Saturday, 19 March 2016

Signal Syik_Gojet

 
oleh Syik_Gojet
 
Aku tak tau mcm mana nak mulakan ..ini kali pertama aku cuba tulis review.. kali terakhir buat karangan kira2 masa SPM..minta maaf siap2 jika tulisan agak carca marba..yahampun...


Intro

Tatkala membaca sipnosis di internet pada mulanya ia tidak menarik minat aku...walkie talkie?? Penyiasatan??  Misteri??. Semua bermula bila aku menonton episode Running Man dimana salah satu pelakon pembantu Signal menjadi tetamu undangan... Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..Episode pertama sudah berjaya menarik minat aku lantas membuatkan aku “jatuh cinta pandang pertama”..  Melayan dua episode pertama tak terasa menonton drama sebaliknya seperti menonton mini filem.

It is a Masterpiece!!  The best Korean Drama I ever see..!!


1.Cerita  (10/10)

Signal  merupakan kisah penyiasatan disuntik elemen fantasi  iaitu walkie talkie yang boleh menghubungkan dua anggota polis yang berada di tahun berbeza.. Drama ini diinspirasikan dari beberapa kejadian jenayah ‘cold case’ yang benar-benar berlaku di Korea. Cold case bermakna jenayah yang bertahun lamanya akan tetapi penjahat sebenar tidak dapat ditangkap /dakwa. Mungkin kerana pada zaman dahulu teknologi penyiasatan tidak secanggih sekarang menyebabkan penjenayah sebenar tak dapat dikesan dantiada bukti.

Di sini lah datangnya kepentingan element walkie talkie dalam drama Signal.. Polis zaman dahulu bernama Lee Jea Han berkerjasama dgn polis zaman sekarang(tahun 2015) bernama Park Hea Young untuk menyelesaikan cold case. Park Hea Young merupakan seorang ‘profiler’ atau lebih dikenali sebagai ‘criminal psychologist’.. Menggunakan kepakaran beliau mengkaji psikologi penjenayah,Park Hea Young memberi tips dan hint kepada Lee Jea Han untuk mengesan penjenayah.. Ditambah data cold case sudah lengkap pada zaman Park Hea Young,ia memudahkan Lee Jea Han ‘one step ahead’ dari penjenayah.. Walaupun begitu walkie talkie hanya berfungsi pada tepat pukul 11.23 malam ikut masa Park HeaYong.. Kenapa mesti pukul 11.23 malam?? Maaf tidak boleh cerita, nanti spoiler.Hehe..

Biarpun konsep walkie talkie tu agak non-sense tapi percayalah, cara ia digarap dalam drama ni membuatkan kita percaya walkie talkie tu adalah ‘real’..Ia tidak langsung mencacatkan cerita. Malahan  ia merupakan nadi utama yang membantu melancarkan perjalan drama ni sekaligus membuatkan drama ini lebih “exciting”.

Antara case yang terkandung dalam Signal ialah :
1989- Gyeonggi nambu serial murder
1995- kecurian rumah VIP
1997- Hongwon dong case
1999 - Injoo Gang Rape
2000 -  Penculikan rakan kelas Park Hea Young

Kebanyakkan drama penyiasatan lain focus kepada 1 kes sahaja, tapi Signal kita boleh lihat beberapa kes dikupas. Ada relevennya kerana setiap kes memberi impact yang besar kepada ketiga2 watak utama iaitu Lee Jea Han, Park Hea Young dan Cha So Hyun. Menggunakan konsep “butterfly effect”,setiap perubahan  pada masa lampau akan memberi kesan kepada masa hadapan.  Contoh orang yang patut hidup pada masa hadapan telah mati, sebaliknya juga orang yang patutnya mati telah hidup pada masa hadapan. Hanya orang yang memang walkie talkie tahu perubahan ini..Sebaliknya orang lain, memori mereka terpadam dan digantikan dengan peristiwa terbaru..  Ini menyuntik element suspen yang tak dijangka.  Menambahkan lagi kelazatan Signal secukup rasa.

