Monday, 28 March 2016

Six Flying Dragon nohas

 oleh nohas
 



1. Cerita

Plot cerita
Six Flying Dragons ialah sebuah historical drama mengisahkan pengorbanan enam individu hebat (yang digelar ‘dragons’) dari pelbagai latarbelakang yang bertanggungjawab menggembeling tenaga, idea dan tindakan di dalam menghadapi pelbagai rintangan dan tribulasi untuk menggulingkan Dinasti Goryeo dan menubuhkan Dinasti Joseon, iaitu dinasti terakhir di dalam sejarah negara Korea.

Oleh kerana drama ini berdasarkan sejarah benar negara Korea, plot utama cerita ini tidak lari dari sejarah asal. Writer telah berjaya untuk ‘follow closely’ sejarah asal dimana tiga dari dragons tersebut benar-benar wujud dalam sejarah Korea iaitu:

Dragon 1:  Lee Seong Gye (LSG) – King Taejo of Joseon (Raja pertama Dinasti Joseon),
Dragon 2:  Sambong Jeong Do Jeon (SB) – the architect of Joseon (Perdana Menteri pertama)
Dragon 3 : Lee Bang Woon (LBW) – King Taejong of Joseon (Raja ketiga Dinasti  Joseon)

Manakala Dragon 4: Ddang-sae @ Lee Bang Ji (LBJ), Dragon 5: Boon Yi (BY) dan Dragon 6: Moo-Hyul adalah watak rekaan (fiksyen).

Pada peringkat permulaan, kesemua dragons bersatu hati menghadapi musuh-musuh nyata iaitu raja Goryeo, perdana menteri, menteri-menteri Dodang, pembesar (noblemen) dan juga musuh rahsia, MooMyung (MM), yang sentiasa mencari jalan untuk menggagalkan tindakan mereka.  Tetapi apabila Dinasti Joseon berjaya ditubuhkan, keenam-enam dragons berpecah-belah menjadi dua ‘team’ dan menghadapi pergolakan dalaman yang hebat disebabkan rasa tidak puashati, sehingga mencetuskan peristiwa-peristiwa hitam dalam sejarah Korea.

Plot cerita dikategorikan kepada dua fasa iaitu tahun-tahun terakhir Dinasti Goryeo dan selepas Dinasti Joseon ditubuhkan. 

Fasa 1:  Tahun-tahun terakhir Dinasti Goryeo  

Plot cerita bolehlah dikategorikan lagi kepada tiga peringkat.

Peringkat pertama:
Plot cerita menggambarkan Dinasti Goryeo sebagai ‘tenat’ dimana rajanya  King U ialah ‘puppet king’ yang dikuasai oleh perdana menteri, Lee In Gyum (LIG) dan menteri2 kabinet ‘Dodang’ serta mendapat tekanan dari Dinasti Yuan dan Ming di China. Perdana menteri dan menteri2 Dodang merampas tanah dan menekan rakyat jelata serta menangkap, menyiksa dan memenjara para cendekiawan Sungkyunkwan sehingga menyebabkan Hong In Bang, ketua Sadaebu (kumpulan cendekiawan) berpaling tadah dan bersekongkol dengan LIG.

Dragon 2 SB berjaya memujuk Dragon 1 LSG yang ketika itu ialah ketua tentera di wilayah Hamju untuk menjadi menteri di Gaegyung (pusat pentadbiran Dinasti Goryeo) disebabkan LBW telah menimbulkan masalah dgn mencop ‘Border Stabilisation Order’ iaitu idea SB kpd LSG dan ianya diluluskan oleh Dodang. LSG dibantu oleh lima ‘dragons’ berjaya menumpaskan segala bentuk komplot jahat yang dimastermind oleh perdana menteri dan dua orang kuat beliau, Gil Tae Mi dan Hong In Bang.

