Sunday, 6 August 2017

Secret Forest_daus

SECRET FOREST

oleh daus

Rating Keseluruhan Drama:  (9.5+8.4+8.7+3+4) =33.6/4=8.4)

Kritik Keseluruhan: " Sarat dengan cetusan misteri yang merungkai seribu persoalan mengenai kes pembunuhan seorang ahli koprat, Secret Forest membawa penonton menyelesaikannya dari perspektif seorang pendakwaraya. Setiap watak digambarkan sangat mencurigakan, bahkan tiada yang terlepas. Dibantu dengan teknik pengarahan yang mahir dalam suspens, ia satu perjalanan yang mengagumkan."  

1. Cerita  (9.5/10)

Bagi yang tak mengenai penulis skrip drama ini, Lee So Youn, beliau debut sebagai pengarah dan penulis untuk filem Bluebeard. Sebuah naskah berteraskan pada "suspens", Secret forest membuatkan penonton begitu teruja untuk menilai setiap ceruk persoalan cuba dibangkitkan, yang mana ianya mungkin terlepas jika tak diamati dengan betul-betul.

Satu lakon layar yang agak mengagumkan dalam merungkai persoalan berdasarkan dari perspektif seseorang. Dan pada masa yang masa, penulis juga membuatkan kita terpedaya mungkinkah hero juga adalah suspek utama kejadian kerana penyakit dialaminya.

Pencerahan diberikan pada pengakhiran cerita juga masih boleh diterima akal dan fikiran tentang motif kenapa dia suspek utama, dan peranannya sebagai 'whistblower' yang terpaksa mengabaikan prinsip hidup selama ini. Penulis juga banyak memberikan 'hint' kenapa dia menjadi suspek utama hasil interaksinya dengan hero, dan bagaimana dia 'mengawal' penyiasatan tersebut sejak dari awal tanpa disedari orang ramai.

                                  
2. Keberkesanan Lakonan (8.4/10)
Lakonan masing-masing agak hebat untuk diperkatakan.


Jo Seung Woo - Hwang Shi Mok
Hwang Shi Mok seorang yang berkaliber dan paling dipercayai untuk menerajui penyiasatan terhadap kes pembunuhan tersebut. Hasil penyiasatan membawanya lebih dalam tentang korupsi dan penyelewengan berlaku di kalangan pendakwaraya, ahli politik dan ahli koprat. Hwang Shi Mok jarang melontarkan emosi disebabkan penyakit dialaminya, dan perlakuannya juga agak 'subtle', malas teratur dan 'calculative'.  Pada pendangan saya, ada kekurangan pada lakonan Jo Seung Woo untuk kali ini tapi tak diketahui di bahagian mana. Kekurangan ini membuatkan saya tak terlintas dalam fikiran untuk mencalonkan beliau.


Yoo Jae Myung - Lee Chang Joon [Best Supporting Actor]
Siapa sangka, pak cik yang terkenal dengan lakonan berentak komedi sebelum ini mampu menyampaikan persembahan lakonan yang agak cemerlang.


Bae Doo Na - Leftenan Han
Lakonan Bae Doo Na agak berkarisma selaku polis yang menyiasat kes ini tanpa terikat dengan protokol undang-undang dan arahan daripada seniornya. Cuma, perwatakannya tidak diperkembangkan dengan lebih menarik lagi , seolah-olah Secret Forest boleh bergerak sendiri tanpa kelibatnya di dalam ini.


Lee Kyu Hyung - Yoon Se Won Syabas buat penulis kerana menjadikan watak Yoon Se Won tampak kabur pada awal kemunculannya, sedikit demi sedikit membuatkan kita mula menyedari kewujudannya. Satu lakonan yang agak baik.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.7/10)
  Jika anda biasakan diri dengan teknik pengarahan subtle tapi suspens, pengarah telah berjaya berbuat demikian. Penggunaan kamera yang jelas pada wajah setiap pelakon membuatkan kita kadang-kadang terpedaya dengan tingkah laku mereka. Satu kekurangannya pada sentuhan yang terlalu cepat dan tergesa-gesa, mungkin sedikit mencacatkan gerakan plot.

Sinematografi sangat hebat tentang bagaimana drama dapat dibentuk dari sudut yang 'hipokrit', 'gelap' dan 'suspens'. Pencerahan lampu yang malap dan tak keterlaluan juga agak membantu menghidupkan suasana drama yang suspens.

[Best Cinematography]

4. Skor muzik (3/5)
Instrumentalnya agak jelas tapi macam kurang sempurna.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Great drama bagi yang meminati genre thriller, recommended!

Rating Keseluruhan Drama: (9.5+8.4+8.7+3+4) =33.6/4=8.4)
Nomination: Yoo Jae Myung


No comments:

Post a Comment