Saturday, 24 September 2016

Doctors_Minami2013

 DOCTORS

 oleh Minami2013



TOTAL = (7+8+8+4+2.5) = 29.5/4 = 7.38)
1. Cerita  (7/10)
   Jalan cerita drama ini agak berlainan pada awalnya namun apabila kisah cinta antara doktor bermula, pada pandangan saya ia agak cliche. Mungkin ini realiti kehidupan seorang doktor tetapi untuk Dr Jung Yoon-do dilihat mulai jatuh cinta kepada Dr Yoo Hye-jung agak tidak kuat. Tiada moment yang bagi pendapat saya membolehkan penonton merasai perasaan tersebut. Contohnya ketika Dr Hong Ji-hong menjadi guru di sekolah dan moment ketika die menunjuk kan sesuatu melalui mikroskop kepada kepada Yoo Hye-jong yang ketika itu pelajar dia, penonton dapat rasa yang mereka berdua sudah ada perasaan terhadap masing-masing. Mungkin Yoon Gyun-sang yang melakonkan watak Dr Jung Yoon-do adalah bukan pelakon utama jadi tidak perlu menonjolkan moment tersebut. Tetapi ia agak mencacatkan sedikit plot cerita.

Secara keseluruhan saya merasakan cerita ini semakin lama semakin membosan dan boleh diagak namun saya patut bagi credit kepada Kim rae-won sebagai pelakon utama watak Dr Hong ji-hong kerana setiap scene berkaitan watak Hong Ji-hong adalah yang ditunggu-tunggu. Beliau berjaya membawakan watak seorang yang matang, loving dan sangat berdedikasi.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10) - Markah untuk keseluruhan
Saya calonkan dua pelakon untuk drama ini:
1. Kim Rae-won [Best Actor]
2. Lee Sung-kyung [Best Supporting Actress]

Kim Rae-won sebagai Dr Hong Ji-hong sangat sesuai memegang watak tersebut. Lakonan yang ditunjukkkan sangat berkesan kerana pada pendapat peribadi saya sebagai penonton wanita boleh merasakan seperti fall in love dengan cara dan gaya Dr Hong Ji-hong. Ada beberapa scene yang menunjukkan Dr Hong ji-hong sedih, marah, merajuk, in love dan sebagainya berjaya disampaikan kepada penonton.

Lee Sung-kyung memegang watak Dr Jin Seo-woo iaitu anak kepada pengarah hospital. Watak yang dilakonkan sebagai seorang yang berdendam dengan Dr Yoo Hye-jung juga sangat meyakinkan. Paling menarik yang ditonjolkan adalah walaupun dia berdendan tetapi masih profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang doktor.

  Selain daripada dua pelakon yang dicalonkan, lakonan Park shin-hye sebagai watak utama iaitu Dr Yoo Hye-jung pada saya biasa sahaja. Watak sampingan lain agak menarik contohnya Dr Jung Yoon-do anak orang kaya yang selalu dibuli oleh bapa saudara nya, Chun Soon-he kawan baik kepada Dr Yoo Hye-jung, dan watak2 doktor yang lain.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

   Keseluruhan dari segi teknikal agak meyakinkan. Mungkin kerana terdapat banyak scene yang berkaitan dengan pembedahan dan term perubatan jadi mungkin mereka yang berkaitan lebih memahami. Kebanyakan lakonan mereka adalah berkaitan prosedur dan terminology berkaitan perubatan. Tetapi ada watak kanak-kanak seolah dubbing suara iaitu episod dua beradik yang terdapat tumor dan bapanya terpaksa bekerja kuat untuk bayar kos perubatan. Bapak budak tersebut pun kelihatan seperti model dari segi pemakaian, agak tidak realistik padahal orang susah.

4. Skor muzik (4/5)

   Lagu menarik dan sesuai dengan jalan cerita.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)

    Sekiranya drama ini ditayangkan semula di tv saya mungkin boleh menonton nya semula dan tak tukar channel.

Tuesday, 20 September 2016

Let's Fight Ghost_milanhawkin

 Let's Fight Ghost

oleh milanhawkin




My first review for the year 2016... lol. Meh kita blajar bahasa omputis meh. Ignore-kanla kalu ada grammar tunggang terbalik tu. Sy budak baru nk blaja omputis.

Rating keseluruhan drama: Let’s Fight Ghost/Bring it on Ghost (7/10)

1.    Cerita (8/10)
General: An adaptation of a manhwa/webtoon Ssauja Gwisina (싸우자 귀신아) by Im In Seu. Ghost, people who can see ghost, ghost-fighting, evil spirit, mystery-rewinding and love blossoming. A wondering spirit seeking solace from the guy who can see ghost. And every episode contains different subplot which makes it interesting while the main plot is still there peeking from time to time. It's a light drama. Not weak, but light.

Genre: RomCom Horror Action.

