakan yg kuat.  Kekemasan, teknik kamera, pemilihan settings dan kreativiti pengarahan juga kurang ditekankan.

4. Skor muzik (2.5/5)

Sememangnye instrumental sgt membantu menaikkan aura drama ini. OST kurang menonjol.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)

50/50


TOTAL = (7.0+7.0+6.5+2.5+2.5) =25.5/4=6.38)
Nomination: -NONE-

Reply 1988 naqibnasuha

 
Rating Keseluruhan Drama:  (9.99+9.99+10+5+5) =39.98/4=9.995)






REPLY 1988

REVIEW BY NAQIBNASUHA




Sebelum memulakan review thumb up untuk channel TVN,writer leewoo jung dan director shin wo ho kerana menghasilkan satu karya yang bagi pendapat saya terbaik sepanjang bergelumang dengan drama2 korea yang bermula sejak tahun 2002 lagi. The best drama yang pernah dihasilkan oleh production korea. Ini bukan bodek atau telah dirasuah oleh TVN untuk bagi canangkan reply 1988 ini di forum kat sini tp ini dari hati ikhlas suci murni saya sebagai peminta tegar korea drama..Reply 1988 umpama satu masakan tom yam lengkap semuapakej rempah ratusnya..walau de sedikit rasa tawar macam kurang garam tapi kepedasannya yg boleh dianggap tom yam yg mengancam habis dgn bhn2 mentah yangsegar udang, sotong,ketam,lala,ayam yang membuatkan hidangan ini power!!okayback to the story…reply 1988 adalah bukan drama mankjang,konflik berpanjangan  atau khayalan tapi reality kepada mereka yg melaluinya saat2 memori nostalgia zaman era akhir 80 an termasuk nas sendiri yg hmpir ilang ingatan tentang era ini  namun mulai flashback kenangan lama yg mana setiap perjalanan drama ini memberi gambaran yg jelas apa yg berlaku pada masa itu..walau 2 negara yg berbeza korea dan Malaysia  ade similarity dari segi budaya di era akhir 80 an dgn masyarakat Malaysia kita….reply 1988 adalah cerita yg dekat dgn kita malah intipati cerita ini seolah2 macam kita sendiri melalui sebagai rakyat biasa org kebanyakan atau bahasa skrg ni orgpanggil rakyat marhaen…di sini nas akan review dgn cara berbeza..mgkin nas lebih kepada persoalan kekeluargaan  dan persahabatan berbanding love story diorang yg nas kurang cakna skit bab ni utkciter reply ni…ye kot…maybe 10%...hahaha adalah jgkkan…okay sblm nas mengarutlagi dgn mukadimah yg panjang let’s to main point..

1.   CERITA (9.9/10)

Selepas menghasilkn reply 1997 dan reply 1994,sekali lg reply tampil dgn penulis dan pengarah yg sama tp berbeza genre.Reply 1988 satu drama bercorak kekeluargaan dan persahabatan..drama sisi reality khdpn kita sehari2 as normal people..as like this we live in our life...kat sini satu2 diorang tjkkn how normal people menjalani kehidupan sehari hari.. permulaan waktu sampai satu hari berlalu..everyday we just did the same things for life.....parent risaukn masa depan ank2..ayah fikirkn soal nk setel beban hutang,mak sibuk fikirkan soa lank nk mkn apa nk masak pe...risau ank tak dpt msk kolej,pastu ade yg buat keje sampingan nk tampung family...all about our life...
its really sincere dalam drama...situasi yg sama dgn dunia luar..ditampilkn dgn zaman era akhir 80 an dan permulaan awal 90an..reply 1988 masih mengekalkan resepi terdahulu pencarian siapa suami seperti mane reply 1994..cuma perubahan dari segi penumpuan cerita ini lebih kepada soal perhubungan kekeluargaan dan persahabatan yang erat di kalangan rukun tetangga..soal cinta pertama,cinta fairytales,cinta senyap2,cinta monyet,cinta antara dua umur berbeza,cinta duda dan balu,cinta budak sekolah..semuanya dikumpulkn serentak dlm reply kali ini.permulaan cerita dgn paparkn deoksun dewasa bercerita tentang kehidupan mereka di masa lalu...cerita yg bermula dgn 5 sekawan yg sama umur tapi berlainan personality..berkawan sejak kecil sehingga dewasa dan melalui pelbagai fasa yg mematangkn mereka..bersama mereka turut diceritakan  macam mana org tua membesarkn ank2 mengikut acuan masing2... nas akan kupaskan satu persatu apa yg istimewanya reply ini..okay now kita move on kepada pengenalan watak-watak..

SINOPSIS DAN PERWATAKAN

keluarga Deoksun
tinggal dibasement rumah keluarga junghwan. Sung Dong Il berkerja di bank sebagai Penolong pengurus di Han Il Bank. Seorang pekerja yg rajin bekerja dan berdedikasi. Walaupun dia sudah lama berpindah ke Seoul, loghat Jeollado masih lagi ketara.seorang yg baik hati dan pemurah.Cepat berasa kasihan kepada penjual tepi jalan yg dijumpai dan membeli apa sahaja barangan mereka.Sikapnya itu sering menjadi bebelan isterinya ini kerana kehidupan mereka hanya cukup makan shj dek gaji yg diperolehi terpaksa dipotong gara2 menjadi penjamin kawannya yg tak mampu nk byr balik pinjaman.Isterinya Lee II Hwa seorang yg pandai me masak..walaupun tak cukup wang dia sering kali memasak makanan yg byk utk diagihkan kpd jiran2nya..lee hwa II sentiasa menjaga keluarganya dari awal pagi hingga lewat mlm menyediakan keperluan suami dan anak2..namun sering berasa geram sakit hati kat suami dek kemurahan keterlaluan suaminya itu yg mementingkan org luar dari keperluan keluarganya..namun penantian utk terlepas beban berakhir apabila kwn dong ill telah melangsaikn segala hutang piutangnya...hidup keluarga dong il mula kembali normal..bab org sini kata sifat yg baik membawa kebaikn dan berkat rezeki(hasil berkat tlg org yg susah)dong il dan le hwa mempunyai 3 orang anak.Bora anak yang sulong belajar dlm pengkhususan pendidikan matematik di Universiti seoul. Menjadi kebanggaan keluarga tapi seorang keras kepala dan panas baran.sering memberontak danmelakukan mengikut kehendak dirinya sendiri. kurang rapat dgn ayahnya tapi sama2 syg menyayangi.. apabila keluarganya bebas dari belenggu hutang dong ill dan isteri membenarkn anknya mengambil peperiksaan sivil utk menjadi peguam..bercinta dgn ank jirannya si sung woo..merahsiakn hubungan mereka selama 6 thn dan akhirnya rahsianya telah bocor dan kesudahan cinta mrk akhirnya bersatu.. anak yang kedua deoksun masih bersekolah SSangmun highschool. Kurang cerdik berbanding kakaknya namun mempunyai personality yg hebat.seorang yg mengikut trend terkini dan berminat dgn apa sahaja kecuali belajar.Sering bergaduh dgn kakaknya dan rase dipinggirkan dan mengalah. namun begitu dia diminati oleh 2 jejaka yg merupakn kwn baik..diakhir cerita ditunjukkan yg deoksun mejadi pramugari..cinta sejatinya dgn taek..Noel anak  bongsu pelajar tahun 1 SSangmun High,mempunyai rupa paras lelaki dewasa berbanding usianya.Noel sering kali menjadi org tengah dan buntu dalam pengaduhan oleh kakaknya2..menjadi anak kesayangan ayahnya satu2nya anak lelaki dlm keluarga ini..dgn hatinya yg lembut tidak memberikan apa2 masalah kepada keluarganya..di sebalik wajah de satu bakat terpendam dlm dirinya..dan barangkali bl noel dewasa mgkin dia menjadi seorang penyanyi atau composer.

Keluarga Junghwan
Kim Sung Kyun membuka sebuah kedai Goldstar Electronics.Tuan rumah yang Dong il tinggal. Menjadi kaya dalam sekelip mata tapi tidak meninggi diri bersikap humble. Dia adalah mood maker kawasan kejiranan. Sering membuat joke tetapi tidak begitu dihiraukan oleh keluarganya…hanya deoksun yang boleh gang dgnnya.Seperti dong il masih keras dgn loghatnya Gyeongsangdo.Isterinya bernama Ra miran surirumah sepenuh masa dan dikenali sebagai leader wanita bagi kawan kejiranannya kerana keberanian dan wanita cekal. Dikenali dgn gelaran cheetah anhjumma kerana fanatiknya kepada corak cheetah(cheetah lover).Dia tidak pernah menolak permintaan untuk meminjam wang, dan menjaga orang-orang di persekitaran seperti keluarganya sendiri.Sering mencuba memasak makanan baru esp masakan barat dan mengubah kepada citarasa korea serta menyajikan kepada jiran2 tetangga.sgt risau akan anaknya jung bong yg sering gagal dlm peperiksaan kemasukan kolej berbanding masalah jantung anaknya..mempunyai dua orang anak laki2.Yang sulong bernama jung bong..telah gagal sebyk 6 kali persediaan kemasukan kolej.Namun dia tidak pernah berasa kecewa dgn kegagalannya kerana sentiasa ade hobi tersendiri yg dia blh enjoy dgn tenang.hobinya berubah mengikut zaman..akhirnya jung bong berjaya selepas percubaan kali ke 7..namun berhenti kolej setelah menyedari minatnya kepada bende lain..kesudahannya jung bong memjadi seorang chef..maybe faktor cinta yg merubah hidupnya..hehehe..anak bongsu keluarga Ra miran bernama Junghwan.Pelajar di SSangmun high dan memcapai gred yg bagus dalam pencapainan akademiknya.Mempunyai personality yg agak keras,perengus dan agak sukar difahami isi hatinya dan jenis kategori badboy.Namun turut ada hati yg berbunga dan pandai menjaga hati orang tuanya.dikenali dgn gelaran dog Jungpal oleh kawan2nya.Taksub dgn permainan bola sepak.Dirumah jenis yg x byk cakap hanya sepatah dua kata sahaja bile bercakap dgn ibubapanya.Seorang yg amat faham jiwa abangnya dan sentiasa merealisasikan sesuatu impian berdasarkan kepada impian abgnya..dia akhirnya merealisasikan impiannya menjadi airforce pilot bersesuaian dgn  karakternya yg keras.