Drama ni pada permulaan agak sedikit keliru bagi yang tidak biasa dgn drama bercorak sebegini.  Dengan teknik flash back yang byk menyokong setiap babak ,merungkai persoalan demi persoalan.Tiada yang kita dapat jangka tentang Signal.. Seolah-olah kita mengupas daun sayur kobis.. lagi dikupas, lagi banyak helaian daun ... Sebelum dikupas  nampak sebesar penumbuk, selepas dikupas dapat sebesar periuk.. (mohtip daun kobis aku terfikir)

Menariknya Signal yang tiada pada kdrama yang lain:-
- 3 watak utama iaitu Lee Jea Han, Park Hea Youngdan Cha Soo Young. Selalunya drama cuma ada 2 watak utama.  
- Lee Jea Han dan Park Hea Young tidak pernah bertemu, hanya berinteraksi melalui walkie talkie tetapi chemistry kedua- dua wataksangat kuat. Ia  sangat terasa sewaktu babak masing- masing mengucapkan semoga bahagia kepada satu sama lain. Memberi kesan mendalam kepada aku dan penonton secara amnya.. Antara babak takkan dilupai sampai bila-bila
-Tiada love line or romance yang melampau-lampau.. Mungkin ada sedikit percikan cinta antara Lee Jea Han dan Cha Soo Hyun, itu pun versi sweet dan real. Cerita 98% focus pada penyiasatan dan misteri.
- Tiada cinta 3 segi
- Tiada actor buka baju tayang 6 pack sambil mandi dalam toilet..huhu
- Membariskan pelakon yang betul-betul berkaliber.Jo Jin Woongdan Kim Hye Soo merupakan pelakon veteran yang banyak menang anugerah. Termasukla, Lee - Je Hoon  yang banyak berlakonfilem dan bakatnya diiktiraf ramai
- Penggambaran banyak dijalankan di rumah-rumahkos rendah,lorong-lorong suram berdinding  tinggi, market... pendek kata bukan rumah chebol yang super kaya
- Menonton 16 episode drama ibarat menonton 16 episodefilem.. Setiap episode tidak mengecewakan. Malah kita sentiasa berada “edge of our seat”.. Tiada dull moment or bosan sebaliknya  perasaan ingin tahu meluap luap.
- Hampir setiap episode disudahi dgn “cliff hanger”yang agak kuat menyebabkan kita jadi ketagih.. apa lagi, marathon la kita..huhu..   
-Setiap adengan jangan lepas pandang walaupun tampak kecil supaya kita lebih memahami perjalanan cerita..
- Habis sahaja menonton episode terakhir, minda kita takkan berhenti memikiran drama ni minimum 10 minit.. ada yang kronik sampai berhari- hari (aku la tu..haha)
- Teknik flash back yang sangat banyak..  Surprisingly, cara flash back diadaptasi secara  smooth dan tak buat aku jadi keliru.. dengan mudah aku boleh bezakan antara babak zaman sekarang dan zaman dahulu..


Sebenarnya terlalu byk nak diperkatakan tentang Signal,  karang jadi spoiler lak..huhu


2.Keberkesanan Lakonan (9.8/10)


Jo Ji Woong[Best Actor nomination]

Memegang watak sebagai Lee Jea Han yang merupakan seorang pegawai polis yang berdedikasi, berkarisma dan passion dgn kerja  beliau. Lakonan beliau tampak natural. Takperlu bermodalkan berwajah kacak dan berbadan sado utk menjadi polis.  Di sini kita boleh lihat bagaimana watak  Lee Jea Han berkembang dari  masa rookie hinggalah menjadi detective yang hebat di sebalik banyak peristiwa malang berlaku. Walaupun beliau ialah seorangtinggi  185cm dan besar, akan tetapi beliau tak nampak kekok sewaktu melakonkan adengan sedih.. emosi sedih itusampai ke hati penonton.. bila beliau malu-malu alang dengan perempuan yang disukai, kita turut ketawa melihat aksi beliau.. bila beliau bertekad utk menyelesaikan kes, kita turut merasai semangatnya ...  Rasanya tiada ayat yang tepat utk akugambaran betapa kagumnya aku dgn Jo Ji Wong yang mampu membawa watak berat sebegini effortlessly.. Tidak melampau utk aku katakan Jo Ji Wong merupakan nadi utama Signal.. Tidak boleh aku bayangkan orang lain boleh bawak watak Lee Jea Han sehebat ini. Standing ovations..!!