Plot: The story revolves around Park Bong Pal who can see, touch and hear ghosts. His encounter with Kim Hyun Ji could be fate, when it slowly brings them closer and solves the mystery behind Hyun Ji’s memory lost and who is the real Prof. Joo, while they were busy fighting with ghosts and sending those ghosts to the afterlife. The fate that slowly opens up the curtain of how their lives intertwined. I love how the story slowly demonstrate the main casts’ relationship and growth. I can feel the love is blossoming.

I won’t give that much rate on originality since we already had a few dramas with the same foundation like The Master’s Sun and Ghost Detective – just to name a few. But the drama is still cute, light, interesting and recommendable.

Highlights:
Sundae Soup – the real fun in this drama, if I might say so. Both Chun Sang and In Rang always brought me to my knees laughing. Having said that, both of them are also some real friends. They support each other despite In Rang’s grandma’s dislike towards Chun Sang. He even supports the love between Bong Pal & Hyun Ji despite him being in love with his angel. He was just as devastated as Bong Pal when he knew Hyun Ji isn’t coming back. Chun Sang who is always willing to lend an extra hand when friends in need – watch Chun Sang  carrying Bong Pal on his back and bringing him to his home and later did the same to In Rang without 2nd thoughts or whining. He even stroked In Rang’s head lovingly. I just love that scene and fell in love with him.


2.    Keberkesanan lakonan (7/10)
Ok Taec Yeon as Park Bong Pal
I think Taec Yeon is okay. Not too bad but not that outstanding either. But he pairing up with KSH brings the best out of him. I like his fighting scenes and his interactions with Hyun Ji. But he needs to improve in showing more emotions in intense scenes.

Kim So Hyun as Kim Hyun Ji (Nomination: Best Actress)
Kim So Hyun on the other hand is just amazing. I just loved her. Her cute gestures are just...too cute. And she plays with emotions really well for an actress her age.

Kwon Yool as Joo Hye Sung
Never seen him before in any movie/drama – or he is just not recognizable? Oh wait, he was in the Let's Eat drama kan? Hmm... He’s ok but I failed to sense some of his emotions. But maybe that is due to his character that is supposed to be hard to read and always giving away the spine-chilling aura. 

Kim Sang Ho as Monk Myung Chul (Nomination: Best Supporting Actor)
Ah, Mr Monk. He is just as great as ever. As a veteran, he plays his character really well. I just loved him in everything.

Nomination: Best Duo – Kang Ki Young & David Lee
Kang Ki Young as Choi Chun Sang (Nomination: Best Rookie Actor)
He is just hilarious as Chun Sang.

David Lee as Kim In Rang
This guy is as crazy as Ki Young. This duo just made my day.

Baek Seo E as Im Seo Yeon
Nothing much to say. She’s just lack of emotions, I guess. Never paid attention to her in the drama.


3.    Aspek teknikal (7/10)
The script isn’t too bad but it doesn’t have any memorable lines that could stay in my head either. Since it is a light drama, I just went with the flow with no significant complaints.

Can I also mentioned how this drama bringing in new and fresh faces to the screen? I can really salute the director/Park Joon Hwa for being adventurous and believing in these new actors & actresses. I think he really believes in developing new talents, instead of using the same talented faces to the screen. And I don't think it's a failure at all. Of course, there are things to improve but overall, it's a good movie to enjoy.

4.    Skor muzik (3/5)
Unfortunately, this is the only drama that I don’t have any favorite OST. They were just so-so. Nothing that capture my interest but it’s there for a reason and I don’t dislike it either.

5.    Kebarangkalian untuk tonton semula (3/5)
Mungkin sebab ada byk lg drama korea dlm waiting list I, so kemungkinan utk I tonton semula tu agak rendah.

Friday, 16 September 2016

W_daus

W - TWO WORLDS
oleh daus



Rating Keseluruhan Drama:  (7.7+7+7.1+4.5+3.8) =30.1/4=7.53)
Kritik Keseluruhan: "W padat dengan pelbagai teori dan perspektif hasil kreativiti penulis mengadaptasi konsep hubungan dua alam dimensi berbeza tetapi seolah-olah hilang arah apabila menghadkan elemen suspens yang berpotensi dengan cerita cinta yang 'cheesy'  dan permainan 'twist' terlalu banyak, akhirnya menyebabkan interprestasi drama bertemakan fantasi ini sukar untuk diterima kelojikannya."
  1. Cerita  (7.7/10)

W bermula dengan baik hasil kreativiti penulis yang menterbukakan ruang perspektif bagaimana wujudkan hubungan dua alam - "dunia sebenar/real" dan "dunia kartun/imaginary" yang merupakan subset padanya. Ditambah dengan elemen kejutan fantasi sengaja diletakkan sebagai 'twist' , W pada mulanya berjaya meninggalkan impresi yang mengagumkan sehingga menggalakan pelbagai perdebatan teori bagaimana ianya berlaku.

