Tuesday, 23 February 2016

Reply 1988 daus



REPLY 1988

by daus



Rating Keseluruhan Drama:  (10+9.6+9.8+5+4.8) =39.2/4=9.80)

1. Cerita  (10/10)

Belum pernah dalam sejarah penulisan review saya, markah review diberi sempurna sebanyak 10. Here on. Reply 1988 deserved that.

Drama ini mempunyai komposisi cerita yang hebat & padat dalam semua aspek: kekeluargaan, persahabatan, komedi, ost dan idea romantik. Boleh dikatakan drama TERBAIK pernah dihasilkan oleh South Korea sejak beberapa tahun ini. Reply 1988 mempunyai penceritaan tetang perwatakan berbeza-beza dengan setiap satunya mempunyai "layer" yang menarik. Penulis berjaya menyuntik nilai kekeluargaan  dengan garapan yang beremosi dan matang . Penulis berjaya menggambarkan kekuatan ikatan  persahabatan yang tulen dan dinamik. Penulis juga berjaya menggamit memori silam bagi mereka yang pernah mengalaminya pada zaman kanak-kanak. Reply 1988 lebih dekat dengan kehidupan sosio-budaya masyarakat pada masa kini di mana hidup berjiran, kekeluargaan dan persahabatan menjadi teras utama. Drama ini lengkap dengan paduan skrip yang well-thought-of, penuh kritikal dan bermakna.

Reply 1988 masih menggunakan idea yang sama seperti "installment" sebelum ini - Reply 1997 & Reply 1994 tetapi garapannya lebih matang dan bernilai.
Ia masih menggunakan konsep teka-meneka siapa sang suami yang menjadi pilihan, ia juga menyentuh isu-isu semasa yang berlaku pada masa itu, dan juga ia juga menggunakan "ibu bapa" yang sama - Sung Dong Il & Lee Il Hwa.

Cerita Reply 1988 bermula dengan 5 sekeluarga hidup berjiran di jalan Ssangmundong.

1. Keluarga Sung Dong Il - Lee Il Hwa


Tinggal di "basement" kerana kewangan keluarga yang kurang stabil. Sung Dong Il bekerja sebagai manager bank terkemuka tetapi seringkali dihimpit kesusahan kerana terpaksa membayar hutang bulanan dan atas sifatnya terlebih pemurah. Seringkali, si isteri mengomel dan berang atas sikap sambil lewa si suami atas kekusutan kewangan sehingga membuatkan mereka sekeluarga terpaksa berlapar dan meminjam duit. Punyai 3 anak - Sung Bora, Sung Dok Sun & Sung Noel.
Dok Sun digambarkan seorang yang extrovert, ceria, pemalas, belum matang dan asyik dibuai mimpi-mimpi untuk berpasangan. Atas perwatakan ini, Dok Sun sangat disenangi keluarga dan rakan-rakan sepermainannya dan sering menjadi tempat untuk luahan perasaan. Dok Sun juga seorang "tolerate" dan mengambil berat tentang keluarga dan rakan-rakannya.
Sung Bo ra pula seorang yang pintar, rajin, percaya dengan prinsip tetapi seorang yang cepat pemarah. Noeil sebaliknya, adik lelaki yang paling seimbang antara kedua-duanya kerana rupanya tampak matang daripada usianya.

