Monday, 12 June 2017

Chicago Typewriter_daus




CHICAGO TYPEWRITER

oleh daus


Rating Keseluruhan Drama:  (9.3+9.5+9.0+4.8+4.2) =36.8/4=9.2)

Kritik Keseluruhan: " Plot 'tersembunyi' yang penuh kemisterian di awalan cerita betul-betul menduga kesabaran. Penulis seorang yang licik seperti juga watak Han Se Ju, telah memperdayakan imaginasi penonton ke arah genre romantik komedi yang 'chessy', sebaliknya menyimpulkannya dengan dasyat dan penuh melodramatik sehingga menusuk hati di akhir cerita, sekaligus menutup kelemahan sedia ada. Dibantu dengan teknik pengarahan yang 'subtle' dan lakonan cemerlang ketiga-tiga pelantun drama, Chicago Typewriter sesuatu drama yang tak boleh langsung dilepas pandang".

1. Cerita  (9.3/10)

Drama ini bermain dengan konsep penjelmaan semula ('reincarnation'), yakni mereka yang hidup sekarang mengubah diri ke arah lebih baik berlandaskan pada memori mereka kecapi di masa lalu. Han Se Ju, seorang penulis novel terkenal dan Jeol Sol, peminat novelis telah dijelmakan semula di masa kini berdasarkan roh mereka di masa lalu, Seo Hwi Yong dan Ryu Soo Hyun yang berjuang memerdekakan tanah Korea daripada jajahan Jepun (1930-an) . Yoo Jin Oh pula ialah hantu yang menghuni mesin taip Chicago ('Chicago Typewriter') bertahun-tahun sehingga dia menemui Han Se Ju yang mirip kawan baiknya, Seo Hwi Yeong. Motif kenapakah Yoo Jin Oh mencari Han Se Ju dan menemukannya dengan Jeol Sol diperjelaskan di dalam drama ini dalam bentuk penyelongkaran misteri di awal episod 1- 5.

Epi 5 - 13 lebih menitikberatkan kepada interaksi romantik antara Han Se Ju & Jeol Sol, sebenarnya menjadi indikasi kepada epi 14-16 , yakni misi yang tak dapat ditunaikan Seo Hwi Yong, Ryu Soo Hyun dan Yoo Jin Oh (Shin Yol) di akhir hayat mereka.

Drama ini diakui antara paling 'subtle' pernah ditulis oleh Jin So Wan berbanding Kill Me Heal Me yang lebih provokatif dan Moon Embrace The Sun yang lebih 'direct-to-the-point' . Aturan dramanya sangat perlahan, dan membuatkan sesetengah pada permulaan cerita agak meluat dengan perangai Han Se Ju yang menjengkelkan, dingin dan pentingkan diri sendiri. Namun, di sebaliknya, kita didedahkan juga perwatakan Seo Hwi Yong yang lebih kurang sama dengan Han Se Ju tetapi tampak karismatik dan memenuhi kriterianya sebagai seorang pemimpin. Yoo Jin Oh membantu merungkaikan persoalan penjelmaan semula Han Se Ju di mana Han Se Ju dapat menyelami dilemanya jika dia menuruti kehendak Yoo Jin Oh menyambungkan novel tertangguh, Seo Hwi Young pada masa lalu. Plot cerita drama ini dirungkai satu demi satu setelah penulisan novel tersebut bergerak dari satu bab ke bab yang lain. Memori mereka pada masa lalu tercetus di fikiran masing-masing lalu membawa kepada 'kesimpulan' yang mantap diterangkan dalam episod 14-16.

Apa yang mantap sangat mengenai episod 14-16? Silalah layan.

Antara menarik mengenai drama ini, penulis tidak putus-putus memparodikan karya-karya Stephen King dan juga Stephen King sendiri, terutamanya novel Misery menjadikan watak Han Se Ju mirip apa dialami penulis Stephen King, seorang yang terkenal dengan ketampanannya dan sering diserang sasaeng tetapi juga menghadapi kontroversi menggaji penulis bayangan.


Selain itu, penulis pandai menggarap cerita yang unik mengenai perjuangan mereka bertiga pada 1930-an dan menyimpulkannya dengan penuh dramatik. Tajuk drama "Chicago Typewriter" juga membawa maksud berbeza - sejenis senjata api yang bunyinya mirip dengan mesin taip, digunakan pejuang kebebasan, malah ia juga boleh bermaksud mesin tapi itu sendiri.

                                     
2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)
Ketiga-tiga "leading" mempersembahkan lakonan yang sangat cemerlang, terutamanya Yoo Ah In.