Tetapi, W punah apabila tema drama yang seharuskan bertitikkan suspens/thriller disogokkan dengan cerita cinta fantasi yang terlebih cheesy sehingga membunuh "mood" di pertengahan cerita. W juga terlalu memfokuskan pada "twist" tak menjadi sehingga akhirnya dipersoalkan kelogikannya.  

W boleh difahami dengan penjelasan berikut:

1. Subset: Dunia kartun ⊂ Dunia sebenar
Dunia kartun dikawal daripada dunia sebenar melalui lukisan dilakukan ke atas "jambatan" yang menghubungkan mereka.  Apa-apa yang berlaku di dunia kartun tidak mengakibat apa-apa di dunia sebenar kecuali jika watak yang berada di dunia kartun menyedari perubahan tersebut dan ingin mengubah mengikut kehendaknya. Hal ini berlaku pada Kang Chul yang menyedari hakikat dunia 2 dimensi, seperti juga killer. Tetapi apa yang berlaku di dunia sebenar sebaliknya boleh mengubah situasi berlaku di dunia kartun melalui kehendak pelukis webtoon tersebut kerana pelukis webtoon sedar dunia kartun adalah khayalan dan subset pada dunianya.

2. Peranan watakJalan cerita dunia kartun W mengikut tujuan watak utama protoganis - iaitu Kang Chul yang berazam untuk mencari pembunuh sebenar yang menyebabkan kecelakaan hidupnya dan tujuan watak utama antagonis - yang mahu Kang Chul dibunuh dengan aib. Jika salah satu hilang tujuan, maka watak mereka akan hilang dalam dunia kartun tersebut ataupun direndahkan kepada peringkat watak biasa. Takdir hidup mereka bukan lagi bergantungan. Watak Yeo Joo pula boleh dikatakan watak utama atau setakat membantu waktu Kang Chul merealisasikan impiannya dalam webtoon.

3. Jambatan

Yang menghubungkan antara kartun dan dunia sebenar adalah melalui tablet dan juga melalui kesedaran watak-watak utama. Pembolehubah ditunjukkan satu persatu bagaimana watak utama webtoon diberi 'hak istimewa' untuk bergerak dari satu dimensi ke dimensi lain dengan kehendaknya sendiri tetapi bersyarat, yakni dia mesti menyedari hakikat dua dunia itu terlebih dahulu. Watak utama juga boleh memanggil watak kartun ke dunia sebenar tanpa pengetahuan watak tersebut.

4. Rangka Masa/Timelines

1 hari dunia kartun = 10 minit di dunia sebenar. 2 tahun  =1 minggu dunia sebenar
Masa berlaku di dunia kartun dan dunia sebenar adalah bebas dan tidak bergantungan antara satu sama lain kerana masa  webtoon bergantung pada dari tarikh mulanya  webtoon dihasilnya sehinggalah  'episod akhir' terbitkan.
Ironinya, tidak ketahui sapa yang kawal dua dunia ini supaya masa mereka berjalan tanpa bergantung satu sama lain, yakni 'epi akhir'  webtoon juga tidak diketahui sapa yang mahu ianya ditamatkan pada waktu itu juga.



2. Keberkesanan Lakonan (7/10)
Agak sukar untuk menyatakan kerelevanan watak dengan tema cerita.

Lee Jong Suk
Dari raut ekspresi muka dan gaya tubuh, Lee Jong Suk belum mampu tonjolkan kesungguhan menyerlahkan watak Kang Chul yang menderita, punyai kehendak kuat dan juga tranksisi kepada romantik yang agak meloyakan dan tak kena dengan suasana drama.

Han Hyo Joo
Sampai sekarang watak yeo joo yang dibawa han hye jo tidak tau ke arah mana arah tuju dan juga motif keberadaannya dalam W yang samar-samar melainkan hanya sekadar memenuhi 'chessiness' drama. Kekalutan, ketakutan yang ditonjolkan seolah-olah Yeo Joo layak diketawakan. Lakonan Han Hyeo Joo yang agak mendukacitakan berbanding Dong Yi dan Brilliant Legacy yang ternyata meninggalkan kesan yang sangat hebat.

Kim Eui Sung - [Best  Supporting Actor]
Mungkin watak paling relevan ialah Oh Seung Mo yang membawa 3 peranan dalam drama ini. Pertama, sebagai pelukis webtoon yang punyai 'low self-esteem' dan selalu meneguk arak yang mahu menterjemahkan aspek kesempurnaan di dalam webtoon lukisannya. Kedua, seorang pembunuh atau 'killer' yang rakus  dan jahat. Ketiga, seorang pesakit yang mengalami schizophrenia kerana dilema melaksanakan amanat 'pembunuh' hasil memori dimilikinya ATAU menjadi ayah yang baik dan ingin menebus kesilapan lalu. Semuanya berjaya dibawa pelakon ini dengan baik sekali dan berkesan.
Antara lakonan pembantu  paling diingati pada tahun ini. Syabas!

