Monday, 28 November 2016

Scarlet Heart: Ryeo_spankee_fili

Moon Lover: Scarlet Heart Ryeo

oleh spankee_fili


 
 

Rating Keseluruhan Drama:  (8+7.5+7.5+3.5+5) =31.5/4=7.88)      
 

Kritik Keseluruhan : Drama yang menyeksa hati penonton dengan crammed scene at the beginning, slow pacing in the middle & super rushing at the ending, tapi banyak scene yang berbaloi untuk ditonton. For me, it is a love-hate drama, though I curse it out loud but I can’t stop from watching it over and over again. It was an incredible ride with a painful destination.

1. Cerita  (8/10)

Episod permulaan agak padat tapi menyeronokkan, membuatkan kita tidak sabar untuk menonton episod seterusnya.  Konsep cerita bertemakan saeguk yang menarik dengan pelbagai watak yang unik dan berpersonaliti tersendiri.

Apa yang saya suka sepanjang cerita ini? Banyak scene yang goosebump, membuatkan hati berdebar-debar sehingga perlu mengurut dada berkali-kali untuk mengurangkan tekanan. Terdapat plot demi plot antara princes dengan pelbagai motif / matlamat sehingga menyebabkan banyak nyawa terancam, banyak watak yang mati membuatkan hati penonton tidak tenang di setiap episod.

Scarlet Heart Ryeo bermula dengan seorang gadis bernama Go Ha Jin (IU) yang kecewa dengan hidupnya telah lemas ketika cuba menyelamatkan seorang budak, waktu itu gerhana sedang berlaku dan apabila bangun beliau telah berada dalam era Goryeo. Beliau yang kini hidup sebagai Hae Soo terasa sangat asing dengan kehidupan di bawah pimpinan Raja Taejo (Jo Min Ki) dan berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini.




Pertemuan demi pertemuan antara Soo dengan princes Goryeo membuatkan hubungan mereka, seperti kawan baik, seperti keluarga. Konflik pertama timbul apabila Soo dan Wook (Kang Ha Neul) mula tertarik antara satu sama lain tetapi cuba untuk mengetepikan perasaan itu demi isteri Wook, Lady Hae (Park Shi Eun). Namun apabila Lady Hae meninggal akibat sakit, keluarga Hae menjodohkan Soo dengan King Taejo untuk mengukuhkan kuasa.



Semua princes bersepakat untuk membawa Soo lari tetapi akhirnya tertangkap juga dan perkahwinan perlu diteruskan. Wook yang selama ini dianggap putera yang bijak dan taat telah pergi merayu kepada King Taejo untuk membatalkan perkahwinan, 4th Prince Wang So (Lee Junki) yang selama ini dianggap Wolf Dog yang bengis juga turut merayu sehingga King Taejo terkejut dengan perkara ini. Perkahwinan akhirnya berjaya dielak setelah Soo mencederakan diri sendiri (untuk menjadi isteri raja tidak boleh memiliki sebarang parut).



Soo dihantar ke Damiwon untuk menjadi court lady sebagai hukuman. Konflik demi konflik timbul sehinggakan Wook dan Soo renggang apabila Wook memilih keluarganya dan tidak membantu ketika Soo dihukum, sedangkan So sentiasa menjadi pelindung Soo sehingga berkali-kali nyawa mereka hampir melayang kerana terperangkap dalam konspirasi Queen Yoo (Park Ji Young) untuk merampas takhta.



Soo yang caring dan ikhlas terhadap So membuatkan So yang tidak pernah merasa kasih sayang itu semakin ceria. Bagi Wang So, Soo penyelamat beliau dan dianggap "my person". Namun hakikatnya mereka saling melengkapi kerana Wang So turut sentiasa ada bila Soo di dalam kesusahan.




Senarai watak boleh rujuk carta di bawah :



Crown Prince Wang Moo (Kim San Ho)
Putera mahkota yang baik hati dan lembut tetapi mempunyai badan yang kurang sihat. Beliau pernah dibantu oleh Soo untuk meredakan sakit ezcema yang dihidapinya, sejak itu beliau memandang tinggi keupayaan Soo. Putera yang paling disayangi King Taejo dan merupakan pewaris takhta.

3rd Prince Wang Yo (Hong Jong Hyun)
Berkomplot dengan bondanya Queen Shinmyeongsunseong/Queen Yoo untuk membunuh Crown Prince demi memastikan takhta Goryeo jatuh ke tangan Yo. Seorang yang ambitious, banyak perancangan jahat dan tamak.

9th Prince Wang Won (Yoon Soon Wo)
Berkomplot dengan Yo

10th Prince Wang Eun (Byun Baek Hyun)
Putera yang berperibadi kebudak-budakan. Sering bergaduh dengan Soo pada mulanya tapi kemudian menyimpan perasaan pada Soo.

13th Prince Wang Wook / Baek-ah (Nam Joo Hyuk)
Rapat dengan So, berjiwa seni serta sering melukis. Beliau antara yang paling awal mengesan hubungan Soo/Wook serta Soo/So. Beliau juga sentiasa menyokong Soo dan So dalam keadaan yang paling sukar sekalipun.

14th Prince Wang Jung (Ji Soo)
Putera kesayangan Queen Yoo, minat seni mempertahankan diri dan sering keluar istana dengan menyamar sebagai rakyat biasa untuk berlawan di jalanan. Menyimpan perasaan terhadap Soo sejak Soo berusaha menyelamatkan beliau dari kepungan penjahat di hutan.

Watak-watak lain yang penting :

Queen Shinmyeongsunseong / Queen Yoo (Park Ji Young)
Perancang utama konspirasi untuk merampas takhta

Princes Yeon Hwa (Kang Han Na)
Adik Wook yang berimpian untuk menjadi Queen dan menyukai So sejak kecil. Sering cemburukan Soo kerana So mencintai Soo.

Ji Mong (Kim Sun Kyung)
Ahli falak diraja / time traveller

Note : Drama ini berdasarkan sejarah kerajaan diraja Korea.

2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)
Overall acting performance kurang mantap. Lakonan kebanyakan princes tampak kayu dan kekok, menjadikan watak mereka kurang menyerlah. Chemistry antara Soo/Wook dan Soo/So juga kurang menyengat tapi I still love Soo/So couple.
Namun begitu ada improvement / character development dalam lakonan beberapa watak dan layak mendapat pujian seperti Jung dan Baek-ah.

4th Prince Wang So (Lee Junki)

Lee Junki is the best ! Memang tak faham macam mana Queen Yoo boleh bencikan anak sekacak Wang So! Emosi yang disampaikan sebagai anak yang tidak pernah merasai belaian kasih sayang ibu bapa, sangat menyedihkan.
Transformasi watak So daripada beastly to a beautiful prince to a charismatic king sangatla superb.
Daripada seorang yang sangat distance and pushing people away, So jadi nakal dan comel bila bersama Soo. Terus berusaha mendapatkan tempat di hati Soo biarpun ditolak berkali-kali.
Best acting scene Junki adalah masa So terima berita kematian Soo dan terus membuka surat-surat Soo. Heartbreaking !
Most memorable scene adalah masa So memayungi Soo menggunakan bajunya di dalam hujan yang lebat. My heart skipped a beat !








Go Ha Jin / Hae Soo [IU]
Tidak mengecewakan. Biarpun kurang mantap pada permulaan tapi throughout the drama IU membuktikan beliau mampu membawa watak Hae Soo dengan baik. Pada mulanya susah untuk penonton menyukai watak cliché Soo, tapi sejak peristiwa kematian Court Lady Oh, Soo berubah menjadi lebih matang, elegant dan lebih reliable. Seorang yang mempunyai hati yang baik dan sentiasa inginkan yang terbaik buat mereka yang beliau sayangi sehingga sanggup meletakkan nyawa beliau dalam bahaya.






