Monday, 21 November 2016

On The Way To Airport_tuna


ON THE WAY TO AIRPORT

by tuna



Rating Keseluruhan Drama:  9.5 + 9 + 9.5   + 4   + 4.8 = (9.2 /10)

1. Cerita  (9.5/10)
 
Sekiranya anda mencari sesuatu yang lain dalam koleksi drama Korea, drama matang ini haruslah menjadi pilihan untuk tontonan. Sememangnya ia dinantikan tuna. Manakan tidak, ia memaparkan Malaysia sebagai sebahagian daripada lokasi drama ini dan berulang kali di sebut di dalam dialog lakonan.


Bagi yang berjiwa patriotik, pasti akan rasa teruja melihat bagaimana teknik penceritaannya berjaya memaparkan keindahan beberapa lokasi di Malaysia. Ia ditampilkan dengan sangat indah dan bersahaja.


Mengetengahkan isu hubungan kekeluargaan yang mulai pudar rasa cinta,  kasih sayang, hormat dan kepercayaan akibat sikap acuh tak acuh terhadap pasangan selain ego setiap individu.


Kisah dua buah keluarga yang ditemukan dalam satu insiden menyedihkan iaitu kematian.


Choi Soo Ah seorang pramugari Air Asia yang bersuamikan Capt. Park, juruterbang di syarikat penerbangan yang sama. Mereka mempunyai seorang anak Park Hyo Eun, yang sering ditinggalkan dan berpindah randah berikutan keengganan Capt Park untuk bersama keluarganya kerana ingin mengekalkan gaya hidup sebagai orang bujang.


Manakala Suh Do Woo, seorang arkitek beristerikan Hye Won serta mempunyai anak tiri bernama Annie. Annie dan Hyo Eun berkenalan di Malaysia kerana bersekolah di tempat yang sama. Malangnya Annie meninggal dunia akibat kemalangan di lapangan terbang sehingga membawa pertemuan Choi Soo Ah bersama Suh Do Woo.


Tanpa perlu mengetengahkan konflik melampau, drama ini lebih memaparkan perasaan paling dalam Choi Soo Ah serta Suh Do Woo berikutan pudarnya perasaan cinta, sayang, kepercayaan dan hormat terhadap pasangan masing-masing. Di luar sedar, kekosongan yang dirasakan itu diisi oleh orang lain secara perlahan-lahan.


Jalan cerita yang sangat berseni ini agak membosankan bagi mereka yang sukakan keterujaan dan hangatnya mainan cinta orang muda kerana ia tidak berlaku di dalam drama ini.


Anda tidak akan berjumpa scene kissing budak2 yang terlampau banyak – sikit-sikit nak terkiss konon kononnya (satu scene je kot… I am content. It is more than enough), kisah cinta orang kaya dan orang miskin serta semua hiperbola yang sering dipaparkan di dalam drama-drama hayalan Korea.


Setiap sudut metafora memaparkan hakikat sebuah kehidupan dan perasaan manusia paling dalam apabila jiwa menjadi kosong berikutan hilangnya sifat menghargai.

Hakikat sebuah kehidupan juga, kita tidak tahu bagaimana untuk menghargai seseorang sehingga ia sudah terlambat.


Sebuah drama yang harus anda tonton dengan penuh sabar dan teliti. Ia ditamatkan dengan perceraian Choi So Ah dan Su Doh Woo bersama pasangan masing-masing.  Sukar untuk tuna memberikan markah rendah buat cerita ini kerana ia lain dari yang lain serta tidak cliché. I am naturally satisfied.



2. Keberkesanan Lakonan (9/10)


Drama ini sangat mengujakan untuk ditonton. Meskipun lakonan kedua pemain utama ini bukanlah yang terbaik. Namun sememangnya watak-watak tersebut khas dibuat untuk mereka dan disampaikan dengan sangat baik dan hampir sempurna.


Ini mungkin disebabkan watak-watak yang ditampilkan adalah watak yang tiada aksi agresif, oleh itu kita akan merasakan bahawa lakonan mereka sangat biasa-biasa saja. Hakikat kehidupan, kita gemar kepada watak antagonis yang jahat dan garang.


Kim Ha Neul as Choi So Ah
Meskipun watak Choi Soo Ah di terjemahkan sebagai wanita yang lemah lembut, pasrah pada keadaan, KHN berjaya menyampaikannya dengan raut wajah dan tata bicara yang bersesuaian dengan scene dan dialog. Boleh merasakan peritnya jiwa menahan perasaan, boleh dilihat betapa sabarnya melayan kerenah ibu mertua serta suami yang mementingkan diri sendiri. Kita boleh rasakan betapa dia cintakan keluarganya tetapi takut untuk mengejar kegembiraan untuk diri sendiri.

Lee Sang Yoon as Su Doh Woo
Jejaka ini sebenarnya membuatkan tuna sentiasa berdebar-debar dengan pandangan matanya yang sangat longing. LSY berjaya membawakan watak seorang arkitek yang berjaya dengan memek wajahnya yang bersahaja. Blur dan penyayang. Tutur biacaranya sebiji sebiji dan jelas. Hasil didikan emaknya, watak Suh Do Woo sememangnya seorang yang sejuta kali tenang dan tidak pernah melenting. Keperitan jiwanya digambarkan melalui sedu sedannya di samping CSA sewaktu kematian ibunya. Kegelisahan dan kekosongan jiwa selepas perceraian dgn HW jelas terbayang di sebalik wajahnya yang kosong. Sememangnya watak ini khas milik dia. Tiada pelakon lain yang selayaknya boleh membawakan watak ini.