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)
Pengarah yang mempunyai 'sense of humour' dan 'komedi slasptik' semenangnya tidak senada dengan gubahan suspens/thriller yang dibawa penulis ini.
Tiada yang menarik dari keistimewaan yang ditonjolkan. Plot yang digerakkan dengan teknik pengarahannya agak berserabut dengan penambahan komedi romantik yang ringan sebagai rencah.

Pujian harus diberikan pada 'Cinematographer'. [Nomination for Best Cinamatography]
Gerakan kamera yang fokus pada seni lukisan sangat-sangat membantu menambahkan keterujaan menonton drama ini. Dan juga aspek ketelitian yang hebat ke atas percantuman lukisan dan jasad sebenar.

4. Skor muzik (4.5/5)

Instrumental tersangatlah kena dengan suasana suspens.
Dan ost paling sesuai dengan tema sebenar W ialah lagu dibawah ini.



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.8/5)
Drama ini tidaklah teruk dan juga tidaklah terlalu hebat. Ianya juga menghiburkan terutamanya aspek kreativiti penulis drama ini.

Rating Keseluruhan Drama:   (7.7+7+7.1+4.5+3.8) =30.1/4=7.53)
Nomination: Kim Eui Sung

Tuesday, 13 September 2016

Cheese In The Trap_tuna

Rating Keseluruhan Drama:  9.8 +  9.5   +   9 +  3.8  + 4  = (9.025 /10)

1. Cerita  (9.8/10)
 
Cheese in The Trap ini berasaskan kisah webtoon yang masih belum tamat. Terlalu berbeza apabila diadaptasi ke drama. Bagi tuna, siri drama nampak lebih menarik berbanding webtoon yang agak lembab dan membosankan.


Secara kasarnya dilihat drama ini hanyalah sebuah kisah cinta kampus semata-mata. Namun sebaliknya ia mengupas isu pentingnya komunikasi dan perhubungan di dalam bermasyarakat. Samada di peringkat kampus/universiti/persekolahan, adab berguru, persahabatan, pekerjaan mahupun kekeluargaan.


Masalah komuniskasi yang ketara telah membawa kepada pelbagai salah anggap dan kecelaruan di dalam kehidupan seseorang yang terlibat secara langsung mahupun tidak.


Pada anggapan umum, Yoo Jung dianggap sebagai seorang anak muda yang paling berpengaruh dan bertuah di dalam kehidupan. Kaya raya, kacak dan disukai ramai pelajar kampus samada lelaki mahupun perempuan. Akhirnya bercinta dengan Hong Seol yang dianggap tiada apa-apa baik dari segi rupa mahupun harta.

Namun sepanjang perkembangan episod telah membawa kepada memahami siapa, mengapa dan bagaimana Yoo Jung boleh menjadi seorang insan yang sukar difahami sikapnya. Terkadang dingin, terkadang mesra.


Tuna sendiri semakin ingin tahu adakah Yoo Jung benar-benar tidak bersalah dalam setiap kecelaruan yang berlaku. Jika tuna berada di pihak Hong Seol, pastinya tidak mampu untuk meneruskan hubungan kerana sikap kami yang sangat berbeza.


Biarlah kaya raya pun, tapi kalau kita tiada persefahaman dan kepercayaan ia pastinya menghantui dan membina dinding pemisah tanpa disedari. Ini adalah hakikat kehidupan yang membuatkan tuna kembali merujuk kepada kehidupan sebenar.


Hong Seol yang datang dari keluarga sederhana mempunyai masalah kehidupan tersendiri. Bekerja sambil belajar untuk membiayai pengajiannya sendiri serta terpaksa bersaing dengan adiknya Jun demi meraih penghargaan daripada ibu bapa.
Pada peringkat awal, Hong Seol dipaparkan sebagai gadis yang biasa-biasa saja namun mempunyai fatal attraction yang terbina dari ciri-ciri bijaksana, rajin, suka mengalah dan sedikit blur.


Sepanjang episod kita disajikan dengan realiti kehidupan tentang persahabatan, persaingan, iri hati, ketidakpercayaan, masalah keluarga, pilih kasih dan pelbagai lagi yang digarap dengan gaya penceritaan ringkas dan mudah difahami.


Episod  14-15-16 adalah episod paling mendalam yang sangat memberi makna buat tuna kerana ia membuat fikiran tuna berputar memikirkan kenapa, mengapa, bagaimana, siapa dan apa. Akhirnya tuna jatuh cinta sepenuhnya dengan watak Yoo Jung and I feel pity with Baek In Ha & In Ho. Hong Seol, I love your sweet voice. Chinca!!!


Direktor bijak menyuntik elemen di persimpangan dilema untuk penonton. Samada ingin mempercayai atau tidak. Plot twist yang dipaparkan di sebalik flashback sangat membantu memahami pergolakan dalaman setiap watak.


