Monday, 30 May 2016

Marriage Contract tuna

MARRIAGE CONTRACT
oleh tuna_sandwic
 



Rating Keseluruhan Drama: 8.5 + 8.9 + 7 + 3.5  + 4 = (7.975/10)

1. Cerita  (8.5/10)
   
Marriage Contract merupakan sebuah drama tentang kehidupan, kasih sayang dan keluarga. Meskipun ia sebuah drama ringan, namun garapan menarik membawa kita ternanti-nanti apakah yang bakal terjadi seterusnya.

Bagi anda yang ingin tenang-tenang aja, silakan menonton drama ini kerana anda pasti terpikat dengan para pelakon yang menjayakan setiap watak masing-masing.


Ia mengisahkan bagaimana Kang Hye Soo bersama anaknya Cha Eun Sung menjalani kehidupan yang sukar berikutan hutang piutang yang ditinggalkan selepas kematian suaminya akibat kemalangan.

Kecelaruan hidupnya membawa pertemuan dengan Han Ji Hoon pemilik restoran The Promise, seorang yang cengil dan sangat mementingkan diri. Pertemuan itu menimbulkan pelbagai konflik.   


Uee memegang watak Kang Hye Soo terpaksa meneruskan kehidupan dengan apa saja cara yang boleh mendatangkan wang bagi membayar balik pinjaman Ah Long. Tubuh kurus keringnya membuktikan betapa peritnya hidup dalam keadaan sebegitu sehingga memaksa beliau menandatangani kontrak untuk menderma hatinya kepada mak Han Ji Hoon yang menghidapi penyaki thati kronik akibat terlalu banyak minum minuman keras dan kuat merokok.


Lee Seo Jin sebagai Han Ji Hoon meskipun sudah jadi bujang terlajak, namun karisma dan ketokohannya berjaya membawa kejayaan di dalam syarikat milik bapanya sehingga menjadikan ia dicemburui oleh abang tirinya. Rupa-rupanya kejayaan tersebut tidak menghalang bapa Ji Hoon untuk mengatur hidup kedua dua anaknya.


Ending drama ini sangat memberikan kelegaan kita yang menonton. Tiada jawapan Yes or No yang diberikan.Meskipun pengarah dan penulis memberi jawapan terbuka untuk penutup drama ini namun ia adalah satu pilihan yang tepat. Tidaklah cliché macam kebanyakan drama korea lain.

Jauh di sudut hati, kita tahu hakikat kehidupan Hye Soo tetap akan mati suatuhari nanti.

Tapikan, kalau pengarah matikan watak Hye Soo, pasti ada yang kecewa berhari-hari. I also wish Hye Soo’s death in earlier episodes. But I salute the choice.






2.Keberkesanan Lakonan (8.9/10)

Kekuatan drama ini terletak pada pemilihan para pelakonnya. Setiap pelakon memainkan peranan penting dan memberikan persembahan hebat dengan menguasai watak masing-masing.



Uee[Pencalonan Best Actress]

Uee bukanlah pelakon idaman saya. Entah mengapa I’m a bit sceptical about her acting in previous drama. Namun begitu, watak Kang Hye Soo dilakonkan dengan sangat berkesan.  4 Thumbs Up! She nailed it!

Setiap tutur bicara, memek muka dan gerak badannya berjaya membuatkan kita merasa pedih, sedih, pilu, kecewa dan merana. Rasa cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan terhadap Cha Eun Sung ternyata segar dan tampak rasa keibuan yang menyerlah.


Di dalam drama ini, Uee tidak perlukan wardrobe yang fancy. Coordinator beliau memang berjaya menyediakan pakaian yang sangat bersesuaian dengan watak yang dibawanya.


Sewaktu di dalam beberapa episod awal, saya tidak percaya itu adalah Uee. Ini adalah kerana, Uee yang saya kenal sebelum ini adalah gadis aktif, seksi dan menggoda. Wanjeong Daebak!!!

Lee Seo Jin
Tidak dinafikan Lee Seo Jin berjaya membawakan watak Han Ji Hoon. Seorang pemuda yang grumpy, berlagak dan cerewet. Namun begitu, watak ini biasa-biasa saja.