Keluarga Sunwoo
Kim Sun Young seorang surirumah dan yg plg muda dikalangan kejiranan.sifatnya yg mudah menangis dan mempunyai byk aegyo. Dia seorang yg happy go luck dan sgt berminat dgn gossip2 kawasan kejiranannya bersama Ra miran dan Lee Hwa. Namun menjadi ibu tunggal dalam usia yg muda selepas kematian suaminya..tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pencen suaminya untuk menyara kehidupan sekeluarga..Mempunyai 2 orang anak sorang laki dan sorang perempuan.anak lelaki sulong pelajar di ssangmung high dan merupakan presiden di sekolahnya.Pencapaian akademik yg sangat cemerlang dan sgt digilai oleh pelajar wanita dan popular dikalangan guru2.anak yg sgt baik dan dimpikanoleh semua ibu2 diluar sana.Mempunyai personality yg lemah lembut dan penyayang dan sering berkongsi apa sahaja dgn ibunya dan dia ibaratkan seperti anak perempuan kecuali kisah cintanya yang dirahsiakan.berbanding 5 sahabat diaadalah yg paling matang..akhirnya impian ibunya utk tgk dia jd doktor tercapai..anak perempuannya bernama jinjoo dan masih kecil. anak bongsu Sunyoung menerima kasih sayang daripada semua orang dalam kejiranan. Sgt mengemari lagu tema kartun.Masanya byk dihabiskan dgn abgnya dan sgt menyayangi abgnya itu sebelum sygnya beralih arah kepada org lain iaitu ayah Taek…

Keluarga Taek
Choi Moo Sung mempunyai kedai menjual jam dan jewelery..tinggal bersama anak tunggal bernama taek. seorang yg x byk brcakap dan dikenali sebagai jiran yg xde perasaan. rajin menyapu di lorong dan membuka kedai setiap hari.
Beliau berpindah ke Ssangmundong selepas isterinya meninggal dunia. Beliau sangat bersyukur kerana mempunyai jiran-jiranyang blh merawat hati yg lara stlh kematian isteri dan melayan mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri.
Walaupun anaknya mendapat banyak wang, dia tidak pernah membelanjakan untuk dirinya sendiri. malah merasakn amat bersalah kpd anknya kerana Taek menjadi pencari rezeki pada usia yg muda.. Tetapi dia berasa lega kerana Taek mempunyai rakan-rakan kejiranan di sisinya.Taek ank tunggalnya seorang genius pemain baduk sejak dari kecil. terkenal sebagai aset negara Korea sebagai ahli baduk terkenal dgn khbtannya.menjadi pemain pro pada usia 11thn dan Menang gelaran dunia pada umor 13 thn. Dan pd thn 1988, beliau menduduki kedudukan nombor 1 di dunia dan byk menjuarai hampir kesemua kejohanan dan mendapat ganjaran wang tunai.disebalik khbtanya dan kepintaran dlam permainan baduk di sisi real dia hy insan biasa yg punya byk kelemahan..dlm khdpn normalnya dia kurang bercakap..kurang peka n lmbt bertindak,sering satu langkah ke belakang. sering berkata sesuatu selepas oranglain sebut tlbh dahulu,tidak pandai bercakap kotor atau maki makian, Dia tidak dapat membuat ramen sendiri dan mengikat tali kasut sendiri ... satu-satunya perkara yang dia tahu adalah bermain baduk. tidak ramai kawan kecuali
Kawan-kawan kejiranan Junghwan, Sunwoo,Dongryong dan Deoksun.ini kerana mereka membesar di kawasan kejiranan yang sama.walau npk mcm lembap tp cpt bertindak dalam soal cinta..hahahaha

Keluarga Dong Ryong
bapa dong ryong seorang cikgu biasa di sekolah dgn reputasi garang..manakala isterinya queen of insurans yg sentiasa sibuk sampai tiada masa utk ank bongsunya.dong ryong mempunyai 2 org abgnya..yg mane hanya dong ryong yg tinggal bersama ibu dan bapanya..dong ryong seringkali ditinggalkn bersendirian..dan byk lepak di rumah taek..segala makan minumnya byk dihabiskn di rumah jiran atau ramen yg menjadi teman setianya....disebabkan kekurangn kasih sayang dia sometimes bertindak bodoh dan x msk akal.. cepat merajuk dan terasa hati dgn ibu bapanya..seorang yg malas study dan suka tidur..namun pandai dlm berfalsafah...kata2nya  kadang2 masuk akal juga...finaly ditunjukn yg dong ryong bekerja dgn abgnya di kedai sebelum mempunyai restoran sendiri.

now kita fokuskan kepada the strength of plot kepada cerita reply 1988 ini.

a) Jalan citer kekeluargaan dan persahabatan
boleh katakan penulis berjaya menyuntik elemen kekeluargaan yg sgt kuat dan nilai persahabatanyg sgt tinggi dlm citer ni...elemen yg ditunjukkn sgt jelas n terang n reality khdpn hari ini....mesej yg disampaikan sgt sampai dan berkesan kepada kita..sampai kite boleh  menilai sendiri hubungan kita dgn family kita dlm realiti hidup kita...antara moment kasih sayang dan nilai2 kekeluargaan yg  rase sgt memberi kita satu teladan kepada corak layanan,sikap kite thdp family kite sendiri..antaranya nilai kekeluargaan di sini:

1.bila ra miran rase kecik hati mcm tak diperlukan oleh suami dan ank2..
junghwan pada mula tak dpt nk tangkap maksud tersirat maknya mula perasan apabila ada bercakap dgn dong ryong tentang hal ini..junghwan balik ke biliknya berpura2 tidak jumpa baju yg dicarinya..dan memanggil maknya dan bertanya kat mane mak dia simpan bjnya..maknya bingkas bgn dan mencari sambil membebel..junghwan meletakkan tgn abgnya jung bong ke atas periuk yg panas dan memanggi lemaknya yg jung bong cedera..mak bergegas mmbuat rawatan kecemasan..junghwan menolak arang yg dibawa oleh ayahnya dan mengatakan ayahnya tidak pandai menukar arang..maknya bergegas dan membebel kepada ayahnya..apa yg dilakukan oleh junghwan semata2 utk mengembira mak dia dan menyatakan mak dia adlh org sgt penting dlm family...nilai kasih syg yg sgt indah ditonjolkn..

2.babak dimana ra miran berlagak kononnya dia dulu bekerja hebat di bhgn finance dan belajar di kolej..namun temberangnya pecah pabila ra miran dan suami dpt peluang bercuti ke jepun..ra mi ran tak tau baca nama dia ikut ejaan abc pabila junghwan suruh bacakan nama mengikut ejaan english dalam pasportnya...junghwan yg sdh tahu perkara snbnr tidak tunjukkan sebarang reaksi..tak nak bg mak dia malu dia tulis tlsan hangul kt atas paspot tu...scene ni sgt2 buatku terharu..

3.babak di mana mak sung woo sbnrnya suka masak walaupun dia sbnrnya tak reti nk buat masakan yg sedap2..dia sedaya upaya buat mcm2 resepi bg ank2 mkn..kira air tgn ibu ni amat berkat..tiap hari akn sediakan mknan buat anknya sungwoo utk bawa bekal pergi sekolah..kadang sampai 2 bekal lagi..smpai sek mkn dgn kwn2,kwn ckp x sedap..masin..tp sung woo mkn jgk..bekal tu banyak mkn satu bekal pun dh kenyang....bila abis sek dh mlm sungwoo blk umah tgk de satu bekal lagi..sblm msk dlm umah..sung woo mkn bekal tu..walau penuh dengan kulit telur dan masin pun sungwoo tetap makan  dgn lazat..sedih tau ms scene ni...tgk camna seorang ank nak appreciate mak dia...tak nak bagi mak dia terguris..satu sikap terpuji..

4.ayah deoksun dpt hadiah baju dari anakpompuan sulong Bora...suka yg teramat..esok siap pergi kerja dgn baju baru..siap puji cakap anakya pandai beli baju sesuai dgnnya..padahal sendat mcm balut nangka..kekeke..sama scene dpt kasut..suka sgt ckp ank dia tau je saiz kasut dia.  pujian melambung...pdhal longgar teramat smpai kena letak tisu...

5.ayah taek yg kita sangkakn org tak de perasaan...bila org ckp kwsn kg diorang sekrg byk kes kecurian..buat tak tau je..dgn anknya pun sama smpai ank dia sendiri pun tak tau tentang perasaan ayahnya sendiri..sehinggalh berlaku satu exciden kapal terbang nk ke jepun terhempas...bila berita ni disiarkan jiran dan kawan2 mula cemas...ayah taek mula nampak macam biasa mula cemas dan cpt2 mencari buku telefon..dengan reaksi yg tiba2 ayah taek menjerit telah mengejutkan sung woo dan maknya..bila dh dpt cal pengurus taek emosinya dh stabil..bila dh blh bercakap dgn anknya br ayahnya tenang...lps tu taek jumpe dgn pengurusnya ayah dia okay..takkan risau psl dia..tp pengurus taek menyatakn sblknya..nk lbh confirm sungwoo telefon bgtau.jadi taek tahu yg ayahnya sgt2 menyayanginya dan amat risau.
selain itu juga nilai persahabatan juga membawa mesej sgt baik dan perlu diteladani...sikap tolong menolong antara sama jiran,sharing food antara satu rumah kerumah,sikap mengambil berat antara jiran2,mengambil tahu ape jua perkara sama2 susah sama2 senang...malah boleh katakan persahabatan dan kerakraban rukun tetangga lebih dari akrab dgn ank beranak lagi..penulis tidak sama sekali menampilkn elemen negatif dlm cerita ini...salah satu scene di mana deoksun bergaduh dengan teman wanita noel dan dibawa ke balai..ayah noel datang kebalai dan melihat penampilan gf noel terus marah2..then kakak dia smpai dgn gaya rambut color2...bila tau hal sbnr baru ayah noel mintak maaf..faktor luaran bukan ukuran kepada sifat negatif seseorang itu...bak omputih kata dont jugde book by the cover...mesej di sini sgt bererti untuk kita jdkn pengajaran dans ikap manusia yg suka berburuk sangka.. sekali lg writer tjkn nilai persahabatan sama rata antara generasi tua dan muda..takde gaduh,berkelahi,jeles- menjelesi,dengki iri hati antara satu sama seperti drama mahjang yanglain..semuanya ditonjokkn dlm bentuk positif dan indah..mcm pengorban seorang sahabat demi sahabat..junghwan sudah lama memendam perasaan cinta pada deoksun..namun x mampu nak diluahkan..sehinggalh suatu hari ketika lepak ramai2 bersama teman2nya satu luahan perasaan dari kawannya si taek bhw dia sgt menyukai doksun... luahan itu satu kejutan beruk buat junghwan..pernah dong ryong berkata mengenali seseorang yg tengah dilamun cinta tegok matanya yg bersinar..pada scene yang lain  dlm bilik Taek dihari deoksun dan dong ryong asyik menari sambil disaksikan oleh kwn2 nya...msg2 ketawa tgk gelagat diorang ni sambil taek tersengih2 mcm kera busuk sambil  melihat deoksun, ada insan lain turut sama memandang deoksun dan tersengih keriangan iaitu junghwan...taek syak junghwan mcm suka kat deoksun jgk..utk menguatkn tekaannya dompet junghwan tertinggal dlm biliknya dan taek buka dompet tu dan lihat ade gmbr jh dan doksun bersama...tp demi persahabatan diorang masing2 pendam perasan diorang...no no  scene gaduh2 tumbuk menumbuk tau seperti kebiasaan drama cliché yg lain.