Peringkat kedua:
Plot cerita berkisar kepada King U dan General Choi Young yang menekan LSG supaya pergi berperang di Winha Island untuk menawan semula Liodang walaupun mengetahui logistik dan keadaan cuaca yang teruk. Untuk menekan LSG, mereka menculik keluarga LSG dan dijadikan tawanan. Akhirnya LSG dan General Jo berpaling tadah, membawa 50,000 askar ke Gaegyung dan menyerang istana dan berjaya mengusir King U dan General Choi. Tetapi musuh baru muncul iaitu General Jo yang masih bersekongkol dengan perdana menteri yang lama, LIG dan mengingkari janji dgn LSG dengan bersetuju melantik King Chang, anak kepada King U, sebagai King Goryeo.  General Jo ternyata musuh dalam selimut, membuat komplot utk membunuh LSG dan panglima2nya, namun berjaya juga ditumpaskan oleh LSG. King Chang pun dapat diturunkan dari takhta.

Setelah dapat menguasi Dodang, kumpulan LSG bercadang untuk memperkenalkan ‘land reform’ supaya semua rakyat mendapat tanah tetapi mendapat tentangan dari para menteri dan noblemen.

Peringkat ketiga:
Plot cerita berkisar kepada ‘kawan bertukar musuh’ iaitu Po Eun Jong Mung Jo (PE) dan musuh rahsia, Moo Myung (MM) ‘the nameless’. Dua musuh yang begitu setia dengan Dinasti Goryeo.  Diperingkat ini, PE dan MM telah mengetahui rancangan SB, LSG dan ‘dragons’ yang lain untuk menubuhkan kerajaan baru. SB dan LSG berusaha berdaya upaya cuba menyakinkan dan memujuk PE untuk setuju dengan rancangan untuk menubuhkan kerajaan baru. Penjelasan terperinci SB kpd PE mengenai ‘the 5 rules’ termasuk ‘keluarga diraja dilarang terlibat di dalam politik dan tidak boleh memegang sebarang jawatan’ telah diketahui oleh LBW dan dia mula bersiap siaga membina kekuatan tentera peribadi dan sokongan ekonomi dari bapa mertua di atas alasan untuk mengelirukan MM.

PE dgn dibantu secara rahsia oleh MM, telah melantik King Gongyang menjadi raja. SB dan LSG terpaksa berdepan dengan laluan sukar apabila PE menguasai King Gongyang dan menekan orang-orang LSG. SB dan orang2 kuat LSG ditangkap dan akan dihukum. Ini menyebabkan LBW terpaksa membunuh PE. Walaupun tindakan LBW ini memberi laluan mudah kepada penubuhan kerajaan baru, tetapi ia telah mempengaruhi mindset LSG dan SB yang mahukan kerajaan baru ditubuhkan bukan diatas pertumpahan darah. Peristiwa ini menyebabkan LSG dan SB bersikap dingin dengan LBW sehingga SB menganggap LBW sebagai musuh yang perlu ditumpaskan sehingga ianya berlarutan kepada peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku selepas penubuhan Dinasti Joseon.

Fasa 2: Selepas penubuhan Dinasti Joseon

Fasa 2 bermula di ep37 apabila LSG ditabal menjadi raja kerajaan Dinasti Joseon dan SB dilantik menjadi Perdana Menteri dan juga memegang beberapa jawatan penting seperti Menteri Pertahanan. Mereka menghadapi ‘teething problems’ seperti pemboikotan peperiksaan officer dan perletakan jawatan beramai-ramai oleh pegawai Sadaebu sebagai protes diatas kematian PE. Dan jurang permusuhan di antara SB dan BW semakin luas. Mereka berdua berusaha ‘to oust each other’ dan kemuncaknya dengan pembunuhan SB and Crown Prince oleh BW di dalam ‘the First Strife of Princes’. LBW akhirnya menjadi raja Joseon ke-3 yg bergelar King Taejong.

Writer telah menyuntik beberapa watak-watak dan elemen-elemen fiksyen yang tidak mengganggu sejarah dan refreshing. Ianya bagaikan penambah perisa dan menjadikan drama ini menarik untuk ditonton. Sebagai contoh, kisah Bang Ji dan Boon Yi yang mencari ibu mereka sejak dari mereka kecil lagi menjadi salah satu plot yang menarik dalam drama ini.

