Sunday, 15 May 2016

Ms. Temper & Nam Jung Gi daus



MS TEMPER & NAM JUNG GI
oleh daus




Rating Keseluruhan Drama:  (8.1+8.5+8.9+2.5+2.5) =30.5/4=7.63)
1. Cerita  (8.1/10)
Garapan yg 'simple' tentang bagaimana sesebuah syarikat kecil-kecilan,Lovely Cosmetic cuba untuk 'survive' menghadapi persaingan dengan syarikat besar, Gold Cosmetics yang lebih dominan dalam pasaran kosmetik. Persaingan ini ternyata tidak mudah kerana terpaksa mengalami tekanan besar daripada Gold Cosmetic sehingga membuatkan Lovely Cosmetic setuju untuk menjadi sub-con sahaja atau erti kata 'supplier' sahaja di mana kesemua hakcipta produk dimiliki sepenuhnya oleh Gold Cosmetic. Nam Jung Gi seorang yg pemalu, 'workaholic', mudah  menurut kata hanya menerima keadaan syarikat yg hanya terpaksa bergantung pada talian hayat Gold Cosmetic untuk terus 'survive' walaupun produk-produk keluaran syarikat mereka mempunyai peluang  cerah dipasarkan sendiri.

Segala-galanya berubah setelah Ok Da Jung, bekas pekerja pemasaran daripada Gold Cosmetic , bertindak membelot dan memilih untuk berkerja di Lovely Cosmetic dengan bersyarat di mana dia dapat menegakkan prinsipnya - 'tiada lagi hierraki yg memenatkan antara senior dgn subordinate'. Mereka dapat bekerja satu kumpulan dengan bebas tanpa gangguan. Pada mulanya, tiada sinergi & 'chemistry' antara Ok Da Jung dengan kumpulan pemasarnya tetapi atas berbagai teknik pemasaran ditunjukkan Ok Da Jung ditambah lagi dengan idea & kesungguhan daripada Nam Jung Gi, mereka berjaya menembus pasaran akhirnya dengan pelancaran pertama produk pertama syarikat mereka, serum menggunakan jenama sendiri. Hal ini membuatkan pekerja2 terpegun dan lebih menghormati Ok Da Jung walaupun terpaksa menahan sifat 'bossy' , pemarah, kurang toleransi Ok Da Jung.

Drama meneroka bagaimana sikap persisten dan kesungguhan serta kepercayaan sesama pekerja memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan tanpa memerlukan taktik kotor dan rasuah.

Kekurangan drama ini terletak pada naratif yang terlalu meletakkan beban kejayaan sepenuhnya pada bahu Ok Da Jung. Presiden Jo, pemilik syarikat pula digambarkan seorang yg incompetent dan kerjanya hanya mencari pelabur seperti juga Nam Jung Gi kerana mereka terlalu bergantung pada Ok Da Jung untuk menentukan hala tuju syarikat. Kedua, plot tentang tindakan suami ketiga ke atas Lovely Cosmetic tak perlu meleret sehingga kelogikan tindakannya mudah dipersoalkan. Mungkin hendak ditunjukkan kepercayaan sesama pekerja boleh hancur gara-gara duit tetapi plot tersebut mungkin boleh dibuat dgn tersusun tanpa dipersoalkan kemunasabahan tindakannya.

Apapun ia sebuah drama bagus ditontoni  dengan adegan humour diselitkan agak sesuai dan kena dengan gelagat-gelagat dimainkan oleh setiap watak drama ini.

2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)

Kombinasi lakonan yang agak mengujakan daripada kesemua cast.

Yoo Sang Yoon - [Best  Actor]
Nam Jung Gi berjaya ditampilkan sebagai seorang yang pemalu, setia, bekerja kuat tetapi juga seorang yang kelakar dan mempunyai prinsip tersendiri. Aktor ini berjaya mendalami kerumitan watak Nam Jung Gi YG dilema antara menggadaikan prinsip ataupun mahu survival.

Lee Yo Won
Lee Yo Won berjaya mempamerkan lakonan berkesan Ok Da Jung yang 'cold', 'bitchy', 'bossy' . Aura 'witch' Ok Da Jung terserlah kuat menjadikannya dominan walaupun dikelilingi kelompok lelaki. Tetapi, watak sebegini seperti sudah jadi makanan Lee Yo Won sejak Empire of Gold.

Yoo Jae Myung - [Best Supporting Actor]
Spectacular! Tengok gelagat dan ekpreksi pak cik ni sebagai Presiden Jo pun sudah tergelak. Lakonan yang agak memorable dan lebih baik daripada Reply 1988.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.9/10)

Antara kelebihan drama ini terletak sepenuhnya pada kreativiti pengarah. Pengarah pandai mengeksploitasi teknik kamera lebih memfokuskan pada ekspresi dan gaya tubuh pelakon. Selain itu, pengarah juga mahir menyelitkan unsur-unsur humour dengan melekapkan imej kartun seterusnya menghidupkan lagi impak komedi adegan berkenaan.
Saya menyenaraikan teknik pengarahan drama ini antara terbaik sejak awal tahun ini.

4. Skor muzik (2.5/5)

Sesuai dan kena dengan drama. Tetapi seperti biasa, tiada yang memorable.

Cuma agak suka ost ini (bukan untuk nomination) kerana kena sangat adegan ketika Presiden Go terpaksa ulang-alik keluar balai polis.

[OST Part 2] 강산에 (Kang San Ae) - 오늘 하루 (Today) [Ms Temper & Nam Jung Gi OST]




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)

Drama yang bagus tetapi macam tak cukup aura utk ditonton semula.


TOTAL =(8.1+8.5+8.9+2.5+2.5) =30.5/4=7.63)
Nomination: Yoo Sang Yoon, Yoo Jae Myung

No comments:

Post a Comment