8th Prince Wang Wook (Kang Ha Neul)
Lakonan yang baik oleh KHN dengan fleeting smile dan suspicious stares. Wook tampak seperti baik dan budiman namun di sudut hatinya ada keinginan yang beliau nekad untuk perolehi : takhta dan Soo. KHN berjaya membawakan watak Wook dengan baik sehinggakan penonton turut jatuh cinta pada keprihatinannya terhadap Lady Hae dan Soo.
Best scene : tangisan ketika kematian Lady Hae dan ketika bertanya bondanya apakah salah untuk dia berhasrat memiliki takhta dan Soo...



14th Prince Wang Jung (Ji Soo)
I really like Jung at the end of the drama. Pada mulanya watak Jung biasa saja, kurang menarik perhatian sebab ada banyak sangat watak dalam drama so susah nak fokus on individual. But for me, his feelings towards Soo are the purest, only giving and never ask anything back. Tak pernah minta untuk difahami, untuk menunggu, untuk bertahan, untuk menyayangi dan disayangi. Hanya minta Soo nyanyikan lagu birthday tapi tak dapat pun. And he’s the only smarty pant who has the idea to request a decree from the king into marrying Soo. And seriously, he kept his feelings well and never throw himself to Soo. Also he kept his promise to Soo to become a great man. Good job Ji Soo!
Best scene : Jung pegang hairpin Soo yg diambil masa Soo sorokkan Jung dalam bilik, he cried so hard while being hugged by Baek ah.



Terdapat barisan pelakon yang kurang sesuai :
Lady Hae tidak nampak seperti isteri Wook tapi seolah-olah ibu Wook kerana nampak tua.
Eun (10th) nampak lebih muda berbanding Jung (14th) dan Baek-ah (13th).
Yo (3rd) nampak lebih muda berbanding So (4th) dan Wook (8th).


Nomination :
Lee Junki [Best Actor]
Kang Ha Neul [Best Supporting Actor]


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.5/10)
Bad directing and poor editing. Antara scene yang kurang sesuai / kurang masuk akal / tidak perlu :

i) Pawang yang hendak mengubati King Yo dipanah petir ketika ritual dalam istana (like, seriously?were you trying to be funny?)

ii) Soo is pregnant but nobody knows even us viewers until the last episode? Why do you hate us so much PD?

iii) Jung tulis kembali sampul kerana tulisan Soo dan So sama, tapi tak boleh tambah satu line “daripada Soo”???I really love you Jung but that is not smart.

iv) Apa fungsi Ji Mong sebenarnya? Fortune teller? Time traveller? Observer?

v) Random pics of Soo being displayed during Goryeo Art Exhibition. They have paparazzi back then? Or perhaps the drawings were Baek Ah's?

Banyak juga scene tidak penting yang difokuskan pada Eun/Soo seolah-olah pengarah terdesak untuk mendapatkan perhatian penonton dengan menambah airtime Eun. Scene Eun/Soon Deok tangkap burung sangat tidak perlu.

Hanya beberapa saat masa diperuntukkan untuk So meratapi kematian Soo? Soo adalah orang yang paling disayangi So, seriously I was expecting more grievance. Seolah-olah pengarah terlalu tergesa-gesa untuk lompat ke scene seterusnya dan tidak memberi masa untuk Soo dan penonton bersedih.

Kredit untuk props team sebab menjamu mata kita dengan lokasi yang sangat cantik sepanjang drama ini.
So/Soo dating spot sangat cantik waktu siang dan lebih cantik waktu malam disimbahi pantulan cahaya bintang pada air tasik.



Set di Damiwon juga menarik, bagaikan spa yang mendamaikan.



Banyak scene yang cantik dihiasi dengan snowflakes dan flower petals yang turun menambahkan perasaan romantik.


Best romantic scene bila So cuba kiss Soo tapi Soo halang dan ingatkan pasal permission. Kemudian So cuba lagi dan kena marah. Comel sangat.





Beautiful costume : Colourful and details.



4. Skor muzik (3.5/5)
OST sedap didengari tapi kadangkala kurang sesuai untuk scene. Contoh masa scene So baca surat, muzik macam untuk scene misteri. Tapi Davichi Forgetting You memang sesuai untuk drama ini. Nice melody & meaningful lyrics.
OST pilihan :
Forgetting You - Davichi [Nomination : Song of The Year]
Can You Hear My Heart - Epic High, Lee Hi




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Definitely gonna watch again. Despite of poor plot writings, lack of acting skills, multiple time skips, poor editing and selfish ending, I actually do enjoy the whole drama. In fact, this is my most favourite drama for this year (yeah, i am biased towards junki). Too painful to see Wang So ended up being alone.
Actually the ending hurts me so much, thus I have to keep watching the scene until my heart is immune and accept the fact that the ending is sad but I can still enjoy the drama.

Monday, 21 November 2016

W_manganini


REVIEW DRAMA W: TWO WORLDS

by manganini

 





Rating Keseluruhan Drama:  (7/10)


1. Cerita  (7/10)
- konsep cerita yg menarik - kisah hero dan heroin dari dua dunia berbeza iaitu dunia sebenar dan dunia manhwa
- jalan cerita pada permulaannya sangat mengujakan sambil diselitkan unsur2 lucu dan romantik yg menghiburkan
- pertengahan cerita terlalu berbelit2 dan berulang2 sehingga memenatkan minda ketika menonton. Walaubagaimanapun plot cerita masih agak kemas dan boleh difahami
- ending yg mengecewakan especially apabila pelukis manhwa itu sendiri yg juga bapa kepada heroin lenyap begitu saja di dunia manhwa. Pengakhiran yg terlalu mudah utk sebuah cerita yg complicated, too rushed and not much explanatory
 
2. Keberkesanan Lakonan (7/10)
- secara keseluruhan lakonan semua pelakon memuaskan hati
- ulasan utk pelakon2 utama:

Lee Jong Suk (Kang Chul)
- seperti biasa dia boleh melakonkan wataknya dgn baik. Mimik muka, gerak geri badan dan intonasi suara amat sesuai dgn watak. Kredit utk LJS kerana menjadikan watak Kang Chul sebagai watak yg cool dan hensem seperti selayaknya watak2 dlm manhwa
- keberkesanan lakonan sederhana sahaja especially bila scene2 sedih kurang menusuk ke hati
- antara lain yg mungkin perlu diperbaiki ialah dalam hampir semua drama LJS yg pernah saya tonton, lakonannya terhad kepada satu stail sahaja (seperti character yg sama tapi muncul dlm drama berbeza seperti I Hear your voice, Dr stranger, Pinocchio dan W). LJS sepatutnya lebih mempelbagaikan gaya lakonan mengikut watak yg diberikan

Han Hyo Joo (Oh Yeon Joo)
- watak ini juga menarik, Yeon Joo gadis yg cantik dan lucu. Kredit utk HHJ kerana potray watak ini menjadi watak yg menawan hati saya sebagai penonton
- lakonan utk scene sedih adalah mengecewakan, scene menangis nampak fake. Tapi lakonan utk scene2 yg lain menghiburkan dan boleh dipuji

Kim Eui Sung (Pelukis manhwa W, ayah Yeon Joo) *pencalonan untuk Best Supporting Actor
- lakonan A+
- berjaya menampilkan pelbagai aura dalam hanya satu watak - pelukis manhwa yg talented, suami yg depressed dan alcoholic, ayah yg cold tapi sayangkan anak, pembunuh yg psiko & menakutkan, penjenayah yg kesian)

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)
- elemen montaj, suara latar, tempat, pencerahan menarik dan sesuai
- editing agak kemas sebab walaupun ceritanya complicated tapi masih boleh diikuti dan difahami
- tidak ada apa yg dibanggakan dgn sinematografi tetapi secara keseluruhannya ok
- instrumental ok tapi tidaklah begitu melekat di jiwa

4. Skor muzik (3/5)
- saya suka lagu "Falling - Jo Hyun Ah (Urban Zakapa)"

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
- kalau ada peluang, agak berminat nak menonton semula sebab hero dan heroin yg sepadan, watak2 yg cantik menarik dan lucu, chemistry antara pelakon pun ok. Selain hero, heroin dan antagonis, antara lain yg menarik ialah watak Soo Bong (assistant pelukis W) yg lucu & menghiburkan.


