Sunday, 20 November 2016

Jealousy Incarnate_spankee fili

Don’t Dare To Dream / JealousyIncarnate

by spankee_fili 
 

 









Rating Keseluruhan Drama:  (8.5+8.5+8+4.5+3.5)=33/4=8.25)   

Kritik Keseluruhan : "JI ialah sebuah drama berkisarkan cemburu : cemburu dalam percintaan, cemburu dalam kekeluargaan, cemburu dalam kerjaya serta cemburu dalam persahabatan. Di samping itu ianya mengisahkan tentang keegoan seorang lelaki yang menghidap kanser payudara untuk menghadapi pandangan masyarakat serta dalam masa yang sama perlu mempertahankan kerjaya. Sebuah drama yang menarik untuk ditonton seisi keluarga."

1. Cerita  (8.5/10)


Mengisahkan tentang seorang penyampai cuaca di stesen television bernama Pyo Na Ri (Gong Hyo Jin) yang menyukai rakan sekerjanya : seorang wartawan berbakat yang mempunyai reputasi tinggi iaitu Lee Hwa Shin (Jo Jung Suk).
Pyo Na Ri berusaha keras untuk menjadi pembaca berita kerana itu merupakan impiannya selama ini disamping perlu menanggung kos pembelajaran adik lelaki beliau kerana ibu bapa mereka sudah tiada. Konflik timbul apabila NaRi mulai rapat dengan kawan baik HS iaitu Go Jung Won (Go Kyung Po) dan menimbulkan rasa cemburu di hati HS.
Keadaan semakin rumit apabila HS dikesan menghidapi kanser payudara membuatkan HS dirundung emosi dan akhirnya menyimpan perasaan terhadap NaRi apabila NaRi sentiasa berada di sisi beliau sepanjang menjalani rawatan.



Selain itu terdapat beberapa hubungan cemburu di antara watak-watak yang lain seperti:

i) Kye Sung Sook (Lee Mi Sook) vs Ba Ja Young (Park Ji Yong) : kedua-duanya pernah menjadi kakak ipar HS dan kini merebut kasih sayang Ppal Gang yang merupakan anak kandung KSS tapi dibesarkan oleh BJY. Dalam masa yang sama, mereka berdua jatuh hati kepada Chef Kim Rak yang menjadi tuan rumah tempat Ppal Gang menetap kini
                        





ii) Pyo Chi Yeol (Kim Jung Hyun) vs Oh Dae Goo (Ahn Woo Yeon) : dua rakan baik Ppal Gang (Mun Ka Young) yang menaruh hati kepada Ppal Gang




iii) Hong Hye Won (Seo Ji Hye) yang bijak dan berkaliber namun sukakan HS sejak HS mengkritik cara beliau menyampaikan berita. Sejak itu beliau bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dalam menyampaikan berita, secara tidak langsung terjatuh hati pada HS. HW sebenarnya tahu HS menyimpan hati terhadap NR dan sengaja mencium HS untuk mencuba nasib.



iv) Na Joo Hee (Kim Ye Won) pesaing Pyo NaRi untuk merebut tempat sebagai penyampai cuaca. Pernah sabotaj Na Ri sehingga Na Ri dipecat



v) Geum Soo Jung (Park Hwan Hee)  yang merupakan pilihan ibu JW untuk dijadikan pasangan hidup. Cemburukan Na Ri kerana JW sukakan NaRi.



Drama yang refreshing dan menarik dengan kepandaian pengarah menukar jalan cerita rom-com yang kebiasaannya cliché menjadi menarik dan sukar dijangka selain penuh dengan pengajaran dalam kehidupan.




Selain itu drama ini harus dipuji kerana mewujudkan kesedaran terhadap breast cancer. Kanser yang selama ini sinonim dengan wanita tapi dalam Jealousy penyakit kronik ini telah dikesan pada watak utama lelaki yang merupakan seorang pembaca berita di SBC. Perasaan takut terhadap kematian tapi dalam masa yang sama bimbang dipandang serong oleh masyarakat / pasangan hidup, keegoan seorang lelaki merupakan antara konflik yang timbul dalam drama ini dan dikupas dengan baik oleh pengarah.



2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)


Gong Hyo Jin memang tidak dinafikan hebat dalam membawa watak gadis naif yang sederhana dan kadangkala annoying tapi mampu menarik hati lelaki selepas didekati. Watak NaRi sememangnya menjadi penyinar dalam kehidupan kebanyakan watak dalam drama ini kerana beliau ibarat jambatan yang menjadi penghubung dalam setiap perhubungan. Gong Hyo Jin sememangnya berkebolehan mencipta chemistry yang baik dengan para pelakon dan berkeupayaan membuatkan para pelakon di sekeliling beliau menyinar.



