Monday, 23 October 2017

Age of Youth 2_idakamaruddin


 AGE OF YOUTH 2

by idakamaruddin



Rating Keseluruhan Drama:  (9+9+9+4+5) =9.0/10


1.    Cerita  (9/10)     


Kisah persahabatan 5 sekawan yang tinggal di Belle Epoque, mengekalkan ahli rumah yang sama, cuma beberapa watak baru iaitu Jo Eun (Choi Ah Ra) (si tinggi lampai). Untuk season ke 2, cerita tentang senior Song (Park Eun Bin) lebih byk dikupas dan menarik dari ahli rumah yang lain. Personaliti Song yg ceria dan penuh lawak jenaka membuatkan cerita ini bercampur2 emosi penonton dikala menontonnya.


Selain daripada itu, sedikit kupasan tentang trauma yang dihadapi oleh Jung untuk setiap episod, membuatkan drama ini menarik dan begitu related ngn kehidupan zaman remaja ketika sakan bercinta. selain dr mereka berdua, kisah perempuan boyish iaitu Jo Eun, jatuh cinta dengan anak saudara tuan rumah pun menarik juga... siapa sangka sikap tomboi seorang perempuan tapi bila kene usik hatinya maka terbit perasaan cinta dan cemburu didalam hati... kimia mereka berdua (Choi Ah Ra - Jo Eun dan Kim Min Seok - Seo Jung Hoon) sangat serasi dan sangat comel..


Watak Yoo Eun Jae telah diganti oleh pelakon lain iaitu Ji Woo, utk watak Eun Jae utk season ke 2 ni betul2 berlainan dgn watak Eun Jae di season 1, dimana Eun Jae di season 1 lebih naif dan timid, berbeza ngn watak Eun Jae di season 2, yg lebih aggressive dan lebih2 membuatkan penonton rasa menyampah dan annoying.


Kami sebagai penonton kurang pasti apa niat pengarah, adakah watak Eun Jae yang baru berubah disebabkan kisah putus cinta nya atau lakonan pelakon itu menyebabkan karakter watak berubah. Watak di lakonkan oleh calon pelakon wanita terbaik (Best Actress nominee for 5th Cari Kdrama Awards) tahun lepas iaitu Han Ye Ri (Senior Yoon) utk season 2 ni lebih kepada calm dan lebih rileks serta bersifat kakak utk ahli rumah yang lain, mungkin sbb dia sudah berkerja di syarikat besar dan tiada masalah besar mcm dalam season 1, lakonan Han Ye Ri untuk drama ni lebih cool dan chill.









2.    Keberkesanan  Lakonan (9/10)

Semua berlakon dengan berkesan sekali terutamanya Park Eun Bin.





Park Eun Bin - Song Ji Won (Best Supporting Actress)


Lakonan beliau yang sungguh bersahaja dan slumber membuatkan penonton gelak sakan melihat kerenah dan telatah beliau. siapa sangka, dikala scene yang penuh serius dan emosi, beliau mencelah dan membuat teletah kelakar dan ceria. habis suasana tegang bertukar jadi scene lawak. Saya puji dengan lakonan beliau apabila di 3 episod akhir apabila rahsia besar tentang beliau ketika berumur 10 tahun ditunjukkan, beliau mampu melakonkan adengan menangis dan sedih dengan penuh emosi dan membuatkan penonton rasa sedih dan sebak.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (9/10)


Saya kagum dengan aspek setiap episode akan diselitkan klip2 abstract yang related ngn episode hari itu, selain dari itu, suara latar bercerita untuk setiap episode pun juga menarik dan membuatkan kita lebih paham setiap scene yang dilakonkan. proses editing pun menarik, walaupun pada awal scene seperti blur2 untuk paham tapi beberapa minit kemudian scene tersebut diulang kembali dan dipanjangkan untuk menceritakan scene itu lebih details.


Sinematografi untuk drama ini menarik sesuai dengan suasana "ladies" serta view selain di rumah mereka ada few spot yang menarik perhatian dimana kawasan itu di ladang apple serta padang luas diatas bukit.



