Wednesday, 2 March 2016

Cheese in The Trap MellyNad

Ditulis oleh Mellynad


Rating KeseluruhanDrama:  (8.63/10)


1. Cerita  (8/10)
   
Cheese in the trap ini bertemakan ‘Romance Drama’  sepanjang 16 episod. Drama ini adaptasi dari webtoon popular yang juga bertajuk Cheese in the trap. Mengesahkan mengenai hubungan antara seorang gadis yang belajar di sebuah university dan seorangpelajar lelaki kaya yang juga belajar diuniversiti yang sama. Mempunyai latar belakang keluarga yang berlainan membuatkan gadis tersebut tertanya-tanya kenapa senior yang belajar dikelas yang lain itu meminati dirinya.

Pada episode terawal menceritakan kehidupan Hong Seol (Kim Go Eun) seorang anak kepada pemilik sebuah kedai makansecara kecil-kecilan. Kehidupan Hong Seol sepanjang belajar di universiti tersebut yang agak susah, membuatkan Hong Seol membuat beberapa kerja sampingan untuk meneruskan perbelajarannya. 80% jalan cerita di dalam drama ini berlatarbelakangkan suasana di sekitar university.
Yoo Jung (Park Hae Jin)adalah seorang yang sangat popular di universitinya mempunyai keluarga yang kaya, kacak, dan pandai di dalam kelasnya tetapi seorang yang sangat misteri.Sikapnya yang sedikit misteri membuatkan Hong Seol menjauhkan dirinya daripada Yoo Jung. Tetapi Yoo Jung tertarik dan jatuh cinta kepada Hong Seol dan berusaha untuk rapat dengan Hong Seol.

Saya memberi sokongan yang penuh dan memberi pujian sepanjang permulaan drama ini, dimana setiap scene membuatkan penonton tertanya-tanya apa sambungan ceritanya. Tetapi bermula sehingga episode 4 yang terakhir, agak mengecewakan apabila jalan cerita sedikit meleret dan longgar. Termasuk pengakhiran drama ini ramai penonton kecewa dengan mutu dan jalan cerita drama ini. Mungkin (tak pasti) kerana sepanjang pengembaraan drama ini dilakukan bermula dari akhir eps dan berakhir dipermulaannya. Menjadikan keselasian pelakon agak pelik di akhir eps drama ini. Dan ending drama ini sedikit mengecewakan peminat drama ini. Lakonan pelakon tambahan seperti Baek In Ha dan Baek In Ho tidak memenuhi jiwa penonton terutamanya Baek In Ha, bagi saya Lee Sung Kyung (Beak In Ha) adalah pelakon yang overacting.

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
- Markah untuk keseluruhan

Kim Go Eum – Pelakon Utama Perempuan(10/10)
[Best Actress Nomination]



Saya sangat berpuas hati dan memberi markahpenuh kepada lakonannya didalam drama ini. Walaupun pada permulaannya agak tidak dikenali kerana dia tidak pernah tampil sebagai pelakon utama drama popular sebelum ini. Tetapi cara Kim Go Eum menjiwai watak sangat bagus dan sangat meletop. Cara Go Eum sampaikan emosi dia kepadat penonton sangat bagus. Kalau dia menagis, saya pon akan menagis, kalau dia buat aksi comel..pon menjadi comelnya..Setelah melihat keberkesanan lakonan Kim Go Eum membuatkan saya terus mencari lakonannya di dalam drama/filem yang lain. Ternyata Kim Go Eum seorang pelakon yang sangat bagus. Dan ini adalah permulaan yang bagus kepadanya. Good Luck Kim Go Eum!!! (motif? Hahaha)

Meter : Outstanding


Park Hae Jin - Pelakon Utama Lelaki (8/10)
Pada pendapat saya lakonan Hae Jin di dalamdrama ini boleh diberikan pujian, tetapi kadang-kadang agak pelik apabila melakonkan watak seorang yang tak ada reaksi. Muka keras je kan.

Meter : Fair

Lee Sung Kyung : Pelakon Tambahan (3/10)


Hahaha..gelak dululah..tak suka dengan lakonan Sung Kyung untuk watak annoying macam ni..sangat overacting, belakon mcm buat-buat. Kenape tah memang tak suka dengan dia ni. Kalau watak In Ha memang dorg nak mcm tu, saya akan kasi pujian. Bagus buat orng tak suka..hahaha..emosi tak sampai bile dia buat mata terbeliak tu.

Meter : Kalau Go Eum dapat outstanding diadapat overacting..hahaha.. lakonan sangat worst okey..

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi)  (8.5/10)

Montaj, suara latar, pemilihan tempat dan pencerahan agak perfect..tak Nampak cacat-celaor pelik. Cara editing pon boleh kasi pujian nampak lancar.
Saya suka pemilihan muzik latar setiap babak. Terutama muzik panic tu, rasa berdebar tiap kali kuar bunyi tu..membuatkan penonton rasa tak sabar tunggu scene berikutnya.
Dan paling suka latarbelakang time diorng dating..time dekat tepi tasik kat university tudengan bawah pokok yang dorang berpeluk tu..nampak romantic sangat.





4. Skor muzik (5/5)

Suka semua ost dari drama ni. Tapi bukan evergreenlah. Setiap kali lagu keluar sesuai dengan mood scene tersebut.




5. Kebarangkalian untuktontonan semula (4/5)


Akan tonton semula, tapi eps yang awal je. Time Beak In Ha akan cut kot..hahaha..nampak tak bertapa iolls xsuka dgn In Ha.

No comments:

Post a Comment