Keistimewaan Lee Seo Jin ialah dari segi penyampaian emosinya. Perasaan cinta dan kecewa ternampak jelas di wajah dan matanya. Seolah-olah beliau menyampaikan cintanya yang tak berbelah bahagi pada Uee.

Tidak pernah lagi melihat sisi lakonan beliau di dalam drama yang lain. Namun di dalam rancangan Varieti ternyata beliau seorang yang sangat gentlemen. Sememangnya watak Han Ji Hoon ini dicipta khas untuk dia.


Shin Rin Ah [Pencalonan Supporting Actress]
Sebenarnya bukan mudah untuk melihat sisi lakonan kanak-kanak yang memberi impak kuat. Terutamanya bagi mereka yang berumur bawah 8 tahun.

Watak Cha Eun Sung tepat dan bersuaian dengan sikapnya. Chatty, talkative,cute, thinker, responsible. Kita boleh kaitkan Cha Eun Sung macam anak-anak kita sendiri. We feel so closed with this witty cute girl. Memek wajahnya tidak menunjukkan kekeliruan dalam setiap babak yang dilakonkan. Sangat bersahaja.



Pencalonan:
·        Uee  –Pencalonan Best Actress
·        Shin Rin Ah – Pencalonan Best Supporting Actress



3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (7/10)

Anything about family mmg akan buat kita tersentuh dan cepat leleh. Oleh itu, drama ini berjaya membuai emosi penonton dengan jalan cerita yang menarik.

Garapan yang sangat menarik dibantu storyline sangat kemas membuat kita nak tahu apakah kesudahan cerita ini.

Hebatnya drama ini turut terletak pada skripnya. Dialog yang dihasilkan memberi makna tersendiri. Tiada pengulangan ayat yang menyakitkan telinga dan kita tidak akan terasa seperti, “Eh! Macam biasa dengar je ayat ni”.

Sepanjang episod ada je scene yg buat tuna tersentuh hati hasil kombinasi dialog yg dituturkan oleh Hye Soo dan Eun Sung. Tidak perlu scene meleleh air mata, tetapi mendengar dialog yang dituturkan serta aksi dan memek muka, pasti membuat hati terusik.

Di antara scene yang berjaya buat tuna rasa sedih:

1. Episod 4: Hye Soo peluk mak Ji Hoon semasa mak Ji Hoon nak bunuh diri dengan meredah kereta yg bersimpang siur di dalam hujan lebat
2. Episod 5: Eun Sung tanya Ji Hoon, dia sayang Hye Soo tak? dan adakah dia akan mati sama macam bapak dia dulu...
3. Episod awal2 semasa Hye Soo kena kacau dgn loanshark. geram je... rasa nak selamatkan je Hye Soo
4. Episod 6: Hye Soo sakit teruk dan Ji Hoon hantar ke hospital. Aksi turun tangga di mana Cha Eun Sung bawa kasut mak dia sangat memberi impak buat tuna. Tanpa dialog. Tapi…sedihhhh…
5. Episod Ji Hoon kecewa terpaksa berpisah dengan Hye Soo. Dia pulang ke rumah dan terbaring disofa dalam keadaan mabuk. Kita terasa sangat penderitaan Ji Hoon waktu itu. Dialog yang dituturkan pula seolah merobek hati. Hanya orang yang pernah kecewa sahaja akan faham dan lakukan aksi yang sama. Huwaaaaaaaaaaaaaa…….
6. Episod 8: Ji Hoon pegang tangan mak dia malam last day nak operate tu buat kita rasa sedih sangat. Tanpa dialog. Tapi angle yg powerful dan meaningful
7. Ada banyak lagi. Kang tulis panjang sangat la pulak. hihihi

Tuna juga nak respect toing-toing kat Director kerana pandai pilih angle yang catchy, sentimental dan relevan untuk setiap babak. Tak reti nak cakap. Tapi setiap angle yang diambil walaupun tanpa dialog, seolah2 tubuh pelakon tu yang bercakap dengan kita melalui lontaran emosi yang terhasil.