4.Skor muzik (4/5)


1. A day like this - Drain

2. Mix - Star (bye Flower) Feat Moha


5.   Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)


Recommended


Rating Keseluruhan Drama: (9+9+9+4+5) =9.0/10


Nomination:


PARK EUN BIN

Thursday, 12 October 2017

Live Up To Your Name_masdiana_ana

LIVE UP TO YOUR NAME DR HEO
by masdiana_ana


Kritik Keseluruhan:SATU DRAMA PERUBATAN BERGENRE TIME TRAVELLER YANG BAGUS DI TAMBAH DENGAN ELEMENT LAWAK ,ROMANCE,DAN SEDIKIT UNSUR MELODRAMA MENJADIKAN PENONTON TAK SABAR MENGIKUTI SETIAP EPISODE.

Rating Keseluruhan Drama:  (8.5+10+8.7+5+5) =37.2

1.    Cerita  (8.5/10)      


   Bagi yang tak mengenai penulis skrip drama ini, ,Kim Eun-Hee beliau merupakan salah seorg penulis baru yg namanya agak asing dikalangan peminat kdrama.Jadi boleh dikatakan drama live up to your name merupakan debut drama pertama hasil karya daripada penulis ini.Untuk hasil karya pertama penulis ini aku agak berpuas hati dengan plot yg bagi aku agak teliti dari segi penyampaian daripada plot diantara zaman jeseon ke zaman moden.Dari segi jalan cerita agak klise kerana sebelum ini theme doctor traller time pernah diguna pakai dlm kdrama sebelum ini seperti drama doctor jin dan fate jadi originality cerita ini agak kurang.Tapi yang buatkan aku tertarik bila penulis ini memasukkan element akulputur dan persaingan /perbandingan antara perubatan moden dan akulputur yang bagi aku agak unik ditambah dgn unsur2 humor pada watak hero iaitu doctor heo im yang traveler time dari zaman jeseon ke zaman moden.Perbezaan prinsip kedoctoran diantara watak hero dan heroin,membuatkan lagi jalan cerita live up to your name semakin menarik,disamping disulami kisah percintaan antara dua zaman.Sedikit sinopsip drama ini mengisahkan doctor heo im seorg doctor akulpultur yang handal di zaman jeseon yang tiba2 terkandas di zaman moden.pertemuan doctor heo im dengan doctor yeo kyung seorg dortor pakar bedah menrupakan Antara intipati drama ini.Ending drama ini juga boleh diterima kerana penulis masih mengekalkan element komedi dan sengal pada watak doctor heo im.jadi drama ini masih mengekalkan genre rom rom drama




antara scane gabungan perubatan moden dan akupultur yang dipaparkan dlm drama ini.



1.    Keberkesanan  Lakonan (10/10)
Kekuantan utama drama ini terletak kepada dua watak utama drama ini iaitu watak doctor heo im dan doctor choi yeo kyung.Perbezaan perwatakkan dan prinsip serta perjalanan hidup kedua watak ini dibawa dengan berkesan oleh kedua2 pelakon.
KIM NAL GIL – DOCTOR HEO IM (PERCALONAN BEST ACTOR )   
   

    Watak Doctor heo im membuktikan versatility kim nal gil .Actor yang beusia 37 tahun ini Berjaya mencuit hati penonton dengan keletahnya yang sengal dan lucu apabila hidup di dunia moden.Actor ini membuktikan keberkesanan lakonan dgn drama2 bergenre serius sapa sangka Kim nal gil berjaya membuktikan  lakonannya membawakan watak bergenre rom-com Lakonan kim nal gil paling berkesan bagi aku bila watak heo im merayu kepada menteri yang jahat untuk menyelamatkan seorg hamba.Daripada watak yang sengal KIM nal gil berjaya mengubah emosinya kepada watak yg serius .Trasformasi daripada watak sengal kepada watak serius berjaya diterjermahkan dengan berkesan oleh kim nal gil.Penonton juga dapat merasakan pengolakkan jiwa yang dialami dr heo im yang daripada golongan yang berkasta rendah dan dinafikan kebolehannya.Bagi aku yang menariknya pada lakonan kim nal gil tanpa dialog pun dengan reaksi muka dan permainan mata emosinya sampai kepada penonton. 