Endingnya ditutup dengan sangat jelas dan teratur. Sukar untuk tuna jumpa ending yang sebegini di dalam mana-mana Kdrama yang hanya mementingkan sweet romance and live happily ever after. Ini adalah hakikat kehidupan sebenar. We will never get what we want, but we will somehow get it when we are ready.


Please, tak perlulah buat Part 2. Nanti makin melalut semata-mata nak puaskan hati semua orang untuk pastikan Hong Seol dan Yoo Jung bahagia berdua.


I wish to write more, tapi nanti melalut pula. So, tuna stop di sini dan korang semua cubalah menonton drama ini dengan pandangan mata hati yang terbuka. Meskipun ada watak-watak psiko lain yang membingitkan di antaranya Baek In Ho, Baek In Ha, Son Min Soo, Young Gon dan Sang Chul, tetapi ia dihasilkan dengan penceritaan yang sangat menarik.


2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)

Drama ini pada awalnya kita bayangkan pasti akan cliché dengan kisah cinta kampus. Namun begitu, selepas menghayati setiap episod, agak ternganga dengan hasil lakonan setiap watak. Pengarah berjaya membawa keinginan kita untuk mengetahui apakah yang berlaku sebenarnya.


Kebiasaannya bagi sesuatu drama berkaitan alam universiti, kita akan menonton kewujudan watak biasa-biasa saja. Tetapi untuk CITT ini, setiap watak memiliki kekuatan yang sama dengan pelakon utamanya. Ia digarap dengan baik dan ditutup dengan baik. I feel like watching a group of professional theatrical actors in action.





Kim Go Eun[Pencalonan Best Actress]
Watak ini mungkin biasa. Tetapi semakin episod berkembang, terserlah keperibadian dan daya penarik sebenar melalui penampilan simple dan rugged bagi watak ini.


Meskipun Kim Go Eun tidak perlu memaparkan memek muka yang berlebihan, namun mainan emosi dalamannya terserlah sebagai seorang yang naif dan menghadapi pelbagai masalah peribadi. Sangat suka dengan narration beliau yang menyentuh perasaan. Suara lembutnya sangat sesuai sebagai daya pujuk sewaktu berusaha menerangkan jawapan soalan kepada Baek In Ho. Serta, lontaran rasa kekecewaannya sewaktu dipaksa untuk berhenti belajar bagi membolehkan adiknya Jun belajar di luar negara. I feel your voice.

Park Hae Jin [Pencalonan Best Actor]
Lakonan PHJ pastinya nampak membosankan kerana tiada sebarang memek muka yang dipaparkan. Namun jika kita menghayati watak yang disampaikan, kita akan faham mengapa PHJ perlu dicalonkan sebagai Best Actor.

Melakonkan watak Yoo Jung sememangnya agak sukar kerana perlu memainkan emosi dalaman di mana kita perlu membenci dengan senyuman, kita perlu melahirkan rasa cemburu tanpa perlu melahirkan kata-kata kesat dengan riak wajah sebenar, kita perlu rasa sedih tanpa boleh mengeluarkan air mata. Terasa merentap hati apabila melihat Yoo Jung menangis di sisi Hong Seol yang kemalangan sambil berdialog secara dalaman bersama Hong Seol.

Beliau berjaya mewujudkan rasa SIAPAKAH Yoo Jung ini dan BETULkah Yoo Jung mencintai Hong Seol atau sebenarnya dia ada niat untuk memainkan hati dan perasaan Hong Seol.



Lee Sung-Kyung[Pencalonan Best Supporting Actress]
Watak wanita psycho yang annoying sememangnya membuat kita bingit telinga. Pada peringkat awal, ternyata ia sebuah watak yang menyakitkan dan kita rasa Baek In Ha ini tidak perlu wujud di dalam drama ini.
Namun begitu, semakin episod berkembang, semakin kita mula memahami konflik dalaman Baek In Ha disebalik keceluparan mulutnya dan kepsikoan tingkah lakunya. Memek muka, nada suara serta keagresifan gerak badannya membuat kita sendiri rasa geram, sedih, simpati dan rasa nak hempuk je perempuan gila ini. Good job!


Seo Kang-Joon
Seo Kang Joon memiliki ciri-ciri flower boy yang digilai ramai. Namun melalui drama ini SKJ membawa watak seorang yang agresif dan memiliki masalah peribadi yang sukar untuk dirungkaikan. Agak sukar untuk memendam rasa cintakan Hong Seol selain terpaksa menjaga kebajikan kakaknya Baek In Ha yang sengal. Aksi lasak beliau sangat menarik kerana dijiwai dengan sempurna. Semoga SKJ dapat menerima tawaran yang lebih baik dan minta tolong ubah penampilan flower boy tu.  


