Friday, 16 September 2016

W_daus

W - TWO WORLDS
oleh daus



Rating Keseluruhan Drama:  (7.7+7+7.1+4.5+3.8) =30.1/4=7.53)
Kritik Keseluruhan: "W padat dengan pelbagai teori dan perspektif hasil kreativiti penulis mengadaptasi konsep hubungan dua alam dimensi berbeza tetapi seolah-olah hilang arah apabila menghadkan elemen suspens yang berpotensi dengan cerita cinta yang 'cheesy'  dan permainan 'twist' terlalu banyak, akhirnya menyebabkan interprestasi drama bertemakan fantasi ini sukar untuk diterima kelojikannya."
  1. Cerita  (7.7/10)

W bermula dengan baik hasil kreativiti penulis yang menterbukakan ruang perspektif bagaimana wujudkan hubungan dua alam - "dunia sebenar/real" dan "dunia kartun/imaginary" yang merupakan subset padanya. Ditambah dengan elemen kejutan fantasi sengaja diletakkan sebagai 'twist' , W pada mulanya berjaya meninggalkan impresi yang mengagumkan sehingga menggalakan pelbagai perdebatan teori bagaimana ianya berlaku.

Tetapi, W punah apabila tema drama yang seharuskan bertitikkan suspens/thriller disogokkan dengan cerita cinta fantasi yang terlebih cheesy sehingga membunuh "mood" di pertengahan cerita. W juga terlalu memfokuskan pada "twist" tak menjadi sehingga akhirnya dipersoalkan kelogikannya.  

W boleh difahami dengan penjelasan berikut:

1. Subset: Dunia kartun ⊂ Dunia sebenar
Dunia kartun dikawal daripada dunia sebenar melalui lukisan dilakukan ke atas "jambatan" yang menghubungkan mereka.  Apa-apa yang berlaku di dunia kartun tidak mengakibat apa-apa di dunia sebenar kecuali jika watak yang berada di dunia kartun menyedari perubahan tersebut dan ingin mengubah mengikut kehendaknya. Hal ini berlaku pada Kang Chul yang menyedari hakikat dunia 2 dimensi, seperti juga killer. Tetapi apa yang berlaku di dunia sebenar sebaliknya boleh mengubah situasi berlaku di dunia kartun melalui kehendak pelukis webtoon tersebut kerana pelukis webtoon sedar dunia kartun adalah khayalan dan subset pada dunianya.

2. Peranan watakJalan cerita dunia kartun W mengikut tujuan watak utama protoganis - iaitu Kang Chul yang berazam untuk mencari pembunuh sebenar yang menyebabkan kecelakaan hidupnya dan tujuan watak utama antagonis - yang mahu Kang Chul dibunuh dengan aib. Jika salah satu hilang tujuan, maka watak mereka akan hilang dalam dunia kartun tersebut ataupun direndahkan kepada peringkat watak biasa. Takdir hidup mereka bukan lagi bergantungan. Watak Yeo Joo pula boleh dikatakan watak utama atau setakat membantu waktu Kang Chul merealisasikan impiannya dalam webtoon.

3. Jambatan

Yang menghubungkan antara kartun dan dunia sebenar adalah melalui tablet dan juga melalui kesedaran watak-watak utama. Pembolehubah ditunjukkan satu persatu bagaimana watak utama webtoon diberi 'hak istimewa' untuk bergerak dari satu dimensi ke dimensi lain dengan kehendaknya sendiri tetapi bersyarat, yakni dia mesti menyedari hakikat dua dunia itu terlebih dahulu. Watak utama juga boleh memanggil watak kartun ke dunia sebenar tanpa pengetahuan watak tersebut.

4. Rangka Masa/Timelines

1 hari dunia kartun = 10 minit di dunia sebenar. 2 tahun  =1 minggu dunia sebenar
Masa berlaku di dunia kartun dan dunia sebenar adalah bebas dan tidak bergantungan antara satu sama lain kerana masa  webtoon bergantung pada dari tarikh mulanya  webtoon dihasilnya sehinggalah  'episod akhir' terbitkan.
Ironinya, tidak ketahui sapa yang kawal dua dunia ini supaya masa mereka berjalan tanpa bergantung satu sama lain, yakni 'epi akhir'  webtoon juga tidak diketahui sapa yang mahu ianya ditamatkan pada waktu itu juga.



2. Keberkesanan Lakonan (7/10)
Agak sukar untuk menyatakan kerelevanan watak dengan tema cerita.

Lee Jong Suk
Dari raut ekspresi muka dan gaya tubuh, Lee Jong Suk belum mampu tonjolkan kesungguhan menyerlahkan watak Kang Chul yang menderita, punyai kehendak kuat dan juga tranksisi kepada romantik yang agak meloyakan dan tak kena dengan suasana drama.

Han Hyo Joo
Sampai sekarang watak yeo joo yang dibawa han hye jo tidak tau ke arah mana arah tuju dan juga motif keberadaannya dalam W yang samar-samar melainkan hanya sekadar memenuhi 'chessiness' drama. Kekalutan, ketakutan yang ditonjolkan seolah-olah Yeo Joo layak diketawakan. Lakonan Han Hyeo Joo yang agak mendukacitakan berbanding Dong Yi dan Brilliant Legacy yang ternyata meninggalkan kesan yang sangat hebat.

Kim Eui Sung - [Best  Supporting Actor]
Mungkin watak paling relevan ialah Oh Seung Mo yang membawa 3 peranan dalam drama ini. Pertama, sebagai pelukis webtoon yang punyai 'low self-esteem' dan selalu meneguk arak yang mahu menterjemahkan aspek kesempurnaan di dalam webtoon lukisannya. Kedua, seorang pembunuh atau 'killer' yang rakus  dan jahat. Ketiga, seorang pesakit yang mengalami schizophrenia kerana dilema melaksanakan amanat 'pembunuh' hasil memori dimilikinya ATAU menjadi ayah yang baik dan ingin menebus kesilapan lalu. Semuanya berjaya dibawa pelakon ini dengan baik sekali dan berkesan.
Antara lakonan pembantu  paling diingati pada tahun ini. Syabas!

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)
Pengarah yang mempunyai 'sense of humour' dan 'komedi slasptik' semenangnya tidak senada dengan gubahan suspens/thriller yang dibawa penulis ini.
Tiada yang menarik dari keistimewaan yang ditonjolkan. Plot yang digerakkan dengan teknik pengarahannya agak berserabut dengan penambahan komedi romantik yang ringan sebagai rencah.

Pujian harus diberikan pada 'Cinematographer'. [Nomination for Best Cinamatography]
Gerakan kamera yang fokus pada seni lukisan sangat-sangat membantu menambahkan keterujaan menonton drama ini. Dan juga aspek ketelitian yang hebat ke atas percantuman lukisan dan jasad sebenar.

4. Skor muzik (4.5/5)

Instrumental tersangatlah kena dengan suasana suspens.
Dan ost paling sesuai dengan tema sebenar W ialah lagu dibawah ini.



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.8/5)
Drama ini tidaklah teruk dan juga tidaklah terlalu hebat. Ianya juga menghiburkan terutamanya aspek kreativiti penulis drama ini.

Rating Keseluruhan Drama:   (7.7+7+7.1+4.5+3.8) =30.1/4=7.53)
Nomination: Kim Eui Sung

1 comment:

  1. Nice review.. kupasan yg bg aku blh dijadikan bahan sandaran to those yg nk tau drama ni in a very simple way.. hop dorg blh dpt gmbaran yg jelas ttg cerita ni.. tp pasrah ljs x dicalonkn langsung.. fine...

    ReplyDelete