KIM AH JOONG – DOCTOR CHO YEO KYUNG (PERCALONAN BEST ACTRES )
   Jika Kim nal gil berjaya mecuit hati penonton dengan keletahnya yg lucu.Kim ah joong pulak dengan karekternya yg tegas.karekter Doctor cho yeo kyung dibawa dengan menyakinkan oleh kim ah joong.Aku suka dengan body langunge kim ah joong  yang bagi aku agak seksi tapi berubah tegas apabila memegang pisau bedah atau scalpel.Karekter beliau sebagai seorg doctor pakar bedah menyakinkan penonton.Begitu juga permainan emosi berjaya diterjemahkan dengan berkesan oleh kim ah joong.Bagi aku lakonan kim ah joong yang paling berkesan adalah  scane oh ha ra meninggal di bilik bedah..kesungguhan,emosi lakonan kim ah joong sangat bagus..kita boleh rasa kesedihan watak yang dialami oleh doctor choi yeo kung.   
*Aku  rasa kedua2 watak hero-heroin saling menyokong antara satu sama lain..watak doctor heo im takkan mampu bergerak sendiri tanpa watak doctor  yeo kyung..begitu juga sebaliknya..


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (8.7/10)


    Untuk sebuah drama bergenre rom com pengarahan drama ini agak bagus.Penggunaan kamera juga agak teliti dan berjya menonjolkan emosi perlakon kepada penonton.Satu lagi yang aku suka pengarah ini sendiri memberi pelakon kebebasan untuk membuat byk ablib dan tidak berpandu kepada skrip semata-mata.Dari segi sinematografi agak bagus dari zaman moden ke zaman jeseon..Cuma agak kekurangan  suasana perang Antara korea-japan tidak begitu ditonjolkan Dari segi lakon layar aku suka bila pengarah mencantumkan situasi yg sama yg dialami oleh heoim dan yeo kyung .



4.Skor muzik (5/5) (PERCALONAN BEST OST DRAMA )
Ada banyak OSTlagu  yang sangat bagus untuk drama ini.Boleh dikatakan semua OST drama ini sangat kena dengan situasi sesuatu scane.Tapi yang menjadi favourite aku ost ke dua drama ini always..

5.   Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Great drama bagi anda yang meminati rom-com drama dan drama yang berunsurkan perubatan.dan diselitkan unsur moden dan segeuk.Bg penonton yang tidak mengemari drama segeuk drama ini juga sesuai untuk anda kerana drama ini bukan sepenuhnya segeuk anda mesti tertarik dengan perubahan imej doctor heo im daripada imej segeuk ke imej moden dan drama ini juga senang difahami oleh peminat yang tidak mengemari drama perubatan kerana pengunaaan ayat-ayat perubatan agak mudah difahami.Maksud nie kali ke 3 kot aku ulang tayang drama nie.. my favourite kdrama 2017.
recommended,


Rating Keseluruhan Drama:  (8.5+10+8.7+5+5) =37.2


Nomination:

kim nal gil (best actor )
Kim ahjoong (best actress)

Monday, 9 October 2017

Live Up To Your Name_shanew3stga1z

Rating Keseluruhan Drama:  Deserving of the Name / Live up to your name (9.25/10)

1. Cerita (9/10)

Permulaan cerita ni saya tak expect much . Bercadang tengok sebab KAJ (Saya tak pernah tengok drama dia, cuma film je). Begitu juga dengan KNG. Selalu nampak beliau kat tv tapi tak jatuh hati langsung. HEHE. Jadi, sebagai pengemar k-drama, saya cuba tonton dan bagi peluang ..  antara moment2 yang saya ingat :