b) Karakter
karakter sgt2 wise...boleh katakan suka semua watak dlm citer ni..tiada satu karakter pun yg  fikir nk ignored atau rase wataknya menyakitkan hati..satu yg plg dikagumi dgn writer citer ni dia bagi ruang dan scene blh katakan nk sama rata semua karakter dlm citer ini..hatta ayah dong ryong yg jrg2 muncul tu pun rase wtk dia sgt berkaitan antara satu sama lain..dan ade nilai ceritanya yg tersendiri..kdg2 sampai kita sendiri terfikir sapa karakter utama dlm citer ni.. keseimbangan watak antara yg tua dan muda dan boleh katakan biasanya scene org tua selalu saje bosan dan cpt2 skip..tetapi tidak dgn reply1988..malahan kita tertunggu2 scene diorang esp my feveret karakter dlm citer reply ni makcik ra mi ran satu family…..


C) Mesej2 berkaitan motivasi dan inspirasi
penulis juga berjaya menyampaikn mesej motivasi dan inspirasi dgn berkesan.contohnya mcm deoksun walau tak pandai belajar,malas study tp sesuatu yg istimewa dlm dirinya..iaitu kematangannya dlm menangani sesuatu perkara dan pandai bab tolong kwn2.. penah berlaku ketua kelas deoksun budak cerdik n rajin belajar tp mempunyai penyakit sawan. Dan tidak diketahui oleh kawan2 sekelasnya..namun berlaku episode malang bile tiba2 kawanya itu terkena serangan sawan dalam kelas dan disaksikan oleh semua kawan sekelas..deoksun yg turut ade bersama cpt2 memberi bantuan kecemasan dan menghantar di bilik rawatan. Ada flashback di mana ibu ketua kelas pernah dtg berjumpa dgn guru kelas dan memaklumkan akan penyakit anaknya dan memberitau ibu ketua kelas  deoksun  dlm ramai2 kawn sekelasnya yg boleh diharap dan dipercayai...ini terbukti tepat pemerhatian cikgu kelas deoksun ini..mlh cikgunya sendiri de menyatakn kepada ibu deoksun  yg deoksun akan berjaya  walau peluang nak msk kolej agak sukar.
begitu juga dgn jung bong yg telah 6 kali cuba amik peperiksaan kemasukan kolej..finally kali ke 7 dpt masuk.. finally ditunjukn yg deoksun menjadi pramugari yg satu kerjaya yg sesuai dgn personalitynya..
bab kata ayah junghwan..masuk kolej bkn penentu utk kite brjaya..mane2 sahaja boleh berjaya..walau tanpa segulung ijazah...
terdapat banyak babak motivasi dan harapan utk mengapai impian yg diselitkn dlm citer ni..
ditunjukn cmna deoksun menangis teresak2 dihdpn maknya dihari perjumpaan antara ibubapa dan ank2 disekolah....deoksun sgt sedih dgn prestasinya dan sedih x dpt capai impian ibunya utk masuk kolej dgn gred dia yg sgt rendah...maknya cakap its okay walau dalam hati ada sedikit kecewa.sama juga dgn scene sung woo dan bora yg mahu percintaan diorang mndapat restu ibubapanya..walaupun ibu2 diorang tidak dpt nak terima pada awalnya..dgn pemujukan secara lembut akhirnya diorang setuju.
disini juga penulis tonjolkan seorang adik yg sgt mengambil berat akan abgnya..menjadikn dirinya sebagai batu loncatan buat jung bong nk capai cita2 dan impian dia yg tak blh nk capai  disebabkan oleh masalah kesihatan..dan akhirnya jung bong meminta junghwan memenuhi impian dia sendiri berbanding mencapai impiannya..

THE ONE AND ONLY WEAKNESESS

Kelemahan yg paling the big impact kepada cerita reply ni adalah wtk junghwan tiada kesudahan..bila masuk epi 19 wtk junghwan seperti tidak diberi pengakhiran atau gantung tidak bertali..sesudah goodbye my first love wtk junghwan terus tiada link dgn watak deoksun..actually x kisah sgt deoksun berakhir dgn sape2 pun tp kesudahan cerita ini agak mengecewakan.. bkn saje pada saya tp kpd seluruh team junghwan diluar sana..pembinaan karakter junghwan yg sgt cantik dgn mcmmana interaksi dan perhubungan antara watak jh dan deoksun terhasil...bila JH dlm kegembiraan kemaruk cinta sembunyi kite jgk turut bergembira sama.Bila junghwan sedih kite turut bersesedih...semua ape saje perbuatannya,mimik muka,ekspresi riak wajah,body languagenya cukup mendalam writer wujudkan insan bernama junghwan ni.Malah bila  dia frust menonggeng,confesionnya yg main2 hakikatnya benar menjadi igauan buat semua peminat junghwan ni....namun keunikannya terhenti sampai episode 18 sahaja....msk epi 19 dan 20 mcm merasakn dia bukan junghwan yg kita kenali sepanjang 18 episode ini..alangkah indahnya episode kisah junghwan ditamatkn dgn junghwan telahredha yg deoksun bukan jodohnya dan ada scene di mana diorang ni berjumpa dan deoksun tahu isihati junghwan  thdpnya..cuma hati dia sudah dimiliki sipemunya adalah taek....ini sbnrnya yg sedikit menrencatkn jln citer reply ni.
 
2. KeberkesananLakonan (9.9/10)

Salah satu aspek yang paling suka dlm reply 1988.Pdnim Berjaya membentuk pelakon dgn watak-wataknya.Walau ada di antara mereka adalah muka2 baru,tapi kesesuaian karakter dgn lakonan amat bersesuaian..now kita move on satu persatu persatu pelakon dan karakternya.

1.Hyeri as Deoksun ( Rookie Actress)
pada mula nas agak skeptical dgn hyeri ni...pernah tgk dia sblm ni dalam hyde and jekyll tp sebagai supporting yang tiada nilai pun di sana… sampai terfikir layak ke dia berlakon citer ni..tp andaian nas tidakbenar..hyeri berjaya membawa wtk doksun dgn cemerlang. Walaupun masih byk perlu diperbaiki ade sttgh lakonannya mcm tidak real tapi lakonan boleh dianggap Berjaya membawa wtk deoksun dgn baik dan kita lihat hyeri adalah deoksun bukan hyeri as kpop idols…dia mampu membawa watak deoksun yang cheerful,bodoh2alang,fashionista,gedik pun ada sometimes,gila2...diharap bakatnya dapat diperkembangkan lagi utk menjadi seorang pelakon versatile pada suatu hari nanti.

2.Ryu JooYeol as junghwan(rookie actor)
sukar untuk sesiapa tidak jatuh hati dengan karakter junghwan..dia punya body language,ekpresi matanya,wajahnya mmg marvellous..lakonannya sgt2 amazing dan excellent utk muka baru mcm dia… dgn gaya lakonan ala2 badboy ryu blh dianggap berjaya bg permulaan kariernya dalam kdrama..diharap saya dpt melihat aksi memukaunya lg dlm drama pada masa terdekat ini...

3.Park Bogum as Taek
mengenali park bo gum sejak cerita wonderful mama lg..berlakon sbg ank manja..dan nodame versi korea sbg pemain muzik..namun masih blm dpt memikat hatiku dgn lakonan..namun semua berubah dlm citer reply ini..lakonan sebagai taek sgt memukau..dia berjaya membawa wtk taek dgn cemerlang..kita blh npk perbezaan wtknya dari permulaan cerita sampaiending..sisi kematangannya terserlah..lakonan ada jiwa walau hanya paparkn body language dan bhs mata..permainan perasaan sgt hebat..sama mcm ryu jugak.kita boleh feel dgn wataknya..diharap kecemerlangan park bo gum diteruskan..

4.Ko Gyung Pyo as sungwoo
sejak mengenali insan ni dlm cerita FBND sisi lakonannya ade peningkatan...bg saya nilh lakonan terbaik gyung pyo..mgkin wataknya byk screen times yg menonjolkn kematangan lakonannya...wtknya sebagai sung woo sgt2d ikagumi sebagai ank yg taat kpd ibunya dan sentiasa mengambil berat psl ibunya dan adiknya..

5. Ryoo Hye Young as bora
sebagai pelakon baru ade byk bende yg perlu diperbaiki..walaubagaimanapun  lakonannya pun agak baik. terutama scene yg last yg byk bermain air mata...hrp dia dpt diberikan wtk yg lebih  mencabar.

6.Lee dong Hwi as dong ryong
tiada org lain yg dpt pegang wataknya..sgt2menjadi wtknya ank yg kurang kasih sayang..personality yg gile2,bersikap kebudak-budakn,merajuk x kena tmpt,suka menonton filem2 blue..tp pandai bab2 berfalsafah..gaya,intonasi bercakap sgt2 kena dgn watak..tahniah pdnim cungkil permata baru yg bersinar..


7.Ra miran as Ra miran (best supporting actress)

super amazing perfomance dari actress ini..mmg marvelous..x dpt disangkal my favourite utk calon supporting actress if tak menang ni x taulh...hahaha..lakonan yg sgt2 natural,dgn gaya bhs badannya,percakapnnya,lakonan sgt hidup dan bernyawa..slps membuat researh project gangnam college baru tau dia pernah berlakon citer the heirs...mmg tak perasan pun lakonanya dlm drama tu..tp di sini mmg thumb up..siape x suka ahjumma cheetah ni...msh terbyg lenggok gaya tariannya semasa singging contest berlatarkan lagu telur!!telur!!telur!!hahahahaha....mmg master pieces acting ...daebak!!!..tak sbr nk tgk lakonannya dlm citer drama terbaru sbs..