On The Way To Airport_tuna


ON THE WAY TO AIRPORT

by tuna



Rating Keseluruhan Drama:  9.5 + 9 + 9.5   + 4   + 4.8 = (9.2 /10)

1. Cerita  (9.5/10)
 
Sekiranya anda mencari sesuatu yang lain dalam koleksi drama Korea, drama matang ini haruslah menjadi pilihan untuk tontonan. Sememangnya ia dinantikan tuna. Manakan tidak, ia memaparkan Malaysia sebagai sebahagian daripada lokasi drama ini dan berulang kali di sebut di dalam dialog lakonan.


Bagi yang berjiwa patriotik, pasti akan rasa teruja melihat bagaimana teknik penceritaannya berjaya memaparkan keindahan beberapa lokasi di Malaysia. Ia ditampilkan dengan sangat indah dan bersahaja.


Mengetengahkan isu hubungan kekeluargaan yang mulai pudar rasa cinta,  kasih sayang, hormat dan kepercayaan akibat sikap acuh tak acuh terhadap pasangan selain ego setiap individu.


Kisah dua buah keluarga yang ditemukan dalam satu insiden menyedihkan iaitu kematian.


Choi Soo Ah seorang pramugari Air Asia yang bersuamikan Capt. Park, juruterbang di syarikat penerbangan yang sama. Mereka mempunyai seorang anak Park Hyo Eun, yang sering ditinggalkan dan berpindah randah berikutan keengganan Capt Park untuk bersama keluarganya kerana ingin mengekalkan gaya hidup sebagai orang bujang.


Manakala Suh Do Woo, seorang arkitek beristerikan Hye Won serta mempunyai anak tiri bernama Annie. Annie dan Hyo Eun berkenalan di Malaysia kerana bersekolah di tempat yang sama. Malangnya Annie meninggal dunia akibat kemalangan di lapangan terbang sehingga membawa pertemuan Choi Soo Ah bersama Suh Do Woo.


Tanpa perlu mengetengahkan konflik melampau, drama ini lebih memaparkan perasaan paling dalam Choi Soo Ah serta Suh Do Woo berikutan pudarnya perasaan cinta, sayang, kepercayaan dan hormat terhadap pasangan masing-masing. Di luar sedar, kekosongan yang dirasakan itu diisi oleh orang lain secara perlahan-lahan.


Jalan cerita yang sangat berseni ini agak membosankan bagi mereka yang sukakan keterujaan dan hangatnya mainan cinta orang muda kerana ia tidak berlaku di dalam drama ini.


Anda tidak akan berjumpa scene kissing budak2 yang terlampau banyak – sikit-sikit nak terkiss konon kononnya (satu scene je kot… I am content. It is more than enough), kisah cinta orang kaya dan orang miskin serta semua hiperbola yang sering dipaparkan di dalam drama-drama hayalan Korea.


Setiap sudut metafora memaparkan hakikat sebuah kehidupan dan perasaan manusia paling dalam apabila jiwa menjadi kosong berikutan hilangnya sifat menghargai.

Hakikat sebuah kehidupan juga, kita tidak tahu bagaimana untuk menghargai seseorang sehingga ia sudah terlambat.


Sebuah drama yang harus anda tonton dengan penuh sabar dan teliti. Ia ditamatkan dengan perceraian Choi So Ah dan Su Doh Woo bersama pasangan masing-masing.  Sukar untuk tuna memberikan markah rendah buat cerita ini kerana ia lain dari yang lain serta tidak cliché. I am naturally satisfied.



2. Keberkesanan Lakonan (9/10)


Drama ini sangat mengujakan untuk ditonton. Meskipun lakonan kedua pemain utama ini bukanlah yang terbaik. Namun sememangnya watak-watak tersebut khas dibuat untuk mereka dan disampaikan dengan sangat baik dan hampir sempurna.


Ini mungkin disebabkan watak-watak yang ditampilkan adalah watak yang tiada aksi agresif, oleh itu kita akan merasakan bahawa lakonan mereka sangat biasa-biasa saja. Hakikat kehidupan, kita gemar kepada watak antagonis yang jahat dan garang.


Kim Ha Neul as Choi So Ah
Meskipun watak Choi Soo Ah di terjemahkan sebagai wanita yang lemah lembut, pasrah pada keadaan, KHN berjaya menyampaikannya dengan raut wajah dan tata bicara yang bersesuaian dengan scene dan dialog. Boleh merasakan peritnya jiwa menahan perasaan, boleh dilihat betapa sabarnya melayan kerenah ibu mertua serta suami yang mementingkan diri sendiri. Kita boleh rasakan betapa dia cintakan keluarganya tetapi takut untuk mengejar kegembiraan untuk diri sendiri.

Lee Sang Yoon as Su Doh Woo
Jejaka ini sebenarnya membuatkan tuna sentiasa berdebar-debar dengan pandangan matanya yang sangat longing. LSY berjaya membawakan watak seorang arkitek yang berjaya dengan memek wajahnya yang bersahaja. Blur dan penyayang. Tutur biacaranya sebiji sebiji dan jelas. Hasil didikan emaknya, watak Suh Do Woo sememangnya seorang yang sejuta kali tenang dan tidak pernah melenting. Keperitan jiwanya digambarkan melalui sedu sedannya di samping CSA sewaktu kematian ibunya. Kegelisahan dan kekosongan jiwa selepas perceraian dgn HW jelas terbayang di sebalik wajahnya yang kosong. Sememangnya watak ini khas milik dia. Tiada pelakon lain yang selayaknya boleh membawakan watak ini.



Yee Soo Jung as Ko Eun Hee  [Pencalonan Best Supporting Actress]
Mrs Ko merupakan watak yang sangat menjentik hati kecil tuna. Meskipun wataknya sangat sedikit hanya di beberapa episod awal, namun ia meninggalkan kesan paling dalam. Terbayang-bayang betapa lembut dan halusnya tutur bicara, pandangan mata, cara dia makan, cara dia jalan, cara dia berpakaian, sentuhan tangan dan sebutan dialog termasuk dialek ketika berbicara. I wish to meet Mrs Ko in person coz I ADORE HER!!!
Jika kita mengambil kira watak Mrs Ko ini, tidak hairanlah anaknya SDW memiliki tahap kesabaran setinggi langit ke tujuh serta tidak wujud sifat benci di dalam dirinya.


Shin Sung Rok as Captain Park
Watak Capt Park yang menjengkelkan memang sesuai sangat dengan jejaka ini. Watak seperti ini sudah menjadi mainan biasa untuk SSR. Sesuai sangat dengan memek wajahnya, tona suaranya dan gerak tubuhnya. Tuna sangat terkesan sewaktu beliau diserang penyakit claustraphobia dan merasakan dia sudah tidak boleh memiliki CSA. Namun begitu, watak beliau sepatutnya boleh dikembangkan dengan lebih baik bagi memberikan point lebih untuk SSR.


Choi Yeo Jin as Song Mi Jin
Song Mi Jin adalah rakan baik paling rapat dengan CSA. Wataknya biasa sahaja namun sisterhood yang kuat dapat menghapuskan kebencian/ketidakpercayaan CSA meskipun Mi Jin adalah bekas kekasih Capt Park dan sering menjadi kekasih gelap sewaktu di luar negara. Nothing special tentang watak ini tetapi sangat beruntung Mi Jin berkawan dengan CSA yang naif dan tak ada rasa benci.  

Tuna ingin mencalonkan LSY dan CSA tetapi di dalam pertandingan, kedua jenis watak ini tidak akan mampu menang jika bersaing dengan watak lain.

Pencalonan:
·         Yee Soo Jung  – Pencalonan Best Supporting Actress


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (9.5/10)

Bukan semata-mata kerana ia memaparkan Malaysia, tetapi Tuna sangat respect dengan cara director mengarah drama ini. Penggunaan teknik slow motion, sephia mode dan fade to grey sangat berjaya menyuntik elemen kenangan silam dan menjentik emosi paling dalam.


