Saturday, 24 September 2016

Doctors_Minami2013

 DOCTORS

 oleh Minami2013



TOTAL = (7+8+8+4+2.5) = 29.5/4 = 7.38)
1. Cerita  (7/10)
   Jalan cerita drama ini agak berlainan pada awalnya namun apabila kisah cinta antara doktor bermula, pada pandangan saya ia agak cliche. Mungkin ini realiti kehidupan seorang doktor tetapi untuk Dr Jung Yoon-do dilihat mulai jatuh cinta kepada Dr Yoo Hye-jung agak tidak kuat. Tiada moment yang bagi pendapat saya membolehkan penonton merasai perasaan tersebut. Contohnya ketika Dr Hong Ji-hong menjadi guru di sekolah dan moment ketika die menunjuk kan sesuatu melalui mikroskop kepada kepada Yoo Hye-jong yang ketika itu pelajar dia, penonton dapat rasa yang mereka berdua sudah ada perasaan terhadap masing-masing. Mungkin Yoon Gyun-sang yang melakonkan watak Dr Jung Yoon-do adalah bukan pelakon utama jadi tidak perlu menonjolkan moment tersebut. Tetapi ia agak mencacatkan sedikit plot cerita.

Secara keseluruhan saya merasakan cerita ini semakin lama semakin membosan dan boleh diagak namun saya patut bagi credit kepada Kim rae-won sebagai pelakon utama watak Dr Hong ji-hong kerana setiap scene berkaitan watak Hong Ji-hong adalah yang ditunggu-tunggu. Beliau berjaya membawakan watak seorang yang matang, loving dan sangat berdedikasi.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10) - Markah untuk keseluruhan
Saya calonkan dua pelakon untuk drama ini:
1. Kim Rae-won [Best Actor]
2. Lee Sung-kyung [Best Supporting Actress]

Kim Rae-won sebagai Dr Hong Ji-hong sangat sesuai memegang watak tersebut. Lakonan yang ditunjukkkan sangat berkesan kerana pada pendapat peribadi saya sebagai penonton wanita boleh merasakan seperti fall in love dengan cara dan gaya Dr Hong Ji-hong. Ada beberapa scene yang menunjukkan Dr Hong ji-hong sedih, marah, merajuk, in love dan sebagainya berjaya disampaikan kepada penonton.

Lee Sung-kyung memegang watak Dr Jin Seo-woo iaitu anak kepada pengarah hospital. Watak yang dilakonkan sebagai seorang yang berdendam dengan Dr Yoo Hye-jung juga sangat meyakinkan. Paling menarik yang ditonjolkan adalah walaupun dia berdendan tetapi masih profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang doktor.

  Selain daripada dua pelakon yang dicalonkan, lakonan Park shin-hye sebagai watak utama iaitu Dr Yoo Hye-jung pada saya biasa sahaja. Watak sampingan lain agak menarik contohnya Dr Jung Yoon-do anak orang kaya yang selalu dibuli oleh bapa saudara nya, Chun Soon-he kawan baik kepada Dr Yoo Hye-jung, dan watak2 doktor yang lain.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

   Keseluruhan dari segi teknikal agak meyakinkan. Mungkin kerana terdapat banyak scene yang berkaitan dengan pembedahan dan term perubatan jadi mungkin mereka yang berkaitan lebih memahami. Kebanyakan lakonan mereka adalah berkaitan prosedur dan terminology berkaitan perubatan. Tetapi ada watak kanak-kanak seolah dubbing suara iaitu episod dua beradik yang terdapat tumor dan bapanya terpaksa bekerja kuat untuk bayar kos perubatan. Bapak budak tersebut pun kelihatan seperti model dari segi pemakaian, agak tidak realistik padahal orang susah.

4. Skor muzik (4/5)

   Lagu menarik dan sesuai dengan jalan cerita.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)

    Sekiranya drama ini ditayangkan semula di tv saya mungkin boleh menonton nya semula dan tak tukar channel.

No comments:

Post a Comment