Tuesday, 23 May 2017

Tunnel_daus

TUNNEL

oleh daus


Rating Keseluruhan Drama:  (7.6+7.5+8.5+3.7+4.5) =31.8/4=7.95)

Kritik Keseluruhan: "Tunnel sebuah drama yang 'straight-to-forward' tanpa memerlukan penjelasan mendalam tentang kemisterian sesuatu peristiwa. Hasilnya ia tetap mendebarkan tapi kurangnya kreativiti dan juga sangat mudah diramalkan. Penonton tak perlu fikir panjang kerana kesemuanya sudah tersedia jawapannya. Dibantu dengan teknik pengarahan yang agak mantap, Tunnel sekurang-kurangnya tidak kaget dengan saduran komedinya yang jarang sinonim dengan drama berbentuk thriller."
1. Cerita  (7.6/10)
Mudah, ringkas dan tak serabut. Begitulah boleh diperkatakan tentang jalan cerita drama ini.

Bermula dengan Park Kwan Ho yang sering dihadapkan dengan kes pembunuhan wanita di zamannya sehinggalah lebaran baru buatnya terbuka apabila dia merentas masa ke 30 tahun akan datang menemui mereka yang pernah terbabit dalam siasatan di zamannya. Takdir menemukan Kwan Ho dengan anak perempuannya, Shin Jae Yi dan Kim Sun Jae, anak kepada mangsa pembunuhan yang mana dia pernah bertekad untuk mencari suspeknya sehingga dapat. Berbagai kes disiasat oleh pihak polis berjaya diselesaikan di peringkat awal sehinggalah kita dipertemukan dengan suspek sebenar kes pembunuhan tersebut. Yang pastinya, gandingan mantap, boleh diperkatakan 'bromance' antara Kwan Ho dan Sun Jae telah membuatkan kita tidak kering gisu melihat telatah mereka yang berlainan prinsip tapi akhirnya akur dengan ketetapan kes.
Juga, bagaimana penulis berjaya membentuk watak 'Shin Jae Hyi' juga harus dipuji, seorang yang dingin dan tak mempunyai perasaan juga buat kita senangi.

Elemen kemisterian drama ini pun tidak kritikal dan mudah untuk diintepretasikan. Jawapannya sudah tersedia oleh penulis untuk kita tak perlu berteka-teki. Jalan ceritanya juga mudah diramalkan kerana untuk sesuatu drama berkonsepkan 'thriller', sepatutnya 'misteri' tetap diterapkan sehingga ke akhir drama tapi penulis sudah punahkan dulu sebelum penonton berfikir yang mana agak mengganggu.

Walaubagaimanapun, kudos juga buat penulis maknae ini kerana tampil dengan naskah drama yang agak menghiburkan dan 'addicting'. Elemen komedinya juga segar yakni merancakkan lagi gandingan 'bromance' antara Kwang Ho dan Sun Jae walaupun mereka saling menyindir antara satu sama lain dan usia jauh berbeza antara mereka tetapi sangat 'sebaya'.  Ianya sangat sesuai utk ditonton bagi mereka yang baru mengenali drama kriminal atau thriller.
                                     
2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)Saya agak kurang boleh memuji keseluruhan lakonan kerana sesetengahnya agak lemah dan tak merumitkan. Tetapi, sesetengahnya sangat hebat dalam mempertunjukkan lakonannya.


Choi Jin Hyuk
Choi Jin Hyuk tampil dengan watak yang manis dan disenangi. Seorang yang tak berputus asa untuk melakukan perubahan. Namun, tiada pembaharuan dan hanya sekadar polis yang mahu selesaikan kes saja.

Yoon Hyun MinSaya tak pernah kenal Yoon Hyun Min tapi saya akui perangai 'ego' dan berlagaknya sebagai Kim Sun Jae sedikit sebanyak menarik perhatian, malah lebih baik daripada Choi Jin Hyuk dalam menggayakan versatili lakonan. Namun, bagi saya, ia belum cukup.