Ini drama yang sangat mengusik jiwa. Ia bukan saja dijayakan dengan sinematografi yang menarik namun setiap sudut pandang diambil kira seolah-olah kita menonton sebuah cerita tentang seni. Seni bangunan. Seni alam. Seni pekerjaan. Seni perjalanan. Seni rindu…. Argghhh…


Teknik pengarahan yang sangat menarik.


Ep 5: sewaktu CSA menuangkan wain ke gelas SDW seolah2 kita rasa SDW sedang membelai CSA.


Sewaktu rakan Ms Go datang melawat. Dialog dan dialek yg mereka gunakan sangat menarik. Scene ini sangat rapat dengan kita. Ia seperti babak dan perbualan harian yang tak pernah lari dalam kehidupan kita.


Pengarahan yang sangat teliti meskipun dengan sekecil-kecil props. Sebagai contoh, buku-buku Annie turut terselit buku bacaan berkaitan Malaysia memandangkan dia belajar di Malaysia.


Skrip juga sangat kuat. Tiada ayat yang meleweh dan berulang selain menyampaikan makna yang tepat.


Kelemahannya hanyalah sewaktu menamatkan drama ini. Ia dibuat dengan terlalu ringkas sehingga mengakibatkan kita rasa tak sempat nak berfikir. Namun begitu, tuna sangat berpuas hati dengan ending yang dipilih director.



4. Skor muzik (4/5)

Background muzik yang sangat menarik, serasi dengan plot, mood dan jalan. Kehebatan director menyusun muzik/lagu serasi dengan scene sangat berjaya menyuntik rasa dan ingatan terhadap setiap watak.


Di antara yang menarik:
  • Morra (모라) - Only You (On the Way to the Airport OST Part.1)  - Pencalonan Lagu Popular
  • But Still Can I? by leeSA (리싸) – On the Way to the Airport OST Part. 2 – lagu ni buat kita terbayang kehidupan yang indah entah di mana
  • 공항 가는 길 OST Part 3 / On the Way to the Airport OST Part 3 Artist: Han Hee Joon (한희준) – lagu ni merentap tangkai hati


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.8/5)

Drama ini menarik minat tuna untuk menonton semula. Tuna nak ulang part SDW dan CSA. Serta babak yang melibatkan Ms Go. Menarik sangat.

Sunday, 20 November 2016

Jealousy Incarnate_spankee fili

Don’t Dare To Dream / JealousyIncarnate

by spankee_fili 
 

 









Rating Keseluruhan Drama:  (8.5+8.5+8+4.5+3.5)=33/4=8.25)   

Kritik Keseluruhan : "JI ialah sebuah drama berkisarkan cemburu : cemburu dalam percintaan, cemburu dalam kekeluargaan, cemburu dalam kerjaya serta cemburu dalam persahabatan. Di samping itu ianya mengisahkan tentang keegoan seorang lelaki yang menghidap kanser payudara untuk menghadapi pandangan masyarakat serta dalam masa yang sama perlu mempertahankan kerjaya. Sebuah drama yang menarik untuk ditonton seisi keluarga."

1. Cerita  (8.5/10)


Mengisahkan tentang seorang penyampai cuaca di stesen television bernama Pyo Na Ri (Gong Hyo Jin) yang menyukai rakan sekerjanya : seorang wartawan berbakat yang mempunyai reputasi tinggi iaitu Lee Hwa Shin (Jo Jung Suk).
Pyo Na Ri berusaha keras untuk menjadi pembaca berita kerana itu merupakan impiannya selama ini disamping perlu menanggung kos pembelajaran adik lelaki beliau kerana ibu bapa mereka sudah tiada. Konflik timbul apabila NaRi mulai rapat dengan kawan baik HS iaitu Go Jung Won (Go Kyung Po) dan menimbulkan rasa cemburu di hati HS.
Keadaan semakin rumit apabila HS dikesan menghidapi kanser payudara membuatkan HS dirundung emosi dan akhirnya menyimpan perasaan terhadap NaRi apabila NaRi sentiasa berada di sisi beliau sepanjang menjalani rawatan.



Selain itu terdapat beberapa hubungan cemburu di antara watak-watak yang lain seperti:

i) Kye Sung Sook (Lee Mi Sook) vs Ba Ja Young (Park Ji Yong) : kedua-duanya pernah menjadi kakak ipar HS dan kini merebut kasih sayang Ppal Gang yang merupakan anak kandung KSS tapi dibesarkan oleh BJY. Dalam masa yang sama, mereka berdua jatuh hati kepada Chef Kim Rak yang menjadi tuan rumah tempat Ppal Gang menetap kini
                        





ii) Pyo Chi Yeol (Kim Jung Hyun) vs Oh Dae Goo (Ahn Woo Yeon) : dua rakan baik Ppal Gang (Mun Ka Young) yang menaruh hati kepada Ppal Gang




iii) Hong Hye Won (Seo Ji Hye) yang bijak dan berkaliber namun sukakan HS sejak HS mengkritik cara beliau menyampaikan berita. Sejak itu beliau bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dalam menyampaikan berita, secara tidak langsung terjatuh hati pada HS. HW sebenarnya tahu HS menyimpan hati terhadap NR dan sengaja mencium HS untuk mencuba nasib.



iv) Na Joo Hee (Kim Ye Won) pesaing Pyo NaRi untuk merebut tempat sebagai penyampai cuaca. Pernah sabotaj Na Ri sehingga Na Ri dipecat



v) Geum Soo Jung (Park Hwan Hee)  yang merupakan pilihan ibu JW untuk dijadikan pasangan hidup. Cemburukan Na Ri kerana JW sukakan NaRi.



Drama yang refreshing dan menarik dengan kepandaian pengarah menukar jalan cerita rom-com yang kebiasaannya cliché menjadi menarik dan sukar dijangka selain penuh dengan pengajaran dalam kehidupan.




Selain itu drama ini harus dipuji kerana mewujudkan kesedaran terhadap breast cancer. Kanser yang selama ini sinonim dengan wanita tapi dalam Jealousy penyakit kronik ini telah dikesan pada watak utama lelaki yang merupakan seorang pembaca berita di SBC. Perasaan takut terhadap kematian tapi dalam masa yang sama bimbang dipandang serong oleh masyarakat / pasangan hidup, keegoan seorang lelaki merupakan antara konflik yang timbul dalam drama ini dan dikupas dengan baik oleh pengarah.



2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)


Gong Hyo Jin memang tidak dinafikan hebat dalam membawa watak gadis naif yang sederhana dan kadangkala annoying tapi mampu menarik hati lelaki selepas didekati. Watak NaRi sememangnya menjadi penyinar dalam kehidupan kebanyakan watak dalam drama ini kerana beliau ibarat jambatan yang menjadi penghubung dalam setiap perhubungan. Gong Hyo Jin sememangnya berkebolehan mencipta chemistry yang baik dengan para pelakon dan berkeupayaan membuatkan para pelakon di sekeliling beliau menyinar.



Lakonan Jo Jung Suk sangat menjadi, superb ! Sangat suka bila pengarah menggunakan semua kebolehan Jo Jung Suk seperti menyanyi (scene menyanyi untuk NaRi ketika mabuk sangat sweet walaupun kelakar) dan menari (siapa boleh lupa wedding dance itu?). Semuanya dibawakan dengan begitu baik oleh Jo Jung Suk. Lelaki yang ego dan degil tapi berprinsip teguh, dalam masa yang sama kebudak-budakan dan kuat cemburu. Antara scene yang tidak dapat dilupakan ialah ketika HS yang diselaputi lumpur berjalan seorang diri sambil menangis, kemudian bengang bila ada seekor octopus melekat di badan beliau. Scene beremosi yang dibawakan dengan begitu sempurna. Selain itu babak yang tidak dapat dilupakan ialah ketika dipukul oleh ibunya kerana disangkakan merampas kekasih kawan baik namun HS terus sambung makan bun tanpa hati dan perasaan, sangat degil dan sangat comel !