2. Keluarga Kim Sa Jang - Ra Mi Ran

Tinggal di rumah paling atas. "Fortune" keluarga terbina akibat memenangi loteri yang dicuba setiap kali oleh anak sulung, Jung Bong. Kim Sa Jang seorang suka untuk berlawak tetapi seringkali lawaknya tidak mengena dan  menjengkelkan. Seringkali 'ditibai' oleh si isteri kerana sikapnya itu, Kim Sa Jang acapkali menunjukkan kasih sayangnya terhadap si isteri dengan cara tersendiri. Hubungan suami-isteri mereka boleh dikatakan agak unik.
Ra Miran dikenali sebagai "pemimpin" wanita di kawasan kejiranan tersebut disebabkan sikapnya yang "outspoken" dan terbuka. Atas sebab ini, dia digelar "cheetah" kawasan kejiranan itu.
Mereka punyai 2 orang anak - Jung Bong & Jung Hwan. Kedua-dua beradik ini sangat rapat di mana Jung Hwan sedaya -upaya cuba memenuhi impian abangnya yang sering sakit jantung menjadikan impiannya tersendiri. Contohnya, Jung Hwan suka bermain bola sepak kerana dia simpati akan "impian" abangnya yang mahu menjadi Maradona. Jung Hwan juga berazam untuk menjadi juruterbang untuk membawa abangnya Jung Bong merantau ke negara asing.
Jung Bong seorang yang agak lembap dalam pembelajaran tetapi pandai dalam aspek survival diri manakala Jung Hwan pula seorang pendiam namun digambarkan seorang yang sangat romantik & caring. Perhubungannya dengan Dok Sun sangat diketengahkan penulis di mana Jung Hwan dengan imej bad boy dan selalu bergaduh dengan Dok Sun tidak menyangka boleh   memendamkan perasaan bertahun-tahun untuk meluahkan rasa cintanya terhadap wanita dikasihi. Jung Hwan tidak reti menterjemahkan kasih sayang melalui kata-kata, tetapi dengan perlakuan sendiri berjaya menjadikannya dia seorang yang romantik, bertanggungjawab dan "caring".

3. Keluarga Choi Moo Sung - Kim Sun Yong

Asalnya keluarga ini ada 2. Kim Sun Yong, seorang janda anak 2; Sung Woo dan Jin Joo yang baru kematian suami dan Moo Sung, duda anak satu kepada Choi Taek yang berpindah ke kawasan kejiranan sejak kematian si isteri. Mereka disatukan sebagai suami isteri akhirnya setelah masing-masing bersetuju untuk berkahwin atas dasar persahabatan. Choi Taek ialah seorang yang pendiam, tak reti aspek survivaliti, mudah percaya kepada orang lain tetapi seorang pemain baduk yang genius dan jujur. Akhirnya, dia disatukan dengan Dok Sun. Sung Woo pula seorang berwawasan tinggi, bertanggungjawab, berkepimpinan tinggi, tekad dan juga merupakan cinta pertama oleh Dok Sun. Sung Woo mencintai Sung Bo Ra atas sifatnya yang "dominan" dan "caring".

4. Keluarga Yoo Jae Myong - Cho So Yang

Yoo Jae Myong memegang jawatan sebagai dekan sekolah tinggi manakala isterinya seorang yg workaholic digelar "queen of insurance".
Punyai ramai anak tetapi yang ditunjukkan hanya dua orang dalam drama ini. Dong Ryong, anak kedua, merupakan seorang yang pemalas, suka buat kerja sambil lewa dan tiada impian masa depan. Perangainya sebiji Dok Sun. Interaksinya dengan bapanya antara menarik diketengahkan dalam drama ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap olahan kekeluargaan ditunjukkan satu persatu secara kritis dan mampan. Writer seringkali mewujudkan persoalan logik isu di awalan suatu episod dan akhirnya menyimpulkannya dengan penuh bermakna dan beremosi. Anda boleh perhatikan gerak geri cerita dari sebesar zarah sehinggalah ke sebutir permata.
Isu-isu seperti persembunyian bekas diktator di tokong, pemaksaan pencen dengan insentif berkali ganda, kebebasan pendidikan, dan polisi terbuka di mana tiada lagi halangan untuk rakyat korea bercuti ke luar negara antara isu-isu menarik yang diketengahkan dan disesuaikan dengan suasana kejiranan.