Lee Yoo Young [Best Supporting Actress]
Daebak!  Sifat kedinginan Shin Jae Yi ditunjukkan tersangat pelik dan penuh kerumitan. Jelasnya, dengan ilmu psikologi dimilikinya, dia menakutkan kembali pembunuh di hadapannnya. Shin Jae HYi akan membuat apa sahaja walaupun nyawanya menjadi taruhan...Walaupun lehernya dicekik beberapa kali, tetapi dia tetap 'teguh dan dingin di samping paduan emosinya yang 'clueless' menambahkan lagi kehebatan lakonannya.

Kim Min Sang Kewujudannya sudah boleh diduga di awalan cerita. Dengan menyembunyikan kerakusan sebagai pembunuh di luar stigma sosial masyarakat, Mok Jin Wo hanya permainkan mereka yang mencarinya.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.5/10)Semenangnya, jelas teknik pengarahan yang tidak 'stagnant' dan kamera yang bergerak seiring telah menggetarkan lagi segmen debaran drama ini. Tona 'suspens' drama ini berjaya direndahkan dengan saduran elemen slapstik komedi yang tak berjela-jela. Perubahan rangka masa juga boleh dipuji dengan kamera yang tak banyak menangkap sesuatu yang meragukan.

Cuma, sinematografi perlu diperhebatkan terutamanya pemilihan tempat yang bersesuaian tona drama berkonsepkan thriller ini.

4. Skor muzik (3.7/5)
Instrumental boleh dipuji mengingatkan saya pada drama Signal terutamanya semasa adegan mendebarkan. Kekurangannya pada OST yang tak banyak.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
Tidak kertelaluan inilah drama yang menghiburkan. Tak melodramatik sangat, sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat.

Rating Keseluruhan Drama: (7.6+7.5+8.5+3.7+4.5) =31.8/4=7.95)
Nomination: Lee Yoo Young

Wednesday, 17 May 2017

Rebel Hong Gil Dong_daus

Rebel: Thief Who Stole the People

by daus



Rating Keseluruhan Drama:  (8.0+8.7+7.2+3.2+3.5) =30.5/4=7.65)

Kritik Keseluruhan: "Rebel Hong Gil Dong mempunyai plot yang agak mantap dan mendebarkan tapi kurang 'menyengatkan' apabila menghampiri penghujung cerita. Apapun, dengan mengadaptasi kisah pemberontakan Hong Gil Dong terhadap raja Yeosangun, drama ini tidak menghampakan kita dengan pembunuhan 'watak' tanpa sebab, ia sesuatu perjalanan yang menyeronokkan."
1. Cerita  (8.0/10)
Menyaksikan drama "saeguk" tanpa "memuaskan" hati kebanyakan pihak bukan sesuatu yang mudah. Namun, sekurang-kurangnya Rebel Hong Gil Dong telah menepikan persepsi drama "saeguk" tidak harus berakhir dengan kemenangan seseorang tanpa perlu berbunuhan antara satu sama lain.

Meneruskan legasi bapanya, Hong Gil Dong telah belajar sesuatu daripadanya, apabila hendak membalas dendam tak perlu menggunakan kudrat tenaga berpanjangan tetapi hanya dengan kemahiran memanipulasikan sesuatu keadaan menjadi sesuatu bermanfaat kepadanya. Inilah Hong Gil Dong lakukan dengan bantuan abangnya, Gil Hyeon selaku ahli politik yang menyamar di barisan kabinet Yeosangun serta beberapa orang penyangak yang sudah pun mengikat janji setia dengan Hong Gil Dong.

Drama ini masih mengikut sejarah tentang bagaimana Yeosangun dijatuhkan dan menjadi seorang begitu kejam dan rakus. Gundik setianya, Jang Nok Su digambarkan dalam bentuk "positif" walaupun di mata rakyat pada masa itu, dia ialah wanita yang jahat dan mempengaruhi Yeosangun, sehingga hidupnya berakhir dengan kematian. Jang Nok Su berjaya ditunjukkan seorang yang dikasihani, tapi sebenarnya kita hampir terlupa dia seorang yang manipulatif dan kuat cemburu.

