Sunday, 13 March 2016

Signal daus

SIGNAL
by daus



Rating Keseluruhan Drama:  (9.8+9.5+10.0+4.0+5) =38.3/4=9.57)
1. Cerita  (9.8/10)

Such a masterpiece artwork. Digarap dengan tersusun, saspens dalam setiap episod sebelum meletakkan anda ke arah maksima (klimaks) dan akhirnya meninggalkan kesan yang sangat mendalam di pengakhiran cerita. You cannot imagine how thrill are you at the end of the drama ! Signal leaves you with such an excellent impression.

Drama bertemakan penyiasatan ini mengambil inspirasi daripada kes-kes kriminal yang popular di South Korea terutamanya 'cold case' yang disadurkan dalam bentuk naratif yang tampak 'unbelievable' atau fantasi tetapi masih kekal realistik dan mengagumkan . Boleh dilihat di sini senarai kes-kes kriminal yang diadaptasikan : http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=201603071517294684727_2 .   Maksud, 'unbelievable' / fantasi itu adalah penggunaan walkie-talkie yang dapat menghubungkan orang masa hadapan dengan orang masa lampau. Ia tidak terletak pada pengunaan walkie talkie tu saje, tetapi impak terhasil ke atas perubahan yang berlaku atau erti kata lain 'kesan rama-rama/ butterfly effect"  di mana sesuatu kecil berlaku pada masa lepas boleh menyebabkan perubahan mendadak di masa hadapan. Ia akan create another time loop kesan daripada perubahan pada masa lampau
Contohnya, A ditakdirkan mati 20 tahun lepas. B beritahu profiling kematian A pada C pada masa lepas melalui walkie talkie tersebut. C menyiasat berdasarkan profiling B dan dapat menghalang A daripada terbunuh. Akibatnya, B hadapi perubahan tersebut di mana dia dapati A masih hidup namun orang lain tak berkenaan mati atau menjadi mangsa sebaliknya.
Maksudnya di sini, (diberi timelime 15 tahun)
1st loop : A mati ---> B tahu A mati ---> B beritahu pd C pasal kematian A
2nd loop : A dapat diselamatkan ---> B tahu A masih hidup , tetapi B dapati D mati.
3rd loop: A dapat diselamatkan  ---> B terbabit dalam kemalangan dan terbunuh

there is a tone of possibilities could be happened in the timelimes preceeding the altered past events. Perubahan ini hanya disedari penghubung walkie talkie tersebut.

Selain itu, writer juga mewujudkan persoalan paradoks tentang "memori" pemegang walkie talkie. Mereka yang tak menggunakan walkie talkie ini takkan sedar dengan perubahan ini dan memori mereka akan mengikut kehendak timeframe yang ditetapkan.
Ditunjukkan bagaimana iktihar Park Hae Yong & Cha So Hyun untuk menyelamatkan Lee Jae Han daripada menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan memberitahu perihal kematiannya sendiri dengan harapan Lee Jae Han terselamat.

Paradoks yang dimaksudkan ialah Park Hae Yong & Cha So Hyun sedar akan kematian Lee Jae Han dan memori mereka kekal bahawa Lee Jae Han memang mati. Disebabkan mereka menggunakan walkie talkie, perubahan berlaku pada masa lepas akan memaksa "memori" mereka ditulis semula tetapi "memori" asal tetap kekal. Jika Lee Jae Han masih hidup dan dapat berhubung dengan mereka dalam gap masa 15 tahun tersebut, agak-agak apa berlaku pada "memori" mereka? Pastinya ada paradoks di mana Lee Jae Han kenal mereka, tetapi mereka pula tak de memori bersama dengan Lee Jae Han, dan pastinya ade dua time loop yang bersimpul ke atas memori mereka. Maka, pendekatan writer untuk menghimpunkan persoalan paradoks ini adalah dengan kekal Lee Jae Han tetap hilang dalam 15 tahun supaya memori childhood Park Hae Yong tidak intervene malah blend smoothly  dengan perubahan tersebut. Memori Cha So Hyun tetap kekal "Lee Jae Han menghilang" cuma ada perubahan dimana dia dapat 'clear reply' daripada Lee Jae Han.

Di samping itu, writer tidak putus-putus menghubungkan plot secara berkesan dibantu dengan teknik flashback yang kena pada plot tersebut.
Plot ditunjukkan pada awalnya, Park Hae Yong dihubungi Lee Jae Han melalui walkie talkie tetapi Park Hae Yong tak tau apa-apa. Lee Jae Han mengingatkan Park Hae Yong jangan give up, remind kan dirinya pada ‘masa lepas’ dan teruskan siasatan macam biasa sebelum kemudiannya Park Hae Yong dengar Lee Jae Han ditembak (assuming deceased). Kali ketiga, Park Hae Yong terkujat sekali lagi, walkie talkie berbunyi, Park Hae Yong pula hubungi Lee Jae Han tapi kali ini Lee Jae Han yang dihubungi ialah 10 tahun sebelum kali ke-2 transmission itu dilakukan. Lee Jae Han pula bingung tapi sedia maklum atas maklumat profiling yang diberikan Park Hae Yong.
Maka, bermulalah kisah penyiasatan "kes2 terpendam" melalui perhubungan orang masa lampau dengan masa hadapan.
Sehinggalah sampai kemuncak kes terakhir sebelum Lee Jae Han didapati terbunuh, segala plot dirungkai satu persatu dan dikaitkan dengan adegan berlaku pada epi 1. Epi 16 yang disimpulkan ceritanya dikaitkan dengan epi 1 semula , timeframe plot berjalan mengiringi satu sama lain.