Go Kyung Po juga dipuji kerana mampu memikat hati penonton dengan perwatakan yang penuh kesopanan dan kesusilaan. Terasa kesunyian dan kesedihan JW bila hidup dikongkong oleh ibunya sepanjang masa. Menjadi seorang anak yang baik bermaksud perlu melupakan impian untuk hidup dengan cara sendiri kerana setiap keputusan yang JW buat adalah untuk memastikan ibunya tidak terluka. Sehinggalah beliau bertemu NaRi yang akhirnya membuatkan hidup JW lebih ceria dan bahagia. Tapi kissing scene dengan NaRi nampak keras dan statik jadi perlu membuat latihan lagi.




Seorang lagi pelakon yang meninggalkan kesan biarpun scene time tidak banyak ialah Seo Ji Hye. Sangat cantik dan semua tindakan beliau adalah sangat cool dan tidak cliché. Scene hamburan maki hamun terhadap HS disampaikan dengan bersahaja dan penuh class!  

Pujian kepada semua watak-watak yang menjayakan drama ini sehingga membuatkan drama ini terasa hidup dan tidak asing dengan kehidupan penonton. Perubahan setiap karakter di sepanjang perjalanan drama ini sangat sempurna. Setiap watak membawa peranan masing-masing dengan baik, yang mana setiap mereka mempunyai kelemahan dan kekurangan dalam diri tapi berjaya mengatasi sehingga akhirnya memperolehi kebahagiaan yang dicari.

Nomination:
Gong HyoJin [Best Actress]
Jo JungSuk [Best Actor]
Go KyungPo [Best Supporting Actor]
Seo JiHye [Best Supporting Actress]

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

Jalan cerita menarik dan padat sepanjang 24 episod sehinggakan sukar untuk penonton skip sebarang episod kerana setiap satunya ada penarik yang tersendiri. Namun begitu episod di mana NaRi tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk memilih HS atau JW meninggalkan impak negatif terutamanya apabila mereka bertiga tinggal serumah. Scene ini dirasakan tidak perlu kerana menampakkan watak seperti tidak bermoral dan kesucian cinta seakan-akan tercalar. Sememangnya kedua-dua HS dan JW sangat-sangat menarik dengan cara tersendiri, boleh difahami kenapa NaRi tidak mudah untuk membuat keputusan namun scene tinggal serumah itu kurang sesuai.

Scene keseluruhan dirakamkan dengan cantik, Gong Hyo Jin nampak sangat cantik dalam drama ini dengan skin complexion yang flawless. Lighting yang bersesuaian membuatkan para pelakon nampak cantik sekali.




Scene romantik sangat sempurna, rasanya JoJung Suk seolah-olah a good kisser sebab setiap kissing scene tidak nampak kekok dan membuatkan hati penonton seperti melt inside terutamanya ciuman dalam bilik persalinan dan pastinya babak atas katil yang membuatkan Chi Yeul terpaksa menahan kesejukan sepanjang malam kikiki (is it hot in here?).
STOP. REWIND. REPLAY.




Nomination: Park Shin Woo [Best Director]

4. Skor muzik (4.5/5)

OST dalam drama ini memang sedap didengar. Terngiang-ngiang di telinga dan bersesuaian dengan setiap scene. OST banyak memainkan peranan penting dalam drama ini : menaikkan mood penonton dan menyentuh hati terutama scene yang sedih dan waktu-waktu HS bersendiri dan kelihatan sunyi. Banyak sangat lagu yang best sampai tak tahu nak nominate yang mana satu



Suran – Step Step [Nomination : Song of The Year]
Brothersu – Come To Me
Peanuts Butter – I See You
Kwon Jin Ah – Love Me Do




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)

Sebuah drama yang sememangnya bagus tapi kebarangkalian untuk tonton semula itu rendah sebab terlalu panjang drama sehingga mencecah 24 episod. Mungkin hanya tonton semula best moments. Tapi sememangnya akan rekomen drama ini kepada semua peminat kdrama untuk ditonton dan dijadikan koleksi.



Thursday, 17 November 2016

K2_daus

K2
by daus






Rating Keseluruhan Drama:  (7.3+7.7+9.2+3.7+2) =29.9/4=7.48)


Kritik Keseluruhan: "K2 pandai menterjemah bait-bait korupsi dan salah guna kuasa dalam bentuk aturan plot yang suspens dan mendebarkan diselangi dengan aksi 'stunt' yang boleh dipuji ke atas keberkesanannya dibantu dengan lakonan kleptrokrasi yang hebat daripada Song Yun Ah terutamanya dan aksi 'stunt' konsisten daripada Ji Chang Wook.  Namun begitu, suntikan elemen percintaan yang tak kena mengena ke atas plot menjadikannya carca marba kerana lari daripada tema asal, lalu menyebabkan naskah ini jelik di sesetengah babak, dan akhirnya tak memberi kepuasan yang diharapkan.  "

1. Cerita  (7.3/10)

K2 dimulakan dengan bagaimana agen yang dibuang negara, KIm Jae Ha (K2) terbabit dalam konfrontasi antara Choi Yi Jin yang menyokong suaminya, Jang Se Joon dengan Park Kwan Soo dalam merebut jawatan tertinggi negara, iaitu presiden. Kontrontasi tidak hanya melibatkan ugutan, tapi sehingga berbunuh-bunuhan di mana penyelewengan digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan. K2 adalah saksi terhadap skandal seks Jang Se Joon, yang bakal menjadi bahaya untuk reputasi mereka suami isteri, menyebabkan Choi Yi Jin mencari K2 sampai ke lubang cacing untuk membunuhnya. Takdir pertemukan mereka pertama kali dengan pistol K2  yang diacukan ke arah Choi Yi Jin. Ugutan dilakukan K2 ke atas Choi Yi Jin sehingga membawa mereka ke titik bahaya di mana disitulah Choi Yi Jin mula meletakkan kepercayaan pada K2.

K2 dilantik sebagai agen rasmi dibawah kendalian JSS yang dipengerusikan Choi Yi Jin. Choi Yi Jin membuat perjanjian dengan K2 bahawa dia sendiri akan membunuh Park Kwan Soo manakala K2 akan memberikan laluan kepadanya. Di sini jua, K2 didedahkan "Mirror", sebuah superkomputer inteligen yang boleh memberikan apa saja maklumat di seluruh dunia dan ianya hanya boleh diakses oleh Choi Yi Jin. "Mirror" terletak di dalam kubu "Cloud 9" di paras tingkat paling bawah sekali dan akses ke tingkat tersebut hanya diberikan kepada orang yang dipercayai Choi Yi Jin.

K2 hilang motif hidupnya setelah dipertemukan dengan Go Anna apabila diberi tugas menjaganya sehariannya. K2 mula jatuh cinta dan ini membuatkannya menghadapi dilema antara ingin menyelamatkan Go Anna daripada Choi Yi Jin atau kekal bernaung menjadi orang suruhan Choi Yi Jin. K2 memilih jalan pertama.

Di pengakhiran cerita yang mana pilihanraya presiden semakin hampir, konfrontasi antara kedua-dua pihak semakin ketat. Ugutan dilakukan berulang-ulang kali sehingga membawa kepada kematian. Tiada yang boleh dipuji kerana mereka yang terbabit dalam konfrontasi ini mati begitu sahaja, manakala Kim Jae Ha (K2) dan Go Anna hidup bahagia. Lagi, kerana tema yang lari dan motif hero yang bertukar arah, ianya sangat kaget untuk menerima mereka yang bersusah-payah  memuaskan penonton tetapi tiada justifikasi yang memungkinkan mereka selayaknya diberikan pengakhiran begitu.

Watak Go Anna yang tak konsisten juga banyak membantutkan plot cerita ini samada sepatutnya dikasihani ataupun selayaknya dihumban mati. Dan, K2 beria mengabaikan motif hidupnya gara-gara Go Anna juga tak dijelaskan dengan baik dan hambar sehingga meninggalkan kesan tak memuaskan.

2. Keberkesanan Lakonan (7.7/10)
Lakonan

Ji Chang Wook
Lakonan 'badass' K2 yang okay, tetapi tak cukup untuk diterima dalam pencalonan. Ianya tak banyak lari daripada watak lakonannya dalam 'Healer'.