Peranan Song Dong Hwan yang tetap dengan pendirian bahawa hierakki manusia tak boleh digugat oleh sesiapapun dalam memporak-perandakan situasi politik istana menunjukkan dia juga seperti Hong Gil Dong memanipulasi situasi semasa untuk kepentingannya. Tapi, rancangannya kecundang apabila anak murid paling dihargai, Gil Hyeon mengkhianatinya di saat-saat dia memikirkan dia telah berjaya. Akhirnya Song Dong hwan akur raja yang begitu disayanginya, kalah dengan "mereka" yang dianggapnya sebagai "pest" sebelum ni. Cuma saya agak kecewa dengan garapan cerita yang meletakkan Gil Hyeon seperti sedang berpuas hati dengan apa yang berlaku pada gurunya setelah gurunya itu mengajar dan mendidik sewaktu dia susah dan memerlukan sokongan politik.

Watak Ga Ryung pula tidak penting pada permulaannya, tetap semakin dekat di hati apabila dia bertindak menyamar diri sebagai penghibur di istana. Bagaimana dia menyimpan perasaan dan menunggu peluang membalas dendam terhadap "kematian" suaminya adalah sesuatu yang boleh dipuji.
Watak-watak lain juga agak membantu, seperti bapa Hong Gil Dong, dan Mori memantapkan lagi jalan cerita ini. Walaubagaimanapun, selain Song Dong Hwan, saya agak tak berpuas hati pada perkembangan watak Orini, adik mereka bertiga yang seakan-akan tenggelam setelah dia mendedahkan identitinya. Sekurang-kurangnya, harus ditunjukkan kenapa dia perlu ada dalam cerita ini.

Kesimpulannya, 30 episod drama ini seperti terasa sekejap saja.Bagi saya, ia suatu perjalanan yang menyeronokkan.
                                     
2. Keberkesanan Lakonan (8.7/10)Hampir kesemua pelakon telah mempersembahkan dengan baik sekali.

Yoon Kyun Sang
Walaupun baru kali pertama membawakan watak utama, Yoon Kyun Sang masih meninggalkan aura penyangak "Hong Gil Dong" dengan wajah yang gasar. Kekurangannya hanya terletak pada kecelaruan emosi antara "naif" atau sepatutnya seorang yang "pandai" dan "taktikal". Masih boleh diperbaiki lagi kelak.

Chae So BinAntara aktres yang menyerlah yang mampu membuatkan mereka mudah tertawan dengan senyumannya kerana keikhlasan yang ditunjukkan. Peranannya sebagai Ga Ryung lebih menyerlah di penghujung cerita.

Kim Ji SukBagi saya Kim Ji Suk agak gagal untuk menjauhkan saya daripada imej kelakarnya ke atas raja sepatutnya kejam dan rakus. Sedikit tidak kena pada gambaran Yeosangun yang dilakonkannya.

Lee Ha Nui [Best Supporting Actress]
Sangat menakjubkan lakonan ditunjukkan sebagai Jang Nok Su. Bagaimana daripada seorang pelacur (gisaeng) tak dikenali yang telah mengabaikan cinta hatinya untuk mengejar hidup lebih baik di istana, kepada seorang gundik yang "mempengaruhi" raja dengan kata-katanya. Anehnya, Lee Ha Nui tidak membuatkan kita membencinya, tapi simpati dengan "keikhlasannya" riak emosinya yang tetap setia dengan raja walaupun ada peluang untuk membebaskan diri. Akhirnya, Jang Nok Su mati dengan jiwanya sebagai penyanyi.

Kim Sang Joong Walaupun hanya muncul 11 episod saja, tetapi dialah pendukung utama cerita di awal cerita. Menjadi ayah tiga beradik, prinsip perjuangannya diwarisi oleh Gil Dong untuk membebaskan rakyat daripada tindakan kejam Yeosangun.