4. Skor muzik (3.5/5)

Semua background music/OST biasa-biasa saja. Ia serasi dengan plot dan jalan cerita namun begitu, tiada yang boleh membuatkan teringat-ingat. I wish ada lagu yang boleh buat kita berhantu mendengarnya. Kerana tanpa lagu yang kuat, ia menyukarkan untuk kita recall babak yang menarik.



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)


Drama ini agak menarik untuk ditonton semula kerana terngiang-ngiang suara Eun Sung dan teringat-ingat memek muka Ji Hoon. Terbayang-bayang deritanya Ji Hoon sewaktu berpisah dengan Hye Soo.  

















It’s ok. Everything is ok. Even if you become a mess, it’s ok. If you are a hundred times, a thousand times more of a mess that you are now, it’s ok. No matter what happens, it’s ok. No matter how you become, No matter what, you are Kang Hye Soo.

Wednesday, 25 May 2016

Goodbye Mr Black daus


GOODBYE MR BLACK
oleh daus



Rating Keseluruhan Drama:  (5.4+6.0+4.5+3.5+1.5) =20.9/4=5.23)
1. Cerita  (5.4/10)
Sepatutnya karya Moon Hye Jung (pengarang drama klasik Stairway to Heaven) terbaru ini tampil dengan lebih matang. Terlalu makjang dengan kelogikan setiap tindakan dilakukan watak-watak dalam drama ni sering kali menjadi pertikaian. Gabungan plotnya sedikit hancur dengan 'goal' yang samar-samar kerana tiada relatif antara plot-plot menjadikan karya ini hanging. Contohnya, plot bagaimana Swan dan Black bertemu di Thailand juga tak memberi impak pada settings jalan cerita dan juga plot "mati hidup semula" agak  carca marba. Kebagusan drama ini hanya terletak pada naratif yang thrilling.

Not recommended.

2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)

Suprisingly, casting nampak mantap tetapi akhirnya sedih hasilnya..


Lee Jin Wook
Obviously, lakonan pelantun hero agak menyedihkan dengan ekspresi seperti org malas berlakon. Tengok pun dah bosan.

Moon Chae Won
Sayang lakonan Moon Chae Won sebagai Swan below par untuk drama ini.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (4.5/10)
Teknik pengarahan drama ini agak amateur dengan editing flashback dibuat seperti powerpoint slides. Yang lain - lain nampak okay.

4. Skor muzik (3.5/5)

Lagu berentak R&B ini sangat sedap didengari.

2bic



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (1.5/5)

Tidak disarankan untuk tontonan tetapi untuk hiburan tak pe.


TOTAL =(5.4+6.0+4.5+3.5+1.5) =20.9/4=5.23)
Nomination: -NONE-

Sunday, 15 May 2016

Ms. Temper & Nam Jung Gi daus



MS TEMPER & NAM JUNG GI
oleh daus




Rating Keseluruhan Drama:  (8.1+8.5+8.9+2.5+2.5) =30.5/4=7.63)
1. Cerita  (8.1/10)
Garapan yg 'simple' tentang bagaimana sesebuah syarikat kecil-kecilan,Lovely Cosmetic cuba untuk 'survive' menghadapi persaingan dengan syarikat besar, Gold Cosmetics yang lebih dominan dalam pasaran kosmetik. Persaingan ini ternyata tidak mudah kerana terpaksa mengalami tekanan besar daripada Gold Cosmetic sehingga membuatkan Lovely Cosmetic setuju untuk menjadi sub-con sahaja atau erti kata 'supplier' sahaja di mana kesemua hakcipta produk dimiliki sepenuhnya oleh Gold Cosmetic. Nam Jung Gi seorang yg pemalu, 'workaholic', mudah  menurut kata hanya menerima keadaan syarikat yg hanya terpaksa bergantung pada talian hayat Gold Cosmetic untuk terus 'survive' walaupun produk-produk keluaran syarikat mereka mempunyai peluang  cerah dipasarkan sendiri.