Secara keseluruhan, plot cerita mudah difahami dan ‘flowing’ dengan baik di antara satu episod dengan episod yang lain. Setiap episod mempunyai tarikan tersendiri, tidak membosankan dan mendebarkan dengan pengenalan watak-watak baru. Walaupun drama ni considered as ‘serious’ tapi ada elemen-elemen lucu yang bersahaja, tidak slapstick, menambah elemen ‘fun’ and ‘refreshing’.

Elemen romantik, lovey-dovey, seakan kurang tetapi ianya tidak mencacatkan keseluruhan drama ini dimana kekuatan plot yang berdasarkan sejarah digarap begitu menarik sekali sehingga penonton tidak kisah dengan tiadanya adegan-adegan cinta walaupun drama korea selalunya sinonim dengan adegan-adegan romantik hero and heroin. Too many heroes dalam citer ni..

Favourite Scene

Di ep2, ketika SB berucap dengan begitu semangat di Japyung Gate, kemudian nyanyi lagu ‘Mu-yiyiya’ dan pelajar2 Sungkyungkwan menjadi perisai manusia dan dipukul oleh tentera2.  Ep34, ketika SB bakar daftar rekod hakmilik tanah, sekali lagi SB memberi ucapan yang bersemangat sehingga BW pun mengaku yang dia masih mengagumi SB walaupun ketika itu telah wujud jurang ketidakfahaman di antara mereka berdua.

Scene lain - ketika BJ berlawan pedang di Bigook Temple di ep6, memang menarik. Begitu juga duel dua pahlawan terulung, GTM dan BJ. Adegan lawan beramai-ramai di rumah General Jo juga menarik.


2. Keberkesanan Lakonan 

 

Boleh dikatakan kesemua pelakon-pelakon utama dan sampingan berjaya membawa watak dengan cemerlang, daebak, tak kira watak baik atau watak orang jahat, semuanya mempunyai kekuatan yang tersendiri didalam menghidupkan plot.  Garapan serta interaksi diantara pelakon veteran dengan pelakon muda juga sangat berkesan dan menyumbang kepada kejayaan drama ini dalam meraih rating yang agak tinggi di setiap episod.

Yoo Ah In sebagai LBW (Prince Jeongan/King Taejong) berjaya mempamerkan pergolakan emosi yg hebat dgn mimik muka yang priceless di dalam ep48 ketika beliau membawa askar untuk membunuh enam individu termasuk SB dan Nam Eun.

3. Aspek Teknikal

Lens dan Fokus
Lensa kamera memang terbaik terutama dalam babak-babak lawan yang memerlukan pergerakan kamera yang pantas seiring dengan aksi-aksi lawan. Pergerakan kamera yang baik menjadikan adegan BJ berlawan di Bigook Temple, duel BJ dan GTM serta adegan lawan beramai-ramai di rumah General Jo begitu menarik sekali

Fokus secara menyeluruh dan kemudian zoom-in pada pelakon berjaya capture cinematografi yang menarik dan memukau pandangan seperti di permulaan citer (ep1), lensa kamera fokus kepada keseluruhan hutan dan kemudian zoom kpd ahjusi bawa kayu api dan SB. Begitu juga babak BJ berjumpa dgn YH di kawasan bukit dan ketika BW bermain salji dgn BY.

Lighting dan Editing
Pencahayaan dia mmg kena dengan scene dan tempat. Mereka menggunakan pencahayaan yang sesuai bagi mempengaruhi emosi dan mood penonton. Contohnya, ketika di Bigook Temple, pencahayaan gelap, suram sebagai tempat rahsia MM dan tempat pertukaran maklumat diantara BW dan MM.

Dari segi editing mmg kemas. Mereka mmg teliti dalam penyusunan plot di mana perubahan  diantara  satu plot ke plot yang lain di dalam satu-satu episod sangat ‘smooth’, tidak menggangu keseluruhan episod.

Di antara editing yang saya rasa menarik ialah di ep44, dimana team King Taejo & SB dan team BW & MM, masing-masing berdiskusi dan brainstorming mengenai pro & cons menawan Liodong. Walaupun scene bertukar-tukar, silih berganti diantara dua team ni, tetapi  ianya satu yang sangat interesting. Bila scene team SB memberi hujah yang pro-Liodong, dibalas dengan scene hujah-hujah team BW yang membantah.

