Wednesday, 29 June 2016

Oh Hae Young Again_daus


OH HAE YOUNG AGAIN
 oleh daus
Rating Keseluruhan Drama:  (8.8+8.3+8.0+5.0+4.8) =34.9/4=8.73)
1. Cerita  (8.8/10)

Hebat naratif berbentuk komedi romantik ini membuatkan anda tidak kering gusi menyaksikan telatah yang ditunjukkan sepanjang menonton drama ini. Penuh dengan melodramatik, sedikit 'thrilling' kerana sengaja diletakkan unsur-unsur saspens yang mengujakan saat-saat munculnya 'vision' dan paling penting menghiburkan dengan adegan humour yang boleh dikatakan agak berlebihan.


Drama dimulakan dengan Oh Hae Young yang dikecewakan oleh cinta pertamanya, Han Tae Jin kerana Han Tae Jin mengaku tak boleh terima cara pemakanannya lalu membuatkan Oh Hae Young membatalkan perkahwinannya sehari sebelum majlis berlangsung. Oh Hae Young perlahan-lahan bangkit semula menidakkan perasaan kecewanya yang teramat sangat sehinggalah dia bertemu seorang laki yang disangka memahami keadaannya (di tahap bawah sekali yang memerlukan seseorang untuk membangkitkannya semula) iaitu Park Do Kyung.

Park Do Kyung mendampingi Oh hae Young bukan sahaja kerana dia rasa sangat bersalah memusnahkan hidup Oh Hae Young ini akibat tersilap membalas dendam akan Oh Hae Young satu lagi yang melarikan diri semasa perkahwinan mereka, tetapi kerana hadiah berbentuk ingatan daripada masa depan yang mengikatkan takdir pertemuan mereka berdua. Park Do Kyung 'curious' kerana wanita bernama Oh Hae Young seringkali muncul dalam ingatannya (seperti berbentuk dejavu) yang rupa-rupanya 'ingatan' itu merupakan penglihatan diterima ('vision') daripada masa depan. Park Do Kyung cuba mendalami apa maksud di sebalik bayangan Oh Hae Young yang sering muncul di ingatannya lalu seolah-olah akur dan cuba alami 'vision' itu di dalam dunia sebenar.



Oh Hae Young pula digarapkan sebagai seorang 'blunt' , suka meluahkan sesuatu tanpa merasakan tekanan daripada sekeliling dan juga seorang yang sedikit 'selfish' kerana mementingkan diri sendiri merasakan diri adalah lebih baik daripada yang lain. Walaupun Oh Hae Young tidak sempurna dan kadangkala agak dibencikan, Oh Hae Young membuktikan bahawa jika anda mencintai seseorang anda akan buat apa sahaja cara tanpa perlu fikir mereka di sekeliling dan menjadi diri anda ke tahap tertinggi walaupun anda sedar tahap anda di mana. Oh Hae Young juga mempunyai sifat inferiority complex kerana sering membandingkan dirinya dengan Oh Hae Young satu lagi yang lebih berjaya daripadanya dan seringkali dia sangka menghantui hidupnya. Tapi atas dasar dimiliki Oh Hae Young menjadikan wataknya unik dan 'disenangi'. Oh Hae Young juga akan melakukan sesuatu luar dari kebiasaan jika berasa dirinya di paras bawah sekali, seperti makan banyak, menari keseorangan, memakai kasut tumit tinggi, menyarung baju old-school, memakai lipstik, minum arak sampai muntah, etc



Drama Oh Hae Young Again mengungkap persoalan percintaan sekali lagi selepas dikecewakan dengan cinta pertama dan bagaimana mereka tetap bercinta walaupun tahu akan 'taboo', pandangan masyarakat sekeliling terhadap cinta mereka yang terbentuk hasil daripada kemusnahan cinta pertama mereka. Drama ini juga menyelongkar akan luahan emosi yang mana galakan terhadap luahan cinta membolehkan cinta dapat diteruskan. Jangan biarkan luahan anda dibatasi dengan ego tapi hendaklah datang daripada hati anda yang sebenar.