Yoo Ah In - Han Se Ju/ Seo Hwi Yong  [Best Actor]
Tidak keterlaluan untuk dikatakan, lakonan Yoo Ah In selaku kedua-duanya meninggalkan impresi yang agak besar. Beliau mempergayakan lakonan penuh berkarismatik sebagai Seo Hwi Yong dan seorang yang teguh dengan pendirian dan kepimpinan, tetapi juga seorang 'dingin'. Kebanyakan ucapan dipertuturkan beliau betul-betul menyerlahkan lagi penampilan Seo Hwi Yong dan Han Se Ju. Lakonannya ditakrifkan sebagai 'method acting' yang berkesan, yakni lakonan berdasarkan figura tertentu - Stephen King & pejuang kebebasan. Ia sedikit mengingatkan saya pada pelakon Marlon Brando, pemenang 2 kali Best Actor Oscar.


Im Soo Jung - Jeon Sol/ Rwi Hyu Yong [Best Actress]
Penampilan Im Soo Jung agak lemah sebagai Jeon Sol tetapi sangat hebat sebagai Rwi Hyu Yong. Sebagai Rwi Hyu Yong, daripada seorang naif dan sukaria muncul sebagai seorang 'bad ass' dan mahir menembak menggunakan sniper. Lakonan penuh beremosi dan meruntun kalbu di dalam Epi 15-16 antara 'highlight' boleh diperkatakan mengenai aktress ini.


Go Jung Pyo - Yoo Jin Oh/ Shin Yol [Best Supporting Actor]
Go Jung Pyo berjaya tampilkan sisi berbeza selaku hantu "Chicago Typewriter" yang disenangi. Tidak banyak beza dengan dirinya pada masa lalu, misteri apa yang berlaku pada Yoo Jin Oh di masa lalunya menjadi kunci klimaks drama ini. Go Jung Pyo menampilkan Shin Yeol, seorang yang 'desperate' kerana cintanya teramat sangat pada Rwi Hyu Yong.

Pelakon lain agak tenggelam. Tetapi, tahniah juga buat mereka sama-sama menjayakan- Kwak Shi Yang dan lain-lain.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9.0/10)
Teknik pengarahan banyak memfokuskan pada artistik dan 'subtle'. Maka, 'pacing' agak perlahan dan lebih memperturutkan misteri drama. Gubahan lanskap berubah 100% apabila dibawa kepada zaman 1930, dan pengarahan yang penuh dinamik dapat dilihat di pengakhiran cerita. Sedikit kekurangan teknik yang baik tentang 'kesungguhan pada cerita moden, namun sinematografi menutup sedikit kelemahan tersebut.


Di samping itu, instrumental juga menggamit perasaan dan seharusnya dinominasikan untuk [Best Original Score] . Sinematografi juga unik dan mempersonakan walaupun ruangnya yang agak terhad, terutama sekali bilik khas operasi di dalam bar Carpe Diem di mana mereka bertiga membincangkan impian masing-masing. Rumah agam Han Se Ju juga agak klasik, menambahkan lagi kegerunan terhadap misteri berkait dengan kewujudan hantu.
Pengarah ini pandai mengaplikasikan maksud penulisan secara halus (subtle) seperti ditunjukkan dalam kapsyen gambar di bawah.


Ruang ini terdapat potret  "Eugene O'Neill" (lihat di belakang) seorang penulis skrip teater terkenal. Dalam sesuatu episod tertentu, wajah dalam potret tersebut tersenyum. Sebenarnya, daripada situ juga Han Se Ju menyedari kewujudan entiti yang namanya Han Se Ju , nama korea pada Eugene O'Neill yang khabarnya menjadi penulis bayangan itu. Tapi, rupanya dia adalah 'penulis bayangan' yang tidak wujud pun di dunia ini, iaitu hantu.

Selain itu,epi 2-3 juga pengarah gemar menjadikan adegan Misery sebagai parodi yakni Han Se Ju menyangka Jeon Sol menculiknya kerana terlalu obses pada dirinya.

Senjata api 'Chicago Typewriter' dijadikan secara simbolik kepada dendam untuk menyimpulkan misi tak tertunai di masa lalu. Tetapi, akhirnya mesin taip 'Chicago typewriter' secara simbolik menyuburkan kisah 3 sekawan mereka dalam sebuah novel.


[Best Original Score]
[Best Cinematography]

4. Skor muzik (4.8/5)

Instrumental yang menggamit memori indah bersama, melankolik sangat tepat mengenai sasaran.
Antara lagu OST yang agak menyerlah dan menjadi pilihan , no. 1 teratas,

1. Time Walk - Boni Pueri


2. Satellite - Saltpaper
 

3. SG  Wannabe



Lagu tema Saltpaper sangat menetapi drama ini.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.2/5)
Great drama with an excellent closure, recommended!

Rating Keseluruhan Drama: (9.3+9.5+9.0+4.8+4.2) =36.8/4=9.2)
Nomination: Yoo Ah In, Im Soo Jung, Go Jung Pyo

No comments:

Post a Comment