Yee Soo Jung as Ko Eun Hee  [Pencalonan Best Supporting Actress]
Mrs Ko merupakan watak yang sangat menjentik hati kecil tuna. Meskipun wataknya sangat sedikit hanya di beberapa episod awal, namun ia meninggalkan kesan paling dalam. Terbayang-bayang betapa lembut dan halusnya tutur bicara, pandangan mata, cara dia makan, cara dia jalan, cara dia berpakaian, sentuhan tangan dan sebutan dialog termasuk dialek ketika berbicara. I wish to meet Mrs Ko in person coz I ADORE HER!!!
Jika kita mengambil kira watak Mrs Ko ini, tidak hairanlah anaknya SDW memiliki tahap kesabaran setinggi langit ke tujuh serta tidak wujud sifat benci di dalam dirinya.


Shin Sung Rok as Captain Park
Watak Capt Park yang menjengkelkan memang sesuai sangat dengan jejaka ini. Watak seperti ini sudah menjadi mainan biasa untuk SSR. Sesuai sangat dengan memek wajahnya, tona suaranya dan gerak tubuhnya. Tuna sangat terkesan sewaktu beliau diserang penyakit claustraphobia dan merasakan dia sudah tidak boleh memiliki CSA. Namun begitu, watak beliau sepatutnya boleh dikembangkan dengan lebih baik bagi memberikan point lebih untuk SSR.


Choi Yeo Jin as Song Mi Jin
Song Mi Jin adalah rakan baik paling rapat dengan CSA. Wataknya biasa sahaja namun sisterhood yang kuat dapat menghapuskan kebencian/ketidakpercayaan CSA meskipun Mi Jin adalah bekas kekasih Capt Park dan sering menjadi kekasih gelap sewaktu di luar negara. Nothing special tentang watak ini tetapi sangat beruntung Mi Jin berkawan dengan CSA yang naif dan tak ada rasa benci.  

Tuna ingin mencalonkan LSY dan CSA tetapi di dalam pertandingan, kedua jenis watak ini tidak akan mampu menang jika bersaing dengan watak lain.

Pencalonan:
·         Yee Soo Jung  – Pencalonan Best Supporting Actress


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (9.5/10)

Bukan semata-mata kerana ia memaparkan Malaysia, tetapi Tuna sangat respect dengan cara director mengarah drama ini. Penggunaan teknik slow motion, sephia mode dan fade to grey sangat berjaya menyuntik elemen kenangan silam dan menjentik emosi paling dalam.


Ini drama yang sangat mengusik jiwa. Ia bukan saja dijayakan dengan sinematografi yang menarik namun setiap sudut pandang diambil kira seolah-olah kita menonton sebuah cerita tentang seni. Seni bangunan. Seni alam. Seni pekerjaan. Seni perjalanan. Seni rindu…. Argghhh…


Teknik pengarahan yang sangat menarik.


Ep 5: sewaktu CSA menuangkan wain ke gelas SDW seolah2 kita rasa SDW sedang membelai CSA.


Sewaktu rakan Ms Go datang melawat. Dialog dan dialek yg mereka gunakan sangat menarik. Scene ini sangat rapat dengan kita. Ia seperti babak dan perbualan harian yang tak pernah lari dalam kehidupan kita.


Pengarahan yang sangat teliti meskipun dengan sekecil-kecil props. Sebagai contoh, buku-buku Annie turut terselit buku bacaan berkaitan Malaysia memandangkan dia belajar di Malaysia.


Skrip juga sangat kuat. Tiada ayat yang meleweh dan berulang selain menyampaikan makna yang tepat.


Kelemahannya hanyalah sewaktu menamatkan drama ini. Ia dibuat dengan terlalu ringkas sehingga mengakibatkan kita rasa tak sempat nak berfikir. Namun begitu, tuna sangat berpuas hati dengan ending yang dipilih director.



4. Skor muzik (4/5)

Background muzik yang sangat menarik, serasi dengan plot, mood dan jalan. Kehebatan director menyusun muzik/lagu serasi dengan scene sangat berjaya menyuntik rasa dan ingatan terhadap setiap watak.


Di antara yang menarik:
  • Morra (모라) - Only You (On the Way to the Airport OST Part.1)  - Pencalonan Lagu Popular
  • But Still Can I? by leeSA (리싸) – On the Way to the Airport OST Part. 2 – lagu ni buat kita terbayang kehidupan yang indah entah di mana
  • 공항 가는 길 OST Part 3 / On the Way to the Airport OST Part 3 Artist: Han Hee Joon (한희준) – lagu ni merentap tangkai hati


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.8/5)

Drama ini menarik minat tuna untuk menonton semula. Tuna nak ulang part SDW dan CSA. Serta babak yang melibatkan Ms Go. Menarik sangat.

No comments:

Post a Comment