Ahn Nae Sang Sukar untuk saya lupakan watak orang tua uban atau dikenali sebagai Song Dong Hwan kerana dia adalah "shadow" di belakang tindakan kejam Yeosangun. Bagi saya, Ahn Nae Sang sememangnya pelakon yang berkarisma.

Tahniah juga diucapkan pada pelakon Sim Hee Seop (Gil Hyeon) , Kim Jung Hyun (Mori) , Seo Yi Sook (mak kepada Jeong Hak) dan juga pelakon cilik, Lee Roo Won (Hong Gil Dong semasa kecil). Mereka sedikit sebanyak penggerak cerita ini.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.2/10)Kaedah pengarahan masih baik tetapi kurang kreatif. Adegan sesuatu dramatik boleh dilakukan dengan lebih baik. Sinematografi juga tidak berapa menonjol.

4. Skor muzik (3.2/5)
Instrumental sayangnya tak sehebat drama saeguk yang biasa saya tengok sebelum ini. Tetapi lagu-lagu klasik banyak menutup kelemahan ini.
Contohnya yang menjadi kegemaran saya,



Lagu nyanyian Ahn Se Hyun ini juga agak membantu dalam menaikkan perjuangan revolusi menentang kekerasan berlaku di hadapan mata.




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)
Not too mediocre, but overall a good drama.

Rating Keseluruhan Drama: (8.0+8.7+7.2+3.2+3.5) =30.5/4=7.65)
Nomination: Lee Ha Nui

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang


Thursday, 11 May 2017

Saimdang_tifaleo

SAIMDANG: HER LOVE STORY

oleh tifa_leo


Rating Keseluruhan Drama:  (8+10+8+5+4) =35/4=8.75)

1. Cerita  (8/10)
Pd asalnye sy tgk cite ni sbb nk tgk LYA & SSH... tu antara faktor sy follow cite ni... Cerita ni bermula dgn JY yg sush nk dptkn jwtn professor kt universiti tmpt dia mengajar. Disebabkan tu dia terpaksa melayan karenah Prof Min untuk dptkn jwtn tersebut, kire nye semua benda yg Prof Min suruh buat dia buat sampaikan sanggup jd org gaji kt rumah Prof MIn. Geram je ble tgk part JY dkt umh Prof Min ni. 

Mcm dipergunakan btl2... JY kne kaji satu lukisan iaitu Geumgangsando by Ankyun. Konflik bermula ble kt satu conference ni, sorg student, Sang Hyun tanya dkt JY yg dia btl2 yakin ke lukisan tu tulen. JY plk jwb yg dia xpasti sbb dia pn perasan masa dia dok kaji lukisan tu ada mmg ada something wrong. Disebabkan hal tu, Prof Min jd mrh. Mse dkt conference di Italy, dia btl2 abaikan JY dan suruh JY balik ke Korea semula. JY jd xtentu arah dan merayau-rayau kt kwns tersebut dan ttbe dia tjupe diary yg ade sebut psl Geumgangsando. Disbbkan diary tu jgk, JY terjumpa dgn lukisan Shin Saimdang dkt rumah agam yg dikenali sbg Siesta Di Luna. 

Bermula dpd penemuan diary tu, hidup JY jd kucar kacir dgn company husband dia tiba2 problem... JY plk kena buang dr universiti. JY kemudiannya bekerjasama dgn kwn baik dia, Hye Jung & Sang Hyun utk bongkarkan psl lukisan tu dgn mengkaji diary milik Shin Saimdang. - Cerita ni jd menarik bila kembali ke zaman Joseon. Bermula dgn Saimdang jumpa dgn Lee Gyum mse zaman remaja. Saimdang & Lee Gyum berkongsi minat yg sme iaitu suka melukis & dorg pn jatuh cinta. Disbbkn lukisan Saimdang, satu insiden pertumpahan darah melibatkan ramai gelandangan mati di Unpyeongsa. Dalangnya MIn Chi Hyung ( tgk muka pn mmg dh tau yg dia jht giler). Saimdang berkorban dgn kahwin dgn org lain utk selamatkan Lee Gyum. Mmg huru hara time ni... Lee Gyum dh mcm org gila pergi umh Saimdang. Lee Gyum yg patah hati bwk diri selama 20 thn. Selepas 20 thn, Saimdang kini dh ada 4 org ank. Dorg kne berpindah ke Hanyang. Hidup Saimdang ni mmg bermasalah disbbkan suami dia yg xbpe nk bijak. Bila smpai kt Hanyang, rumah yg dorg patut duduk tu dh dijual dkt org lain. 