Kim Sung Kyun as sung kyung(Best supporting actor)
sisi lakonan yg mantop...sgt berbeza dgn lakonannya citer reply 1994..smpai nas terpaksa usa pmata byk kali,pastu lapkn cermin mata ni..betoi ka ni org yg sama??btl2 terpukau..lain sungguh karakternya..smpai tgk balik scene reply 1994..apo bezo bonar ni...hahaha tahniah super great job acting..wataknya yg seorang joker yg tak  bape nk lawak memukau..tp plg suke ms scene dia bersedih nk sambut besday dia yg trgt mak dia...sedih tul..waktu yg dia sakit tu mengarah wife dia pu nsuke...suka semualah..
Lee dong il (Best supporting actor)
actor berwajah bengis ni sekali lagi tampil dgn watak yg hebat..sisi lakonannya dlm ni rase lbh kuat dr reply 1994...seperti biasa lakonan hebatnya tak dpt dinafikan kehebatannya..beri apa shj watak pasti dia akn memberikn lakonan terbaik..syabas ahjussi dong il..

8.Lee II Hwa
sebenarnya dh byk dah tgk actress ni berlakon...tp kbyknnya watak yg cantik2,baju lawa2,make up lawa2..lakonananya dlm citer ni blh thn dan sesuai dgn karakternya dilema ibu dlm membesarkn ank2dan risau tentang ms depan ank2..namun lakonannya msh blm lyk utk dicalonkn best supporting actress.

9.Kim Sun young as su young
actress ni plg suka gaya pertuturanya...mmg byk aegyo ahjumma ni.. lakonannya sebagai mak sung woo blh thn jgk...tp yg plg suka amakcik ni body language actingnya...

11.Choi moo sung as ayah taek(Best supporting Actor)
ni sorang lagi actor yg memukau dgn lakonanya..tak pnh rase tgk pakcik ni..opss pakcik ke??lakonan pun superb..dgn mimik muka dia org tak de perasaan..sygkn ank tp tak tau nk luahkan..kasih sayang yg ditunjukan melalui perbuatan sudah cukup membuat ku terpukau gaya lakonan yg bersahaja tapi bertepatan dgn karakternya..mmg lyk utk dicalonkn supporting actor..

3. Aspek teknikal(Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (10/10)

dari segi teknikal sangat perfect hasil produksi reply ini.Penggunaan props,fesyen,cinematografi mmg kena dgn era akhir 80 an dan 90 an....tidak npk langsung kecacatan pada penggunaan propnya..malah background music mcm lagu tema citer airwolf,ghosbuster,era zaman citer cina tgh top leslie cheung,maggiecheung,joey wong lagu dr artis popular mcm ub40 dan richard max benar2 mengamit memori era dulu bg saya yg mmg berada zaman itu..pengunaan sound effect kambing...mbek!! Permulaan cerita dengan berlatar belakangkan sukan olimpik di seoul diselitkn dgn deoksun menjadi  sukarelawan gadis pembawa sepanduk bg temasya sgt hebat dan kreatif pengarah citer ni..


bekas presiden yg lari bersembunyi di kuil,revolusi rusuhan,,berebut2nak naik bas,permulaan dasar terbuka di korea membenarkn rakyatnya pergi melancong,pengunaan perkatan hangul yg terkini,perubahan akta yg mmbenarkan penggunaan name pertama sama blh berkahwin..setiap scene yg mlibatkn perubahan tahun diselitkan dgn perkara2 yg menjadi viral pd masa itu..mcm berlatarkan filem2 org puteh yg tgh top mcm cite top gun,speed,forest gump,dirty dancing...untuk menguatkn lgkreativiti teknik pengarahan yg menyamai era 80 dan 90 an ini ditunjukn macamana bermula era permainan /hobi bermusim mcm main arcade game,kumpul setem,permainan monopoli,pengunaan surat sebagai altenatif komunikasi,terima surat x diundang (serius ckp x sgka kat korea ade surat berantai igt nas je y gpnh dpt dulu)..hantar poskad tuju lagu,tape suara,main gores dan menang,kegilaan ank muda berorigami(smpai skrg nas mmg x pnh dpt buat origami...hahaha) kite juga dpt lihat perubahan penggunan teknologi dari telefon kepada pengguna pager..penggunaan komputer...pengunaan radio kaset,walkman ke radio stereo,mcmmana ramai yg hilang pekerjaan di bank atas sebab pengunaan mesin atm yg br diperkenalkan..
dari segi teknik pengarahanya sgt pandai bermain flashback..dari satu babak ke babak yg lain sgt smooth..contoh dlm episode 9 mcmna diorang tunjukan flashback perhubungan antara mak sung woo dan ayah taek ni terjalin...sama juga babak di mana deoksun temankan taek masa de hari ptandingan baduk di china mmg sgt cantik scene kat situ.
pengarah juga pandai mengaitkan jln citer dgn reply terdahulu iaitu reply 1994..
watak trash oppa di bawa masuk dalam cerita ini sebagai kawan sung woo yg satu course perubatan..dan dpt link dgn baik dgn jln citer.terbaiklh pdnim!!
background kawasan kejiranan yg menarik dgn susunan barang2 dlm umah yg menyamai era pd thn itu..5 bintang..sgt perfect!!
Sebelum menutup tirai review ini alangkah indahnya jika ending citer ni semua wtk2 dewasa di era thn baru ditemukan dgn mengadakan satu perjumpaan di rumah ibu bapa deoksun atau junghwan berjumpa smbil mengimbas kembali...atau pun setidak2nya memceritakn secara narative corak kehidupan diorang pd thn 2016 ni satu persatu.mgkin nas merasakan ade sedikit faktor masa yg mungkin rushing ending....atau penulis sengaja nk pendajal peminat2 di luar sana..

sesungguhnya cerita reply 1988 ini byk meruntum jiwa..byk babak2 dlm citer hampir menyamai reality dlm kehidupan nas..
tidak pernah lagi menonton drama hatta drama melayu pun jln citer ade kaitan dgn diri nas...pertama kali dlm sejarah hidup n menangis di setiap episode cerita ini..
betapa hebatnya reply ini 1988 yg membawa nostalgia hidup semasa kecil dahulu...
berakhirnya reply 1988 ini seperti saya jugak yg turut mengucap selamat tinggal masa silamku....
                                            
Goodbye Ssangmun-dong!!!
  
goodbye reply 1988!!


4. Skor muzik (5/5)
banyak lagu2 yang menggamit memori dan meruntun jiwa dan perasaan ini..ni di antara favourite nas.



1. Kim Feel ft Kim Chang Wan - Youth      

2. Lee Juck  - Don't Worry Dear   

3. Park Bo Ram – Ssangmundong / Hweyadong   


5.KEBARANGKALIAN UNTUK TONTONAN SEMULA (5/5)

sudah semestinya akan ulang balik cerita ini.Nas bukan jenis yg suka ulang drama tapi tarikan kepada storyline yg menyebabkan nas ulang banyak kali cerita ini..

SEKIAN TERIMA KASIH


 

Reply 1988 plasterhati

REPLY 1988
by plasterhati
 

 

Rating Keseluruhan Drama:  
(9.98+9.95+9.9+5+5) =39.83/4=9.96)

1. Cerita  (9.98/10)

Drama ini menampilkan penceritaan yang hampir perfect. Drama berbentuk komedi, kekeluargaan, kemasyarakatan, isu semasa, sejarah, percintaan,cinta pertama, isu-isu kemanusian dan persahabatan ini berjaya mendapat tempatnya tersendiri dalam industri k-drama sehinggakan mencatatkan rekod rating tertinggi dalam sejarah bagi tayangan cable networks iaitu 18.8% dan internet rating 92.5%. Ia satu jumlah besar bagi tayangan cable networks, drama biasa di 3 major broadcast pun banyak yang mendapat rating bawah 10%. Ia adalah kejayaan besar stesyen tv berbayar kerana boleh disimpulkan hampir semua pemilik cable networks menonton finale drama ini. Saya berani mengatakan bahawa drama ini adalah drama terbaik yang dihasilkan dalam sepuluh tahun terakhir ini kerana sejak akhir akhir ini produksi lebih banyak menekankan aspek teknikal, CG, pemilihan pelakon dan ost daripada penyanyi ost terkenal berbanding kekuatan dan kesinambungan cerita.
         
        Drama Reply 1988 adalah sebuah produksi yang berjaya, kerana mempunyai kesinambungan cerita yang mantap, skrip yang sangat kuat serta berkesan, garapan perkembangan cerita dan watak dan perwatakan yang terancang, mempunyai kesinambungan. Kaedah penceritaan flashbacknya juga patut diberi pujian kerana tidak nampak kaku atau dibuat-buat dari segi jalan ceritanya dan fesyen dan gaya rambut semasa babak flashback yang tidak awkward seperti kebanyakan drama lain.

         Setiap watak mempunyai perwatakan uniknya sendiri milik watak itu dan mempunyai kisah dan sejarah masing-masing sama ada watak-watak utama the gang maupun watak pembantu ibu bapa masing-masing yang mempunyai karektor mereka sendiri sehingga kepada watak pinggiran Michael dan kawan  match maker Bora. Begitu juga ketelitian penceritaan yang memaparkan isu-isu dalaman setiap keluarga seperti Bora dan Dong Il ajussi yang tidak rapat, Dong Il ajussi mencopet duit dari dompet isterinya, ayah Junghwan yang tidak pandai repair barang, Ayah Taek yang sedih kerana tidak mengingati apa mimpi sblm dapat Taek serta waktu Taek dilahirkan di mana ketelitian inilah yang menguatkan penceritaan drama ini. Maka sesuailah dengan tema kekeluargaan yang ingin ditampilkan.

          Cerita ini telah berjaya membawa penonton belayar ke tahun 1988 sehingga 1994 bukan saja melalui paparan peristiwa-peristiwa penting dunia dan negara korea tetapi juga dimasukkan unsur cerita kepada watak seperti perdana menteri yang bersembunyi di kuil dikaitkan dengan Jung Bong yang ke kuil kerana sukakan makanan di sana, Olimpik 1988 Seoul dikaitkan dengan Doksun sebagai picket girl, kapal terbang terhempas dikaitkan dengan kisah Taek ke Jepun untuk pertandingan Fujitsu Cup dan menyebabkan Taek seperti baru tersedar yang selama ini ayah dia sangat sayangkan dia, peristiwa VSS beramai-ramai pekerja bank akibat perluasan penggunaan machine dan computer dikaitkan dengan bapa Doksun yang pencen awal walaupun terpaksa. Ini menunjukkan bahawa pengarah dan penulis skrip drama ini membuat perancangan yang sangat teliti, kajian dan gaya penceritaan yang excellent sehingga wujud kesinambungan cerita dan peristiwa, karektor, persona dan pekerjaaan setiap watak dari episode 1 ke episod 20 dan hasilnya di skrin penonton tidak nampak lubang atau “hole” di mana-mana yang tidak berkesinambungan dalam drama ini.