- Moment funny, macam mana HI jadi agak kejakunan naik escalator, naik lift .. main pintu .. mabuk naik ambulans hahaha…
- Moment YK-OHara-HI …. Oh Hara org yang bertanggungjawab mengkenen2kan mereka. so cute
- Part pertama kali YK kat Joseon ..
- Moment YK ajar HI makan Ramyeon dan sama2 tengok tv dan dating scene dorg sangatlah sweet . HAHAH.
- Moment mereka kena berpisah .. melodrama sgt .. sangat menyakitkan.
- Sesi gambar family. Ni ending yang saya nak sebenarnya, .. How I wish dorg kawen


Ending yang sebenarnya, so far puas hati … comel sebab YK cam tarik tali, dia happy HI datang balik, Cuma dia risau kalau2 HI tinggalkan dia lagi . Perbualan mereka kelakar.




Saya dapat rasakan, ending asal mereka tak bersama.. mungkin terlalu banyak permintaan untuk HAPPY ENDING, writer panjangkan story dia … tq writernim for granting our wish !

2. Keberkesanan Lakonan (10/10)

-Kim Ah-Joong (Choi Yeon Kyung)
1) Lakonan sheols semakin improve. Dia sangat menyerlah dalam drama ni.  Tahniah kpd KAJ atas pencalonan Best Actress (Drama) di The Seoul Awards 2017.
2) Emosi lakonan beliau sampai, dia berjaya buat saya menangis. Lakonan KAJ paling best masa episod akhir, di mana dia merayu kat datuk dia untuk ikut HI ke Joseon.
3) Suara KAJ sedap didengar .. lembut je .. tak rasa annoying.
4) Appearance KAJ yang menarik dan fashionable sbg doctor sgt attractive dan cantik

- Kim Nam Gil (Heo Im)
1) Expression beliau yang intense dan boleh berubah 360 darjah. Dari sedih tetibe jadi kelakar. Daebak KNG.
2) Cuma saya tak berapa suka tengok dia sedih. Mata dia tu.. aish ! tlg jangan berlakon sedih2 lagi pls .. sayup sgt tengok. Mcm real kesedihan tu.
3) Penampilan pula, saya lebih suka tengok beliau ada misai. Too bad, misai tu palsu. HAHAH. Gaya pula, okay la .. Cuma tak berapa suka dia pakai baju sama cam atok YK.

*Chemistry HI & YK
- Chemistry dengan KNG, sangat dapat dan natural. Sweet dan sangat romantis.  Body language mereka buat saya terfikir yang mereka ni betul2 bercinta ke?
- This kind of romance rare la for me. So caring, so touchy, so manja, so clingy .. hmm ade ke drama lain yang mcm ni? Sila bgtau tajuk

Untuk kedua-dua watak ni, saya happy sebab both equal . Tak lebih tak kurang.  Saya juga nak calonkan both untuk Best Actor & Actress + Best Couple. DAEBAK #KIMKIMCOUPLE

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9/10)

Secara teknikal, saya rasa semua drama korea memang cantik sinematografinya … saya tak berapa pandai nak nilai, pada saya okay je ..  hehe .

4. Skor muzik (4/5)

- BG music semua best .. sesuai dengan cerita
- Suka instrument masa scene HI dan YK … kedengaran romantis
- OST daebak ! semua lagu best dan paling fav lagu Always dan Dream or Reality. Ulang2 dengar.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)

Definitely not my one time watch. Ini pun rasanya dah berkali-kali ulang untuk kali keberapa.


PENCALONAN : BEST ACTOR =KIM NAM GIL , BEST ACTRESS = KIM AH JOONG

Wednesday, 4 October 2017

Live Up To Your Name_daus

LIVE UP TO YOUR NAME



Rating Keseluruhan Drama:  (6.5+7.0+7.7+4.5+3.0) =28.7/4=7.18)

Kritik Keseluruhan: " SATU naskah komedi berunsurkan elemen perubatan yang agak menggelikan hati penonton dengan gelagat ditunjukkan pelantun heronya, Kim Nam Gil sebagai Dr. Heo Beong Tak. Namun, plot yang kurang maju dan signikan di akhir cerita serta perubahan 'tempo' di pertengahan membuatkan perjalanannya sedikit hampa dan membosankan. SEKADAR untuk dihiburkan, tapi SUKAR untuk dikenangi."