Song Yun Ah - [Best  Actress]
Lakonan  kleptokrasi, salah laku, dan manipulatif yang dipamerkan dengan ekspresi dan gaya tubuh yang sangat memberangsangkan. Song Yun Ah menjiwai watak Choi Yi Jin dengan baik sekali sehingga meninggalkan impresi sangat kuat untuk membiarkan watak Choi Yi Jin terus kekal hidup meneruskan aktiviti kotornya daripada selayaknya dimatikan.  Antara lakonan yang 'stunning' tapi tak terlalu menonjol.

Yoona
Yoona menunjukkan transisi lakonan baik di awalan cerita berbanding drama sebelumnya. Namun, kerana ketidakkonsisten watak Go Anna antara hidapi penyakit sosial atau berpura-pura atau naif atau nak jadi segigih dan kuat hadapi cabaran , ianya mempersoalkan kredibiliti Yoona dalam menjadikan Go Anna satu watak penting atau sekadar 'filler'.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9.2/10)
K2 menjanjikan kepuasan berterusan kerana teknik pengarahan yang berlandaskan suspens ('thriller'). Kamera sengaja digoyangkan untuk menunjukkan drama berada dalam keadaan 'berlangsung'. Pencerahan lampu diminimakan untuk memberikan intonasi krisis yang berlaku di luar pengetahuan manusia di luar. Aksi berlawanan K2 juga dipamerkan dengan sinematografi yang mantap. Walaupun adegan kebanyakannya berlangsung beberapa minit dalam satu tempat atau blok bangunan, ianya masih cukup untuk menekankan penonton terus menyaksikan babak tersebut. Kamera yang memfokuskan ekspresi muka Choi Yi Jin terutamanya, memakukan ketegangan drama ini.

[Nomination for Best  Cinematograhy]

4. Skor muzik (3.7/5)

OST tak banyak membantu, tetapi instrumental dengan bunyi 'choir' menaikkan sentimen ketegangan drama ini. Boleh dikatakan skor muzik instrumental mengembalikan skop tema drama ini ke arah landasan yang betul.
[Nomination for Best  Original Score]





5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
Mungkin takkan tengok buat masa sekarang.

Rating Keseluruhan Drama:  (7.3+7.7+9.2+3.7+2) =29.9/4=7.48)
Nomination: Song Yun Ah

Wednesday, 16 November 2016

Shopping King Louise_tuna


 Shopping King Louise 

by tuna 

 


Rating Keseluruhan Drama:  8.5 + 9.5 + 9.5   + 3.5   + 2 = (8.25 /10)

1. Cerita  (8.5/10)
 
Penat melayan genre yang berat seperti saeguk dan thriller? Jom kita hayati kisah ringan ini. Semua cliché yang anda mahukan ada di dalam drama ini.


Pada mulanya tuna tidak yakin untuk menonton cerita ini kerana jalan cerita yang  simple giler serta para pelakonnya bukanlah tuna minat sangat. Boleh tak kalau tuna katakan Seo In guk bukanlah jejaka idaman di dalam drama tontonan tuna? Hahahahahaha… I just don’t like him without any reason.


Yoon Sang Hyun punya pasal la tuna tengok citer ni. I’ve been loving him since Secret Garden dan penampilannya di dalam pelbagai drama lain tidak pernah gagal menarik perhatian tuna.


Sebuah drama ringan, ringkas, all the cliches you want. Kisah cinta orang kaya dan orang miskin, jejaka tampan dengan gadis kampung, gadis kampung digilai ramai jejaka hebat/kaya, hilang ingatan, gedik, love at first sight, semuanya lengkap.


Kang Ji Sung (Louie) cucu orang kaya yang manja hilang ingatan akibat kemalangan yang dirancang tapi berlaku tanpa dirancang. Fuhhhh… macamana tu? Saksikan sendiri dari awal hingga akhir. Jangan miss tau!


Setelah dirompak dan kehilangan wang sewaktu tiba pertama kali di Seoul, Bok Shil ditemukan dengan Mr Cha yang membeli ginsengnya serta menjaga Louie yang hilang ingatan.

Nasib Bok Shil bertuah kerana berjaya mendapat pekerjaan sebagai cleaner di syarikat Mr Cha sehingga akhirnya Bok Shil dilantik sebagai pekerja di department Mr Cha. Cliché kan? Tapi… ahhh.. abaikan saja dulu.


Istimewanya pelbagai plot menarik untuk mengelakkan Louie daripada dijumpai oleh nenek Louie telah digagalkan oleh isteri Mr Baek. Sebenarnya, kemalangan Louie adalah angkara Mr Baek yang sengal dan sering gagal di dalam pelaksanaannya.


Louie seolah-olah ada 9 nyawa gitu. Cliché lagi? Ahahahaha. Usah khuatir kerana anda pasti akan terpikat dengan Mr Baek dan isterinya.


Jo In Sung dengan ibunya pula bertindak sebagai penjaga Bok Shil dan Louie yang pada mulanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan Bok Shil. Namun akhirnya  merekalah yang banyak membantu kelancaran kehidupan Bok Shil dan Louie.


Drama ini diakhiri dengan pertemuan semula Bok Shil dan adiknya Bok Nam yang disangka mati di dalam kemalangan yang melibatkan Louie. And they live happily ever after. Simple sangatttt.


Untuk menghiburkan hati yang lara, pasti drama ini dapat mengubat jiwa anda. Jangan lepaskan drama ini!



2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)

Banyak watak untuk drama ini. Termasuklah watak-watak tambahan yang membantu menceriakan suasana. Di antara watak yang menjadi daya tarikan:

1.   nenek Louie (tagline My Precious pasti membuat anda terbayangkan Smigeol.. dah la ada rupa Smigeol),
2.   pembantu peribadi Louie iaitu Mr Kim (perangai robotnya memang nampak sangat robot),
3.   pembantu nenek Louie (kusangkakan beliau ini jahat sebab berpakat dgn Mr Baek.. meskipun watak biasa tapi ada sesuatu yang menarik),
4.   isteri Mr Baek (anda pasti tak tahan tengok memek muka dan suara bodoh bodoh alang beliau… cute),
5.   Ma Ri anak Mr Baek (gadis cantik ini buat tuna tak lepas mata memandang… watak yg simple tapi suka tengok dia),
6.   In Sung dan ibunya (kedua watak sengal yang banyak buat hal tapi memberi impak besar…)
7.   nenek pencuri yang gagah perkasa (I have full respect for this nenek if she really does all the action)
8.   Abam polis… hensem nye jejaka ini. Ditampilkan seperti model. Watak yang biasa tetapi teknik lakonan serta directing yang bagus berjaya menghasilkan aura pada watak ini.


Seo In Guk as Kang Ji Sung/Louie (Best Actor)
Siapa sangka jejaka tampan ini boleh membawakan watak bodoh alang si Louie yang hilang ingatan. Selalu tengok dia dalam drama berat dan tak berminat langsung nak tengok. Tetapi dalam drama ini, dia beraksi manja, cute macam penguin, dengan mainan mata, gerak bibir, gaya jalan terkedang kedang. Arghhhh… siapa tidak rasa rawan melihat kenaifan Louie yang pandai memujuk. Kalau tuna jadi Bok Shil atau Mr Cha pun pasti kalah dengan pujuk rayunya meskipun banyak tingkah lakunya bukan saja bisa membuat jantung gugur malah muflis beratus kali. Cuma pada beberapa episod akhir, wataknya agak kurang menangkap.

Nam Ji Hyun as Go Bok Shil  
Rasanya tuna tak pernah lagi menonton gadis ini berlakon di dalam mana-mana drama. Penampilan pertama sebagai gadis dari hutan sememangnya menarik perhatian tuna.  Sesuai sangat sebagai gadis kampung. Senyuman beliau memang menarik. No wonder Louie jatuh cinta. Sebab saya pun jatuh cinta dengan senyuman beliau. Terserlah kesabaran melayan kerenah Louie, kenaifan sebagai gadis kampung yang berhijrah ke bandar, kejujuran dan kebaikan budi pekerti beliau.



