Wednesday, 2 November 2016

Another Oh Hae Young_rukiaichigo

ANOTHER OH HAE YOUNG
oleh rukiaichigo 




1. Cerita (9/10)

Sangat excited biler dapat tahu yang abang Eric (ehhhhh??) akan berlakon dalam drama dari channel tvN ni sebab Eric tak pernah lagi berlakon untuk cable channel. Nak2 Eric dah agak lama menyepi dari bidang lakonan selepas projek terakhir dia Discovery of Romance. Biler dapat tahu Eric akan digandingkan bersama Seo Hyunjin, gigih jugak aku google nama dia sebab tak pernah tgk lakonan dia sebelum ni. Aku ni mcm biasa la, nk tau sangat mcmaner chemistry Eric dgn Seo Hyunjin ni kan! Dah la teaser untuk drama ni pun boleh tahan lawak & menarik! Hahahaha





Jalan cerita untuk drama ni secara keseluruhannya bagi aku sangatlah tulen dan tidak skeptical seperti drama2 lain. Daripada synopsis sahaja sudah menunjukkan betapa solid & unik nyer jalan cerita nyer, maka memang aku meroyan tak sudah la dengan drama ni dari awal sampai ke akhirnyer. Setiap episode mengandungi suspens dan klimaks yang tersendiri sehinggakan payah untuk aku membuat spekulasi aper yang akan berlaku untuk babak seterusnyer.

Keunikkan drama ini ditunjukkan bagaimana dua orang yang completely strangers tapi bertemu disebabkan Park Dokyung secara tiba2 mendapat vision seorang wanita yang dia tidak pernah berjumpa (Just Oh Hae-young) tetapi tanpa disedari Dokyung telah pun membuatkan Hae-young ditinggalkan oleh bekas tunangnya sehari sebelum majlis perkahwinannya gara2 Hae-young berkongsi nama yang sama dengan bekas tunang Dokyung, yang mana Dokyung pun telah ditinggalkan pada hari perkahwinannya setahun dahulu. Apabila secara kebetulan Dokyung ternampak nama Oh Hae-young pada phone Hee-ran (kawan baik Hae-young), Dokyung beranggapan yang OHY tu adalah bekas tunang nyer dan dari situ keinginan untuk bertemu kembali dengan bekas tunang nyer semakin membuak2. Ditambah lagi dengan desakan kawan baiknya, Jin-sang, untuk membalas dendam ke atas Oh Hae-young membuatkan Dokyung menggunakan teman lelaki kepada mak nya untuk tidak melabur dalam bisnes Han Taejin (yang pada masa itu tunang kepada Just OHY). Disebabkan penarikan itu, Taejin telah disabitkan kesalahan dan dimasukkan ke dalam penjara. Taejin tidak berterus terang kepada Just HY dan memberikan alasan yng remeh untuk call-off the wedding sehari sebelum majlis perkahwinan mereka!

Pada mulanya, Dokyung cuma menerima vision secara random berkenaan dengan Jin-sang tetapi apabila secara tiba-tiba mendapat vision berkenaan seorang wanita yang tidak pernah ditemuinya, berasa sangat pelik sehinggakan sanggup bertemu dengan pakar psikiatrik dalam membantu menyelesaikan masalah ini. Pakar psikiatrik kepada Dokyung pun berasa agak pelik dengan masalah pesakit dia yang seorang ni dan menasihatkan Dokyung untuk confront dengan Just HY supaya dapat tahu mengapa Just HY muncul dlm vision dia. Setelah dikorek2, tahu la Dokyung yang sebenarnyer dia (& Jin-sang) tersalah orang dengan Just HY ni tetapi Dokyung tak tahu mcmaner nak terangkan akan kesalahan dia tu. Pada mulanya Dokyung kalau boleh tak mahu ada kaitan langsung dgn Just HY ni (disebabkan rasa bersalah) tapi biler coincidentally Just HY berpindah masuk ke bilik sebelah, Dokyung dah rasa la yang dia tak boleh lari lagi drpd Just HY! Dokyung juga merasakan dia dan Just HY berkongsi pengalaman yang serupa ditinggalkan tunang sebelum ini. Setelah bekas tunang Just HY dibebaskan dari penjara, Taejin nekad untuk membalas dendam kembali kepada Dokyung. Dokyung sedar akan kesilapan dia kepada Taejin dahulu, dan sanggup untuk menerima segala hukuman yang Taejin nak buat kat dia hatta hampir diisytiharkan muflis.