         Penceritaan berkenaan kejiranan di era 80an dan 90an yang ikatan dan kepercayaan berjaya digarap dengan cemerlang di mana wujud suri rumah yang menyediakan bahan untuk makan malam bersama-sama sambil bergosip, jiran tetangga yang rapat dan saling kenal hati budi, sehinggalah kepada perkara mesyuarat rukun tetangga bulanan berkala walaupun mereka adalah muka yang sama jumpa setiap hari rumah Taek yang boleh keluar masuk tidak kira masa. Ini adalah perkara normal di zaman itu walaupun nampak pelik di era sekarang.
Cerita Reply disukai kerana memaparkan cerita kehidupan sebenar di samping menggamit memori kerana tiada chaebol, tiada amnesia tiba-tiba, kisah makjang kematian insan penting sehingga merubah kekayaan, ataupun tiada watak antihero atau villain – hanya sekadar manusia normal di rumah, sekolah atau kejiranan tertentu yang menjalani hidup normal, kerja seperti orang kebanyakan, bersekolah di sekolah biasa dan kisah perjalanan yang memberi kematangan kepada watak-watak dalam drama tersebut. Reply 1988 pada kali ini nampaknya lebih menunjukkan reality kehidupan dengan bapa Doksun bekerja sebagai pegawai bank kelas pertengahan, bapa Dongryong guru biasa bukannya guru besar sekolah, bapa Taek dan ibu bapa Junghwan yang agak berada tetapi bukan berlagak kaya atau membuli kawan yang susah.

          Jika dibandingkan dengan produk Reply sebelum ini, ternyata sekali drama Reply 1988 kali ini adalah karya lebih matang daripada pengarah dan penulis skrip Reply series sama ada dari segi perjalanan cerita dan penceritaan, perkembangan watak yang lebih stabil, tema yang lebih mantap dan skrip yang lebih teliti dan cemerlang.

          0.02/10 demerit adalah untuk perjalanan kisah cinta Teak-Doksun sehingga mereka berkahwin yang tidak diolah dengan lebih detail iaitu bagaimana mereka menghadap kedua ibu bapa kedua belah pihak untuk mendapat keizinan berkahwin kerana sehingga sekarang, double in-laws masih taboo di kalangan rakyat Korea, apatah lagi di zaman itu. Adakah berlaku perang dunia ketiga, adakah ibu bapa masing-masing pasrah atau bagaimana situasinya. Selain itu, penonton juga tertanya-tanya bagaimana rakan-rakan tahu hubungan mereka sama ada selepas berita mereka di akhbarkah, pasangan ini sendiri yang beritahu atau pun edisi kantoi seperti Sunwoo-Bora. Yang ketiga ialah bagaimana Doksun hidup sebagai isteri kepada Taek yang tali kasut pun tidak boleh diikat sendiri itu walaupun memang manusia akan berevolusi semakin mahir dan matang. Walaupun begitu, profesionally, saya faham apa yang ingin disampaikan oleh team drama ini dengan tidak memberikan babak ini kerana reality hidup berpasangan dan perkahwinan dua insan adalah seperti apa yang kita lalui sehari-hari.

         Lebih cantik jika ada babak cameo watak the gang tua datang ke rumah mereka sama ada beramai-ramai atau seorang demi seorang.
Seperti juga dengan siri Reply sebelum ini, drama ini juga membawa penonton bereka-teki siapakah suami kepada watak utama dan watak utama mengimbau kenangan silam di zaman remaja. Dalam drama ini, Doksun lakonan Hyeri adalah watak utama dan cerita berkisar temuramah tema Youth terhadap Doksun dan suaminya dan mereka mengimbau kenangan zaman kanak-kanak sehingga dewasa di Ssungmun-dong.

          All in all, saya suka instalment Reply kali ke 3 ini kerana tiada kakak atau abang heroin yg meninggal kemudian hero yang ada kaitan dengan kakak atau abang yang meninggal jatuh hati pada heroin seperti Reply 1997 di mana si Tae Woong dulu kapel dengan mendiang kakak Shi won sebelum nampak bayangan kakaknya pada Shi Won lalu jatuh cinta. Dalam Reply 1994 pula, Trash adalah kawan baik kepada mendiang abang Najung kemudian menjadi abang fake kepada Najung sebelum bertukar status kepada cik abang. Dalam drama ni, mujurlah penulis skrip tidak buat watak cliché begitu.



Synopsis dan perwatakan watak:

          Drama Reply 1988 memaparkan 5 keluarga yang tinggal di satu jalan di satu kejiranan di Ssangmun-dong yang mempunyai cerita dan kerektor yang berbeza. Setiap keluarga ini mempunyai anak yang dilahirkan pada tahun 1971 dan mereka berlima Doksun, Taek, Junghwan,  Sunwoo dan Dongryong berkawan rapat sejak kecil sehingga dewasa dan mempunyai ikatan yang sangat kuat sehingga sanggup berkorban demi kawan baik. Selain Taek yang pendiam, keempat-empat orang kawan yang lain adalah bersifat mischievous, sedikit nakal, bersuara lantang dan kurang pemalu. Walaubagaimanapun mereka adalah anak yang baik melainkan Dong Ryong sempat melalui fasa rebellious manja-manja dek kerana kurang kasih sayang daripada kedua ibu bapa yang sibuk.

Keluarga Doksun

          Terdiri daripada bapa Sung Dong Il lakonan Sung Dong Il seorang pegawai pertengahan Fraud Unit di Hanil Bank , ibu Lee Il Hwa lakonan Lee Il Hwa seorang suri rumah, anak sulung Sung Bora lakonan Ryoo Hye Ryung yang belajar di Seoul Universiti, mendapat biasiswa jurusan pendidikan matematik tetapi bersifat garang dan ditakuti semua penduduk kejiranan, Doksun sebagai middle child yang sentiasa kena beralah dengan kakak dan adiknya Sung Noeul. Mereka tinggal di semi-basement di bawah rumah Junghwan. Keluarga ini hidup dalam kemiskinan kerana Sung Dong Il telah menjadi penjamin rakannya membuat pinjaman lalu melarikan diri dan gajinya banyak dipotong oleh bank untuk membayar pinjaman tersebut.
Sung Dong Il seorang yang mudah mesra dan terlalu lembut hati sehingga sanggup membeli apa saja yang dijual kepadanya kerana beranggapan dia perlu menolong orang lain walaupun keluarganya sendiri bercatu untuk hidup menyebabkan isterinya Lee Il Hwa selalu bermakan hati hati dek kerana kebaikan suaminya itu. Bora bersifat garang, pandai dalam pelajaran tetapi tidak pandai mengekspresi perasaan selain garang, mempunyai prinsip hidup. Doksun pula bersifat periang, neighbourhood sweetheart, bertimbang rasa, rajin menolong ibu bapa dan jiran-jiran serta sering mengambil berat orang sekelilingnya. Manakala Noeul pula bersifat pemalu melainkan dengan orang terdekat, anak yang paling normal dalam keluarga, cepat menghidu sebarang kelainan pada kakak-kakaknya tetapi malangnya rupa parasnya tidak seperti pelajar sekolah tinggi tetapi seperti orang dewasa. Remaja yang pemalu ini mengejutkan semua apabila berbbakat dalam nyayian genre ballad pula tu, dan akhirnya mengejar cita-citanya untuk menjadi penyanyi.

Keluarga Taek

          Keluarga ini kecil kerana Taek hanya tinggal bersama bapanya Choi Moo Sung setelah kematian ibunya semasa kecil sebelum berpindah ke Ssangmundong atas cadangan ibu Sunwoo untuk membesarkan Taek dalam persekitaran lebih sihat.  Choi Moo Sung membuka kedai jewellery dan jam di Ssangmundong dan agak berada walaupun hidup sederhana bersama Taek. Moo Sung Ajussi sentiasa mahukan anaknya hidup normal seperti kanak-kanak dan remaja lain walaupun Taek adalah baduk genius dan popular sehingga terpaksa berhenti sekolah setelah tamat middle school untuk focus kepada liga professional baduk.  Dia tidak pandai menunjukkan rasa sayangnya terhadap Taek sehingga menyebabkan Taek sewaktu remaja tertanya-tanya adakah bapanya sayangkannya sehingga dihadiahkan tape rakaman temuramah yang tidak disiarkan yang mana ayahnya menyebut ayah sayangkanmu anakku. Kedua beranak ini tidak pandai dalam menyatakan perasaan tetapi mempunyai warm heart.

Keluarga Junghwan

          Keluarga Junghwan pula adalah paling kaya di kejiranan tersebut akibat rezeki durian jatuh bergolek dengan memenangi grand prize loteri. Perubahan sekelip masa ini masih belum dapat diadaptasi oleh bapanya Kim Sung Kyun dengan hidup masih berjimat akibat kemiskinan mereka sebelum ini. Walaupun mendapat kekayaan sekelip mata, Kim Sung Kyun masih bekerja dengan membuka kedai elektronik GoldStar (LG masa kini). Keluarga kaya ini terdiri daripada bapa Kim Sung Kyun pak lawak kejiranan, ibu Ra Mi Ran seorang yang berakal panjang, baik hati dan bersifat ketua di kalangan ibu-ibu di situ kerana faktor umur dan keyakinannya, anak sulung Kim Jung Bong yang mengambil peperiksaan kelayakan university sehingga 7 kali dan mempunyai penyakit jantung tetapi telah menjalani pembedahan jantung pada 1987 dan anak bongsu Kim Jung Hwan yang disifatkan oleh ibunya berubah menjadi semakin tidak mesra berkala dengan usia. Kim Jung Hwan juga adalah top scorer di sekolah dan sering membelanja rakan-rakan lain setelah keluarganya menjadi kaya. Keluarga ini sering menjamu jiran tetangga terutamanya makanan barat atau makanan mahal lain. Ironinya, kebanyakan makanan barat difusionkan dengan masakan korea oleh ajumma Ra Mi Ran.

