Wednesday, 31 August 2016

A Good Wife_wima

                                                                          A Good Wife




Rating Keseluruhan Drama:  (8+9+8+2.5+4) =31.5/4=7.88)

1. Cerita  (8/10)

Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwaraya (lee tae joon)berjaya yg telah berkeluarga dan mempunyai 2 org anak. Selepas terlibat dgn skandal dan rasuah yg melibatkan kerjaya dan nama baiknya terjejas, isterinya (hye gyoung)yg juga seorang peguam yg mengorbankan karier demi rumahtangga selama ini bangkit demi mengejar impian dan kerjayanya sendiri.

Drama byk berkisar ttg bagaimana hye gyoung menangani masalah rumah tangga dlm masa yg sama nk bina kerjaya..

Dlm masa yg sama kwn lama hye gyoung (seo joong won) merangkap bos di firma guaman tmpt hye gyoung bekerja menaruh hati pd hye gyoung.

Kiranya drama ni fokus ttg hye gyoung handle kes2 mahkamah, hubungan retak menanti belah hye gyoung dan tae joon serta percintaan joong won dan hye gyoung..

Menariknya drama ni bile kita dpt tgk mcmn hye gyoung dan peguam2 lain handle kes2 unik dan suasana perbicaraan di mahkamah. Dlm proses perbicaraan, kita bleh tgk mcmn peguam2 ni akan kumpul bukti, bncg kes, siasat client dan sebagainya...

Kt sini la byk watak2 menarik yg muncul seperti pendakwaraya, peguam, penganalisa, hakim, client dan juga anggota keluarga hye gyoung..

Kelebihan
Antara yg iols suka pasal drama ni bile kes2 tu lain dari yg biasa kita tgk cthnye kes seorang suami yg x legal (x daftar kahwin) nk halang dr pihak keluarga nk tutup mesin hayat isteri dia yg mengandung dan koma...byk lg la..x larat nk taip semua...hihi

Kelemahan
Sbb drama ni remake drama omputih yg dh byk gile season sampai 7 kalau x silap jdnya mcm x puas tgk..tp xdela writer ni rushing nk abiskan drama ni..still writer berjaya garap dgn agak kemas towards the end...

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)


Jeon Do Yeon (Best Actress)
Walaupun nmpk kertu tp still berkarisma sebagai peguam, isteri dan ibu dalam masa yg sama. Lakonan sbg hye gyoung mmg first class..pastu hye gyoung ni jalan mmg catwalk abis..mmg iols notice dr awal pasal ni..hihi

Yoo Ji Tae (Best Actor)
Iols calonkan sbg best actor sbb berkarisma n nmpk charming wpun dia bawak watak yg agak pentingkan diri dan 'jerk'. Dlm jalankan kerja, akan wat ape saje utk capai hala tuju yg dia nak..

Yoon Kye Sang
Antara watak penting sbb seo joong won ni yg byk bantu hye gyoung dr segi emosi dn bg ketenangan pd hye gyoung di saat dia bergelut dgn skandal suami dan pandangan masyarakat serta byk bantu dia bina kerjaya sebagai peguam..kompem2 la baik camtu leh wat hye gyoung cair kan..

Nana (Best Supporting Actress)
X sangka gak nana leh bwk watak kim dan seorg penganalisa dan pembantu peguam dgn baik. Dia wat keja analisa secara licik dan muka selambe je bile nk info pape secara illegal. Watak dia mcm ada misteri2 sket.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

Penceritaan mmg ok dn menarik..lancar dan x meleret2..biasanya satu episod setel satu kes mahkamah..teknik pengarahan pun ok..scene2 x membosankan..bile part cemas, bleh terasa cemas sekali la bile tgk..sinematografi biasa2 je..byk scen dlm court mahkamah dan dlm firma guaman..


4. Skor muzik (2.5/5)
Byk instrumental so xde ost yg iols leh ingat dan memberi kesan sgt..tp sesuai la dgn scene2 dlm drama ni..

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Harapnye ada season 2 so bolehla utk tontonan semula.

Rating Keseluruhan Drama:   (8+9+8+2.5+4) =31.5/4=7.88)

Nomination: Jeon Do Yeon, Yoo Ji Tae, Nana



P/s : sori kalau ada singkatan2 serta bahasa yg caca marba yer..dah lama x karang panjang2..
Harap review wima leh bantu n tarik minat uols utk tonton kay...

Tuesday, 30 August 2016

Saturday, 6 August 2016

Beautiful Mind Syik_Gojet



                                                                                oleh Syik Gojet





1.   Cerita  (8/10)
Beautiful mind ialah drama berkonsepkan perubatan mengisahkan Doc Lee Young Oh yang diakui sebagai pakar neuro (otak), akan tetapi Young Oh tidak mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan. Drama ni fokus kepada bagaimana Doc Lee Young Oh yang dilebal psychopath berubah perlahan-lahan memahami erti kemanusiaan dan emosi untuk menjadi “good doctor”. Sejak kecil lagi beliau dicop sebagai “monster”oleh bapa angkatnya. Beliau berusaha sedaya upaya utk menjadi normal demi memenuhi expectation bapa angkat yang juga merupakan doctor pakar neuro. Beliau diasuh oleh bapak angkatnya utk belajar mengenal ‘body language” utk menutupikelemahan beliau. Beliau sorg yang logikal, sombong, berkenyakinan tinggi,adil, cool dan tiada perasaan.

