Sunday, 13 November 2016

Jealousy Incarnate_daus

JEALOUSY INCARNATE

by daus






Rating Keseluruhan Drama:  (9.6+8.0+8.5+3.4+4.8) =34.3/4=8.58)


Kritik Keseluruhan: "Jealousy Incarnate sebuah sentuhan naskah yang rencah dan ringan, komedinya diterjemahkan secara abstrak sebagai tafsiran terhadap sesuatu isu, misalnya "cemburu" yang membawa kepada perhubungan rapat. Komedinya sedikit 'berat' , boleh dibaratkan sebagai 'black comedy'memerlukan pemikiran berkaitan terhadap sesuatu isu yang menjerumuskan kepada gelak tawa. Jealousy Incarnate tidak hebat daripada jalan ceritanya sahaja, tetapi betapa 'hidup' nya lakonan Jo Jung Suk mempamerkan sisi seorang yang dibenci namun disukai, meninggalkan kesan yang sukar dilupai."

1. Cerita  (9.6/10)

Tema cerita ini secara terjemahannya, bermaksud "Cemburu yang dijelmakan semula". Ini isu utama yang dimainkan.
Perhubungan Hwa Shin- Nari - Jung Won bertitikkan pada "cemburu", yang mana siapa lebih cemburu, dialah orang dia sayangi lebih daripada yang lain.

1. Hwa Shin yang jeles terhadap Jung Won membawa kepada 'pengenalannya' semula dengan Na Ri,
2. Hwa Shin jeles pada Jung Won yang memiliki Nari, kali ini dia telah jatuh cinta dan ingin merebut Nari daripadanya. Jelmaan semula 'cinta' Nari selama 3 tahun yang tak dihiraukannya menambahkan kecemburuannya kerana Na Ri ialah gadis yang patut dimilikinya dulu.
3. Jung Won jeles dengan Hwa Shin yang selalunya akan menang jika ketiga2 mereka terpalit dalam hubungan 3 segi telah membawa kepada 'insecurity' untuk memastikan Nari kekal padanya, ianya lebih pada 'kecintaan' nya teman baik Hwa Shin.
4. Nari akhirnya jeles pada Hwa Shin yang 'curang' dengan gadis lain, tetapi tidak pada Jung Won yang melakukan perkara sama di atas kepercayaannya kuat pada Jung Won tetapi pada Hwa Shin. Kecemburuan tak berbelah bagi ini membawa Nari untuk memilih Hwa Shin lelaki yang akan menjadi suaminya kelak.

Titik mula perhubungan ini didasarkan pada isu barah payu dara/tetek yang berlaku ke atas lelaki. Penyakit Hwa Shin telah dikesani oleh Na Ri, lantas membawa kepada permulaan perhubungan mereka apabila Hwa Shin mengenali siapakah Nari yang dia tak hiraukan selama ini. Hwa Shin yang ego, berlagak, tidak bertimbang rasa dan  'jerk' dipatahkan dengan sikap slamber dan bersahaja Na Ri.

Awalan episod ditunjukkan bagaimana Hwa Shin seolah-olah 'dimalukan' Nari atas sikap ego buruknya namun yang berlaku adalah sebaliknya, di mana Na ri hanya menganggap Hwa Shin sekadar kawan yang diambil berat setelah di'reject' bertahun-tahun.

Pertengahan episod mempertaruhkan dilema Hwa Shin samada mahu merebut Nari daripada Jung Won, atau memendamkan perasaan cintanya seperti yang dirasai Nari bertahun-tahun sebelum ini. Nari jatuh cinta terhadap Hwa Shin semula setelah Hwa Shin mula membuka ruang dengan mempamerkan sisi kebaikannya di sebalik keburukannya yang akhirnya membuatkan Nari teruja.

Klimaks nya, hubungan tiga segi di mana cemburu memainkan peranan siapa yang menang antara mereka. Hwa Shin menang.

Pengakhirannya, Hwa Shin alami dilema sekali lagi, kali ini untuk membahagiakan Nari. Hwa Shin mandul tetapi Nari berjaya menyakinkan dia tetap bahagia bersama Hwa Shin.

Aturan plot drama ini bertepatan dengan tema kerana jelas memperincikan rapatnya sesebuah percintaan didasarkan pada kecemburuan walaupun tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Kefahaman dan tak mengalah memanjakan lagi interaksi perhubungan antara mereka.

Pujian harus diberikan premis drama ini iaitu berdasarkan dunia penyiaran memantapkan lagi tema yang dibicarakan.

                                                    
                                                
                                                
                                                
                                                
   



2. Keberkesanan Lakonan (8.3/10)
Tepat untuk mengatakan lakonan Jo Jung Suk sangat menguasai drama ini.

Jo Jung Suk - [Best  Actor]
Lakonan yang penuh egoistik, berlagak, tidak bertimbang rasa dan paling penting 'insecure' ditonjolkan dengan sangat berkesan melalui ekspreksi muka dan gaya tubuhnya. Di sebalik keburukan Hwa SHin, Jo Jung Suk tampilkan sisi kebaikan Hwa Shin yang seksi dan menawan. Ianya tak mudah untuk menyakinkan penonton menyukai watak yang mereka patut benci. Jealousy Incarnate sangat menyerlahkan bakat Jo Jung Suk pada had yang kita tak pernah saksikan sebelum ini.

Gong Hyo Jin - [Best  Actress]
Gong Hyo Jin berjaya tampilkan sisi slamber,kekaburan  dan tak kesah Pyo Nari yang hampir setanding dengan Jo Jung Suk. Kekuatan watak Hwa Shin bergantung pada Pyo Nari, ianya perlu seimbang. Di sinilah, Gong Hyo Jin tonjolkan lakonan kontra kepada Hwa Shin yang seimbang dan tak terlalu dominan.

Go Jung Pyo
Go Jung Pyo agak berjaya mendalami watak Jung Won yang kontra dengan Hwa Shin. Namun, disebabkan klise nya Jung Won, ianya tak banyak lari daripada lakonan yang biasa kita lihat sebelum ini. Lakonan tidak mencabar tetapi konsisten.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)
Teknik kamera bergerak seiring dengan pelakon. Pengarah banyak menonjolkan ekspresi gaya tubuh pelakon yang menjadi tunjang drama ini. Premis, montaj dan penggunaan ruang jarang digunakan. Suntingan juga dilakukan dengan baik menjelaskan lagi aspek 'black comedy' daripada lebih perspektif berbeza terhadap sesuatu isu. Paling penting, runut bunyi yang sangat sesuai dimasukkan menajamkan lagi gelak tawa sepanjang menonton drama ini. Syabas diucapkan pada pengarah ini.

4. Skor muzik (3.4/5)

Intrumental walaupun tak berapa impressive tapi sangat kena situasi komedi ditonjolkan.

Dua lagu ost di bawah menjadi feveret:

1. Step Step - Suran



2. Bye, Autumn - Saltpeper




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.8/5)
Ternyata sangat sesuai untuk tontotan semula terutamanya babak melibatkan Hwa Shin.

Rating Keseluruhan Drama:  (9.6+8.0+8.5+3.4+4.8) =34.3/4=8.58)
Nomination: Jo Jung Suk, Gong Hyo Jin

No comments:

Post a Comment