Monday, 31 October 2016

Let's Fight Ghost_spankeefili

LET’S FIGHT GHOST
oleh spankee_fili 
 


Rating Keseluruhan Drama: (8 + 9 + 7 + 3 + 5) =32/4=8

1.       Cerita  (8.0/10)            

Let’s Fight Ghost bertemakan perhubungan romantis dan persahabatan antara manusia dan hantu – Park Bong Bal(Ok Taec Yeon) merupakan seorang pelajar ekonomi Universiti Myungsung yang mempunyai kebolehan melihat dan berinteraksi dengan hantu. Maksudnya Park Bong Pal boleh memukul hantu dan menghapuskan hantu untuk kembali ke neraka. Semasa kecil Bong Pal dirasuki oleh roh jahat namun telah berjaya dikeluarkan oleh pawang Myung Cheol tapi sisa kejahatan roh tersebut masih ada pada Bong Pal membolehkan beliau mampu melihat hantu. Kesungguhan Bong Pal untuk mengubati matanya supaya kembali normal membuatkan Bong Pal mengumpul wang dengan mengambil upah menghapuskan hantu.

Kim Hyun Ji (Kim So Hyun) merupakan pelajar menengah tinggi yang mengalami kemalangan 5 tahun lepas telah hilang ingatan dan menjadi roh yang bergentayangan. Ketika bergaduh dengan Bong Pal, mereka dengan tidak sengaja tercium dan memorinya muncul sedikit.Mengesyaki Bong Pal boleh mengembalikan memori silam beliau, Hyun Ji mengekori Bong Pal dengan menjadi pasangan untuk menghapuskan roh jahat. Sedikit demi sedikit hubungan mereka makin akrab sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta..



Jalan cerita agak cliché kerana mengingatkan pada drama Oh My Ghost tapi misteri yang dikupas sedikit demi sedikit membuatkan drama ini menarik perhatian penonton. Saya gemar dengan jalan cerita yang tidak terlalu berahsia, maksudnya tidak membuatkan penonton tertunggu-tunggu sehingga akhir episod baru misteri terbongkar. Let’s Fight Ghost agak santai, tidak melodrama dan banyak fokus kepada hubungan kekeluargaan dan persahabatan jadi tidak banyak konflik yang timbul.
Susunan dari satu babak ke satu babak tersusun dan agak sempurna biarpun melibatkan banyak sesi imbas balik tapi tidak menampakkan drama ini kucar kacir.


2. Keberkesanan Lakonan (9/10)


Ok Taec Yeon - Best Actor


Watak sebagai pelajar yang suka bersendiri tapi semakin ceria sejak bertemu dengan Hyun Ji kurang memberikan impak. Nampak kejanggalan Ok Taec Yeon berlakon tapi senyuman yang dilemparkan ketika bersama Hyun Jin nampak sangat bahagia. Contohnya ketika makan bersama Hyun Ji, senyuman beliau nampak lebar dan ikhlas. Tapi riak marah dan sedih kurang menjadi dan tampak keras.


Kim So Hyun - Best Actress

Kim Hyun Ji sangat comel, ceria, cantik dan menarik perhatian. Senyuman beliau dan kenakalan beliau mampu membuatkan penonton tersenyum. Kim So Hyun juga mampu membawakan scene emosi dengan baik contohnya ketika cemburukan Bong Pal dan Seo Yeon, dia menarik tangan Bong Pal pergi dan memarahi Bong Pal. Nampak cemburu yang ketara pada wajahnya ketika itu. Ketika berdiri di hadapan rumah Bong Pal untuk memberitahu beliau akan berpindah, riak kesedihan terpancar pada wajahnya.



Kwon Yul - Best Actor


Membawakan watak sebagai Professor Ju Hye Sung di kelas ekonomi Bong Pal. Lakonan Kwon Yul memang dipuji kerana membawakan watak antagonis dengan baik. Senyuman sinis beliau memang nampak seperti memandang rendah pada musuh-musuhnya. Tapi dalam sekelip mata boleh berubah menjadi mesra dan penyayang di hadapan khalayak demi untuk menyembunyikan identiti beliau yang sebenarnya dikuasai oleh roh jahat. Professor Ju Hye Sung mengekori Bong Pal sejak 18 tahun lalu kerana ingin menguasai badan Bong Pal yang mewarisi kuasa istimewa dari ibu kandungnya. Dalam masa yang sama beliau ingin memusnahkan gelang yang direka khas oleh ibu Bong Pal untuk menghancurkan roh jahat sepertinya. Demi mencapai matlamat beliau, beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang menjadi penghalang.



Kang Ki Young dan Lee David (Sundae Soup Team) - Best Supporting Actors

Watak komedi yang sangat menarik dan mempunyai peranan yg kuat dalam drama ini. Sangat suka tengok bromance antara mereka berdua yang gila-gila tapi baik hati.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi)   (7/10)


Pengarahan yang baik dengan setiap misteri dan babak diolah dengan tersusun. Memang sangat dipuji cara pengarah menyampaikan cerita dengan santai. Biarpun agak cliché drama ini tapi teknik pengarahan yang lancar membuatkan penonton berasa selesa untuk terus menonton. Ditambah pula dengan watak-watak sampingan yang menarik seperti Sundae Soup dan Pawang Myung Cheols membuatkan drama ini terasa mesra.


Sinematografi boleh tahan. Kehidupan sebagai pelajar university – kuliah, perpustakaan, piknik semuanya sesuai dengan jalan cerita ini. Tempat tinggal Bong Pal jugak sesuai dengan pelajar yang menyara diri sendiri. Pakaian yang sesuai dengan watak-watak – pelajar, pawang, team Sundae Soup uniform, staff klinik haiwan dan staff Hospital Hanil tempat Hyun Ji dirawat.


Scene romantik tidak banyak tapi kemesraan antara Hyun Ji dan Bong Pal nampak lebih kepada rakan baik berbanding pasangan kekasih. Watak Hyun Ji nampak seperti matahari yang menyinari kehidupan suram Bong Pal. Bermula dari saling bergaduh sehingga akhirnya saling mengambil berat antara satu sama lain. Di pertengahan drama saya sudah meletakkan secebis harapan bahawa Hyun Ji masih belum mati, jadi sangat gembira bila Hyun Ji sebenarnya hanya koma dan cinta mereka boleh direalisasikan di alam nyata.




4. Skor muzik (3/5)


OST kurang menyengat, tapi ada muzik instrumental yang terngiang-ngiang di telinga tapi tak tau apa tajuk haha. Muzik tu mengingatkan pada lagu Afdlin Shauki – Mia Sara.


Song Nomination:


I Can Only See You –Ryu Ji-hyun & Kim Min-ji



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)

Lepas habis drama ni, terus saya view best moments dan simpan dalam hp. Lepas tu kejap-kejap ulang tengok. Haha.
Definitely akan ulang tonton.


No comments:

Post a Comment