Cerita juga tak terletak pada kekuatan asas screenplay tetapi pada lengkapnya peranan watak masing-masing. Semua diceritakan detailed tanpa ada tertinggal langsung.

Kekurangannye adalah 'kematian' seolah-olah dianggap sebagai percaturan hidup. Somehow terasa dipermainkan bile kematian berlaku tetibe cthnya, dec cha mati dalam letupan. Ataupun, orang lain perlu dijadikan kambing hitam untuk bagi laluan pada orang disayangi di’hidup’kan semula.

Apapun naskah ini tetap mampan lakon layarkan dari tema, motif, plot sehinggalah kepada kekuatan watak.

Lebih lanjut akan menyebabkan spoil. Maka, ulasan cerita tamat di sini saje. :lol:


2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)

Komen:
Stellar performances from each cast.

Jo Ji Woong [Best Actor nomination]
Pelakon yang berjaya menghidupkan watak Lee Jae Han yang berkarismatik, berketrampilan, amanah dan seorang yang 'determined' dengan sangat berkesan. Tunjuk emosi sangat berkelas bukan saje kerana menampakkan Lee Jae Han seorang yang 'desperate' untuk lakukan sesuatu dengan penuh gigih, malah kita akan terasa tergerak bersama2 lee jae han mengharungi gelombang onak dan duri memahami setiap perilaku dan tutur katanya. Bila lee jae han menangis, kita akan turut bersedih. Bila Lee Jae Han secara 'subtle' bagitahu Park Hae Yong supaya jaga diri, kita pun akan turut bersedih. Bila lee jae han feel heroic, kita akan turut bersemangat. That's how such a low ranked detective character leaves you with an absolute great impression.

Lee Je Hoon [Best Actor nomination]

Antara pelakon muda yang agak hebat. Dibentuk dengan kemahiran profiling yang over the top, Lee Je Hoon berjaya tampilkan sisi watak polis detektif muda yang agak annoying pada awalnya kerana suka selesaikan kes sendirian tetapi akhirnya ditunjukkan bahawa ketidakpercayaan Park Hae yong pada pihak polis  atas pembabitan  mereka dalam kes tuduhan rogol abangnya dan juga sambil lewa atas kes siasatan penculikan budak kecil di mana dia jadi saksi MENYEBABKAN Park Hae Yong tak percaya pada teammate.

Kim Hye Soo [Best Actress nomination]Pada mulanya watak kim hye soo akan tenggelam kerana terlebih fokus pada perkembangan watak Park Hae Yong & Lee Jae Han. dec cha ini hanya sekadar templan atau "supporting" saje. Tetapi 3-4 epi akhir, segalanya berubah. Dec Cha menjadi antara watak dominan dengan kisah lalunya dan perubahan karakternya masa hadapan saling berkait dan menyimpulkan perhubungan antara Lee Jae Han-Park Hae Yong-Cha So Hyun in complete one package.
Kim Hye Soo delivered the emotion & characterization perfectly. Daripada sorang yang ceria pada masa lalu, kepada sorang yang cold pada mase hadapan. Dec cha banyak bergantung pd kemahiran profiling park hae yong, namun kptsnnye byk bersandarkan pd kualiti kepimpinannya sbg ketua pasukan ‘cold case’.  Yang tak berubah ialah sifat terburu2 dec cha.

Jang Hye Sung Pak cik mmg agak kelas bawa wtk yang cocky & corrupted person. Dont know how to explain in more critical way.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (10/10)

Pelbagai perkara nak diperkatakan mengenai teknik pengarahan yang sangat lengkap.

First of all, teknik flashback yang bertalu-talu digunakan untuk mengingatkan kita pada timeframe tertentu. Kadang-kadang flashback sengaja dibuat lebih awal ataupun selari ataupun selepas sesuatu peristiwa pada masa lampau untuk mengiringi peristiwa masa hadapan. Motifnya ialah pertama untuk kita sedari jika ada perubahan pada masa lepas, maka sesuatu berlaku pada masa hadapa.  Kedua, untuk merungkai persoalan tak berjawab berlaku pada masa depan tentang misteri kematian lee jae han, contohnya. Ketiga untuk kita dalami emosi sesuatu peristiwa yang mana pada awalnya kita belum merasa bagaimana sesuatu kematian itu sangat perit bila diceritakan satu persatu dan ianya betul-betul berlaku.
Teknik flashback juga tidak berlandaskan pada satu perspektif , tetapi ia datang daripada 3 perspektif berbeza: Memori childhood park hae yong, kisah lee jae han dan memori juniorship chae so hyun.

Selain itu, pencahayaan malap disengajakan untuk menggambarkan sinematografi dengan keadaan kriminal yang kusam dan menakutkan.

Settings juga ditekankan pengarah ini di mana perubahan keadaan masa lepas/masa hadapan dapat diteliti. Cthnye, lee jae han dgn knowledge & teknologi terhad akur dgn bukti forensik yg boleh digunakan pd “masanya” iaitu cap jari dan pengecaman melalui jenis darah saje. Kita dapat lihat kemahiran penyiasatan lee jae han bergerak senada dengan globalisasi. DNA mula digunakan sebagai bukti utama untuk mengecam identiti seseoarg. Selain drpd tu,  Pencahayaan dikuningkan sedikit untuk menunjukkan keadaan masa lepas dalam flashback.


4. Skor muzik (4/5) Sememangnye instrumental sgt membantu menaikkan aura drama ini.  OST tak diterapkn dlm drama tp pd pengakhir cerita. Antara menarik, lagu country song tu.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)

Great drama and it is simply rewatchable.


Rating Keseluruhan Drama:  (9.8+9.5+10.0+4.0+5) =38.3/4=9.57)
Nomination: jo jin woong, kim hye soo,  lee je hoon

No comments:

Post a Comment