Tuesday, 26 December 2017

Black_amany


Black
oleh amany



 Rating Keseluruhan Drama:  (10+10+8+5+4) =37/4=9.25)

1. Cerita  (10/10)

Honestly, semasa first time tahu tema cerita ni tentang grim reaper, automatic teringat tentang Goblin. And after that I read an article about Song Seung Hoon told people to rest assured sebab cerita ni bukan dicedok daripada Goblin. Ya, ia memang tentang grim reaper, tetapi jalan ceritanya sangat berbeza. Dan benarlah, ia memang berbeza. I enjoyed watching this drama. I find this drama so funny, but other people seemed not to agree with me. So sekarang ni saya tak tahu la saya ni mudah terhibur ke apa. Tapi, serius drama ni memang lawak.

                                     
2. Keberkesanan Lakonan (10/10)

Song Seung Hoon (Best Actor) - I've been following him since Autumn in My Heart. One thing yang tak berubah tentang Song Seung Hoon, dia berlakon melalui mimic muka. Sama ada dia marah, suka atau geram, semuanya terbias daripada mukanya. You can tell right away. Tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak watak yang Song Seung Hoon pernah bawa, I find watak sebagai Black ni watak paling lawak dan refreshing. - Dalam drama ni, Song Seung Hoon kena bawa dua watak: pertama watak seorang detektif clumsy bernama Han Moo Gang dan kedua watak seorang grim reaper berlagak dan kolot yang possess badan Han Moo Gang dan menamakan dirinya sebagai Black. - Walaupun terpaksa bertukar-tukar watak, tapi saya lihat Song Seung Hoon sangat selesa membawa dua watak tersebut. Dia tak nampak kekok. Well done! 
 
 
  
Go Ara (Best Actress) - Sorry, saya tak pernah suka Go Ara berlakon tapi dalam drama ni, saya tak tahu kenapa saya rasa lakonan dia dah improve walaupun tak banyak, but I can see that she's improved. - Drama ni banyak emphasize pada mata Go Ara sebab dia boleh melihat bayangan hitam. And I don't know why I love it setiap kali camera zoom in tepat ke dalam anak mata Go Ara sebab dia mempunyai mata yang sangat cantik. - Kang Ha Ram seorang yang clueless, a bit clumsy and introvert but a very kind-hearted soul. Go Ara nailed the character well. Jo Jae Yun (Best Supporting Actor) - LMAO this ahjussi sumpah lawak!!! Setiap kali dia muncul je, saya akan ketawa terbahak-bahak especially bila scene dia nak tengok televisyen tapi tak boleh bukak tv tuh sebab grim reaper mana boleh pegang barang-barang manusia. LOL. Dan bila lihat dia sangat absorb dalam tengok drama, well I guess there's no drama in grim reaper world. - Satu saya perasan tentang ahjussi ni, dia berlakon watak apa pun, muka dia mesti akan tenang je. Sama seperti dalam drama Black ni, ahjussi ni macam jadi jaksa pendamai antara Black dengan grim reaper lain cuz we all know that Black is a total troublemaker. Lee Gyu Bok (Best Supporting Actor) - Watak yang dia bawa selalunya serius dan ini kali pertama saya tonton dia bawa watak yang kelakar dan easy going. - I really like it whenever he tried to make fun of Black dan lepastu ahjussi jaksa pendamai kena masuk campur hahahaa. Sangat suka dengan Three Stooges ni lol. - Apa-apa pun, he really nailed it.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.0/10) 




This drama is about the darkness, so memang sesuai pun OCN yang hasilkan drama ni sebab kalau perasan, kebanyakan drama OCN memang temanya darkness. Cuma satu yang saya rasa OCN kena perbaiki, kalau ada scene berlari tu, tolonglah jangan suruh crew korang berlari sekali sambil bawa kamera. Penonton sepatutnya rasa nervous dan suspen bila menonton scene larian tu, tapi boleh hilang focus sebab screen tu turut bergegar.
Cable channel is well known for their cinematography so I guess nothing much to comment on here. Anyway, cinematography Black ni walaupun bukan yang terbaik, tapi tetap bagus as compared to Big Three punya drama. Lol.



4. Skor muzik (5/5)



Nam Tae Hyun - Take Me Out leeSA - Like a Film Min Chae - Another Me


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
 
Wajar untuk ditonton.

Rating Keseluruhan Drama:  (10+10+8+5+4) =37/4=9.25)
Nomination: Song Seung Hun, Go Ara, Jo Jae Yun, Lee Gyu Bok

No comments:

Post a Comment