Saimdang tpksa cari umh lain. Lee Gyum sedih bila tgk Saimdang hidup sush. Cerita jd makin menarik bila Saimdang dapat idea utk hasilkan kertas & Lee Gyum tlg Saimdang secara senyap2. Lee Gyum pulak dpt kesedaran dr kata2 Saimdang. Dia mula berubah dan jd pembesar. Dia bukak galeri seni yg dia namakan sbg Bikdang. King yg terlalu paranoid akn kehilangan takhtanya menyuruh Lee Gyum utk siasat psl Min Chi Hyung. 

Byk sgt bnda yg jd mse ni antaranya : 
 1)Min Chi Hyung tahu psl sejarah Saimdang & Lee Gyum. Dia mula jadikan Saimdang umpan utk jatuhkan Lee Gyum. 

 2)Hwiemdang/Black Peony isteri pd si Min Chi Hyung yg jgk musuh Saimdang mse kecik tau psl Saimdang & cuba jatuhkan Saimdang 

3)Min Chi Hyung kne hukum tp nti King lpskn dia sb Hwiemdang slmtkn princess 

 4)Nanti Saimdang jd King's painter together2 dgn Lee Gyum. Ending drama ni agk mengecewakan sbb utk zmn moden, xde la beria sgt tunjukkan yg Prof Min tu btl2 jht just kne tgkp lps terbongkar yg lukisan Geumgangsando tu tiruan. 

Sy agk kecewa mse JY jupe ketua RADE kt umh agam kt Italy tu... dorg xde lgsg berinteraksi. Tp nk wat mcm mn... mmg drama ni fokus pd cerita Saimdang & Lee Gyum. Tp akhirnya dorg mati bersama2 & cinta dorg kekal smpai mati. 

Feveret scene : 
1)Episod 10 - Lee Gyum tlg Saimdang buat kertas senyao2. 

2)Episod 13 - Saimdang lukis buah anggur dkt skirt, puas hti sb dpt diamkan si black peony tu. 

3)Episod 14 - Lee Gyum bg bunga kt Saimdang & suruh Saimdang buat kertas (nmpk sweet je) 

4)Episod 16 - Lee Gyum slmtkn Saimdang dr Black Peony 

5)Episod 20 - Lee Gyum lukiskan bunga peony utk Saimdang 

 6)Episod 22- 23 - Saimdang jd King's painter together2 dgn Lee Gyum 

 7)Episod 24 - Lee Gyum & Saimdang melukis kt gunung sme2 & Saimdang br luahkan perasaan dia pd Lee Gyum
                                     
2. Keberkesanan Lakonan (10/10)


Secara kesimpulan semua pelakon2 yg terlibat mmg berjaya sampaikan gaya lakonan yang terbaik. Setiap watak ada kekuatan masing2 utk hidupkan plot. Saya rase pelakon memenuhi kriteria watak yang diberikan. Setiap episod dapat menonjolkan bakat dan keserasian pelakon di mana ia menyelitkan pelbagai emosi. Ade satu part mse nk selamatkan Lee Gyum, Saimdang, geng gelandangan, ank sedara Lee Gyum & kwn2 gangster Lee Gyum pn ada sma.. nmpk dorg bersatu utk lpskan Lee Gyum.  