Plot drama disusun dengan baik sehinggalah mencapai kemuncak melodramatik di episod 12, sebelum merundum berdikit-dikit sehingga ke akhir episod 18. Boleh dikatakan kelebihan drama ini terletak pada naratif komedi, idea tentang 'vision' dan juga kebolehan mempelbagaikan emosi watak. Kritikan tertumpu pada unsur ketidaklogikan dan kekurangan elemen dramatik semasa Park Do Kyung mengalami 'vision' di mana dia menghampiri saat-saat kematian, terlebih 'cheesy' dan juga tema 'Oh Hae Young Again' tidak berkait dengan 'vision' dialami Park Do Kyung (sedikit confusing???) .


2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)Tepukan gemuruh ('Standing ovation') untuk lakonan Seo Hyun Jin selaku Oh Hae Young

Seo Hyun Jin - [Best  Actress]
Lakonan Seo Hyun Jin meninggalkan impresi yang sangat menakjubkan untuk senarai leading actress yang telah saya tonton sejak awal tahun 2016.  Kebolehannya melakonkan watak oh hae young yang boleh ubah mood dalam sekelip mata dengan riak emosi berbeza. Kadangkala nampak sewel, kadangkala simpati, kadangkala terlalu gedik, kadangkala nampak 'kosong'. Antara aktres yang hebat membawakan watak leading rom com.

Eric Moon
Pertama kali melihat lakonannya menerusi Super Rookies sesuai dengan watak yang bersasa. Park Do Kyung ditampilkan seseorang yang introvert yang suka menyembunyikan emosi sendiri dan juga melebihkan ego berbanding perasaan lahir daripada hati. Good acting so far but still not enough quality to be nominated for best actor.

Ye Ji Won
Antara menonjol menerusi drama ini seharusnya jatuh pada lakonan Soo Kyung, atau Isadora iaitu kakak pada Park Do Kyung merangkap boss pada Oh Hae Young. She is scene stealer for most of time!

Kim Ji Suk
Jin Sang yang dibawa seorang dilanda dilema akibat menyebabkan wanita yang dianggap kakak sendiri mengandung. Jin Sang berjaya menjadikan olahan wataknya kelakar.

Pujian juga diberikan pada watak Park Hoon (adik Park Do Kyung) dilakonkan Huh Jung Min dan juga emak Oh Hae Young dilakonkan pelakon veteran terkenal, Kim Mi Kyung.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.0/10)
Pengarah pandai memanipulasikan thrilling mood dalam naskah berbentuk komedi romantik. Kamera banyak difokuskan pada perubahan riak muka pelakon-pelakon.
Antara yang menarik diketengahkan adalah bagaimana pengarah memainkan 'vision' dalam bentuk saspens , bagaimana 'vision' itu seolah-olah seperti dejavu seperti ada sesuatu berlaku ke atas Oh hae Young.
Sinematografi juga sangat cantik terutama keadaan bilik Park Do Kyung, studio Park Do Kyung dan juga panomara lalang semasa Park Do Kyung menerima vision bertalu-lalu.

4. Skor muzik (5.0/5)
Kesemua lagu sangat sedap dan kena suasana drama. Memandangkan calon-calon song of the year tahun ini agak kompetitif, jadi saya akan nominate satu lagu sahaja. 6 lagu dibawah disertakan kerana dimainkan dalam playlist berkali-kali, senarai adalah mengikut turutan paling favorite.

Nomination (2 saja):

1. [OST Part 5]          If It Is You 너였다면         Jung Seung Hwan (정승환) [Ms Temper & Nam Jung Gi OST]  














6. Like A Dream - Ben 



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 OST lain yang menjadi kegemaran:

2. Wait More - Black Skirts
3. Maybe I - Roy Kim
4. Scattered -         EZ
5. What is Love - Seo Hyun Jin/Yu Seungwoo

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.8/5)

Aura yang sangat besar untuk tontonan semula.

Rating Keseluruhan Drama:  (8.8+8.3+8.0+5.0+4.8) =34.9/4=8.73)
Nomination: Seo Hyun jin