Just HY, seorang wanita yang biasa yang meneruskan hidup seperti biasa setelah ditinggalkan oleh tunangnya sehari sebelum majlis perkahwinan mereka sebulan yang lalu. Langsung tidak menyangka pertemuan demi pertemuan dengan Park Dokyung telah melahirkan bibit2 cinta dalam dirinya tanpa menyedari bahawa Park Dokyung adalah dalang di sebalik kegagalan perkahwinannya dengan Han Taejin. Ditambah lagi dengan penerimaan Dokyung terhadap dirinya yang walaupun pada mulanya agak dingin tetapi lama kelamaan mereka berdua menjalan hubungan yang baik terutama setelah Just HY berpindah ke sebelah bilik Dokyung. Status Just HY yang ditinggalkan tunang sehari sebelum perkahwinannya memberi kesan yang besar kepadanya sehinggakan apabila dia sedar dia telah pun jatuh cinta kepada Dokyung, Just HY tidak berpaling ke belakang lagi dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan hubungan mereka. Setelah mengetahui bahawa Dokyung lah dalang di sebalik penarikan diri bekas tunang nya sebelum ini, Just HY tidak dapat menerima kenyataan dan memutuskan hubungan dengan Dokyung! Ditambah lagi salah faham itu berpunca daripada Just Hy berkongsi nama yang sama dengan musuh tradisinya dari zaman sekolah! Walaubagaimanapun, setelah mengetahui vision Dokyung di mana Dokyung akan mengalami kemalangan, Just HY letak ke tepi perkara yang lalu dan menyambung semula hubungan dengan Dokyung.

Kemunculan semula secara tiba2 bekas tunang Dokyung, Gold HY, menimbulkan konflik dalam perhubungan Just HY-Dokyung. Gold HY adalah rakan sekelas kepada Just HY masa sekolah menengah dahulu dan kini bekerja di pejabat yang sama. Just HY dari dahulu lagi tidak menyukai Gold HY disebabkan pengalaman buruk Just HY semasa sekolah dahulu yang selalu dibanding2kan dengan Gold HY! Kini apabila mereka bekerja di bawah satu bumbung, kenangan semasa sekolah dahulu muncul kembali kerana mereka berdua masih lagi dibanding2kan!! Gold HY beranggapan apabila Dokyung membalas dendam kepada Taejin tu adalah sebab Dokyung masih lagi cintakan Gold HY tetapi Dokyung menegaskan dia sudah tiada apa2 perasaan terhadap Gold HY! Sebenarnya, walaupun Gold HY selalu diagung2kan disebabkan kecantikan & kepandainya, tetapi Gold HY mempunyai perasaan cemburu kepada Just HY kerana walaupun Just HY tidak mempunyai paras rupa yang menarik tetapi Just HY mempunyai keluarga yang cukup menyayanginya. Jauh daripada Gold HY di mana mempunyai sebuah keluarga yang berpecah-belah dan menyebabkan dia mempunyai adik beradik tiri yang ramai. Akhirnya Gold HY terpaksa akur yang cinta Dokyung telah beralih arah kepada Just HY!   

Secara keseluruhan nyer, aku sangat berpuas hati dengan jalan cerita drama ni dari awal sampai lah ke akhirnyer. Ditambah lagi happy ending di mana Dokyung & Just HY berkahwin! Masa mula2 tgk Dokyung dpt vision pasal Just HY tu, agak pelik jugak la naper plak dalam ramai2 pompuan dia boleh dpt vision Just HY! Dan tak sangka langsung yang mcmaner fate dorg boleh tersimpul begitu! huhuhu    

 

2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)

Antara salah satu drama yang aku tengok untuk tahun ini yang seluruh team pelakon2 nyer, dari main characters to pelakon2 sampingan, adalah dalam the best team ever! Setiap watak yang muncul dalam drama ni menunjukkan yang semua pelakon2 memang dilahirkan & dipilih untuk menjayakan watak yang diberi! Chemistry antara semua pelakon pun memang tip-top sehingga dapat menghasilkan drama ini dengan jayanyer! Tak mustahil la sehinggakan Eric Mun & Seo Hyunjin diangka sebagai King & Queen of Rom-Com dalam tvN10 Award baru-baru ini.