Ji Yoon-Ho[Pencalonan Best Supporting Actor]
Watak Young Gon sememangnya watak yang paling dibenci kerana meskipun pelbagai cara telah dilakukan namun masih kekal mengganggu Hong Seol. Agak menakutkan melihat ekspresi wajah psiko Young Gon yang tampak normal tapi sebenarnya ada masalah jiwa.


I wish to nominate ramai lagi para pelakon di dalam CITT ini. Di antaranya termasuklah Eun Taek, Bo Ra, Sang Chul, Son Min Soo, Da Young, Professor Kang (mama mia!). Arghhhh! Tak cukup kertas nak tulis ni. They are GREAT actors! I have never felt content with all the actors in one single drama.
Pencalonan:
·         Kim Go Eun  – Pencalonan Best Actress
·         Park Hae Jin – Pencalonan Best Actor
·         Lee Sung-Kyung – Pencalonan Best Supporting Actress
·         Ji Yoon-Ho – Pencalonan Best Supporting Actor



3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (9/10)

Pada asalnya tuna sangkakan drama kisah pelajar universiti pastinya bosan dan penuh lovey dovey dan romantic scene yang overdose. Tetapi tuna silap.  Penulis berjaya melahirkan watak-watak yang selari dan serasi dengan kehidupan sebenar.


Dari sudut pengarahan, ia bersesuaian dengan jalan cerita. Sinematografi yang well-balanced dan sesuai dengan apa yang ingin disampaikan. Not too flashy showing off how rich Park Hae Jin is like what usually happen in other romantic drama.

Kekurangan pada drama ini adalah dari segi editingnya untuk penyambungan setiap scene. Itu saja. Yang lain. PERFECTO!

Tidak dinafikan watak Yoo Jung agak berkurangan di beberapa episod terakhir namun bagi tuna, it is still moderately okay!

4. Skor muzik (3.8/5)
Semua background music/OST biasa-biasa saja. Ia serasi dengan plot dan jalan cerita namun begitu, tiada yang boleh membuatkan teringat-ingat. I wish ada lagu yang boleh buat kita berhantu mendengarnya. Kerana tanpa lagu yang kuat, ia menyukarkan untuk kita recall babak yang menarik.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Drama ini agak addicted untuk ditonton semula kerana terbayang-bayang aksi Baek In Ho bagi memastikan keselamatan Hong Seul. Terbayang-bayang watak gila Baek In Ha, Son Min Soo dan Oh Young Gon. Menyeramkan dan menakutkan tapi ada unsur kelakar. Terbayang-bayang memek muka Yooo Jung yang kita tidak tahu sebenarnya dia ni jahat atau baik. Sedang bercakap benar atau menipu. Terdengar-dengar suara lembut Hong Seol. Cute sangat!


Friday, 9 September 2016

A Good Wife_idakamaruddin


A Good  Wife

by idakamaruddin







Rating Keseluruhan Drama:  (8.5+9+8+3+4) = 32.5/4 = 8.125)

1. Ce
rita  (8.5/10) 
Drama ini mengisahkan seorang wanita (Jeon Do Yeon – Kim Hye Gyoung) yg bangkit untuk bina kehidupan baru setelah si suami  (Yoo Ji Tae – Lee Tae Joon) yg sangat dipercayai dan dihormati selama 15 tahun usia perkahwinan mereka telah dicemari dgn skandal yg sangat memalukan dimana si suami yang merupakan seorang pendakwaraya yg sangat berkaliber dan terkenal telah ditangkap menerima rasuah di atas sebuah siasatan Dream UTC serta penyebaran audio suara si suami beradu asmara dgn pelacur di internet serta tv.


Nota tambahan : Permulaan cerita pada episod 1 bermula dgn baik apabila  scene yang dipaparkan dgn press conference Lee Tae Joon explain tentang dia telah diperangkap oleh pihak tidak bertanggungjawab dan isterinye (Kim Hye Gyoung) walaupun sangatterkejut diatas apa yang berlaku, namun atas desakan si suami dan serta tanggungjawab untuk menjaga imej keluarga, beliau berpura-pura menerima salah laku si suami dan memberi sokongan penuh keatas si suami.

Bagi meneruskan kehidupan bersama anak-anak setelah Lee Tae Joon di penjara, kawan baik atau lelaki yg menyimpan perasaan terhadap Hye Gyoung, (Yoon Kye Sang – Seo Joong Wong) telah menawarkan untuk bekerja sebagai peguam di firmanya; M&J Firm. Walaupun ketika itu usia Hye Gyong sudah lewat untuk memulakan kembali kerjaya sbg peguam namun Hye Gyoung dgn positif menerima tawaran tersebut serta mengganggap itulah permulaan dan cabaran dalam kehidupan kerjayanya yang baru.



