Wednesday, 31 August 2016

A Good Wife_wima

                                                                          A Good Wife




Rating Keseluruhan Drama:  (8+9+8+2.5+4) =31.5/4=7.88)

1. Cerita  (8/10)

Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwaraya (lee tae joon)berjaya yg telah berkeluarga dan mempunyai 2 org anak. Selepas terlibat dgn skandal dan rasuah yg melibatkan kerjaya dan nama baiknya terjejas, isterinya (hye gyoung)yg juga seorang peguam yg mengorbankan karier demi rumahtangga selama ini bangkit demi mengejar impian dan kerjayanya sendiri.

Drama byk berkisar ttg bagaimana hye gyoung menangani masalah rumah tangga dlm masa yg sama nk bina kerjaya..

Dlm masa yg sama kwn lama hye gyoung (seo joong won) merangkap bos di firma guaman tmpt hye gyoung bekerja menaruh hati pd hye gyoung.

Kiranya drama ni fokus ttg hye gyoung handle kes2 mahkamah, hubungan retak menanti belah hye gyoung dan tae joon serta percintaan joong won dan hye gyoung..

Menariknya drama ni bile kita dpt tgk mcmn hye gyoung dan peguam2 lain handle kes2 unik dan suasana perbicaraan di mahkamah. Dlm proses perbicaraan, kita bleh tgk mcmn peguam2 ni akan kumpul bukti, bncg kes, siasat client dan sebagainya...

Kt sini la byk watak2 menarik yg muncul seperti pendakwaraya, peguam, penganalisa, hakim, client dan juga anggota keluarga hye gyoung..

Kelebihan
Antara yg iols suka pasal drama ni bile kes2 tu lain dari yg biasa kita tgk cthnye kes seorang suami yg x legal (x daftar kahwin) nk halang dr pihak keluarga nk tutup mesin hayat isteri dia yg mengandung dan koma...byk lg la..x larat nk taip semua...hihi

Kelemahan
Sbb drama ni remake drama omputih yg dh byk gile season sampai 7 kalau x silap jdnya mcm x puas tgk..tp xdela writer ni rushing nk abiskan drama ni..still writer berjaya garap dgn agak kemas towards the end...

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)


Jeon Do Yeon (Best Actress)
Walaupun nmpk kertu tp still berkarisma sebagai peguam, isteri dan ibu dalam masa yg sama. Lakonan sbg hye gyoung mmg first class..pastu hye gyoung ni jalan mmg catwalk abis..mmg iols notice dr awal pasal ni..hihi

Yoo Ji Tae (Best Actor)
Iols calonkan sbg best actor sbb berkarisma n nmpk charming wpun dia bawak watak yg agak pentingkan diri dan 'jerk'. Dlm jalankan kerja, akan wat ape saje utk capai hala tuju yg dia nak..

Yoon Kye Sang
Antara watak penting sbb seo joong won ni yg byk bantu hye gyoung dr segi emosi dn bg ketenangan pd hye gyoung di saat dia bergelut dgn skandal suami dan pandangan masyarakat serta byk bantu dia bina kerjaya sebagai peguam..kompem2 la baik camtu leh wat hye gyoung cair kan..

Nana (Best Supporting Actress)
X sangka gak nana leh bwk watak kim dan seorg penganalisa dan pembantu peguam dgn baik. Dia wat keja analisa secara licik dan muka selambe je bile nk info pape secara illegal. Watak dia mcm ada misteri2 sket.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

Penceritaan mmg ok dn menarik..lancar dan x meleret2..biasanya satu episod setel satu kes mahkamah..teknik pengarahan pun ok..scene2 x membosankan..bile part cemas, bleh terasa cemas sekali la bile tgk..sinematografi biasa2 je..byk scen dlm court mahkamah dan dlm firma guaman..


4. Skor muzik (2.5/5)
Byk instrumental so xde ost yg iols leh ingat dan memberi kesan sgt..tp sesuai la dgn scene2 dlm drama ni..

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Harapnye ada season 2 so bolehla utk tontonan semula.

Rating Keseluruhan Drama:   (8+9+8+2.5+4) =31.5/4=7.88)

Nomination: Jeon Do Yeon, Yoo Ji Tae, Nana



P/s : sori kalau ada singkatan2 serta bahasa yg caca marba yer..dah lama x karang panjang2..
Harap review wima leh bantu n tarik minat uols utk tonton kay...

No comments:

Post a Comment