Tuesday, 23 May 2017

Tunnel_daus

TUNNEL

oleh daus


Rating Keseluruhan Drama:  (7.6+7.5+8.5+3.7+4.5) =31.8/4=7.95)

Kritik Keseluruhan: "Tunnel sebuah drama yang 'straight-to-forward' tanpa memerlukan penjelasan mendalam tentang kemisterian sesuatu peristiwa. Hasilnya ia tetap mendebarkan tapi kurangnya kreativiti dan juga sangat mudah diramalkan. Penonton tak perlu fikir panjang kerana kesemuanya sudah tersedia jawapannya. Dibantu dengan teknik pengarahan yang agak mantap, Tunnel sekurang-kurangnya tidak kaget dengan saduran komedinya yang jarang sinonim dengan drama berbentuk thriller."
1. Cerita  (7.6/10)
Mudah, ringkas dan tak serabut. Begitulah boleh diperkatakan tentang jalan cerita drama ini.

Bermula dengan Park Kwan Ho yang sering dihadapkan dengan kes pembunuhan wanita di zamannya sehinggalah lebaran baru buatnya terbuka apabila dia merentas masa ke 30 tahun akan datang menemui mereka yang pernah terbabit dalam siasatan di zamannya. Takdir menemukan Kwan Ho dengan anak perempuannya, Shin Jae Yi dan Kim Sun Jae, anak kepada mangsa pembunuhan yang mana dia pernah bertekad untuk mencari suspeknya sehingga dapat. Berbagai kes disiasat oleh pihak polis berjaya diselesaikan di peringkat awal sehinggalah kita dipertemukan dengan suspek sebenar kes pembunuhan tersebut. Yang pastinya, gandingan mantap, boleh diperkatakan 'bromance' antara Kwan Ho dan Sun Jae telah membuatkan kita tidak kering gisu melihat telatah mereka yang berlainan prinsip tapi akhirnya akur dengan ketetapan kes.
Juga, bagaimana penulis berjaya membentuk watak 'Shin Jae Hyi' juga harus dipuji, seorang yang dingin dan tak mempunyai perasaan juga buat kita senangi.

Elemen kemisterian drama ini pun tidak kritikal dan mudah untuk diintepretasikan. Jawapannya sudah tersedia oleh penulis untuk kita tak perlu berteka-teki. Jalan ceritanya juga mudah diramalkan kerana untuk sesuatu drama berkonsepkan 'thriller', sepatutnya 'misteri' tetap diterapkan sehingga ke akhir drama tapi penulis sudah punahkan dulu sebelum penonton berfikir yang mana agak mengganggu.

Walaubagaimanapun, kudos juga buat penulis maknae ini kerana tampil dengan naskah drama yang agak menghiburkan dan 'addicting'. Elemen komedinya juga segar yakni merancakkan lagi gandingan 'bromance' antara Kwang Ho dan Sun Jae walaupun mereka saling menyindir antara satu sama lain dan usia jauh berbeza antara mereka tetapi sangat 'sebaya'.  Ianya sangat sesuai utk ditonton bagi mereka yang baru mengenali drama kriminal atau thriller.
                                     
2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)Saya agak kurang boleh memuji keseluruhan lakonan kerana sesetengahnya agak lemah dan tak merumitkan. Tetapi, sesetengahnya sangat hebat dalam mempertunjukkan lakonannya.


Choi Jin Hyuk
Choi Jin Hyuk tampil dengan watak yang manis dan disenangi. Seorang yang tak berputus asa untuk melakukan perubahan. Namun, tiada pembaharuan dan hanya sekadar polis yang mahu selesaikan kes saja.

Yoon Hyun MinSaya tak pernah kenal Yoon Hyun Min tapi saya akui perangai 'ego' dan berlagaknya sebagai Kim Sun Jae sedikit sebanyak menarik perhatian, malah lebih baik daripada Choi Jin Hyuk dalam menggayakan versatili lakonan. Namun, bagi saya, ia belum cukup.



Lee Yoo Young [Best Supporting Actress]
Daebak!  Sifat kedinginan Shin Jae Yi ditunjukkan tersangat pelik dan penuh kerumitan. Jelasnya, dengan ilmu psikologi dimilikinya, dia menakutkan kembali pembunuh di hadapannnya. Shin Jae HYi akan membuat apa sahaja walaupun nyawanya menjadi taruhan...Walaupun lehernya dicekik beberapa kali, tetapi dia tetap 'teguh dan dingin di samping paduan emosinya yang 'clueless' menambahkan lagi kehebatan lakonannya.

Kim Min Sang Kewujudannya sudah boleh diduga di awalan cerita. Dengan menyembunyikan kerakusan sebagai pembunuh di luar stigma sosial masyarakat, Mok Jin Wo hanya permainkan mereka yang mencarinya.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.5/10)Semenangnya, jelas teknik pengarahan yang tidak 'stagnant' dan kamera yang bergerak seiring telah menggetarkan lagi segmen debaran drama ini. Tona 'suspens' drama ini berjaya direndahkan dengan saduran elemen slapstik komedi yang tak berjela-jela. Perubahan rangka masa juga boleh dipuji dengan kamera yang tak banyak menangkap sesuatu yang meragukan.

Cuma, sinematografi perlu diperhebatkan terutamanya pemilihan tempat yang bersesuaian tona drama berkonsepkan thriller ini.

4. Skor muzik (3.7/5)
Instrumental boleh dipuji mengingatkan saya pada drama Signal terutamanya semasa adegan mendebarkan. Kekurangannya pada OST yang tak banyak.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
Tidak kertelaluan inilah drama yang menghiburkan. Tak melodramatik sangat, sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat.

Rating Keseluruhan Drama: (7.6+7.5+8.5+3.7+4.5) =31.8/4=7.95)
Nomination: Lee Yoo Young

No comments:

Post a Comment