Tuesday, 29 March 2016

Signal idakamaruddin


Oleh idakamaruddin



 1. Cerita (10/10)

SIGNAL merupakan kisah penyiasatan polis utk kes2 jenayah yg berlaku dr zaman akhir 1980an hingga tahun 2000 yg diterajui oleh detektif yg penuh dedikasi dlm menyelesaikan kes (LEE JAE HAN). Namun atas dasar kekangan teknologi pada zaman beliau serta corruption yg sgt berleluasa maka kes2 yg disiasat oleh LJH tidak dapat diselesaikan ketika itu.

Cerita ini telah disuntik dgn elemen2 misteri dan fantasi dimana dua anggota polis dr zaman berlainan dpt berhubung melalui walkie talkie lama milik detektif LJH. Melalui transmission dr walkie talkie tersebut, detektif di tahun 2015 (Park Hae Young PHY) dpt menyelesaikan kes2 yg tidak dpt diselesaikan pada zaman detektif LJH ketika beliau masih berkhidmat sebagai anggota polis.

Walaupun kedengaran mustahil, tapi itu la berlaku antara 2 anggota polis ini… dan didalam setiap episod, sedikit demi sedikit kisah hubungan mereka dpt dirungkaikan…seperti takdir yg telah tersurat, walkie talkie tersebut bagaikan sengaja utk dimiliki oleh PHY.

Disebabkan oleh pertolongan serta clue yg ditinggalkan oleh LJH serta kehebatan PHY dlm membaca gerak gerik personality penjenayah, maka mereka dpt menyelesaikan kes2 yg dihandle oleh LJH sebelum ini..maka pada zaman 2015, tertubuhlah COLD CASE squad team yg diketuai oleh detektif Cha seorang polis wanita yg sgt berdedikasi serta merupakan junior kepada det. LJH.

Det cha berkhidmat sbg polis dr tahun 1995 serta berkenalan dgt LJH dan telah menaruh hati pd LJH… namun kehilangan LJH pd thn 2000 membuatkan det cha terus mencari LJH samada dia hidup atau mati..

Kisah ini telah digarap dgn baik termasuklah kisah2 cold case yg diinspirasikan dr kes sebenar di korea, cara penceritaan setiap watak jugak di potraykan dgn penuh berkesan sehingga penonton dapat rasa feeling yg disampaikan oleh watak2 ini (LJH, PHY dan det cha)

Setiap kes yg ditunjukkan jugak digarap dgn baik..plot untuk setiap kejadian bagaikan ada link antara satu sama lain… kita takkan Nampak flaw pn walaupun kes baru yg ingin diketengahkan oleh penulis skrip… Nampak begitu smooth jalan penceritaannya.

Apabila dh start menonton drama ini, kita takkan mungkin utk berkelip mata disebabakn teknik flashback yg byk ditayangkan kembali bg menjelaskan hubungan diantara watak2 dlm cerita ini serta kisah kes2 yg disiasat oleh zaman LJH dan zaman PHY…teknik flashback akan tertulis tarikh2 penting membuatkan penonton akan faham setiap link2 kes ini..so disarankan tonton la dgn focus..

Jalan cerita bukan la mengelirukan..ia still straight forward..Cuma teknik flashback kalau diambil mudah membuatkan kita sedikit tak faham dan pening… so jgn skip scene ye

Kenapa aku gambarkan bagaikan tiada kesalahan dalam cerita ini?

1 – kisah polis yg sgt berdedikasi utk menyelesaikan kes2 jenayah tanpa rasa jemu dan penat.. keikhlasan hati seorang polis bagi menyelamatkan mangsa membuatkan kita sebagai penonton begitu terharu

2 – kisah polis yg tak tahu akan ketakutan walaupun diugut oleh ketua yg corrupt.. tidak berputus asa serta sentiasa bersemangat kental tanpa rasa sakit dan fedup…
(kita akan lihat cara LJH sgt berdedikasi dlm melakukan penyiasatan sbg contoh aksi dia tertidur di balai..di dlm kereta menunggu suspects..makan yg tidak teratur) lucu tapi ini la moment bole kita tgk utk seorang polis yg sgt berdedikasi…


3 – tiada kisah cinta yg sgt melebih2..Cuma cinta dan kasih syg antara keluarga, adik beradik serta sahabat serta diselitkan sedikit babak cinta pertama LJH dgn wanita yg disukai tapi malang tiada jodoh antara mereka serta kisah Det Cha yg begitu menaruh hati dgn LJH smpai sanggup menunggu kemunculan LJH walaupun hidup atau mati selama 15 tahun… dan tidak lupa kisah kasih saying antara PHY dan abgnya dan berharap masa bole dikembalikan dan dpt menghidupkan kembali kematian abgnya PSW.