Instrumental
Instrumental yang digunakan amat sesuai dengan babak yang terdapat dalam drama. Pemilihan instrumental yang bijak dan pelbagai boleh menjadikan plot cerita semakin menarik terutama scene2 sedih dan scene2 jahat.

Lokasi
Pemilihan lokasi yang sesuai dengan adegan dan ada yang menjadi bonus kepada penonton kerana view yg cantik seperti lokasi pertemuan YH dan BJ di kawasan bukit dan lokasi BW bermain salji dengan BY. 

Flashback Scene dan Monolog Dalaman
Flashback scene banyak memberi kefahaman mengenai tindakan-tindakan dan pergolakan emosi SB, terutama flashback ketika SB menghadapi kematian kanak-kanak di dalam gua semasa penaklukan Red Turbans di Gaegyung. Begitu juga flashback scene mengenai aspirasi dan cita-cita di antara SB dan PE membuatkan penonton dapat memahami kenapa SB begitu beria-ria mengajak PE untuk bersetuju dengan penubuhan dinasti baru.

Flashback scene memberi impak yg sangat mendalam ketika Yeon Hee membunuh perogolnya. Flashback scene BY dengan ibunya semasa mereka di kpg menyebabkan penonton dapat merasai kesedihan BY apabila menyetahui ibu mereka bukan diculik sebaliknya pergi meninggalkan mereka membuat penonton faham kenapa BY tidak begitu beria-ria mencari ibu dia.

Disebabkan citer ni panjang dan byk episod, flashback scene beberapa episod yang awal membuatkan penonton dapat ‘recall’ adegan2 penting seperti ketika BW bunuh tiga orang pelajar (flashback Young Gyu).

Monolog dalaman memain peranan penting di dalam drama ni terutama adegan pergolakan emosi di antara SB dan Po Eun selepas SB memberitahu Po Eun mengenai rancangan untuk menubuhkan kerajaan baru. Monolog-monolog dalaman diantara mereka berdua menggambarkan perang psikologi yang hebat walaupun nampak tenang secara luaran.

4. Skor Muzik

Lagu OST ‘Time Flows By Since It’s You’ nyanyian Xia Junsu, berjaya memberi kesan yang hebat kepada pergolakan emosi di antara Lee Bang Ji dan Yeon Hee. Suara Junsu yang soulful membuat penonton sama-sama merasai kesedihan yang dialami oleh pasangan yang pasrah menerima keadaan yang menyebabkan mereka terpaksa berpisah di masa usia remaja. Lagu ni juga menjadi background untuk ‘sweet and tender moments’ BJ dan YH di episod2 terakhir..

Dalam drama ini, lagu keramat ‘Mui-yi-yi-ya’ (Is there any difference) sangat patriotik dan semasa didendangkan oleh Sambong Jung Do Jeon di Japyung Gate (ep 2) memang benar-benar menaikkan semangat.  Begitu juga semasa askar-askar LSG berpatah balik ke Gaegyung dari Winha Island, lagu ini dimainkan, sangat sesuai dengan adegan.

Lagu ‘Cheongsan Byeolgok’ (Song of the Green Mountains) didendang dengan sayu oleh Bang Ji benar-benar menyentuh hati kerana lirik lagu tersebut benar-benar luahan, rintihan isi hati rakyat marhaen yang ditindas.

Secara keseluruhan, pemilihan muzik dan instrumental sangat sesuai dan berjaya menaikkan mood adegan yang dipersembahan seperti adegan perang, adegan lawan pedang, adegan suspens kejar-mengejar dan adegan pembunuhan beramai-ramai di ep48.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula

Walaupun drama ini dikategorikan ‘mid-length’ drama, iaitu 50 episod, menontonnya tidak jemu kerana setiap episod mempunyai tarikan yang tersendiri.   Selama 6 bulan menonton citer ni dgn bersungguh-sungguh dan penuh penghayatan, ditambah dengan diskusi dengan forumer2 di thread ni, sangat berpuashati.. .  Hmm..life goes on..

1 comment: