Friday, 9 September 2016

A Good Wife_idakamaruddin


A Good  Wife

by idakamaruddin







Rating Keseluruhan Drama:  (8.5+9+8+3+4) = 32.5/4 = 8.125)

1. Ce
rita  (8.5/10) 
Drama ini mengisahkan seorang wanita (Jeon Do Yeon – Kim Hye Gyoung) yg bangkit untuk bina kehidupan baru setelah si suami  (Yoo Ji Tae – Lee Tae Joon) yg sangat dipercayai dan dihormati selama 15 tahun usia perkahwinan mereka telah dicemari dgn skandal yg sangat memalukan dimana si suami yang merupakan seorang pendakwaraya yg sangat berkaliber dan terkenal telah ditangkap menerima rasuah di atas sebuah siasatan Dream UTC serta penyebaran audio suara si suami beradu asmara dgn pelacur di internet serta tv.


Nota tambahan : Permulaan cerita pada episod 1 bermula dgn baik apabila  scene yang dipaparkan dgn press conference Lee Tae Joon explain tentang dia telah diperangkap oleh pihak tidak bertanggungjawab dan isterinye (Kim Hye Gyoung) walaupun sangatterkejut diatas apa yang berlaku, namun atas desakan si suami dan serta tanggungjawab untuk menjaga imej keluarga, beliau berpura-pura menerima salah laku si suami dan memberi sokongan penuh keatas si suami.

Bagi meneruskan kehidupan bersama anak-anak setelah Lee Tae Joon di penjara, kawan baik atau lelaki yg menyimpan perasaan terhadap Hye Gyoung, (Yoon Kye Sang – Seo Joong Wong) telah menawarkan untuk bekerja sebagai peguam di firmanya; M&J Firm. Walaupun ketika itu usia Hye Gyong sudah lewat untuk memulakan kembali kerjaya sbg peguam namun Hye Gyoung dgn positif menerima tawaran tersebut serta mengganggap itulah permulaan dan cabaran dalam kehidupan kerjayanya yang baru.



Kisah Hye Gyoung digarap dgn baik dimana director/writer cuba menunjukkan sisi berani dan cekap semasa Hye Gyoung mengendali kes. Pada awal penceritaan, client2 yg datang ke M&J firm dan melantik Hye Gyoung sebagai peguam mereka atas alasan untuk mengenali isteri si pendakwaraya yg terkenal dgn skandal rasuah dan sex, namun apabila Hye Gyoung telah memenangi kebanyakan kes2 yg dihandle nye ramai yg membuka mata atas kelebihan Hye Gyoung. Bayang-bayang Lee Te Joon semakin pudar dan tiada alasan untuk beliau mengalah walaupun kerjayanye dimulakan dgn lebih lambat dari org lain dan juga provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan personaliti beliau yang naïf sebagai target untuk diserang untuk menjatuhkan suami nye Lee Tae Joon.

Ketiga-tiga watak utama dalam drama ini berperanan untuk mencorak plot dalam setiap episode dan membuatkan jalan perceritaan yang abstrak tapi masih mampu sampai mesej dan moral kepada penonton untuk teruskan menonton drama ini hingga ending.

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

Jeon Do Yeon – Kim Hye Gyoung (Best Actress)

Watak yg dibawa pada permulaan hanyalah sebagai isteri yg naïf dan taat pada suami nya. Kehidupan beliau bersama suami selama 15 tahun hanya la utk menguruskan hal rumahtangga, namun, setelah apa yang terjadi pada si suami, beliau cuba keluar dari personaliti naïf dan taat untuk menjadi seorang yang menerima cabaran serta tegas walaupun sering mendapat ancaman yang datang dari pihak yang ingin menjatuhkan suaminye. Dalam drama ini beliau berjaya mempamerkan perasaan simpati kepada client dipermulaan kerjayanye, namun setelah digarap dan diberi nasihat serta tunjuk ajar oleh Soe Joong Wong sertapresiden M&J (kakak Joong Wong), watak sebenar HG berjaya dikeluarkan sebagai peguam yg tegas serta teliti dalam mengendalikan kes yang diberikan.

Yoo Ji Tae – Lee Tae Joon

Memegang watak sebagai pendakwaraya yang berkaliber, tegas dan licik. Sangat berpadanan dengan actor ini, disebabkan beliau mempunyai paras rupa yang menawan serta susuk tubuh yang ideal, menjadikan wataknya didalam drama ini selari dgn plot cerita yang meminta untuk beliau berlakon sebagai seorang misteri dan licik. Dari episod pertama sehingga ending, penonton dinasihatkan untuk berteka teki sendiri dgn mainan watak yg dipengang oleh beliau. Samada dia adalah betul2 innocent ataupun tidak. Atas pengaruh dan kuasa yang dia ada serta kepandaian beliau dalam menackle kes membuatkan beliau bernasib baik dan akhirnya ramai yang terpaksa tunduk mengalah keatas kelicikan beliau.

Yoon Kye Sang – Seo Joong Wong (best supporting actor)

Memegang watak sebagai kawan lama Kim Hye Gyoung atau pun kawan yang lama menyimpan perasaan terhadap Hye Gyoung dimana kebetulan situasi Kim Hye Gyoung berada dalam samar-samar bersama suaminya, membuatkan beliau mengambil kesempatan keatas perasaan yang telah lama terpendam. Disebabkan peranan mereka sebagai officemate cum boss – staff cum kawan lama, mereka sedikit rapat serta byk bercerita hal-hal kerja secara informal membuatkan hati beliau semakin kuat untuk memiliki Hye Gyoung. Watak beliau dalam drama ini straight forward dan penonton tidak perlu berteka teki dalam setiap tindak tanduk lakonannya.

Nana – Kim Dan (best supporting actress)

Memegang watak sebagai Kim Dan dan bekerja sebagai penganalisa kes serta pembantu peguam di firma M&J. Watak beliau didalam drama ini sungguh berkesan dimana cara lakonan dan mimik muka yang bersahaja seperti tiada perasaan telah mencorakkan wataknya sebagai sedikit misteri. Namun begitu, walaupun corak bekerja nye sedikit licik namun dia tetap berbakat untuk mendapatkan information dgn cepat dan tepat. Hubungan beliau dengan tunggak utama drama ini (Kim Hye Gyoung) mempunyai chemistry yang baik (partner in crime). Walaupun dipertengahan drama memaparkan konflik antara mereka berdua, namun disebabkan mereka mempunyai keserasian sebagai officemate dan kawan, akhirnya konflik antara mereka dapat dihuraikan dengan baik

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

Teknik pengarahan agak cepat dan abstrak serta pengarah berjaya menyuntik elemen surprise dimana setiap episod diakhiri dengan momen2 menarik yang membuatkan penonton teruja untuk menanti episod akan datang. Penonton dibiarkan untuk berteka teki, namun setiap ending episod ditutup dengan baik dan tidak tergantung. Penonton akan berfikir keatas setiap watak utama dalam episode ini dan hubung kait sesame watak dan keadaan manakala sinemotografi dalam drama ini agak baik dan byk scene2 melibatkan didalam firma M&J serta didalam court.

4.  Skor muzik (3/5)

Instrumental didalam drama ini sangat baik namun belum mampu untuk lekap diminda dan tiada OST yang terpahat dihati



Looking forward untuk menonton session ke 2 (kalau ada). Still, cerita ini mampu untuk membuatkan kita untuk menonton semula

Rating Keseluruhan Drama:   (8.5+9+8+3+4) = 32.5/4 = 8.125)

Nomination: Jeon Do Yeon, Yoon Kye Sang, Nana

No comments:

Post a Comment