Sunday, 6 August 2017

Queen for Seven Days_ikmal mahrip

QUEEN FOR SEVEN DAYS

oleh ikmal mahrip

http://korea.iyaa.com/article/2017/05/__icsFiles/artimage/2017/05/27/c_nkia1705/02-01.jpg
Rating Keseluruhan Drama: (8+8+8+4+3) =31/4=7.75)

1. Cerita  (8/10)

Pada awalnya expectation saya pada drama ni tidaklah begitu tinggi kerana drama ini bukanlah drama yang saya tunggu-tunggukan untuk tahun ini. Saya memang penggemar historical drama jadi saya pun letak drama ni dalam list tontonan. Seperti biasa kebanyakkan historical drama memang tidak akan lari daripada diselitkan kisah-kisah mengenai perebutan kuasa walaupun kadang-kadang ianya bukanlah tema utama bagi sesebuah drama itu tetapi tetap dititik beratkan. 
Namun begitu ianya tidaklah bermaksud setiap historical drama itu jalan ceritanya sama. Yang pasti akan ada sebuah kelainan yang tak terjangka. Berlainan pula dengan drama ini, mendengar tajuknya saja sudah buatkan saya tertanya - Queen For Seven Days. Kenapa hanya tujuh hari? Pada awal minit-minit pertama lagi untuk episod pertama itu saya seperti sudah diajukan dengan satu persoalan terbesar. Kenapa si heroin Park Min Young yang memegang watak sebagai Shin Chae Kyung tiba-tiba dihukum gantung dan kenapa tiba-tiba dia hendak membunuh suaminya sendiri iaitu Yeon Woo Jin sebagai Lee Yeok. Jadi penulis seperti ingin membawa kita supaya terus mengikuti setiap episod agar pertanyaan pada awal-awal minit pertama itu dapat terjawab. Satu cara yang bagi saya amat baik. Jalan cerita untuk drama ini sangat menarik. Dikatakan drama ini diambil daripada kisah benar. Saya ceritakan sedikit sinopsis daripada drama ini. Seorang raja Lee Young lakonan Lee Dong Gun yang boleh dikatakan begitu kejam dan terlihat seperti seorang yang psiko. Lee Young jadi begitu adalah kerana dia takut takhta yang dia ada sekarang diambil oleh adiknya Lee Yeok. Jadi bermacam-macam cara yang dia lakukan agar takhta itu terus menjadi miliknya sehingga sampai sanggup membunuh adiknya sendiri iaitu putera Lee Yeok. Turut menceritakan kisah percintaan antara Chae Kyung dengan Lee Yeok yang pada awalnya disatukan atas kehendak keluarga. Namun berpisah untuk sementara waktu kerana Lee Yeok dikatakan mati dibunuh. Hampir beberapa tahun Lee Yeok kembali untuk membalas dendam terhadap abangnya dan kisah cintanya dengan Chae Kyung pula menjadi semakin rumit. Mungkin disebabkan sudah banyak menonton historical drama jadi ada beberapa part jalan ceritanya seperti dapat saya jangka tetapi tidaklah terlalu banyak. Penghujung kisah masih lagi diselitkan sesuatu yang tak terjangka yang awalnya kelihatan baik namun ada motif sebaliknya. 
Begitu banyak unsur suspen yang diterapkan dalam drama ini begitu juga dengan klimak yang kadang-kadang meruntunkan jiwa. Seperti yang saya katakan tadi walaupun ada persamaan dalam drama historical yang berkaitan dengan perebutan kuasa namun ia tetap memberikan kita sesuatu kelainan dalam penceritaannya. Penulis berjaya mengembangkan cerita agar lebih mantap dan tidak slow selepas kemuncak seperti beberapa drama yang pernah saya lihat sehingga kadang-kadang saya akan skip. Plot ditukar begitu kemas dan menarik. Semakin lama semakin mendebarkan. Mujur episod akhir tidak terlalu rushing kerana apa kisah yang penting dan jawapan pada pertanyaan pada awal episod sudah dijawab sebelum episod terakhir. Tetapi cuma part selepas Chae Kyung menjadi permaisuri agak sedikit pantas seperti tidak menekankan berapa hari dia bergelar permaisuri. Setiap episod memberikan kepuasan tersendiri. Paling puas pada episod terakhir sehingga berjaya mengalirkan air mata saya. 
http://d263ao8qih4miy.cloudfront.net/wp-content/uploads/2017/08/7dayqueen20-01134.jpg 
Tetapi seperti biasa Korea tidak akan memerikan kita kepuasan yang sepenuhnya dalam episod terakhir. Pasti masih ada benda yang akan kita tertanya-tanya dan kenapa begitu walaupun ianya sudah Happy Ending. Contoh seperti mana watak itu menghilang, apa terjadi pada watak itu dan sebagainya yang membuatkan kita rasa sedikit kurang puas. Untuk mengetahui kenapa permaisuri itu dihukum bunuh? Mengapa jadi permaisuri hanya tujuh hari? Bagaimana ketegangan Lee Yeok dan abangnya? Adakah mereka berbaik atau berlaku pertumpahan darah? Korang kena hayati sendiri. 
Drama ini sangat menarik untuk ditonton dan memang selera saya. Kisah percintaan, persahabatan, perebutan kuasa, pengkianatan, dendam. Siapa suka drama berat tu bolehlah layan. Tapi dari apa yang saya lihat drama ini kurang mendapat sambutan kerana agak banyak episodnya tidak menduduk carta top 20 untuk hari penyiaran. Mungkinkah disebabkan pelakonnya? Bagi saya pelakon-pelakonnya sudah membawa watak dengan baik. Atau ada drama lain yang lagi menarik? Mungkin selera orang lebih ke arah drama lain. Bagi saya drama ini sudah cukup deabak! Untuk sesebuah drama itu kita bukan hanya melihat pada kacak dan cantiknya perlakon tu tapi yang boleh menjayakan lakonan mereka sehingga kita rasa ada Wau Faktor dalam drama tersebut.

                                  
2. Keberkesanan Lakonan (8/10)

http://kenh14cdn.com/2017/dbiwhdpuiaa5zyu-1496405659535.jpg
PARK MIN YOUNG – SHIN CHAE KYUNG (BEST ACTRESS) 

Shin Chae Kyung seorang gadis yang ceria sedari kecil. Namun atas sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan dari dunia dia diasingkan dari keluarga demi keselamatannya. Namun dia kembali kepada keluarganya tanpa dia sedar dia sedang membawa satu rahsia yang tersembunyi dalam dirinya. Lakonannya sangat menyerlah kerana terlalu banyak bermain dengan emosi dan air mata di setiap episod. Daripada seorang yang ceria bertukar kepada seorang yang berhati rapuh atas sebab-sebab yang tidak dia jangkakan akan berlaku pada dirinya. Cuba untuk menjadi seorang yang kuat walaupun dia diugut dengan bermacam ugutan. Rasa marah yang dilakonkan menjadi namun kalau berkaitan dengan suaminya dia jadi lemah dan cepat untuk memaafkan. Juga selalu meletakkan kesalahan suaminya ke atas diri sendiri. 


https://1.viki.io/videos/1118711v/KBS2_7%EC%9D%BC%EC%9D%98%EC%99%95%EB%B9%84_20170629_35M_1498746578727_220.mpg_20170630_173427.533.jpg?x=b
YEON WOO JIN – LEE YEOK (BEST ACTOR) 

 Seorang putera yang ingin disayangi abangnya namun gagal. Abangnya sentiasa bersikap dingin terhadapnya sehinggalah suatu saat rasa sayang pada abangnya hilang kerana disebabkan satu tragedi perit. Terlalu banyak berahsia sehingga Chae Kyung menahan rasa hati sampai saya yang melihat pun sakit hati. Kenapa susah sangat untuk dia berterus terang. Emosi yang ditampilkan sangat memberi impak pada lakonannya. Lakonannya kali ini lagi memperuntukkan dia menjadi seorang yang kuat dalam menangani cabaran dan agak berlainan dari watak drama yang sebelumnya. Menyimpan dendam dan motif sendiri. 

https://0.viki.io/videos/1118702v/1118702v_1706010821_17.jpg?x=b
LEE DONG GUN – LEE YOONG (BEST SUPPORTING ACTOR) 

Raja yang begitu zalim sehingga membunuh orang sesuka hati walaupun orang itu hanya melakukan kesalahan kecil. Dia memang tidak boleh melihat kelibat Lee Yeok baginya Lee Yeok adalah pemusnah kestabilannya sebagai raja. Berjaya membawa watak yang panas baran dan watak yang seakan orang yang psiko padahal tidak. Sikap dia itu membuatkan penonton rasa menyampah dan geram. Dengan muka annoying dia tu rasa macam nak belasah aje. Bila dengan Chae Kyung dia jadi sedikit tenang kerana sebenarnya dia ada hati dengan adik iparnya itu. Dan masih tak boleh terima hakikat yang adiknya menjadi raja selepas dia dikalahkan. 

YUM HYE RAN – CHAE KYUNG’S NANNY (BEST SUPPORTING ACTRESS) 
Dalam banyak-banyak supporting actress saya lagi tertarik dengan Nanny ni. Walaupun dia bukanlah membawa watak yang besar namun wataknya sangat menarik. Seorang yang kelakar, dan bermulut celupar dan ceria. Mudah risau akan Chae Kyung bila perempuan itu menghilang kerana dari kecil dia yang membesarkan Chae Kyung. Tidak disangkal lagi pelakon otai ni turut dapat menjayakan watak yang beremosi. Disebabkan tangisannya saya telah menjatuhkan air mata.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)
Pengarah berjaya mewujudkan unsur-unsur suspen dan mendebarkan malah unsur ngeri dan geram pada shot yang ditayangkan. Proses editing yang agak kemas cuma mungkin ada beberapa part yang mereka terlepas pandang seperti pada pakaian yang dipakai kadang-kadang menjadikan ia tidak real..

Bagi saya sinematografi yang baik dan tidak keterlaluan sehingga hilang real pada satu-satu gambar itu seperti berada di tempat gelap, suasana suspen dan dari sudut romance yang kelihatan cantik.

4. Skor muzik (4/5)
Skor muzik yang banyak membantu drama ini dan bersesuaian dengan jalan cerita. Begitu juga dengan siulan yang turut menjadi latar bunyi. Ost yang begitu kena dengan jiwa saya dan scene sedihnya. 
1. Junggigo - Miss You In My Heart 
 2. Dear Cloud – Love again

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
 

Rating Keseluruhan Drama: (8+8+8+4+3) =31/4=7.75)
Nomination: Park Min Young, Yeo Woo Jin, Lee Dong Gun, Yum Hye Ran


No comments:

Post a Comment