Keluarga Sunwoo

           Sunwoo adalah anak sulung dan mempunyai seorang adik bernama Jinjoo yang berumur 5tahun dan tinggal bersama ibunya, Kim Sun Young. Mereka tinggal bertiga setelah kematian bapanya beberapa tahun dahulu. Sun Young adalah maknae di kalangan ibu-ibu di kejiranan tersebut dan tidak bekerja kerana Sunwoo tidak mahu ibunya berpenat lelah dan penat. Baginya, adalah mencukupi untuk menyara mereka bertiga dengan pencen mendiang ayahnya dan ini telah menimbulkan isu semasa ibunya mula bekerja sambilan sebagai tukang cuci di sauna selama 2 jam setiap malam secara sembunyi tanpa pengetahuannya ketika dia ke study room. Melalui pengalaman ini, dia akhirnya sedar yang dia juga perlu meyelami hati ibunya yang ingin memberi yang terbaik untuknya dan Jinjoo dan ianya adalah satu bentuk kebahagiaan bagi ibunya dan belajar untuk menjadi lebih dewasa. Sifat unik ibu Sunwoo adalah dia sangat tidak pandai memasak dan diketahui umum tentangnya. Ibu Sunwoo dan bapa Taek berkahwin setelah Sunwoo tamat sekolah tinggi setelah mendapat restu daripada kedua anak mereka dan Jinjoo tidak dapat berenggang dengan bapa Taek dan mereka kemudian hidup bahagia dan harmoni serta masakan ibu Sunwoo akhirnya boleh diterima lidah setelah ke kelas masakan.

Keluarga Dong Ryong

Dong Ryong tinggal bersama bapanya seorang dean di Sekolah Tinggi Ssangmunyang juga 3 sekawan ini beserta Sung Noeul dan ibu Dong Rong ialah insurance queen. Kedua-dua mereka sangat sibuk bekerja sehingga selalu terlepas pandang anak bongsu mereka Dong Ryong. Adalah tidak diberi penerangan lebih terperinci berkenaan bilangan keluarga besar ini, tetapi sepanjang drama, hanya disebut 3 abangnya.

Synopsis

         Dalam penceritaan drama, Doksun adalah satu-satunya perempuan dalam 5 sekawan ini dan menjadi centre of the story. Pada awal cerita, Doksun mengalami cinta pertama dengan Sunwoo sehingga termalu sendiri kerana dia ingatkan Sunwoo sukakannya, tetapi sukakan kakaknya Bora. Akibat penangan kisah cinta monyet ini, Doksun menjadi takut untuk menunjukkan secara terang-terangan dia sukakan siapa. Kemudian, setelah diberitahu 2 kawan karibnya Wang JoHyun dan Jang ManOk bahawa Junghwan sukakannya, dia mula develop cinta monyet terhadap Junghwan. Walaupun telah mendapat kepastian yang Junghwan sememangnya ada hati dengannya setelah Junghwan menyuruhnya tidak ke blind date dengan lelaki lain, namun sehingga ke saat hati dia sudah menjumpai cintanya, barulah junghwan menyatakan late confession as a closure for his first love for good.
Dalam drama ini, Taek adalah suami kepada Doksun, di mana Doksun adalah cinta pertama dan cinta tak kesampaiannya kerana dia tahu kawan baiknya Junghwan juga menyimpan perasaan terhadap Doksun melalui pandangan mata Junghwan terhadap Doksun dan juga melalui gambar Doksun dan Junghwan semasa konsert yang disimpan dalam dompet Junghwan. Apabila mengetahui Junghwan menyimpan perasaan kepada Doksun sepertinya, Taek mengambil keputusan untuk tidak confess kepada Doksun walaupun persediaan telah dilakukan. Junghwan pula yang mengetahui Taek sukakan Doksun apabila Taek sendiri memberitahu the gang semasa ketiadaan Doksun bahawa dia sukakan Doksun setelah diacah rakannya tentang Doksun menyebabkan sekali lagi Junghwan heartbroken.

          Enam tahun kemudian di tahun 1994, kedua-kedua rakan karib ini mendapat peluang untuk mendapatkan Doksun kembali kerana Doksun ditinggalkan kekasihnya untuk  menonton konsert Lee Seung Hwan dan di sinilah bermulanya perjalanan sisi dewasa bagaimana mereka dealing with their hearts. Walaupun Junghwan memecut keretanya selaju mungkin, dia tidak sempat ke konsert bersama Doksun kerana di setiap laluannya, lampu isyarat sentiasa merah. Yang sampai dulu dan berdepan dengan Doksun adalah Taek. Junghwan menyalahkan timing yang selama ini tidak pernah menyebelahinya untuk menghasilkan FATE..sehinggalah semasa meratap seorangan dalam hujan, berita dari radio keretanya menyatakan Taek-9-Dan forfeit pertandingan kali pertama seumur hidupnya dan meminta maaf kepada lawannya dan kelab baduknya dengan menyatakan alasan personal. Kemudian barulah dia sedar, bahawa bukan lampu merah yang melambatkannya, yang tidak menghadirkan kebetulan kepadanya, tetapi adalah keteragak-agakan dia yang tidak meghasilkan timing dan kebetulan lalu mengucapkan selamat tinggal kepada cinta pertamanya kerana akhirnya dia tahu Taek yang lebih kuat perasaan terhadap Doksun berbanding dirinya yang sentiasa teragak-agak dan kemudiannya, sebagai closure terhadap cinta tak kesampaiannya, dia menyatakan confessionnya bersama fiancé ring commemoration semasa graduasi Air Force dulu di hadapan the gang semasa ketiadaan Taek.

          Taek dan Doksun pula mula dating setelah ciuman dendam 6 tahun di bilik hotel Taek di China selepas dinner setelah Taek memenangi pertandingan baduk dan mereka dating 2 tahun sebelum berkahwin. Kebanyakannya, mereka hanya dating di kawasan rumah mereka sahaja sepanjang tempoh berkapel dek kerana kesibukan Doksun sebagai pramugari antarabangsa dan Taek sibuk dengan pertandingan baduknya.

          Seperti biasa dalam siri Reply, wujud pasangan kedua yang menjadi official couple sebelum watak utama. Kali ini. Sunwoo dan Bora menjadi pasangan kekasih secara sorok-sorok tetapi putus di tengah jalan kerana Bora ingin menumpukan perhatian kepada peperiksaan Bar Exam tetapi kembali bertaut 6 tahun kemudian sehingga berkahwin walaupun pada awalnya ditentang hebat keluarga kerana isu sama nama keluarga.

        Kemudian, dua keluarga kecil Taek dan Sunwoo disatukan setelah kedua ibu bapa masing-masing mendapat restu anak-anak setelah masing-masing cuba tidak mahu  anak-anak terpinggir selain berkat doa kawan setaman Ssangmundong yang mahu melihat mereka bersatu untuk kebaikan masing-masing. Menariknya drama ini adalah, kisah percintaan dua insan pertengahan umur ini digarap dengan penuh makna, bersifat real life dan tidak dibuat-dibuat, tidak nampak kaku dan mungkin ramai yang berkahwin kali kedua dapat relate dengan perasaan dan kehidupan masing-masing. 

          Selain berkisar tentang perjalanan Doksun menemui cinta sejatinya sehingga wujud cinta tiga segi antara sahabat serta kisah zaman remajanya bersama rakan-rakan dan keluarga, drama ini juga bercerita isu kemasyarakatan seperti rusuhan di kalangan pelajar berhaluan kiri yang popular di zaman itu serta bagaimana pesakit, keluarga dan orang sekeliling menghadapinya bersama, isu kemanusiaan tentang kesusahan dan dilemma rakyat apabla terpaksa berpencen di usia muda, hubungan kekeluargaan serta isu-isu kekeluargaan, dan yang paling penting adalah ikatan antara insan yang akrab sesama insan yang more solid than blood ties.

          Walaupun ramai yang berpendapat kurang kisah cinta yang romantik dipaparkan, saya mengatakan itu adalah perjalanan sebuah kisah normal manusia normal kelas pertengahan pada zaman itu. Ia adalah REALITI KEHIDUPAN.  Ia adalah sebuah karya masterpiece dalam industri drama Korea.

Reply.1988.E12.151212.720p-450p-XViD-WITH.mkv_003836632.jpg


2. Keberkesanan Lakonan (9.95/10)


HYERI (SUNG DOK SUN) (CALON BEST ROOKIE ACTRESS) [MOST POPULAR ACTRESS]

          Drama Reply 1988 bukan drama pertama lakonannya, tetapi adalah drama pertama sebagai watak utama. Ramai yang tidak menyangka Hyeri dapat membawa watak Doksun dengan cemerlang. Malangnya, drama Reply 1988 belum lagi mencabar bakat lakonannya kerana kurang babak bermain dengan perasaan yang berat yang perlu dilakonkan Hyeri. Walaubagaimanapun, lakonan mantap Hyeri dalam drama ini harus diberi pujian. Dia mampu membawakan watak gila-gila Doksun dengan baik namun masih perlu digarap lagi terutamanya eksperesi muka dan mata dan perlu lebih latihan untuk batuk secara natural. Walaubagaimanapun saya berpuas hati dengan lakonan Hye-ri sebagai Doksun. Kredit juga harus diberi kepada Hyeri kerana sangggup berlakon tanpa make up di babak tertentu. Bukan mudah untuk pelakon muda dan idol pula tu, untuk sanggup berlakon tanpa make up.

          Setelah Reply 1988 wrapped, Hyeri telah mendapat jolokan namai sebagai 100bilion Girl iaitu celebrity rebutan untuk cf, drama, photoshoot, dan variety. Sumber: www.allkpop.com/article/2016/02/goodbye-old-fashioned-deok-seon-hello-trendy-hyeri

         Watak Doksun yang beberapa kali jatuh cinta sebelum bercinta dengan Taek adalah untuk menunjukkan zaman remaja dan cinta monyet serta proses untuk Doksun discover perasaannya yang sebenar. Dia sukakan Sun Woo dan Jung Hwan kerana 2 kawannya itu yang provoke mengatakan mereka sukakan Doksun walaupun ending dalam kes Sunwoo dia sifatkan memalukan diri sendiri. Kemudian cinta monyetnya terhadap Junghwan ibarat menanti Junghwan confess walaupun mendapat kepastian perasaan Junghwan ketika itu sehinggalah late confession Jung Hwan ketika episode 18 yang mana dia ketika itu sudah love sick memendam rasa pada Taek. Ini adalah real life manusia biasa yang melalui fasa cinta monyet dan cinta monyet inilah yang mendewasakan kita.   Penulis skrip adalah seorang yang detail. Itu komen peribadi saya. Ini kerana anda dapat lihat sebelum teman lelaki Doksun sendiri yang menyatakan tidak dapat ke konsert, dia terlebih dulu mengeluh dan mengetuk jari bagaikan berfikir panjang memikirkan perasaannya terhadap lelaki ini tidak mendalam. Sehinggalah mendapat pesanan suara teman lelakinya, dia hanya tersenyum relax lalu menukar pakaian, bukanlah menangis teresak-esak kecewa atau weeping seperti kebiasaan orang yang putus cinta. Penulis ini tidak perlu mengarang babak berdialog, atau babak tipikal lain untuk menyampaikan perasaan para wataknya.