1. Lee Young Ae - Shin Saimdang ( Best Actress) 

* Boleh sampaikan watak dgn sgt baik ( sy mmg peminat dia sejak drama Jewel In The Palace dlu) 
 * Kt sini blh nmpk yg Saimdang ni seorg pmpn yg lembut, penyabar sgt org nye even dpt tau suami ada pmpn lain, baik sbb dia sllu nk tlg org even dia pn sush, tegas jgk kdg2, degil pn ye jgk sbb ada satu scene tu Lee Gyum smpai ckp ank dia degil ikut perangai Saimdang. 
* Sgt suka ble ada scene dgn Lee Gyum. Nmpk yg dia mmg cinta dkt Lee Gyum tp tpksa pura2 konon tak cinta. Tp ble last mse dkt gunung tu, dia luahkan jgk yg dia mmg cinta dkt Lee Gyum. 
* Saimdang ni kalo ikut dalam drama, sape2 yg tgk dia msti tpukau sbb dia cntik. * Dipendekkan cerita, lakonan dia mmg bgs la & sgt2 mempesonakan. Ske tgk dia pakai baju hanbok tu… mmg cntik btl la… 

 2. Song Seung-heon - Lee Gyum (Best Actor) 
* Kalo ikut dlm drama ni digambarkan dia mcm agak melulu sikit dlm tindakan dia. Tu sbb Saimdang xbgtau kt dia apa yg jd. Kalo x, mau dia wat havoc kt istana mcm dia wat lps dpt tau King yg suruh Min Chi Hyung bunuh dia dgn Saimdang. 
* Tp ske watak Lee Gyum ni sbb dia mmg tunjukkan btl2 yg dia mmg syg & cinta mati dkt Saimdang smpai sanggup buat ape aje utk tlg Saimdang even dorg xbsame. 
* Lee Gyum ni walaupun nmpk kasar tp dia romantic jgk. Sy ske btl bila dia pandang Saimdang. Nmpk cm dia btl2 cinta la… kdg2 pandangan dia mcm nmpk sayu.. 
* Lee Gyum ni kelakar kdg2, sllu sgt buli ank sedara wat mcm2 keja tp sbnrnye dia baik. 




3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

Teknik penyusunan setiap episod tu mcm xbpe nk bgs sbb sy tgk kedua-dua versi utk drama ni, 1 versi SBS & 1 lg international. Bile tgk utk kedua2 versi ni, dia akn ada yg xsama. Cth nye utk versi SBS xde tunjuk family Saimdang berkabung, juz tnjuk Saimdang jln sorg2 & ttbe muncul dgn Lee Gyum dkt Itali. Berbeza dlm versi international, ade tunjuk scene tu & bru sy phm yg Saimdang dh mati. Mungkin di sbbkan episod dipendekkan jd 28 episod itu yg buatkan pengarah terpaksa edit semula scene2 tu..


Image result for geumgang mountain

Sinematografi dia cantik dan sangat sesuai utk each scene. Saya plg ske view dr gunung mse zaman joseon. Mmg pemandangan dia tersangat cntik. Tp skrip sedikit mengecewakan utk 2-3 episod yg terakhir tu. Saya berharap sgt Ji Yoon dpt interaksi dgn ketua RADE tp sbnrnye xde pn. RADE tu juz watak cameo shj yg dok amik gambo je. Frust ble akhirnya husband Ji Yoon tu xmati pn. Dan br sy phm, drama ni fokus pd kisah hidup Saimdang & Lee Gyum je.. so ending nye yg sy dpt simpulkan, dorg berdua mati bersama2 dgn cinta dorg yg sejati tu. 


4. Skor muzik (5/5)

1. Kim Yoon Ah – Kite 
2. Lyn - Whenever, Wherever 
3. Zia – Why 
4. Lee Soo - Everlasting Love 

Antara OST yg sy ske dlm drama ni & terngiang2 bila tgk drama ni. Kira nye lagu OST ni sesuai lah dgn drama ni

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)


Rating Keseluruhan Drama:  (8+10+8+5+4) =35/4=8.75)