1. Cerita  (6.5/10)

Bagi yang jarang menyaksikan drama berentak perubatan ini,  Live Up To Your Name tidak menyusahkan anda dengan terma-terma medikal yang rumit. Ia merupakan drama bertunjakkan kepada pertembungan antara dua doktor dari zaman yang berbeza melalui interaksi kimia antara mereka.  Heo Im seorang yang tamak haloba tapi juga seorang yang perfeksionis dan berbakat besar dalam ilmu perbuatan. Dia selalunya menjadi tempat rujukan rakyat berkasta rendah Joseon dan juga para bangsawan secara senyap-senyap untuk mendapatkan khidmat perubatan. Hal ini kerana, Heo Im dilahirkan daripada kasta yang rendah, maka dia sering diketepikan untuk pemilihan sebagai tabib istana.

Suatu hari, Heo Im dipanggil wakil istana untuk menemui “VVIP” di mana dia diminta oleh tabib diraja bagi mengubati penyakit stress. Namun, entah apa yang jadi, tangan Heo Im terketar-ketar dan tak mampu menghulurkan jarum akunpuntur ke arah raja Joseon tersebut. Baginda berang kerana menyangka Heo Im adalah tabib palsu lalu memerintah Heo Im ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Heo Im dikejar oleh pengawal istana sehingga ke jambatan sungai, dia dipanah oleh seseorang. Heo Im bangkit dari pengsan dan terkejut mendapati suasana di sekeliling nya berbeza. Dia sekarang berada di zaman moden Joseon lebih 500 tahun akan datang.

Di sinilah bermulanya cerita menarik mengenai drama ini. Kim Nam Gil menggayakan Heo Im seolah-olah anda melihat seorang wanita menggedik  tetapi diluarannya jelas seorang laki yang macho. Dengan riak muka yang ibarat rusa masuk kampung, Heo Im pastinya membuatkan anda tidak kering gusi mentertawakan gelagatnya yang sengal lagi-lagi bagaimana dia mempamerkan aksi yang mencuitkan hati seperti  turun naik eskalator berulang kali, menghirup udara penyaman udara, dan sebagainya. Hakikatnya , dia tak percaya dia berada di dunia yang berbeza , maka gambaran wataknya ditunjukkan sedemikian.

Interaksinya dengan Choi Yeon Kyung, doktor dari zaman moden juga agak menarik untuk diketengahkan. Kedua-duanya mempunyai misi yang sama, menyelamatkan pesakit secepat mungkin. Choi Yeon Kyung trauma dengan akupuntur kerana dia pernah menyaksikan datuknya gagal menyelamatkan ibunya yang terlantar sakit dengan teknik tersebut sehingga membawa kepada kematiannya. Pertembungan mereka bakal menyaksikan bagaimana Heo Im menyakinkan Yeon Kyung dengan kemahirannya di saat-saat genting ketika pesakit perlu diselamatkan.

Drama ini bukan saja menarik melalui gelagat Heo Bong Tak, tapi juga kerana adegan lompat-melompat antara zaman Joseon dan juga zaman milenia yang sentiasa membuatkan penonton terpegun dan suspens tatkala Heo Beong Tak berhadapan dengan kematian. Ironinya, apabila Heo Bong Tak mati, barulah dia berpindah melalui dimensi masa samada ke Joseon, mahupun ke zaman milenia. Mereka boleh ikut Heo Bong Tak merentasi masa dengan syarat dia mesti memegang erat tangannya. Di samping idea cerita peralihan zaman ini, penonton juga dapat mempelajari teknik-teknik tertentu akupuntur selain kagum dengannya yang mungkin agak berkesan dalam menghilangkan penyakit stress, stroke dan sebagainya. Sudah pastinya, ianya digembar-gemburkan untuk tujuan dramatik sesuatu drama. Tapi, sekurang-kurangnya ianya suatu alternatif perubatan sedia ada jika mereka yang tak mampu mengeluarkan belanja duit untuk rawatan moden.