         Kemudian skrip yang detail menunjukkan bagaimana di awal episode Doksun tidak kekok jika dipeluk Taek, tetapi tergagap-gagap dan seperti terkejut semasa Taek merebahkan kepalanya bermula episode 12 untuk menunjukkan progress bagaimana Doksun mula duguen-dugeun dengan Taek, kemudian bagaimana belajar mengenali sisi-sisi lain Taek yang selama ini dia rasakan dia tau segalanya tentang Taek semasa di pantai, di China, semasa berhadapan dengan flasher di restoran dan lain2.

         Jadi saya sekali kagum dengan penulis drama ini kerana berjaya membuai perasaan penonton dalam teka-teki dan ketelitiannya berkarya dan kehandalan pengarah membentuk Hyeri menjadi Doksun dan saya puji dengan komitmen hyeri di dalam drama ini sehingga tidak nampak Hyeri seorang idol tetapi yang ada adalah Hyeri sebagai pelakon watak Doksun.

CHOI TAEK (PARK BO GUM) (CALON POPULAR ACTOR, BEST ACTOR, RISING STAR AWARD)

          Park Bo Gum adalah antara pelakon baru yang perlu diberi perhatian. KBS Entertainment Weekly sendiri memilih Park Bo Gum sebagai pelakon yang bakal menyinar tahun 2016. Kalau dilihat resumenya, dia telah membawakan banyak jenis karektor dan watak dalam lakonannya. Watak maknae yang immature dan anak mak dalam Wonderful Mom, pembunuh bersiri yang psiko dalam I Remember You (Hello Monster), Music Genius yang memendamkan perasaan dalam Naeil’s Cantabile, atau babak yang tak akan lupa dalam coin locker girl saat Seok Hyun (lakonan Park Bo Gum) ditoreh leher menanti diambil organ dan berbagai watak lain. Walaubagaimanapun, Park Bo Gum masih belum pernah membawakan watak utama dalam mana-mana projek sebelum reply 1988, hanya 2nd lead bagi beberapa drama lakonannya sejak akhir-akhir ini.

          Lakonan Park Bo Gum dalam Reply 1988 boleh dikatakan agak bersahaja, Nampak tidak dibuat-buat dan dipaksa. Dia berjaya bermain dengan emosi di beberapa babak penting antaranya semasa mengekpresikan berbagai rasa dalam satu masa semasa babak “Will You Kiss Me Again?” selepas mengetahui yang kiss pada tahun 1989 adalah bukan mimpi, babak Taek rindukan ibunya dan babak Taek memberitahu dia suka bapak dia bersama mak Sun Woo. Dia berjaya mengekpresi melalui mata, mimic wajah dan bahasa badan iaitu perasaan memberi izin, gembira ubtuk bapanya, pahit dan sebak dan mungkin sedih bagi pihak ibunya dalam satu masa. Walaubagaimanapun kehalusan lakonan masih perlu dibaiki dan saya berpendapat lakonannya boleh berkembang dengan lebih maju jika watak lebih mencabar diberikan. Saya ingin sekali melihat lakonannya yang bermain dengan perasaan, action movie, memendam rasa dalam satu karya.

        Jika dihayati, watak Taek digarap dengan baik kerana wataknya paling berkembang dan menunjukkan kemajuan dalam karektor. Pada awal episode, Taek ditunjukkan sebagai seorang remaja yang tidak tau benda lain selain baduk, perlu perhatian orang sekeliling kerana kekurangannya untuk survive dalam dunia nyata sehingga tidak pandai mengurus diri sendiri. Namun bermula ¼ drama karektornya berkembang dengan memperlihatkan sisi matang, kelelakian dan bertimbang rasa Taek yang tersembunyi seperti semasa menemankan Dong Il Ajussi minum selepas kematian ibunya, perkara mengejutkan semasa ayah Jung Hwan cedera dia sendiri menghubungi pengarah hospital agar disegerakan rawatan dan sebagai balasan Taek akan bermain baduk dengannya sehingga mengejutkan Jung Hwan yang menganggap Taek seorang yang tidak suka ask for favour and don’t do the favour. Begitu juga sisi kejantanan yang mengejutkan Doksun semasa memeluk Doksun dan menepis bola dengan badannya di pantai untuk menunjukkan Doksun yang tersedar daripada lamunannya bahawa Taek sudah dewasa bukan budak-budak yang perlukan pemerhatiannya lagi, kemudian babak mendukung Doksun sambil berlari sehingga Doksun dugeun dugeun kemudian malamnya kiss Doksun walaupun dalam mimpi untuk menunjukkan “iye, Taek dah jadi lelaki dewasa!”

          Walaupun ada yang mengatakan penulis memilih Taek sebagai suami Doksun di hampir ending drama, saya mengatakan penulis telah melakukan tugas sangat baik dalam menggarap cerita dan watak suami Doksun. Buktinya, bagaikan menjawab soalan ditemuramah Doksun menceritakan perihal Taek adalah yang terakhir berpindah ke Ssangmun-dong dalam gang mereka. Doksun menceritakan bagaimana seorang budak yang pendiam dan introvert boleh berkawan dengan 4 orang kanak-kanak yang nakal dan bising semasa hari jadi Taek ke-18. Tidak lupa perihal kecil tetapi details yang penting seperti tentang Taek yang sentasa mengikut 4 kanak-kanak riang ini buat kerja nakal walaupun dengan muka tiada perasaan. Yang akhirnya ditunjukkan dalam temuramah dengan Taek dewasa bila dia mula jatuh cinta dengan Doksun. Jika anda tonton kembali drama ini, tiada tentang penerangan bagaimana setiap gang sampai di Ssangmun-dong kejiranan itu melainkan watak Taek sahaja di episode dua, tiada penerangan tentang watak lain semasa kanak-kanak  yang diterangkan oleh Doksun yang lebih detail melainkan Taek. Mungkin inilah hint paling besar yang diberikan oleh penulis skrip ini.

JUNG HWAN (RYOO JOON-YEOL)

(CALON BEST ROOKIE ACTOR, BEST SUPPORTING ACTOR, POPULAR SUPPORTING ACTOR DAN RISING STAR AWARD)

          Ryoo Joon-Yeol bakal mengikut jejak langkah senior model cum actor berjaya yang lain seperti kim woobin, jo in sung, cha seung won, lee soo hyuk dan lain2. Walaupun jo in sung di awal-awal kemunculan masih kayu lakonannya, tetapi berkat garapan mentornya dan pengarah serta kelas lakonannya, dia kini berjaya berada dalam kelasnya yang tersendiri. Berbeza pula dengan Ryoo Joon Yeol, dia di awal-awal lakonannya pun sudah menampakkan kematangan dalam lakonan dan berpotensi pergi lebih jauh. Sebagai bukti dia sedang mengumpul peminat adalah follower di SNS nya meningkat secara dramatic kerana drama ini.

         Sepanjang 20 episod drama ini, dapat dilihat lakonan Ryoo Joon Ryeol semakin berkembang, semakin matang dan ekpresi bahasa badan semakin berkembang. Dia berjaya mengekpresikan perasaan melalui pergerakan, bahasa badan dan menyampaikan perasaan melalui ekpresi mata. Ini adalah sesuatu yang harus diambil perhatian kerana bukan perkara biasa untuk seorang pelakon baru telah mampu bermain dengan ekspresi wajah dan bahasa badan. Ryu Joon Yeol berjaya membuatkan peminatnya tidak berganjak dek lakonannya.

**Disarankan agar diwujudkan kategori baru iaitu Rising Star Award untuk anugerah pelakon baru yang bakal menyinar dalam industry Kdrama dan Kmovie atau bahasa mudah ada aura bakal top. cth: Ryoo Joon Yeol, Jisoo, Park Bogum, Hye-Ri yang bakal laku keras setelah berlakon dalam drama tertentu.

GO KYUNG PYO (SUNG SUN WOO)

           Go Kyung Pyo seperti biasa membawakan watak lakonannya dengan bersahaja. Pada kali ini, dia membawakan watak anak mak dan pelajar contoh tetapi menyimpan perasaan kepada noona iaitu kakak kepada Doksun kawan baiknya bernama Sung Bora dan tidak teragak-agak untuk bercinta dengan noona walaupun belum habis sekolah. Pada pandangan saya, Go Kyung Pyo berjaya menjiwai babak-babak dilakonkannya dan sampai mesejnya dengan cemerlang. Harapan saya ialah Go Kyung Pyo diberi kepercayaan untuk membawakan watak lead actor pada masa depan kerana dia berbaloi diberikan perhatian memandangkan lakonannya dalam Coin Locker Girl, Trecherous, Man on Hi Heels, Naeil’s Cantabile, dan watak-watak sampingan lain adalah hidup lakonannya menjadi.

RYU DONG RYONG (LEE DONG HWI)

          Watak Dong Ryong dalam REPLY 1988 ada sedikit persamaan  dari segi karektor wakat dan perwatakan dengan Sung Jae dalam REPLY 1997 dan Haitai dalam REPLY 1994 iaitu mood maker, mulut banyak, kadang-kadang kaunselor walaupun kadang-kadang lambat pick up situasi. Dari segi lakonan, Lee Dong Hwi telah berjaya membawakan watak gila-gila, troublemaker dan ceria. Sepanjang drama ini, dapat dilihat lakonan Lee Dong Hwi menunjukkan perkembangan positif dari segi kematangan lakonan, dan chemistry wataknya dan dengan para pelakon lain tidak perlu disangkal lagi. Semasa di awal-awal drama, saya dapat lihat bahawa Lee Dong Hwi adalah chemistry maker bagi 5 pelakon utama drama ini. Dengan kata lain, dia telah berjaya menyambung rangkaian chemistry lakonan para pelakon muda ini. Pujiankepadanya harus diberi untuk aspek ini.


Sung Bora (Ryoo Hye-Young)  (CALON BEST ROOKIE ACTRESS)

          Kerjaya seni Ryoo Hye Young lebih banyak bertumpu ke arah bidang modelling sebelum ini, namun lakonan beliau di dalam drama ini tidak mengecewakan walaupun masih banyak lagi  yang perlu di-polished. Ryoo Hye Young mampu pergi lebih jauh kerana dia berjaya melakonkan babak garang (walaupun harus digarap lagi), babak romantik, dan mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata bersama dengannya. Kredit harus diberikan untuk itu sebagai seorang pelakon baru.