4. Props2 yg digunakan dlm membikin drama ini mmg membuatkan kita mcm berada pd zaman itu… 1989, 1995, 1997, 1999 dan 2000 serta zaman skg 2015… tidak sekalipun Nampak kekurangan dlm penggunaan props… drama ini betul2 mengembalikan nostalgia…


5. ending utk setiap episode membuatkan kita rasa tak sabar utk menanti episode seterusnya..dan membuatkan kita terpikir2 apa akan jadi..memang btl2 mendebarkan…



2. KEBERKESANAN LAKONAN (9.9/10)

 

JO JI WOONG (BEST ACTOR NOMINATION)

Memegang watak sebagai polis/detektif Lee Jae Han, watak yg digambarkan sebagai polis berdedikasi , passion dgn kerja yg dilakukan…tidak gentar dgn cabaran dan halangan..sentiasa bersemangat waja dlm menyelesaikan kes walaupun ada kes yg tak mampu diselesaikan diatas faktor2 kekurangan bukti serta ketua atasan yg cuba menghapus bukti, namun sebagai individual polis, watak LJH mmg seorang polis yg sangat berkarisma…
Siapa sangka, polis yg mempunyai susuk badan yg agak besar dan tegap, riak wajah yg agak cold dan tak mesra tapi mempunyai hati yg sangat mulia serta lucu… perwatakan begini telah mencuri hati detektif cha…hanya seorang polis wanita yg berkhidmat dibalai polis tersebut ketika itu…



Lee Je Hoon [Best Actor nomination]

Memegang watak sebagai polis yg graduate dr university polis serta memiliki ijazah dan ditugaskan sebagai “profiler” bersama2 team Cold Case squad. pada awal2 episode anda akan perasan watak PHY seorang polis yg agak cocky..dan suka menjalankan siasatan secara bersendirian…watak dilakonkan oleh Lee Je Hoon menunjukkan dia bagai benci dgn system polis… bagaikan berdendam dgn polis..tp episode seterusnya akan diceritakan kenapa PHY membenci polis…

Drama ini telah mengembangkan watak PHY yg berkerja dgn kemas… kita akan perasan cara pemakaian dia, cara susunan kerja serta cara dia menyelesaikan kes… namun sebagai seorang polis muda, sikap terburu2 mcm tak bole lari dr watak PHY..pengarah bagaikan ingin sampaikan kekurangan pengalaman akan membuatkan polis muda ini lebih aggresif dan bertindak terburu2..beza dgn ahli kumpulan yg lain…





KIM HYE SOO (BEST ACTRESS NOMINATION)

Memegang watak sebagai polis/detektif (Cha hyun Soon)  yg start berkhidmat pd tahun 1995, dan ditugaskan di balai polis bersama2 dgn LJH…beliau Berjaya membawa watak pd zaman polis muda dan juga polis berpengalaman dlm 2 zaman berbeza…beliau dpt membawa watak kedua2 ni dgn sangat baik..dan kita sbg penonton dpt membezakan kedua2 zaman yg dilakonkan oleh beliau sgt berkesan…

Dimana, pd zaman beliau mula menyertai anggota polis, beliau melakonkan sifat polis yg masih malu2 dan agak takut untuk menentang penjenyah..sering dibuli oleh rakan sekerja sbb dia sorang je polis wanita ketika itu… namun menaruh hati terhadap seniornye LJH..

Dan pada zaman sekarang 2015, watak CHS sgt berubah dimana beliau mampu melakonkan watak polis yg sgt berani serta mempunyai keazaman yg tinggi utk menyelesaikan kes2 serta telah dilantik menjadi ketua cold case squad…

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (10/10)

Bagi aku dlm drama ni aku tak Nampak flaw pn..rasa mcm perfect..bagai dibawa travel kezaman lampau…disebabkan prop yg digunakan pd zaman tersebut menyerlahkan lg keadaan pada ketika itu… cara pelakon berpakaian…cara dressing..cara mekup… lebih2 lg kegunaan brg2 dipejabat dan kenderaan menggambarkan kita sendiri berada dizaman tersebut…

Bg teknik pengarahan tak perlu aku komen byk..mmg sangat2 menjadi dan terasa feeling bila kita tgk drama ni..air muka pelakon2 sume sgt menjadi membuatkan kita sama2 rasa apa yg pelakon2 tersebut nak sampaikan…rasa gundah gelana, rasa sedih dan gembira Berjaya dicapai dr segi teknik pengarahan..lebih2 lg menggunakan teknik flashback betul2 mengimbau kembali keadaan ketika dizaman lepas…

Sinematografi plak aku Nampak begitu perfect..kaler Nampak sedikit kusam..tp tu la cara pengarah nak bezakan zaman skg dan zaman lepas…kawasan2 yg dibuat shooting juga begitu kena semasa pengambaran..so bagi mmg terbaik!!

4.  Skor muzik(4/5)

OST lagu utk drama ni bagi aku sume sedap..bersesuaian utk tema drama ini..music background yg diapply utk setiap mood btl2 membawa aku terawang2 awangan dan kerap meniti dibibir aku tiap kali lagu ni dimainkan…

Sume lagu2 dan music yg dimainkan btl2 kena dgn drama ini..music yg dimainkan kebanyakan agak slow dan kelam bagaikan membawa kita kezaman dulu2… yg pastinya mmg daebak la!!

5.Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)

Semestinya nak tgk lg…aku dh repeat 2x ok..dan skg masih lg blm move on n still terpikir2 ttg drama ni…mmg btl berhantu laaa



Rating Keseluruhan Drama:  
(10.0+9.9+10.0+4.0+5)=38.9/4=9.725)



Nomination: jo jin woong, kim hye soo,  lee je hoon

No comments:

Post a Comment