Monday, 7 March 2016

Cheese in The Trap zanierpk

 oleh zanierpk

REVIEW: Cheese In The Trap





1. Cerita  (8/10)

Drama ini berdasarkan siri webtoon yang popular "cheese in the trap" yang masih belum habis. Bertemakan "Romance". Ia mengisahkan hubungan seorang pelajar perempuan (Hong Seol) di sebuah universiti dgn senior nya (Yoo Jung), seorang yang sangat popular di universiti, pandai, good looking dan kaya. Boleh dikatakan Yoo Jung nie mcm Mr. Perfect la..
Yoo Jung, secara luaran nampak dia seorang yang baik tetapi sebenarnya menyorokkan naluri negative disebalik senyuman. Ia menjadikan Yoo Jung seorang yang misteri dari kaca mata Hong Seol. Yoo Jung dibesarkan dari keluarga yang kaya raya dan mempunyai ayah yang tegas. Sikapnya yang misteri itu berpunca dari didikan ayah Yoo Jung. Di akhir episode, penonton disajikan bagaimana ayah Yoo Jung mengajar Yoo Jung tidak menunjukkan kemarahan di hadapan orang, sebaliknya dia perlu senyum walaupun dia tengah marah.

Hong Seol pula dari keluarga yang sederhana. Tidak pernah meminta pertolongan dari ibubapanya. Juga seorang pelajar yang berdedikasi. Menanggung pelajaran dengan menggunakkan scholarship dan part time job. Di university hanya Hong Seol seorang sahaja yang perasan diri Yoo Jung sebenar. Permulaan yang tidak baik antara Yoo Jung dan Hong Seol, berakhir dgn Yoo Jung akhirnya jatuh cinta dgn Hong Seol.

Cerita yang menarik dan membuatkan zanie tak sabar2 nak tunggu episode seterusnya, tetapi terganggu di akhir2 episode kerana nampak macam PD nak akhirkan episode, heroin bersama second lead. Ending drama ini agak mengecewakan bagi kebanyakkan penonton setia drama ini kerana "open ending". Di akhir episode, Yoo Jung meninggalkan Hong Seol selama 3 tahun, dan membiarkan penonton membuat rumusan sendiri sama ada Yoo Jung bersama Hong Seol atau tidak. Zanie yakin, PD tidak ada idea untuk menamatkan drama ini kerana webtoon asal masih belum habis.

Rumusan zanie, selepas 3 tahun Yoo Jung kembali bersama dengan Hong Seol. Kenapa? sebab di akhir episode ada scene Yoo Jung berjalan selisih dgn Hong Seol dan satu lagi scene yang menunjukkan Yoo Jung baca email Hong Seol.

Put a side kisah hubungan cinta between Yoo Jung dgn Hong Seol dan ending yang tak best utk cerita ini. Antara pengajaran yang boleh di ambil dalam drama nie:-

  • Communication - Banyak scene yang menunjukkan jelas2 yang communication sgt penting. Salah satu scene masa Hong Seol dapat member group yang hampeh utk presentation. Instead of suffer sorang2, Hong Seol patut berterus terang dgn group member. Bukan sahaja di universiti, but it will apply bila kita dah bekerja. Juga bila kita bersama dgn pasangan kita.
  • Cara Didikan - Zanie salahkan ayah Yoo Jung 100% dalam mendidik Yoo Jung. As a parents, kita tak boleh mengajar anak kita untuk simpan perasaan tak suka dalam hati. Lebih baik berterus terang.. back to the "communication".
  • Zanie suka episode akhir sekali, bila Hong Seol dah kerja.. ada satu part tu dia cakap dia jumpa balik perangai orang yang sama macam sang cheol (bullying, tak suka buat kerja but take rewards drp org lain), Min soo (copycat, tak boleh nak buat keputusan sendiri, depending person), Oh Young (stalker, giler2).. cuma kali nie di tempat kerja dan org lain. Perangai jer sama. Meaning said, walau macamana kita boleh elak.. tak semestinya bila kita elak skrg, in future kita tak jumpa org yang perangai macam nie... cuma cara macam mana kita nak handle org2 yang macam nie kita kena belajar. Paling dekat dgn situasi zanie skrg.. rasa macam nak resign jer or cari kerja lain.. tapi adakah kalau zanie resign or dapat kerja lain zanie confirm takkan hadapi situasi yang sama?


2. Keberkesanan Lakonan (9/10)


1. Park Hae Jin (Yoo Jung) = Best Actor


Watak dia yang takde perasaan tu berkesan. Sampai @MellyNad kata kadang2 Hae Jin agak pelik bila melakonkan watak yang takde reaksi.. Zanie rasa tak pelik la.. memang watak Yoo Jung tu macam tu..

zanie suka tgk reaksi muka dia masa dia jeles... tapi dia tak nak tunjuk dia jeles..
pastu zanie suka sgt tgk reaksi dia masa dia dgn seol.. nampak loving.. gentlemen..



masa tak suka...


masa senyum..


nie muka marah..


nie muka happy..


nie muka masa jeles...


so gentlemen.. suka bila peluk, pasangan kita lagi satu usap2 rambut... rasa manja sgt2..


2. Kim Go Eun ( Hong Seol) = Best Actress

Watak Hong Seol yang selekeh tu kena dgn Kim Go Eun. daripada rupa yang biasa2 tu sehinggala watak Hong Seol itu sendiri.. tak tahu kenapa, walaupun nampak cam selekeh, minah nerd.. tapi zanie nampak dalaman dia yang educated person..















3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)
  (7/10)

Lakon layar bab2 romantik tu best giler.. banyak part yang zanie suka.. rasa macam berada di zaman2 universiti jer...

1) First dating:-



2) First hug



3) Become close and close...





4) First kiss:-



5) Sweet moment:-






Scene Hong Seol kena langgar kereta. Darah tu nampak sgt fake.. tak real. Nampak cam water color yang dibancuh pekat..



4. Skor muzik (4/5)


Antara OST yang zanie suka dalam drama nie:-

Lagu nie kena dgn character Hong Seol. Zanie tak reti nak explain, tapi bila dgr lagu nie mind zanie boleh terus kaitkan dgn Hong Seol. Mungkin sebab suara penyanyi perempuan tu.. huskey2 gitu..




Lagu nie, terkesan sedihnya pada zanie. Especially masa lagu nie jadi background music lepas Hong Seol dapat D dalam group presentation. Dah la time nie Yoo Jung salah faham dgn Hong Seol. Dah tu pulak usaha Hong Seol sampai tak tidur malam utk siapkan presentation tak membuahkan hasil. Bila dgr lagu nie rasa cam sebak sangat...




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Zanie akan tonton part2 Yoo Jung dgn Hong Seol jer.. sebab zanie suka part sweet sweet dorang...

No comments:

Post a Comment