Eric Mun – watak Eric sebagai seorang sound director (yang mengikut jejak langkah arwah bapanya) adalah sangat menarik! Tak pernah pulak sebelum ni aku tahu mcmaner payah nyer kerja2 sebagai sound director! Bagi aku, Eric memang dilahirkan untuk watak Park Dokyung ni! Seorang yang dingin dan serius pada awalnya setelah ditinggalkan oleh bekas tunang di majlis perkahwinanya tanpa penjelasan. Tetapi apabila dia mengenali dan jatuh cinta kepada Just HY, secara beransur2 dia berubah menjadi seorang yang totally lain dengan Park Dokyung yang dulu!

Seo Hyunjin – pertama kali aku tengok lakonan SHJ dalam drama ni, dan chemistry dia dgn Eric memang terbaik! Sehinggakan aku rasa mostly scene2 dlm drama ni mcm dialog yang dia & Eric buat sendiri! Siap aku bagi green light lagi kalo dorg berdua ni betul2 bercinta! Hahahahaha...

Jeon Hyebin – bagi aku watak dia as Gold HY ni mcm watak2 dia dlm drama sebelum2 ni. Seorang yang cantik & orang2 sekeliling sukakan dia. Watak antagonis mcm ni dah sinonim dgn JHB so bg aku tiada yang boleh diuraikan lagi la kan! Hahaha…

Ye Jiwon – watak Park Sookyung (kakak kepada Park Dokyung) ni pun sangat sesuai dengan YJW! Seorang yang sangat tegas apabila bekerja sehingga diberi gelaran ‘Isadora’ oleh orang2 bawahannya. Tetapi Sookyung pun ada pengalaman seperti Dokyung jugak la, ditinggalkan kekasih suatu ketika dahulu. Bab YJW ni speaking French memang aku tabik, lawak pun ada! Hahahaha…

Dengan ini saya menominasikan pelakon2 tersebut yang layak mendapat merit tertinggi:
  • Eric Mun (Another Oh Hae Young) – [Best Actor]
  • Seo Hyunjin (Another Oh Hae Young) – [Best Actress]
  • Ye Jiwon (Another Oh Hae Young) – [Best Supporting Actress]


3. Aspek Teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, cinematografi) (9/10)

Bagi aku, channel2 cable kat korea ni memang bijak memanipulasi elemen2 persekitaran supaya dapat menghasilkan drama yang sangat menarik. Drama Another OHY ni pun tidak terkecuali. Setiap emelen2 yang digunakan untuk setiap babak berjaya digarap dengan sangat baik, di mana aku rasa sound director untuk drama ni pun melalui kesukaran & kepayahan sepertimana Park Dokyung untuk menghasilkan elemen suara yang bermutu seiring dengan drama!

Proses editing untuk drama ini jugak disusun dengan begitu teratur dan kemas. Sinematografi nya juga menarik, bersesuaian dengan setiap babak yang ada! Bahkan penonton didedahkan bagaimana seorang sound director dan team sound bekerja untuk mendapatkan bunyi yang diperlukan untuk sesuatu produksi.

4. Skor Musik (4/5)

Sangat berpuas hati dengan music score untuk drama ni. Setiap lagu/instrument yang digunakan bagi setiap babak adalah sangat bersesuaian! Disenaraikan tiga (3) lagu yang aku terlebih suka...

Ben - Just Like a Dream (꿈처럼)




Jung Seunghwan - If It Is You (너였다면)




Seo Hyunjin & Yoo Seungwoo - What Is Love (사랑이 뭔데)




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)

Demi abang Eric, ku sanggup menonton semula drama ni nak2 biler DVD citer ni sampai kat tangan ku. Gigih hokay dok pre-order Director’s Cut untuk drama ni, walaupun memang melayang2 la duit ku diterbangkan angin!!! Tak sabar rasanyer nk pegang sendiri DVD drama ni, bagai dijangka next year baru sampai depan pintu rumah…

No comments:

Post a Comment