Yoon Sang Hyun as Mr Cha  
Watak yang dibawakan kali ini tiada sebarang kelainan yang istimewa. YSH nampaknya masih suka menerima watak yang biasa biasa saja. Berbeza dalam drama Gap Dong yang menonjolkan skil lakonan beliau yang versatil. Untuk drama ini, beliau masih diperingkat OK dan hampir sempurna. Tuna terbayang beliau di dalam Ms Temper & Nam Jung Gi. Hampir sama cara pembawakannya. Namun tuna tetap menyukai beliau dari dulu.


Pencalonan:
·         ·        Seo In Guk as Kang Ji Sung/Louie –Pencalonan Best Actor


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (9.5/10)

Genre romantic comedy kali ini ternyata berjaya. Meskipun drama ini biasa biasa saja tetapi director berjaya mengekalkan momentum untuk tuna teruskan menonton dengan aksi over-acting si Louie, In Sung dan emaknya, bini Mr Baek, nenek Louie dan hampir ke semua pelakon tambahan di dalam drama ini.


Skripnya juga agak bagus dan disusun dengan baik bersesuaian dengan jalan cerita. Very simple yet entertaining.

Apa yang memberikan kelainan ialah icon icon cute (maaf le tak reti namanya) yang sering diletak di atas para pelakon selain bunyi latar yang kelakar untuk setiap scene memang buat kita tak kering gusi.


Garapan bromance antara Louie dengan In Sung serta Louie dengan Mr Cha sangat memberi kesan sehingga ia menenggelamkan kisah cinta Louie dan Bok Shil.


Rasanya tak perlu buat kisah cinta Louie dan Bok Shil kerana terasa sedikit awkward berbanding plot friendship antara mereka semua yang lebih kuat.

Namun scene first kiss antara Louie dan Bok Shil di depan kedai buku sangat menarik. Rasanya director memang fokus betul kat part ni. Tak dinafikan, angle dan sentuhan tangan Louie (tiada aksi pelukan) sangat indah untuk ditonton berulang kali.

Aksi-aksi lawak Mr Baek buat jahat tak menjadi adalah paling daebakkk di dalam drama ini. Hahahahaha… kesian kat penjahat nak buat jahat tapi takut, gagal serta digagalkan memanjang.


Abam polis meskipun watak tempelan tapi diberikan kekuatan sebagai daya penarik kepada bini Mr Baek yang terpesona memandang abam polis. Good job director kerana memberikan perhatian tambahan meskipun tidak banyak.


Thumbs up untuk writer dan director yang memberikan kelainan kepada hasil kerja drama ini. Lain dari yg lain di sebalik setiap cliches yang selalunya buat tuna rasa too much.

4. Skor muzik (3.5/5)

Background muzik yang biasa saja dan sesuai dengan jalan cerita. Namun tiada yang menyengat. Muzik intro nya menarik dan rancak. Pasti terbayang Louie sekiranya mendengar lagu ini.


1.   MONSTA X - Tiger Moth(부나비) – Pencalonan Lagu Popular  

2.   Produce 101 - Pick Me (Shopping King Louie/Shopaholic Louis OST) 쇼핑왕 루이 – lagu ni buat terbayang-bayang handbag panggil Louie suruh bawa balik





5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)

Drama ini mungkin akan ditonton semula setiap kali rindu dengan gelagat terkedek kedek si Louie.

Scarlet Heart:Ryeo_manganini



REVIEW DRAMA SCARLET HEART: RYEO
by manganini 

 



Rating Keseluruhan Drama:  (7/10)


1. Cerita  (7.5/10)
- Go Ha Jin, seorang gadis dari zaman moden menjelajah masa ke zaman silam. Seperti sudah ditakdirkan, kehidupan Go Ha Jin sebagai Hae Soo di istana Goryeo memaksa dirinya terperangkap antara cinta, persahabatan dan perebutan takhta di kalangan putera raja.

- Olahan kreatif dari sejarah sebenar, kisah seperti ini menarik minat saya untuk menonton. Selain kisah cinta yg menjadi penyeri cerita, melalui drama ini juga saya tertarik utk memahami bagaimana 'power struggles' berlaku di kalangan waris2 diraja, dan betapa pengorbanan perlu dilakukan oleh seorang raja untuk meneguhkan kedudukannya di atas takhta

- Separuh pertama cerita agak perlahan namun tidaklah terlalu membosankan apabila diterapkan unsur2 humor, romantik, persahabatan dan persaudaraan antara Hae Soo dan putera2 raja. Sesetengah adegan dilakukan secara agak berlebihan (contoh: Hae Soo menyanyi di harijadi Putera Wang Eun, Hae Soo mengejar Wang So sehingga ke dalam hutan dll) sekaligus menjadikannya seperti kurang lojik lalu menjejaskan jalan cerita yg sedia ada

- Plot lebih berkembang di pertengahan cerita apabila unsur2 suspen, dendam dan persengketaan diketengahkan. Klimaks juga cukup mendebarkan  apabila putera ketiga, Wang Yo membuat percubaan untuk merampas takhta seterusnya diikuti persengketaan demi persengketaan yg menyaksikan satu demi satu nyawa terkorban

- Drama ini diakhiri dgn 'sad ending' apabila hampir semua watak utama dimatikan, manakala watak yg tinggal akhirnya kesepian membawa haluan masing2. Walaubagaimanapun saya masih berpuas hati dgn pengakhiran drama ini kerana setiap watak punya penutup yg jelas


2. Keberkesanan Lakonan (6/10)
- Selain lakonan Lee Jun Ki (Wang So) dan Kang Ha Neul (Wang Wook), keberkesanan lakonan pelakon2 lain adalah sederhana sahaja malah ada antara mereka yg ketara rendah mutu lakonannya

IU (Go Ha Jin/Hae Soo)
- Kurang penghayatan dalam watak. Lakonan IU secara teknikalnya baik tetapi IU belum berjaya meletakkan dirinya 100% dalam watak Hae Soo. Seperti ada sesuatu yg kurang pada kali ini, lakonan IU melalui drama2nya yg lain kelihatan lebih baik

Lee Jun Ki (Wang So) *pencalonan Best Actor
- Lakonan yg sangat baik. Mampu mempamerkan watak Wang So yg gagah, berani dan penuh kelakian. Dalam masa yg sama LJK juga berjaya menjiwai emosi Wang So yg 'self-conscious' dgn parut di muka serta perasaan seorang anak yg dibuang oleh ibunya sendiri

Kang Ha Neul (Wang Wook) *pencalonan Best Supporting Actor
- Terbiasa dgn lakonan KHN sebagai lelaki yang budiman (ie. Heirs), saya merasa terkejut dan juga gembira melihat transformasi lakonan KHN pada kali ini sebagai watak antagonis
- Watak Wang Wook juga dikupas dgn baik melalui drama ini. Pada saya ia watak yg menarik yg penuh dgn konflik dalaman. Dari seorang suami yg baik dan setia, Wang Wook tidak dapat menipu dirinya sendiri apabila jatuh cinta kepada Hae Soo; dan di pertengahan cerita, watak ini terus berkembang apabila Wang Wook memilih untuk menikam belakang saudaranya sendiri sehingga menjurus kepada kematian saudara kandungnya iaitu Wang Eun. Juga digambarkan sebagai watak yang bijak, pandai merancang tetapi terlalu berhati-hati, Wang Wook akhirnya terlepas segala yg dikejarnya. Semua ini berjaya diterjemahkan oleh KHN melalui gaya lakonan yg sederhana (simple and sweet) tapi tetap meninggalkan kesan di hati

Lain-lain:

Hong Jong Hyun (Wang Yo) - lakonan yang baik dan seharusnya dicabar dgn watak yg lebih berat di masa akan datang

Nam Joo Hyuk (Wang Baek Ah) & Ji Soo (Wang Jung) - lakonan agak kurang natural namun tidak mecacatkan keseluruhan cerita

EXO Baek Hyun (Wang Eun) & SNSD Seo Hyun (Woo Hee) - lakonan sangat tidak natural. Walaubagaimanapun, lakonan Baek Hyun menunjukkan peningkatan di pertengahan cerita