Tidak lupa juga writer suka memainkan persoalan cinta. Sedikit kekecewaan kepada peminat Jung Hwan di mana dia terpaksa  mengalah akhirnya dan melupakan "cinta pertama" yang mana penulis telah menyimpulkan di akhir episod 18. Jung Hwan menyalahkan dirinya yang sering "hesitate" untuk meluahkan sesuatu sehingga membuatkannya ketinggalan. Jung Hwan tidak reti meluahkan cinta dengan kata-kata kerana berharap perlakuannya sebagai "pelindung" selama ini kepada Dok Sun dapat membuka hati Dok Sun. Usaha Jung Hwan yang tak kesampaian sehingga terpaksa tutup buku dan "move one" , akhirnya merestui pilihan Dok Sun ke atas Taek. Walaupun kesimpulan hubungan Jung Hwan-Dok Sun dikatakan agak "cacat cela",  namun saya hargai perspektif penulis yang menggambarkan peritnya cinta pertama yang dilupakan dan mahukan kelainan pada hubungan cinta 3 segi di mana lelaki yang "nerdy" & tak reti menjaga diri sendiri juga boleh dijadikan pasangan hidup sekiranya mereka jujur antara satu sama lain.

Sangat tidak munasabah untuk anda menafikan karya masterpiece ini atas sebab kisah romantik yang kurang memuaskan. Jangan mengatakan ending drama TERUK kerana tidak mempamerkan "soothing" di pihak yang lain yang gagal. Harus juga terima hakikat adakalanya seseorang akan mengalami frasa putus cinta kerana dunia bukan selalunya indah.  Saya agak respek dengan olahan writer yang cuba untuk bergerak lari dari "mainstream" di mana writer kekal dengan prinsip ceritanya walaupun idea-idea asalnya menjurus sebaliknya. Writer juga menyimpulkan bahawa Dok Sun berkemungkinan sedang menunggu pengakuan cinta daripada Taek sejak kali terakhir mereka berkongsi ciuman 4 tahun sebelumnya di mana responsnya ke atas luahan cinta Jung Hwan terhadapnya dianggap sebagai "joking" . Maka dengan ini, secara professional walaupun saya pendukung hubungan Jung Hwan- Dok Sun, markah "story" sebanyak 10 adalah sangat wajar.

2. Keberkesanan Lakonan (9.6/10)

Hye Ri

Saya agak skeptikal dengan hye ri  kerana lakonannya dikritik teruk sebelum ini. Namun, dalam drama ini, suprisingly, Hye Ri jadi dirinya. Kenaturalan watak Dok Sun yang dibawa Hye Ri agak spontan sehingga membuatkan watak Dok Sun sangat disenangi. Apa yang sangat perhatikan, facial expression perlu dipertingkatkan lagi.
Sebagai perbandingan, saya lebih sukar meninggalkan "impression" lakonan Go Ah Ra sebagai Na Jung dalam Reply 1994.

Park Bo Gum
Bawa watak yang nerdy, pendiam, slow, tak berapa reti aspek survivaliti tetapi juga seorang genius, romantik dan caring. Namun, watak Bo Gum kali ini kurang "ditekankan" dengan sungguh-sungguh pada pandangan saya.

Ryu Jun Heol [Best Supporting Actor]

Spot on! Dia berjaya bawa menjadikan watak "introvert" Jung Hwan berada dalam kelasnya tersendiri. Dengan ekspreksi "subtle" yang berkesan, semestinya ramai wanita kecewa apabila Jung Hwan di'reject' oleh Dok Sun.

Ra Mi Ran [Best Supporting Actress]
The best mom ever. Tiada siapa yang tidak suka dengan auntie cheetah ini. Wataknya dilakonkan dengan hebat dan menyerlah sehingga auranya menutup lakonan ibu-ibu yang lain. Highlight: bagaimana dia tanpa pikir apa2 pelekuk si suami, bagaimana dia cuba nak tengking Jung Bol tetapi tak jadi, bagaimana lincahnya dia menari, bagaimana dia mentertawakan penonton dengan aksi yang spontan. Terlalu banyak untuk diperkatakan tetapi mak cik miran memang daebak!