Lee Je Hoon[Best Actor nomination]


Membawa watak sebagai Park Hea Yong iaitu seorang “profiler”yang lari dari kebiasaan. Profiler selalunya digambarkan sorg yang cold-heart.Sebaliknya Park Hea Young adalah sorang yang  sombong, beremosi, suka berkerja sendiri ,agak terburu- buru dan berdendam. Lakonan Lee Je Hoon nampak solid walaupun ada ketika bila beliau bercakap laju hingga nada suaranya seperti penyanyi rap..Kita boleh merasi beban yang di tanggung bertahun lamanya oleh Park Hea Young yang kecewa dengan institusi polis itu sendiri. Lama kelamaan,  sedikit demi sedikit Park Hea Young mula mempercayai rakan sekerjanya dalam cold case squad. Lee Je Hoon membawa watak ini dengan cemerlang sekali..

Kim Hye Soo[Best Actress nomination]

Kim Hye Soo menjadi Cha So Hyun pada 2 zaman iaitu zaman rookie bersama Lee Jea Han dan zaman ketua cold case bersama Park Hea Yong. Secara bijaknya beliau berjaya menjiwai watak beliau. Kita boleh melihat perbezaanyang ketara. Cha So Hyun sewaktu zaman rookie adalah sorang yang innocent, suka pink, sweet, girly, sopan dan menghormati senior. Sebaliknya Cha So Hyun sewaktu zaman ketua cold case seorang tenang, bijak , pantas, gagah dan berkarisma. Lakonan beliau menyerlah dan nampak natural. Secara peribadi, agak sukar bagi aku untuk hadam yang kedua-dua Cha So Hyun dilakonkan dgn oleh orang yang sama. Ini kerana lakonan beliau betul-betul berkesan.  Tabik spring.. !!

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (10/10)
Satu ayat yang aku boleh nyatakan “PERFECT”..! Tiada yang negative tentang drama ni. Memecah monopoli romance drama yang sedang melambakdipasaran. Signal merupakan drama yang fresh dengan idea-idea yang genius. Cerita ni pace ia agak laju dan tidak membosankan. Kebanyakkan drama korea agak meleret mungkin nak cukupkan 16 episode. Sebaliknya Signal terasa seperti tak cukup 16 episode. Oleh itu setiap babak adalah sangat penting, sengaja PD memberi kita sedikit hint di setiap episode. Hint tersebut menjadi penting bila dijelaskan secara mendalam di episode seterusnya. Teknik flash back yang ditonjolkan agak smooth dan tidak mengelirukan. Kita boleh lihat perbezaan warna dan kauliti filem semasa adengan flash back. Props jugak bersesuai mengikut tahun memandangkan drama ini berkisar dari tahun 1989 hingga tahun2015. Sinematografi cerita ni agak malap mengikut  tema drama ni tetapi cantik..Contohnya sewaktuPark Hea Yong dan Cha So Hyun memandu kereta di tepi laut, gerak kerja kemera terasa sangat cantik dan mengkagumkan.

4. Skor muzik(4/5)
Lagu-lagu yang terkandung dalam Signal memang bertepatan sekali.. Paling menarik lagu-lagu side effect,  berjaya menaikkan mode drama ni.. Terasa seperti menonton filem. Kebanyakkan OST agak vintage. Beberapa lagu lama diolah semula bersesuaian dengan tema drama yang agak kelam.  
 
 

Ni adalah salah satu lagu remake.. Melodi lagu ni agak creepy dan sering dimainkan di penghujung drama pada masa cliff hanger sambil minda kita tengah proses apa yang berlaku. 
 
 

Ni adalah lagu yang agak berhantu tapi sebenarnya sangat sedih.. Mendengarkannya bisa buat air mata mengalir
 
Tajuk Happy Person


Maksud lirik:

Crying now?
Are you crying?

Ah, but you,You are a happy person
You have beautiful eyes thatcan be find still stars

Lonely now?
Are you Lonely?

Ah, but you,
You are happy person
Still you can feel the wind
So beautiful that heart
You can find still stars
So beautiful eyes you have
So beautiful heart you have

5.Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Semestinya..!! Dah tengok dua kali dah.. Sesuatu yang menakjubkan utk orang seperti aku yang tak gemar tengok cerita berulang kali.


Rating KeseluruhanDrama:  (10.0+9.8+10.0+4.0+5)=38.8/4=9.7)
Nomination: jojin woong, kim hye soo,  lee je hoon

No comments:

Post a Comment