Sejak beliau bekerja di hospital bapak angkatnya, satu demi satu kematian berlaku yang berkaitan dgn beliau secara langsung. Beliau dijadikan kambing hitam oleh hospital tempatnya berkerja utk menutup konspirasi produk stem cell. Oleh kerana beliau mempunyai penyakit anti-sosial disorder, mudah bagi pihak pengurusan hospital menuduh beliau menjadi dalang kematian yang berlaku di hospital.

Dalam masa yang sama, sorang rookie polis traffic bernama Jin Sung, menyiasat kes-kes kematian di hospital ini. Jin Sung juga asalnya seperti orang lain mensyaki  Young Oh menjadi dalang. Tetapi semakin lama Jin Sung menyedari Young Oh cuma sorg doc yang berusaha sungguh2 selamatkan pesakitnya.. Jin sung seorang yang bersifat terburu-buru dan mempunyai emosi yang kuat. Oleh itu Jin Sung dan Young Oh saling lengkap melengkapi. Mereka digelar couple Wi-Fi.

Yang menarik tentang drama ni ialah setiap kes emergency ada implikasinya kepada kehidupan Young Oh lantas mengajar Young Oh mengenal erti sifat kemanusiaan.Contohnya kes budak didera oleh maknya. Young Oh berasa pelik kenapa budak iturela didera dan tidak mahu ceritakan kepada sesiapa. Malah budak itu sanggup tahan sakit sehingga membahayakan diri sendiri. Jin Sung menjelaskan yang bagi setiap budak, makpak adalah Cinta Pertama mereka.. budak  itu sanggup tak cerita kepada sesiapa kerana takut makpak akan bercerai. Young Oh mula memahami keadaan budak itu kerana beliau jugak didera emosi oleh bapak angkatnya sejak kecil secara tak langsung. Byk lagi kes emergency yang menyentuh perasaan. Tak boleh cerita lebih-lebih kang spoiler.hehehe

Selain itu tertarik perkembangan watak Young Oh bila mula belajar erti cinta.. Young Oh sangat naïf. Young Oh membuktikan cinta tak perlu dibuktikan dgn kata-kata,tetapi melalui perbuatan. Sweet sgt.. hehe

Satu lagi yang aku kagum dgn writer drama ini ialah ayat yang puitis tapi spot on. Membuatkan penonton berfikir dan terkesan dgn scene tersebut.

Contoh ayat yang disebut oleh Young Oh kepada pesakitnya:

"I cannot feel your pain. I can't be in pain for you. I have a disability that impairs my ability to empathise with others. As you have said, I cannot even appreciate music.Thats why, Im planning to stand by your side. I won't ever turn a blind eye to your pain or feel exhausted. Whenever you need me, I will extend out my hand, until the moment you leave the hospital with a healthy body"
Walapun drama ini agak berat tetapi ada diselitkan element komedi iaitu Doc Power Rangers terdiri 5 doc kaki gossip ala2 ahjumma. Tabik hormat kt writer kerana karektor komedi Power Rangers diketegorikan sebagai smart komedi.. Tak perlu menjerit2 or buat aksi pelik tetapi menghiburkan. Sentiasa ternanti2 babak mereka disetiap episode.


Namun disebabkan drama ni rating tak tinggi, drama dipendekkan kepada 14 epi tuk berilaluan kepada Olympic. Ini mencacatkan jalan cerita terutama epi 13 dan 14 agakrushing . Penutup kes kematian dan stem cell konsipirasi tidak di kupas dgn lancar.Kisah cinta Jin Sung dgn Young Oh pun berlaku agak pantas. Selain itu setengahkarektor yang muncul masa awal2 episode tiba-tiba menghilang contoh doc Suk Joohanya muncul sekali sekala.Terpaksa potong markah di sini

Kesimpulannya... One of the best Medical Drama yang aku pernah tengok...!!

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
Jang Hyuk sebagaiDoc Lee Young Oh – calon best actor
Standing ovation..!!! Tepuk tangan sampai naik lebam..
Watak Young Oh sebenanrnya sangat la berat.. Tetapi Jang Hyuk memang berjaya menjiwai watak pysopath yang berusaha menjadi normal. Babak paling diingati semasa disoal siasat oleh polis dgn memakai alat pengesan tipu. Memang psiko habis sampai polis give up.. Satu lagi babak masa Young Oh dipecat oleh bapak angkat. Kemudian Young Oh jalan dalam keadaan tak tentu arah ke tengah jalan. Terasa gila emosi kekecewaan yang ditonjolkan..He nail it..

Park So Dam sebagai Jin Sung
Walaupun pada asalnya watak Jin Sung agak annoying tetapi lama kelamaan watak ini penting utk merubah Young Oh. Lakonan Park So Dam boleh dikategerikan sebagai baik tapi tidak la sehebat mana. Boleh diperbaiki lagi.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (7/10)
Oleh kerana drama ni byk scene dipotong maka tak leh bagi markah lebih tuk pengarahan kerana tampak agak tergesa gesa.Tetapi dari aspek sinematografi menarik dan bagus

4. Skor muzik (3/5)

Lagu ost Dirt berhantu.Best.. Sesuai dgn tema cete ni. Tapi lagu ost yang lain biasa2 ja.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Jika ada masa nak tengok lagi..terutama ada term2 perubatan yang tak berapa nak faham..

TOTAL = 8+9+7+3+4 =31
Nomination:Jang Hyuk