Sung Dong Il [Best Supporting Actor]
Walaupun tidak tampil berkomedi sangat seperti dalam reply 1994, namun sisi kebapaan nya lebih tampak dan menyerlah. Antara tangisan dengan melawak, Sung Dong Il berjaya menampilkan perbezaan nyata.

Choi Moo Sung [Best Supporting Actor]
Berjaya bawa watak yang pendiam & tak banyak bercakap yang mana kasih sayang ditunjukkan melalui perlakuan agak mirip dengan Jung Hwan. Hightlight: Moo Sung teriak meluahkan segala-galanya dengan nada  - "geram" , "kesal" , "rindu" dalam satu pakej setelah terlihat berita kematian Taek namun akhirnya tampil "calm" bila dapat tahu Taek terselamat. Great acting melalui subtle expression yang lengkap.

Kim Sun Kyun
Dalam reply 1994, ia lebih mirip Jung Bong. Tetapi dalam Reply 1988, ternampak kelainan kerana mempamerkan Kim Sa Jang yang buat lawak bodoh.
Disebabkan calon-calon supporting agak kompetitif, jadi namanya tidak disenaraikan huhu.

Special thanks to Lee Dong Hwi (Dong Ryong) , Ryo Hye Hyong (Sung Bo Ra), Go Jung Pyo (Sung Woo), Kim Sun Yong, Yoo Jae Myung (bapak dong ryong), pelakon kanak-kanak (berusia tiga 3 tahun) Jin Joo, Lee Il Hwa yang berjaya mempamerkan lakonan yang berkesan.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9.8/10)
Garapan yang agak perfect dengan editing yang kemas dan teratur.
Pemilihan prop yang sesuai, fesyen, gerak geri pelakon, teknik flashback, antara yang harus disebut tentang kreativiti pengarah ini. Tiada apa untuk mengatakan kekurangan pada hasil pengarahan yang mantap ini.

Sinematografi juga "excellent" menggambarkan suasana masyarakat kejiranan pada tahun 1980-an.

4. Skor muzik (5/5)

Terlalu banyak. Best ost choices that blended perfectly with the progress of drama.
TOP 5 for nominations:

1. Lee Sung Hwan - Empty Heart




Bila dengar lagu ni, teringat Jung Hwan...seriously

2. Park Bo Ram - Ssangmundong

reminding of childhood..

3. Don't Worry Dear - Lee Juk


lagu acoustic yang sangat menyedihkan bila dipasangkan semasa adegan emosi melibatkan kekeluargaan.

4. Oh Hyuk - Little Girl


5. As Time Goes By - Ki Hyun


sayu jugak ballad ni..tak berapa ingat pasang kt adegan mane... tp mmg sedap lah


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.9/5)

Banyak memori daripada drama ini. Cuma mungkin tak lihat epi 19/20 lagi kerana sedih dengan nasib Jung Hwan.

ADDITIONAL REMARKS:

Memorable Scenes:
1. Childhood flash back scenes in episode 2 kerana diselangi dengan muzik yang memilukan.
2. Ayah Dok Sun terjah balai polis dengan mata yang lebam dalam epi 8.
3. Hidung Jung Hwan berdarah setelah dihimpap pintu tetapi tersengih kerana menyangka tiada halangan lagi untuk dia mencintai Dok Sun.




4. Ahjumma Mi Ran menari berentak perlahan menuruti muzik lagu telur di hadapan khalayak ramai dalam epi 16.


5. Taek confess sukakan Dok Sun tetapi Jung Hwan pula tampil kecewa dan terkedu dalam epi 10.



6. Jung Hwan confess "cintanya" di hadapan Dok Sun dan lain-lain tetapi terpaksa tukar pada nada bergurau setelah melihat respons Dok Sun..choiii!!  - BEST CONFESSION SCENE ever!





Best Rookie Actor - Ryu Jung Heol

No comments:

Post a Comment