SUNG DONG IL (SUNG DONG IL) [BEST SUPPORTING ACTOR, POPULAR AJUSSI]

         Lakonan pelakon bernama Sung Dong Il ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni kerana sememangnya dia antara pelakon hebat yang tidak dapat disangkal lagi lakonannya. Jika tidak, masakan pengarah installment Reply setia memilihnya sebagai pasangan ibu bapa pelakon utama dalam ketiga-tiga dramanya.  Lakonan mantapnya dapat dilihat dalam scene sedih tapi lawak Sung Dong Il meratapi isterinya yang dibiopsi kanser payudara dan juga heartwrenched scene semasa Sung Bora berkahwin. Pelakon ini, dengan bersahaja menyampaikan perasaan berbagai rasa dan mampu membuatkan penonton ketawa tanpa perlu lawak spastik atau memaparkan kesedihan tanpa menangis atau buat muka sedih. Tona suaranya sahaja sudah cukup menyampaikan perasaan mendalam babak-babak lakonannya dalam drama ini. Sememangya Sung Dong Il layak digelar pelakon scene stealer.

RA MI RAN (RA MI RAN) [BEST SUPPORTING ACTRESS, POPULAR AJUMMA]

         Ra Mi Ran adalah antara pelakon handalan yang banyak berlakon watak pelakon pembantu penting dalam drama dan filem. Dia adalah antara minority yang sanggup berlakon tanpa make up dalam filem dan drama. Dalam drama ini, dia berjaya mencuri perhatian dengan lakonan bersahajanya sebagai cheetah ajumma, ibu kepada dua anak bujang dan suami yang kaki lawak. Lakonan Ra Mi Ran di dalam drama ini telah outshine 3  ibu lain. Tiada komen lain yang lebih sesuai untuknya.

KIM SUNG KYUN (KIM SUN KYUN)

         Apa yang boleh dikatakan adalah tidak nampak langsung roh Samchunpo dalam Reply 1994 pada Jung Bong Abeoji dalam Reply 1988 ini. Begitulah berkesannya lakonan dia dan garapan watak yang cemerlang oleh pengarah Reply. Watak gila-gila dan jokester kejiranan berjaya dibawa dengan baik pelakon ini. Sayangnya Kim Sun Kyun belum lagi layak dicalonkan untuk kategori ajussi popular kerana masih belum ajussi. Pelakon ini masih belum mencapai umur 40tahun, namun berjaya membawa watak ajussi, bapa kepada dua anak bujang dengan baik sekali.

LEE IL HWA (LEE IL HWA)

           Terus terang saya katakan, saya agak kecewa dengan lakonan Lee Il Hwa pada kali ini kerana tidak mencapai target peribadi saya . Namun bukannya saya tidak menyukai lakonannya, tetapi kerana aura dan lakonannya telah dicuri perhatian oleh pelakon Ra Mi Ran. Bukanlah dia tidak berlakon dengan baik, dan jika pada 2016 tidak ramai pelakon pembantu dan ajumma hebat lain saya akan calonkan dia sebagai pelakon pembantu terbaik dan popular ajumma. Lee Il Hwa di luar adalah seorang classy penampilan dan auranya. Namun dalam drama ini, ternyata dia berjaya membuang aura classynya. Berlainan sekali dengan lakonannya dalam installment Reply sebelum ini, masih kelihatan aura-aura dan roh classy walaupun berdialog dalam satori. Jadi boleh disimpulkan bahawa wujud perkembangan positif dalam resume kerjaya seninya.


          Pelakon-pelakon lain seperti Choi Moosung, Kim Sun Young, Yoo Jae Myung, Choi Sung Won, Ahn Jae Hong (Kim Jae Bong) , Lee Min Ji (Jang Mi ok), Lee Se Young (Wang Ja Hyun), Bae Yooram (Yooram sshi 'abang angkat' kelab baduk Taek, Yong Young Jae ('bapak angkat' Taek Director Kelab Baduk), Lee Mi Yeon (Doksun 40an). Kim Joo Hyuk (Taek 40an),  Kim Joong Ki (Michael) dan tidak lupa Kim Seul & Shin Bi (Jinjoo) juga telah melakukan tugas yang cemerlang dalam menjayakan drama ini. Terima kasih kerana telah memenuhi craving saya terhadap karya drama bersiri yang bagus dan menghiburkan.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (9.9/10)
         Saya berani mengatakan bahawa aspek teknikal drama Reply 1988 adalah perfect. Dari segi props, fesyen,teknik kamera, kreatitivi pengarahan, sinematografi yang cantik yang mengambilkira details tentang kejiranan di era 80an dan 90an, mesyuarat tingkap, filem dan poster semasa, bunyi-bunyi latar belakang yang details pun diambil kira. Tak percaya? Cuba anda tonton drama ini dengan memakai earphone atau headphone. Berbagai background sound yang details seperti suara Jinjoo yang sayup-sayup kedengaran menyanyi, dan sebagainya. Pengarah ini semangnya genius dalam teknik pengarahan, pengolahan lakon layar, dan membentuk persona pelakonnya.



4. Skor muzik (5/5)
          Terlalu banyak lagu yang menggamit memori, meruntun perasaan dan sangat sesuai dengan babak yang dipaparkan bagaikan lagu itu sendiri adalah bercerita tentang babak dan perasaan ketika itu. Markah ektra untuk lagu lama di era 80an dan 90an yang diremix kemudiannya menjadi latar belakang babak-babak tahun 80an dan 90an seakan membawa penonton mengembara dan kembali ke era itu dan ost nya sangat blend dengan baik dengan scene yang dipaparkan.

1. Kim Feel ft Kim Chang Wan - Youth
 
Lagu, feel, melodi dan lirik yang sangat tepat menggambarkan perasaan terhadap masa yang berlalu, feel yang mendalam semasa menggamit memori zaman remaja yang ditinggalkan. Semasa lagu ini kedengaran di babak Sunwoo lihat ibunya berjalan ke tempat kerjanya, ia bagaikan bercerita tentang perasan mereka serta suasana di ketika itu. Begitu juga ketika babak akhir episode 20 yang lagu itu sendiri bagaikan suara watak dalam drama ni memberitahu masa mereka yang berlalu.

2. Lee Juck  - Don't Worry Dear
Lagu ini bagaikan memujuk watak-watak dalam babak yang dipaparkan


3. Oh Hyuk - Little Girl


4. Park Bo Ram – Ssangmundong / Hweyadong
Lirik yang menyentuh hati tentang kawan lama



5. Lee Sung Hwan - Empty Heart
Ost yang bagaikan menjerit-jerit menyatakan perasaan Taek dan Junghwan terhadap Doksun.


6. Noel - Together


7. As Time Goes By - Ki Hyun
Antara ost heartbreaking dalam drama ini


8. Ice cream Love – Im Byeong Soo
 
Lagu rancak yang cute yang dinyanyikan Doksun dan Dongryul semasa kelas tutor dengan Bora dan lagu dinyanyikan the gang semasa memujuk Taek yang kalah pertandingan Baduk.


Memorable scene
 
 
 
1.        Taek mendukung sambil berlari Doksun yang tidak boleh berjalan. Nampak namja di situ dan Doksun pun macam tersedar yg dia sbenarnya ada jugak dugeun-dugeun dengan Taek sedikit sebanyak



 

2.        Kissing scene Taek-Doksun semasa Taek mamai di bawah pegaruh ubat tidur. Scene ni nampak cantik dari segi scenematografinya.




3.        Kissing scene dendam 6 tahun Taek-Doksun. Yang epiknya bukan kissing tu, tapi air mata Taek yang jatuh tu masa Doksun cakap kitakan kawan sebelum dengan tangkasnya Taek menge-Kiss Doksun. Kenapa saya namakan Kissing Scene Dendam 6 tahun? Sebab lama jugak dorang kiss kt situ. Macam balas dendam akan masa yang dibazirkan.




4.        Junghwan heartfelt confession. Confession as a closure menjadikan ia sakitnya tuh di situ. Nampak masa dorang berkumpul ni Doksun asyik mengintai ke entrance restoran bbrp kali. Sebab masa sebelum reveal siapa suami Doksun, saya macam pelik dengan senyuman Doksun. Itu bukan senyuman “yeay, aku x bertepuk sebelah tangan” tapi macam “Yes..I know how u feel and I appreciate your late confession. Thank you for loving me”. Kira macam saying goodbye, my first love - A true closure. Sebab dia dah tau hati doksun kat sapa agaknya. Sebab dia senyum aje masa dia perasan Doksun pandang pintu setiap kali ada orang masuk restoran. Dah habis Jung Hwan confess pun Doksun ada pandang ke pintu lagi.

          Agaknya memang episode ni didikasikan kepada Jung Hwan kerana tajuknya Goodbye First Love selain Goodbye First Love untuk Jung Bong, Sun Woo dan Bora tapi orang lain ada welcome my  true love kecuali Jung Hwan.



5.        Moment Sunwoo-Bora couple kantoi dengan Trio Ajumma nak kissing


Ini adalah scene lawak epik drama Reply 1988!!!



Memorable and Meaningful Poster






Scene favourite

Bukan kerana Taek yang sampai dulu kt situ, tetapi kerana meaning yang mendalam skripnya - perbezaan antara fate, timing dan kemahuan. Sehingga saya merasakan mesej itu disampaikan kepada saya.


5. KEBARANGKALIAN UNTUK TONTONAN SEMULA (5/5)
 
Dan sudah pun marathon beberapa kali. Terlalu banyak memori bersama drama ini. Dan memang akan tonton lagi. Sepanjang terjebak dengan k-drama, saya jarang ulang tayang menonton walaupun tidak di delete daripada hard disk kerana beranggapan akan menonton kembali. Kalau diulangtayang pun, ianya bersebab, sama ada timbul topic berkaitannya, atau ia ditayang di tv, terasa ingin menonton kembali walaupun biasanya tidak semua episod yang ditonton. Tetapi tidak dengan Reply 1988 ini, tidak bersebab pun, saya sudah marathon berkali-kali!


Cadangan:
1.        Wujudkan anugerah Rising Stars untuk Cari K-Drama Awards 2016
2.        Wujudkan anugerah Scene Stealer untuk Cari K-Drama Awards 2016









GOODBYE REPLY 1988

ANSWER ME WHEN I CALL YOU