Sunday, 5 February 2017

Romantic Doctors, Teacher Kim_daus

ROMANTIC DOCTORS, TEACHER KIM

oleh daus






Rating Keseluruhan Drama:  (8.8+8.2+7.5+3.0+3.5) =31/4=7.75)


Kritik Keseluruhan: "Gubahan cerita yang seharusnya dipuji dalam memaparkan dilema mereka yang bergelar doktor antara menjadi 'doktor yang baik' atau 'doktor yang terbaik' dalam menghadapi konfliks dan tekanan daripada pihak mahukan keuntungan semata-mata.   Romantic Doctors, Teacher Kim didukungi teguh dengan penampilan watak Guru Kim yang agak berkarisma dan esentrik menjadikan naratif plot drama ini terus memuaskan hati setiap kali ada saja pembaharuan yang dilakukannya. Namun, pengakhiran yang agak tidak kemas sedikit mencacatkan keseluruhan"

1. Cerita  (8.8/10)
Sebuah naskah yang menyegarkan tentang bagaimana seorang doktor pakar bedah yang hebat satu masa dulu dijatuhkan gara-gara tak mau tunduk dengan tekanan korupsi dan penyelewengan. Kehidupannya berubah langsung apabila beliau diterima mengetuai unit bedah di hospital usang di mana beliau dapat mengamalkan falsafah hidupnya sebagai 'doktor yang baik' berbanding 'doktor yang terbaik'. Sehinggalah pada satu hari apabila seorang doktor baru yang bercita-cita tinggi telah digugurkan dan dipindahkan ke hospital usang ini dan menemui doktor bedah ini, segalanya berubah seketika.
Guru Kim, sekian lama berjaya meraih kepercayaan doktor-doktor baru mengikut prinsipnya sekaligus menggugat pihak yang tak senang hati melihatnya.

Gubahan cerita ini pastinya mengingatkan sesetengah pada drama medikal jepun seperti IRYU, yang tak terlalu fokus pada percintaan tetapi lebih mengunjur pada tema kedoktoran dan bagaimana para doktor menghadapi dilema antara mahu menyelamatkan pesakit dahulu atau menyerahkan diri kepada wang dan pangkat. Plotnya tersusun rapi, sangat 'addicting' dan pastinya kita ternanti-nanti apa yang berlaku dalam plot seterusnya.

                                     
2. Keberkesanan Lakonan (8.3/10)
Tepat untuk mengatakan lakonan Han Suk Kyu menjadikan drama ini sangat menarik.

Han Suk Kyu - [Best  Actor]
Sebagai Guru Kim yang tidak mudah akur dengan mereka yang berkepentingan dan rakus, Hak Suk Kyu berjaya melakonkan seorang doktor bedah yang tegas , berkeyakinan tinggi dan juga esentrik semestinya meninggalkan imej yang unik pada karakter ini. One word: Spectacular!

Seo Hyu Jin
Lakonan sebagai Dr. Yeo Suh Jung yang menghadapi trauma pada mulanya, dan akhirnya muncul sebagai anak murid Guru Kim yang paling dipercayai. Ianya tak sehebat lakonannya dalam another oh hae young , tetapi boleh juga dipuji.

Yoo Yeon Suk
Merupakan lakonannya yang terbaik daripada semua drama yang dibintanginya sebelum ini, Yoo Yeon Suk sebagai Dr' Kang Dong Ju tidak terlalu 'over stressed ' cuma konsintensi nya daripada seorang panas baran pada seorang yang 'charming' tidak disempurnakan dengan baik.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.5/10)

Pengarah pandai memanipulasikan keadaan kritikal dalam operasi bedah mahupun ruang kecemasan seolah-olah para doktor sedang bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit. Prop, mekap dan objek berjaya menampakkan gambaran jelas tentang situasi kritikal dan juga apa yang doktorlakukan.  Teknik kamera dan sinematografi tiada yang unik, cuma cukup untuk menyerlahkan suasana hospital. Teknik pencahayaan yang minima dalam bilik operasi bedah juga diaplikasikan.

4. Skor muzik (3.0/5)

Intrumental sangat membantu menaikkan kepuasan menyaksikan sesuatu yang positif berlaku.
Nomination untuk Best original Score.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)
Sekadar untuk mengisi masa lapang.

Rating Keseluruhan Drama:  (8.8+8.2+7.5+3.0+3.5) =31/4=7.75)
Nomination: Han Suk Kyu