Kisah Hye Gyoung digarap dgn baik dimana director/writer cuba menunjukkan sisi berani dan cekap semasa Hye Gyoung mengendali kes. Pada awal penceritaan, client2 yg datang ke M&J firm dan melantik Hye Gyoung sebagai peguam mereka atas alasan untuk mengenali isteri si pendakwaraya yg terkenal dgn skandal rasuah dan sex, namun apabila Hye Gyoung telah memenangi kebanyakan kes2 yg dihandle nye ramai yg membuka mata atas kelebihan Hye Gyoung. Bayang-bayang Lee Te Joon semakin pudar dan tiada alasan untuk beliau mengalah walaupun kerjayanye dimulakan dgn lebih lambat dari org lain dan juga provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan personaliti beliau yang naïf sebagai target untuk diserang untuk menjatuhkan suami nye Lee Tae Joon.

Ketiga-tiga watak utama dalam drama ini berperanan untuk mencorak plot dalam setiap episode dan membuatkan jalan perceritaan yang abstrak tapi masih mampu sampai mesej dan moral kepada penonton untuk teruskan menonton drama ini hingga ending.

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

Jeon Do Yeon – Kim Hye Gyoung (Best Actress)

Watak yg dibawa pada permulaan hanyalah sebagai isteri yg naïf dan taat pada suami nya. Kehidupan beliau bersama suami selama 15 tahun hanya la utk menguruskan hal rumahtangga, namun, setelah apa yang terjadi pada si suami, beliau cuba keluar dari personaliti naïf dan taat untuk menjadi seorang yang menerima cabaran serta tegas walaupun sering mendapat ancaman yang datang dari pihak yang ingin menjatuhkan suaminye. Dalam drama ini beliau berjaya mempamerkan perasaan simpati kepada client dipermulaan kerjayanye, namun setelah digarap dan diberi nasihat serta tunjuk ajar oleh Soe Joong Wong sertapresiden M&J (kakak Joong Wong), watak sebenar HG berjaya dikeluarkan sebagai peguam yg tegas serta teliti dalam mengendalikan kes yang diberikan.

Yoo Ji Tae – Lee Tae Joon

Memegang watak sebagai pendakwaraya yang berkaliber, tegas dan licik. Sangat berpadanan dengan actor ini, disebabkan beliau mempunyai paras rupa yang menawan serta susuk tubuh yang ideal, menjadikan wataknya didalam drama ini selari dgn plot cerita yang meminta untuk beliau berlakon sebagai seorang misteri dan licik. Dari episod pertama sehingga ending, penonton dinasihatkan untuk berteka teki sendiri dgn mainan watak yg dipengang oleh beliau. Samada dia adalah betul2 innocent ataupun tidak. Atas pengaruh dan kuasa yang dia ada serta kepandaian beliau dalam menackle kes membuatkan beliau bernasib baik dan akhirnya ramai yang terpaksa tunduk mengalah keatas kelicikan beliau.

Yoon Kye Sang – Seo Joong Wong (best supporting actor)

Memegang watak sebagai kawan lama Kim Hye Gyoung atau pun kawan yang lama menyimpan perasaan terhadap Hye Gyoung dimana kebetulan situasi Kim Hye Gyoung berada dalam samar-samar bersama suaminya, membuatkan beliau mengambil kesempatan keatas perasaan yang telah lama terpendam. Disebabkan peranan mereka sebagai officemate cum boss – staff cum kawan lama, mereka sedikit rapat serta byk bercerita hal-hal kerja secara informal membuatkan hati beliau semakin kuat untuk memiliki Hye Gyoung. Watak beliau dalam drama ini straight forward dan penonton tidak perlu berteka teki dalam setiap tindak tanduk lakonannya.

Nana – Kim Dan (best supporting actress)

Memegang watak sebagai Kim Dan dan bekerja sebagai penganalisa kes serta pembantu peguam di firma M&J. Watak beliau didalam drama ini sungguh berkesan dimana cara lakonan dan mimik muka yang bersahaja seperti tiada perasaan telah mencorakkan wataknya sebagai sedikit misteri. Namun begitu, walaupun corak bekerja nye sedikit licik namun dia tetap berbakat untuk mendapatkan information dgn cepat dan tepat. Hubungan beliau dengan tunggak utama drama ini (Kim Hye Gyoung) mempunyai chemistry yang baik (partner in crime). Walaupun dipertengahan drama memaparkan konflik antara mereka berdua, namun disebabkan mereka mempunyai keserasian sebagai officemate dan kawan, akhirnya konflik antara mereka dapat dihuraikan dengan baik

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

Teknik pengarahan agak cepat dan abstrak serta pengarah berjaya menyuntik elemen surprise dimana setiap episod diakhiri dengan momen2 menarik yang membuatkan penonton teruja untuk menanti episod akan datang. Penonton dibiarkan untuk berteka teki, namun setiap ending episod ditutup dengan baik dan tidak tergantung. Penonton akan berfikir keatas setiap watak utama dalam episode ini dan hubung kait sesame watak dan keadaan manakala sinemotografi dalam drama ini agak baik dan byk scene2 melibatkan didalam firma M&J serta didalam court.

