Tuesday, 30 August 2016

A Good Wife_daus

A GOOD WIFE
 
oleh daus



Rating Keseluruhan Drama:  (8.5+8.8+8.8+3.0+4.3) =33.4/4=8.35)
1. Cerita  (8.5/10)

Lakon layar drama ini boleh dipuji tentang kepelbagaian penceritaan secara abstrak yang memerlukan pemahaman kita sendiri serta kreativiti penulis membentuk perwatakan setiap pelakon menjadi penting dalam keseluruhan drama.

Penceritaannya tersusun bagaimana Hye Gyong yang hanya naif dan hanya menurut kata suaminya, Lee Tae Joon(seorang pendakwaraya yang licik) sebelum ini sehinggalah dia berubah menjadi seorang peguam yakin dengan kebolehan sendiri dan juga berkaliber setelah satu-persatu buruk suaminya didedahkan di media mahupun melalui pengetahuan sendirinya. Hal ini menyebabkan Hye Gyong bertindak membuat keputusan untuk tetap mahu bercerai walaupun diasak oleh suaminya dengan pelbagai tekanan untuk kekal bersama. Drama ini juga mendedahkan bagaimana seorang laki, aka kawan hadir dalam hidupnya memberi harapan  dan mengisi kekosongan akibat 'ditipu' oleh Lee Tae Joon berulang-ulang kali. Penulis juga bijak mengeksplorasi walaupun betapa liciknya Lee Tae Joon dalam mempergunakan Hye Gyong untuk survival kerjayanya, tetapi dia seorang agak 'supportive' terhadap keputusan bininya, juga seorang setia sekurang-kurangnya untuk kekal bersama.


This drama is about a self-reflection of Hye Gyong: samaada mahu kekal sebagai bini tampak 'baik' dan menurut kata suami ataupun menjadi seorang yang bebas ('free will') tanpa dipengaruhi sesiapa.

Kekurangannya setakat ini adalah beberapa 'unexplained past scenes' seperti bagaimana peristiwa langgar lari Tae Joon menghantui pendirian Hye Gyong untuk meneruskan hubungan dengan Tae Joon , dan juga peristiwa Seo Jo Won bersama Hye Gyong dalam sebuah kereta yang tiada noktah kesinambungannya.

2. Keberkesanan Lakonan (8.8/10)

Ada orang kata pemenang best actress Cannes ini ibarat Meryl Streep dalam versi korea. Ya memang betul. Dia sangat layak memegang 'title' tersebut berdasarkan lakonan mantap yang dibawa menerusi watak Hye Gyong ini.

Jeon Do Yeon - [Best  Actress]
Tak leh bayangkan bagaimana sekiranya watak Hye Gyong ini dibawa oleh aktres berlainan. Sememangnya Hye Gyong berjaya diterjemahkan dengan karisma dan pergolakan emosi hasil daripada hubungan dengan suami yang seringkali tampak mencurigakan. Hebat! Respek diberikan ke atas lakonannya.

Yoo Jin Tae
Yoo Jin Tae pandai membawakan watak suami Hye Gyong, Lee Tae Joon yang tampak 'cool' tetapi seorang lelaki yang licik dan mencurigakan. Cuma, watak ini macam menjadi kebiasan Yoo Jin Tae sejak filem Oldboy lagi.

Yoon Kye Sang
Antara watak penting yang membentuk self-reflection baru Hye Gyong. Seo Jo Won ialah orang yang berjaya keluarkan Hye Gyong daripada sudut keselesaan supaya dia lebih percaya pada diri sendiri. Lakonan yang ditampilkan agak berkesan tetapi belum cukup kuat untuk nominasi.

Nana - [Best  Supporting Actress]
Ironinya ialah lakonan debut idol berjaya memukau anda dengan ketrampilan dan ke'classy'an yang ditonjolkan. Kim Dan seorang yang tak banyak bercakap tetapi mampu membuatkan orang lain bergantung harap kepadanya untuk berbuat sesuatu. Anda takkan nampak seorang idol tetapi seorang pelakon. Tahniah Nana!

Kim Seo Hyung - [Best  Supporting Actress]
Pemilik syarikat guaman bersama Seo Jo Won, dan juga satu-satunya kakaknya. Seorang yang prihatin terhadap pekerja-pekerja dibawahnya tetapi juga seorang sangat mementingkan maruah syarikat guaman.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.8/10)
Pengarah berjaya menyuntik elemen suspens dan 'excitement' serta disusuli gandingan instrumental yang mengagumkan. Dan paling menarik, tranksisi plot dilakukan dengan baik meskipun garapannya dibuat dengan laju. Boleh dikatakan kaedah pengarahan dilakukan dengan cemerlang tanpa meninggalkan kesan kebelakang.

4. Skor muzik (3.0/5)

Instrumental sangat menarik.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.3/5)
Cara penceritaan macam ada A Good Wife musim ke-2. Sangat perlu untuk tontonan semula.

Rating Keseluruhan Drama:   (8.5+8.8+8.8+3.0+4.3) =33.4/4=8.35)
Nomination: Jeon Do Yeon, Nana

No comments:

Post a Comment