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)
- Pemilihan tempat, pencerahan yg sesuai dan sinematografi yg hebat menambah daya tarikan drama ini
- Proses editing tidak begitu kemas malah terdapat 'loopholes' yg ketara yg menjejaskan pemahaman cerita


4. Skor muzik (4.5/5)
- Instrumental yg dimainkan semasa scene kematian amat menyentuh hati. Instrumental2 lain juga hampir kesemuanya sesuai dgn adegan yg dipaparkan kecuali segelintir kecil pilihan lagu yg kedengaran terlalu moden untuk sebuah drama sageuk

- Hampir semua lagu OST merupakan favourite saya. Pencalonan lagu popular:

  • All With You - SNSD Taeyeon
  • My Love - Lee Hi
  • A Lot Like Love - Baek Ah Yeon
  • For You - EXO Chen, Baekhyun & Xiumin

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
- Plot yg berat mengurangkan minat untuk menonton berulang kali tetapi boleh dipertimbangkan untuk tontonan semula

Sunday, 13 November 2016

Jealousy Incarnate_daus

JEALOUSY INCARNATE

by daus






Rating Keseluruhan Drama:  (9.6+8.0+8.5+3.4+4.8) =34.3/4=8.58)


Kritik Keseluruhan: "Jealousy Incarnate sebuah sentuhan naskah yang rencah dan ringan, komedinya diterjemahkan secara abstrak sebagai tafsiran terhadap sesuatu isu, misalnya "cemburu" yang membawa kepada perhubungan rapat. Komedinya sedikit 'berat' , boleh dibaratkan sebagai 'black comedy'memerlukan pemikiran berkaitan terhadap sesuatu isu yang menjerumuskan kepada gelak tawa. Jealousy Incarnate tidak hebat daripada jalan ceritanya sahaja, tetapi betapa 'hidup' nya lakonan Jo Jung Suk mempamerkan sisi seorang yang dibenci namun disukai, meninggalkan kesan yang sukar dilupai."

1. Cerita  (9.6/10)

Tema cerita ini secara terjemahannya, bermaksud "Cemburu yang dijelmakan semula". Ini isu utama yang dimainkan.
Perhubungan Hwa Shin- Nari - Jung Won bertitikkan pada "cemburu", yang mana siapa lebih cemburu, dialah orang dia sayangi lebih daripada yang lain.

1. Hwa Shin yang jeles terhadap Jung Won membawa kepada 'pengenalannya' semula dengan Na Ri,
2. Hwa Shin jeles pada Jung Won yang memiliki Nari, kali ini dia telah jatuh cinta dan ingin merebut Nari daripadanya. Jelmaan semula 'cinta' Nari selama 3 tahun yang tak dihiraukannya menambahkan kecemburuannya kerana Na Ri ialah gadis yang patut dimilikinya dulu.
3. Jung Won jeles dengan Hwa Shin yang selalunya akan menang jika ketiga2 mereka terpalit dalam hubungan 3 segi telah membawa kepada 'insecurity' untuk memastikan Nari kekal padanya, ianya lebih pada 'kecintaan' nya teman baik Hwa Shin.
4. Nari akhirnya jeles pada Hwa Shin yang 'curang' dengan gadis lain, tetapi tidak pada Jung Won yang melakukan perkara sama di atas kepercayaannya kuat pada Jung Won tetapi pada Hwa Shin. Kecemburuan tak berbelah bagi ini membawa Nari untuk memilih Hwa Shin lelaki yang akan menjadi suaminya kelak.

Titik mula perhubungan ini didasarkan pada isu barah payu dara/tetek yang berlaku ke atas lelaki. Penyakit Hwa Shin telah dikesani oleh Na Ri, lantas membawa kepada permulaan perhubungan mereka apabila Hwa Shin mengenali siapakah Nari yang dia tak hiraukan selama ini. Hwa Shin yang ego, berlagak, tidak bertimbang rasa dan  'jerk' dipatahkan dengan sikap slamber dan bersahaja Na Ri.

Awalan episod ditunjukkan bagaimana Hwa Shin seolah-olah 'dimalukan' Nari atas sikap ego buruknya namun yang berlaku adalah sebaliknya, di mana Na ri hanya menganggap Hwa Shin sekadar kawan yang diambil berat setelah di'reject' bertahun-tahun.

Pertengahan episod mempertaruhkan dilema Hwa Shin samada mahu merebut Nari daripada Jung Won, atau memendamkan perasaan cintanya seperti yang dirasai Nari bertahun-tahun sebelum ini. Nari jatuh cinta terhadap Hwa Shin semula setelah Hwa Shin mula membuka ruang dengan mempamerkan sisi kebaikannya di sebalik keburukannya yang akhirnya membuatkan Nari teruja.

Klimaks nya, hubungan tiga segi di mana cemburu memainkan peranan siapa yang menang antara mereka. Hwa Shin menang.

Pengakhirannya, Hwa Shin alami dilema sekali lagi, kali ini untuk membahagiakan Nari. Hwa Shin mandul tetapi Nari berjaya menyakinkan dia tetap bahagia bersama Hwa Shin.

Aturan plot drama ini bertepatan dengan tema kerana jelas memperincikan rapatnya sesebuah percintaan didasarkan pada kecemburuan walaupun tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Kefahaman dan tak mengalah memanjakan lagi interaksi perhubungan antara mereka.

Pujian harus diberikan premis drama ini iaitu berdasarkan dunia penyiaran memantapkan lagi tema yang dibicarakan.

                                                    
                                                
                                                
                                                
                                                
   



2. Keberkesanan Lakonan (8.3/10)
Tepat untuk mengatakan lakonan Jo Jung Suk sangat menguasai drama ini.

Jo Jung Suk - [Best  Actor]
Lakonan yang penuh egoistik, berlagak, tidak bertimbang rasa dan paling penting 'insecure' ditonjolkan dengan sangat berkesan melalui ekspreksi muka dan gaya tubuhnya. Di sebalik keburukan Hwa SHin, Jo Jung Suk tampilkan sisi kebaikan Hwa Shin yang seksi dan menawan. Ianya tak mudah untuk menyakinkan penonton menyukai watak yang mereka patut benci. Jealousy Incarnate sangat menyerlahkan bakat Jo Jung Suk pada had yang kita tak pernah saksikan sebelum ini.

Gong Hyo Jin - [Best  Actress]
Gong Hyo Jin berjaya tampilkan sisi slamber,kekaburan  dan tak kesah Pyo Nari yang hampir setanding dengan Jo Jung Suk. Kekuatan watak Hwa Shin bergantung pada Pyo Nari, ianya perlu seimbang. Di sinilah, Gong Hyo Jin tonjolkan lakonan kontra kepada Hwa Shin yang seimbang dan tak terlalu dominan.

Go Jung Pyo
Go Jung Pyo agak berjaya mendalami watak Jung Won yang kontra dengan Hwa Shin. Namun, disebabkan klise nya Jung Won, ianya tak banyak lari daripada lakonan yang biasa kita lihat sebelum ini. Lakonan tidak mencabar tetapi konsisten.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)
Teknik kamera bergerak seiring dengan pelakon. Pengarah banyak menonjolkan ekspresi gaya tubuh pelakon yang menjadi tunjang drama ini. Premis, montaj dan penggunaan ruang jarang digunakan. Suntingan juga dilakukan dengan baik menjelaskan lagi aspek 'black comedy' daripada lebih perspektif berbeza terhadap sesuatu isu. Paling penting, runut bunyi yang sangat sesuai dimasukkan menajamkan lagi gelak tawa sepanjang menonton drama ini. Syabas diucapkan pada pengarah ini.

4. Skor muzik (3.4/5)

Intrumental walaupun tak berapa impressive tapi sangat kena situasi komedi ditonjolkan.

Dua lagu ost di bawah menjadi feveret:

1. Step Step - Suran



2. Bye, Autumn - Saltpeper




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.8/5)
Ternyata sangat sesuai untuk tontotan semula terutamanya babak melibatkan Hwa Shin.

Rating Keseluruhan Drama:  (9.6+8.0+8.5+3.4+4.8) =34.3/4=8.58)
Nomination: Jo Jung Suk, Gong Hyo Jin