4.  Skor muzik (3/5)

Instrumental didalam drama ini sangat baik namun belum mampu untuk lekap diminda dan tiada OST yang terpahat dihati



Looking forward untuk menonton session ke 2 (kalau ada). Still, cerita ini mampu untuk membuatkan kita untuk menonton semula

Rating Keseluruhan Drama:   (8.5+9+8+3+4) = 32.5/4 = 8.125)

Nomination: Jeon Do Yeon, Yoon Kye Sang, Nana

Saturday, 3 September 2016

Lets Fight Ghost_MellyNad

Rating Keseluruhan Drama: (8/10)

Lets Fight Ghost (싸우자 귀신아)

oleh MellyNad


Sebuah drama yang berkonsepkan Komedi, romantic danseram. Pada pertama kali menonton drama ini, akan terus teringatkan drama hitsebelum ini, iaitu oh, my ghost. Konsepdan jalan cerita agak sama. Tetapi untuk drama ini lebih banyak element seramdan komedi membuatkan drama ini lebih menarik. Setelah episode 3 dan seterusnyajalan cerita untuk drama ini semakin bagus.
Jalan cerita pula agak santai dan pada masa yangsama ada bahagian yang unsur-unsurnya agak mengejutkan. Drama ini sangat simple dan straightforward mudah difahami dan agak bagus kerana setiap episodemempunyai cerita seram tersendiri dan dihabiskan hanya dalam satu episode. Membuatkankita tertunggu-tunggu untuk misi bongpal seterusnya.
Plot:
Mengesahkan seorang pelajar lelaki bernama Park BongPal (Taecyeon) yang mempunyai kebolehan untuk melihat benda halus (hantu)sedari kecil. Setelah meningkat dewasa Bong Pal menggunakan kebolehanya ituuntuk mengumpul duit, Bong Pal akan mengambil upah untuk menghalau hantu.
Pada satu hari Bong Pal mendapat panggilan untukmenghalau hantu di sebuah sekolah, dan pada masa itu dia berjumpa dengan rohKim Hyun Ji (Kim So Hyun) yang berkeliaran untuk mencari identitinya. Kim HyunJi, adalah hantu pelajar sekolah yang mati kerana kemalangan jalan raya dantidak mengingati apa-apa mengenai apa yang berlaku dan bagaimana dia boleh mati.
Ceritanyabermula apabila Kim Hyun Ji mengikuti Bong Pal untuk mengetahui mengenai kisahhidupnya sebelum mati dia merasakan Bong Pal boleh menolongnya kerana semasamereka terjatuh dan ter kiss (^.^)Hyun Ji seperti terbayangkan kejadian semasa kemalangan.
Hyun Ji memujuk Bong Pal untuk bersama-sama memburuhantu dan tinggal bersama Bong Pal. Pada mulanya Bong Pal tidak mahuberkerjasama dengan Hyun Ji, tetapi setelah bersama-sama menentang roh lain,Bong Pal merasakan misinya menjadi lebih mudah dengan bantuan Hyun Ji.
Setelah mereka menjadi rapat Bong Pal dan Hyun Ji jatuhcinta. Bong Pal tidak kisah walaupun bercinta dengan roh. Walau bagaimanpunmereka tidak sedar yang mereka diperhatikan dan diburu oleh roh jahat yangmengakibatkan kemalangan Hyun Ji dan sebab kenapa Bong Pal boleh melihat hantu.
1.   Cerita (7/10)
Drama ini boleh dipujikerana tidak bosan untuk ditonton dan peralihan plot sangat kemas. Sayamerasakan drama ini sangat bagus bermula dari episode 1 lagi. Ada beberapa partyang tidak boleh dijagka kerana akan terhurai sehingga episode yang terakhir.
2.   Keberkesanan Lakonan (9/10)
·        Kim So Hyun (Best Actress)
Tidakperlu disangkalkan lagi kebolehan gadis kecil molek ini didalam dunia lakonan. Sangatbagus untuk menjiwai watak dan pandai membuatkan kita memahami perasaannyamengikut scene tertentu.
·        Taecyeon (Best Actor)

Iniadalah kali kedua saya melihat Taecyeon menjadi watak utama didalam dramasetelah Deam High saya merasakan dia terlalu banyak peningkatan. Dalam dramaini Teacyeon nampak terlalu selesa dan tidak terlalu keras apabila melontarkandialog.
·        Kwan Yul (Best Supporting Actor)

·        Kang Ki Young (Best Rookie Actor)
3.   Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi (7/10)
Satusahaja saya hendak puji mengenai drama ini selain pelakon adalah editing. Saya merasakan editing dan pengarahan sangat kemas dan bagus. Pengarah sangat pandaimengetahui sudut yang betul dan membuatkan scene menjadi.
4.   Skor muzik : (3/5)
OST boleh diterima. Boleh membuatkan kita tahu perasaan pelakon dan pembawakanpengarah kearah emosi yang difahami.
5.   Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)