Lakonan Jo Jung Suk sangat menjadi, superb ! Sangat suka bila pengarah menggunakan semua kebolehan Jo Jung Suk seperti menyanyi (scene menyanyi untuk NaRi ketika mabuk sangat sweet walaupun kelakar) dan menari (siapa boleh lupa wedding dance itu?). Semuanya dibawakan dengan begitu baik oleh Jo Jung Suk. Lelaki yang ego dan degil tapi berprinsip teguh, dalam masa yang sama kebudak-budakan dan kuat cemburu. Antara scene yang tidak dapat dilupakan ialah ketika HS yang diselaputi lumpur berjalan seorang diri sambil menangis, kemudian bengang bila ada seekor octopus melekat di badan beliau. Scene beremosi yang dibawakan dengan begitu sempurna. Selain itu babak yang tidak dapat dilupakan ialah ketika dipukul oleh ibunya kerana disangkakan merampas kekasih kawan baik namun HS terus sambung makan bun tanpa hati dan perasaan, sangat degil dan sangat comel !








Go Kyung Po juga dipuji kerana mampu memikat hati penonton dengan perwatakan yang penuh kesopanan dan kesusilaan. Terasa kesunyian dan kesedihan JW bila hidup dikongkong oleh ibunya sepanjang masa. Menjadi seorang anak yang baik bermaksud perlu melupakan impian untuk hidup dengan cara sendiri kerana setiap keputusan yang JW buat adalah untuk memastikan ibunya tidak terluka. Sehinggalah beliau bertemu NaRi yang akhirnya membuatkan hidup JW lebih ceria dan bahagia. Tapi kissing scene dengan NaRi nampak keras dan statik jadi perlu membuat latihan lagi.




Seorang lagi pelakon yang meninggalkan kesan biarpun scene time tidak banyak ialah Seo Ji Hye. Sangat cantik dan semua tindakan beliau adalah sangat cool dan tidak cliché. Scene hamburan maki hamun terhadap HS disampaikan dengan bersahaja dan penuh class!  

Pujian kepada semua watak-watak yang menjayakan drama ini sehingga membuatkan drama ini terasa hidup dan tidak asing dengan kehidupan penonton. Perubahan setiap karakter di sepanjang perjalanan drama ini sangat sempurna. Setiap watak membawa peranan masing-masing dengan baik, yang mana setiap mereka mempunyai kelemahan dan kekurangan dalam diri tapi berjaya mengatasi sehingga akhirnya memperolehi kebahagiaan yang dicari.

Nomination:
Gong HyoJin [Best Actress]
Jo JungSuk [Best Actor]
Go KyungPo [Best Supporting Actor]
Seo JiHye [Best Supporting Actress]

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

Jalan cerita menarik dan padat sepanjang 24 episod sehinggakan sukar untuk penonton skip sebarang episod kerana setiap satunya ada penarik yang tersendiri. Namun begitu episod di mana NaRi tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk memilih HS atau JW meninggalkan impak negatif terutamanya apabila mereka bertiga tinggal serumah. Scene ini dirasakan tidak perlu kerana menampakkan watak seperti tidak bermoral dan kesucian cinta seakan-akan tercalar. Sememangnya kedua-dua HS dan JW sangat-sangat menarik dengan cara tersendiri, boleh difahami kenapa NaRi tidak mudah untuk membuat keputusan namun scene tinggal serumah itu kurang sesuai.

Scene keseluruhan dirakamkan dengan cantik, Gong Hyo Jin nampak sangat cantik dalam drama ini dengan skin complexion yang flawless. Lighting yang bersesuaian membuatkan para pelakon nampak cantik sekali.




Scene romantik sangat sempurna, rasanya JoJung Suk seolah-olah a good kisser sebab setiap kissing scene tidak nampak kekok dan membuatkan hati penonton seperti melt inside terutamanya ciuman dalam bilik persalinan dan pastinya babak atas katil yang membuatkan Chi Yeul terpaksa menahan kesejukan sepanjang malam kikiki (is it hot in here?).
STOP. REWIND. REPLAY.




Nomination: Park Shin Woo [Best Director]

4. Skor muzik (4.5/5)

OST dalam drama ini memang sedap didengar. Terngiang-ngiang di telinga dan bersesuaian dengan setiap scene. OST banyak memainkan peranan penting dalam drama ini : menaikkan mood penonton dan menyentuh hati terutama scene yang sedih dan waktu-waktu HS bersendiri dan kelihatan sunyi. Banyak sangat lagu yang best sampai tak tahu nak nominate yang mana satu



Suran – Step Step [Nomination : Song of The Year]
Brothersu – Come To Me
Peanuts Butter – I See You
Kwon Jin Ah – Love Me Do




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)

Sebuah drama yang sememangnya bagus tapi kebarangkalian untuk tonton semula itu rendah sebab terlalu panjang drama sehingga mencecah 24 episod. Mungkin hanya tonton semula best moments. Tapi sememangnya akan rekomen drama ini kepada semua peminat kdrama untuk ditonton dan dijadikan koleksi.



No comments:

Post a Comment