Segala-galanya berubah setelah Ok Da Jung, bekas pekerja pemasaran daripada Gold Cosmetic , bertindak membelot dan memilih untuk berkerja di Lovely Cosmetic dengan bersyarat di mana dia dapat menegakkan prinsipnya - 'tiada lagi hierraki yg memenatkan antara senior dgn subordinate'. Mereka dapat bekerja satu kumpulan dengan bebas tanpa gangguan. Pada mulanya, tiada sinergi & 'chemistry' antara Ok Da Jung dengan kumpulan pemasarnya tetapi atas berbagai teknik pemasaran ditunjukkan Ok Da Jung ditambah lagi dengan idea & kesungguhan daripada Nam Jung Gi, mereka berjaya menembus pasaran akhirnya dengan pelancaran pertama produk pertama syarikat mereka, serum menggunakan jenama sendiri. Hal ini membuatkan pekerja2 terpegun dan lebih menghormati Ok Da Jung walaupun terpaksa menahan sifat 'bossy' , pemarah, kurang toleransi Ok Da Jung.

Drama meneroka bagaimana sikap persisten dan kesungguhan serta kepercayaan sesama pekerja memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan tanpa memerlukan taktik kotor dan rasuah.

Kekurangan drama ini terletak pada naratif yang terlalu meletakkan beban kejayaan sepenuhnya pada bahu Ok Da Jung. Presiden Jo, pemilik syarikat pula digambarkan seorang yg incompetent dan kerjanya hanya mencari pelabur seperti juga Nam Jung Gi kerana mereka terlalu bergantung pada Ok Da Jung untuk menentukan hala tuju syarikat. Kedua, plot tentang tindakan suami ketiga ke atas Lovely Cosmetic tak perlu meleret sehingga kelogikan tindakannya mudah dipersoalkan. Mungkin hendak ditunjukkan kepercayaan sesama pekerja boleh hancur gara-gara duit tetapi plot tersebut mungkin boleh dibuat dgn tersusun tanpa dipersoalkan kemunasabahan tindakannya.

Apapun ia sebuah drama bagus ditontoni  dengan adegan humour diselitkan agak sesuai dan kena dengan gelagat-gelagat dimainkan oleh setiap watak drama ini.

2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)

Kombinasi lakonan yang agak mengujakan daripada kesemua cast.

Yoo Sang Yoon - [Best  Actor]
Nam Jung Gi berjaya ditampilkan sebagai seorang yang pemalu, setia, bekerja kuat tetapi juga seorang yang kelakar dan mempunyai prinsip tersendiri. Aktor ini berjaya mendalami kerumitan watak Nam Jung Gi YG dilema antara menggadaikan prinsip ataupun mahu survival.

Lee Yo Won
Lee Yo Won berjaya mempamerkan lakonan berkesan Ok Da Jung yang 'cold', 'bitchy', 'bossy' . Aura 'witch' Ok Da Jung terserlah kuat menjadikannya dominan walaupun dikelilingi kelompok lelaki. Tetapi, watak sebegini seperti sudah jadi makanan Lee Yo Won sejak Empire of Gold.

Yoo Jae Myung - [Best Supporting Actor]
Spectacular! Tengok gelagat dan ekpreksi pak cik ni sebagai Presiden Jo pun sudah tergelak. Lakonan yang agak memorable dan lebih baik daripada Reply 1988.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.9/10)

Antara kelebihan drama ini terletak sepenuhnya pada kreativiti pengarah. Pengarah pandai mengeksploitasi teknik kamera lebih memfokuskan pada ekspresi dan gaya tubuh pelakon. Selain itu, pengarah juga mahir menyelitkan unsur-unsur humour dengan melekapkan imej kartun seterusnya menghidupkan lagi impak komedi adegan berkenaan.
Saya menyenaraikan teknik pengarahan drama ini antara terbaik sejak awal tahun ini.

4. Skor muzik (2.5/5)

Sesuai dan kena dengan drama. Tetapi seperti biasa, tiada yang memorable.

Cuma agak suka ost ini (bukan untuk nomination) kerana kena sangat adegan ketika Presiden Go terpaksa ulang-alik keluar balai polis.

[OST Part 2] 강산에 (Kang San Ae) - 오늘 하루 (Today) [Ms Temper & Nam Jung Gi OST]




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)

Drama yang bagus tetapi macam tak cukup aura utk ditonton semula.


TOTAL =(8.1+8.5+8.9+2.5+2.5) =30.5/4=7.63)
Nomination: Yoo Sang Yoon, Yoo Jae Myung