Berbalik pada jalan cerita secara keseluruhannya, elemen fantasi dan logik sesuatu cerita memang jarang diletakkan seiring bersama. Selalunya, ianya diterima umum asalkan menghiburkan mereka yang menontonnya. Drama ini menjadi lebih baik jika ditanamkan kekuatan elemen penceritaan lebih dramatik pada kedua-dua zaman ini yang membawa kesan kepada pentingnya ilmu akupuntur di masa depan, misalnya. Penjelasan adegan 'lompatan' dari zaman ke zaman tersebut juga kurang kena pada plot yang dibentangkan. Selain itu, drama akan jadi bosan sekiranya Dr. heo bong tak keluar daripada 'gelagat' sengalnya. Perubahan tempo ini perlu dititikberatkan terutamanya menjadikan ianya lebih dramatik walaupun kurangnya elemen komedi dalam sesuatu plot tersebut. Akhir sekali, Penulis juga tak menekankan aspek atau mesej boleh diperolehi yang mana ia tampak sekadar hanya untuk menghiburkan setakat ini.
                                    
2. Keberkesanan Lakonan (7.0/10)


Kim Nam Gil - Dr. Heo Bong Tak
Kim Nam Gil sekalu Heo Bong Tak yang sengal dan ‘gatal’ tapi juga berhati baik. Ianya sudah semestinya datang daripada lakonan Kim Nam Gil yang tak perlu menyerlahkan emosi berlebihan, hanya dengan gelagatnya saja terus menyebabkan kita ketawa hingga tidak kering gusi. Namun, kekurangannya jika perubahan tempo perwatakannya - yakni dari klimaks ke emosi paling bawah sekali. Kim Nam Gil seolah-olah kurang menterjemahkan 'mood' suramnya menjadi sesuatu yang menarik hati seterusnya membuatkan wataknya jadi hambar seketika.


Kim Ah Joong - Choi Yeon Kyung [Best Actress]
Aktress ini mampu menggayakan lakonan berunsurkan komedi romantik dengan cara tersendiri. Boleh dilihat bagaimana beliau tak terlalu keterlaluan dari segi penyampaian emosi dan lebih anggun, tapi elemen 'feminism' juga tak dapat diketepikan melalui gerak tubuhnya. Kim Ah Joong berjaya menjadikan Yeon Kyung seorang doktor yang disenangi bukan saja kerana karakter 'tegas'nya , tapi 'kecomelannya' apabila sudah jatuh cinta dan menyerahkan dirinya pada seseorang.  Satu yang kurang pasti daripada perspektif saya adalah saya nampak lakonannya sedikit 'fake', tetapi apapun keseluruhannya boleh diterima.

Tiada yang banyak boleh dikupas melalui watak-watak pembantu.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.7/10)
Teknik pengarahan drama ini tidak banyak keistimewaannya melainkan ianya sesuai dengan cerita berentakkan komedi yang disadurkan dengan elemen fantasi serta bertemakan perubatan.

Antara yang menarik ialah  visual yang agak memuaskan tentang interaksi kimia antara Dr Heo Bong Tak dan Dr. Choi Yeon Kyung, menampakkan seolah-olah mereka betul-betul sedang bercinta.

Satu yang agak boleh dipuji adalah penggunaan skor muzik instrumental yang sangat sesuai bagi sesetengah adegan dipaparkan terutamanya penggunaan muzik retro bagi memperhebatkan adegan gelagat sengal melibatkan Dr. Heo Bong Tak.

[Best Original Soundtrack - Instrumental]

4. Skor muzik (4.5/5)


  • Jaejung Parc - Not Gonna Wait

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
Mungkin boleh ditonton jika ingin diamati gelagat heronya.

Rating Keseluruhan Drama: (6.5+7.0+7.7+4.5+3.0) =28.7/4=7.18)
Nomination: Kim Ah Joong