Wednesday, 16 November 2016

Scarlet Heart:Ryeo_manganini



REVIEW DRAMA SCARLET HEART: RYEO
by manganini 

 



Rating Keseluruhan Drama:  (7/10)


1. Cerita  (7.5/10)
- Go Ha Jin, seorang gadis dari zaman moden menjelajah masa ke zaman silam. Seperti sudah ditakdirkan, kehidupan Go Ha Jin sebagai Hae Soo di istana Goryeo memaksa dirinya terperangkap antara cinta, persahabatan dan perebutan takhta di kalangan putera raja.

- Olahan kreatif dari sejarah sebenar, kisah seperti ini menarik minat saya untuk menonton. Selain kisah cinta yg menjadi penyeri cerita, melalui drama ini juga saya tertarik utk memahami bagaimana 'power struggles' berlaku di kalangan waris2 diraja, dan betapa pengorbanan perlu dilakukan oleh seorang raja untuk meneguhkan kedudukannya di atas takhta

- Separuh pertama cerita agak perlahan namun tidaklah terlalu membosankan apabila diterapkan unsur2 humor, romantik, persahabatan dan persaudaraan antara Hae Soo dan putera2 raja. Sesetengah adegan dilakukan secara agak berlebihan (contoh: Hae Soo menyanyi di harijadi Putera Wang Eun, Hae Soo mengejar Wang So sehingga ke dalam hutan dll) sekaligus menjadikannya seperti kurang lojik lalu menjejaskan jalan cerita yg sedia ada

- Plot lebih berkembang di pertengahan cerita apabila unsur2 suspen, dendam dan persengketaan diketengahkan. Klimaks juga cukup mendebarkan  apabila putera ketiga, Wang Yo membuat percubaan untuk merampas takhta seterusnya diikuti persengketaan demi persengketaan yg menyaksikan satu demi satu nyawa terkorban

- Drama ini diakhiri dgn 'sad ending' apabila hampir semua watak utama dimatikan, manakala watak yg tinggal akhirnya kesepian membawa haluan masing2. Walaubagaimanapun saya masih berpuas hati dgn pengakhiran drama ini kerana setiap watak punya penutup yg jelas


2. Keberkesanan Lakonan (6/10)
- Selain lakonan Lee Jun Ki (Wang So) dan Kang Ha Neul (Wang Wook), keberkesanan lakonan pelakon2 lain adalah sederhana sahaja malah ada antara mereka yg ketara rendah mutu lakonannya

IU (Go Ha Jin/Hae Soo)
- Kurang penghayatan dalam watak. Lakonan IU secara teknikalnya baik tetapi IU belum berjaya meletakkan dirinya 100% dalam watak Hae Soo. Seperti ada sesuatu yg kurang pada kali ini, lakonan IU melalui drama2nya yg lain kelihatan lebih baik

Lee Jun Ki (Wang So) *pencalonan Best Actor
- Lakonan yg sangat baik. Mampu mempamerkan watak Wang So yg gagah, berani dan penuh kelakian. Dalam masa yg sama LJK juga berjaya menjiwai emosi Wang So yg 'self-conscious' dgn parut di muka serta perasaan seorang anak yg dibuang oleh ibunya sendiri

Kang Ha Neul (Wang Wook) *pencalonan Best Supporting Actor
- Terbiasa dgn lakonan KHN sebagai lelaki yang budiman (ie. Heirs), saya merasa terkejut dan juga gembira melihat transformasi lakonan KHN pada kali ini sebagai watak antagonis
- Watak Wang Wook juga dikupas dgn baik melalui drama ini. Pada saya ia watak yg menarik yg penuh dgn konflik dalaman. Dari seorang suami yg baik dan setia, Wang Wook tidak dapat menipu dirinya sendiri apabila jatuh cinta kepada Hae Soo; dan di pertengahan cerita, watak ini terus berkembang apabila Wang Wook memilih untuk menikam belakang saudaranya sendiri sehingga menjurus kepada kematian saudara kandungnya iaitu Wang Eun. Juga digambarkan sebagai watak yang bijak, pandai merancang tetapi terlalu berhati-hati, Wang Wook akhirnya terlepas segala yg dikejarnya. Semua ini berjaya diterjemahkan oleh KHN melalui gaya lakonan yg sederhana (simple and sweet) tapi tetap meninggalkan kesan di hati

Lain-lain:

Hong Jong Hyun (Wang Yo) - lakonan yang baik dan seharusnya dicabar dgn watak yg lebih berat di masa akan datang

Nam Joo Hyuk (Wang Baek Ah) & Ji Soo (Wang Jung) - lakonan agak kurang natural namun tidak mecacatkan keseluruhan cerita

EXO Baek Hyun (Wang Eun) & SNSD Seo Hyun (Woo Hee) - lakonan sangat tidak natural. Walaubagaimanapun, lakonan Baek Hyun menunjukkan peningkatan di pertengahan cerita


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)
- Pemilihan tempat, pencerahan yg sesuai dan sinematografi yg hebat menambah daya tarikan drama ini
- Proses editing tidak begitu kemas malah terdapat 'loopholes' yg ketara yg menjejaskan pemahaman cerita


4. Skor muzik (4.5/5)
- Instrumental yg dimainkan semasa scene kematian amat menyentuh hati. Instrumental2 lain juga hampir kesemuanya sesuai dgn adegan yg dipaparkan kecuali segelintir kecil pilihan lagu yg kedengaran terlalu moden untuk sebuah drama sageuk

- Hampir semua lagu OST merupakan favourite saya. Pencalonan lagu popular:

  • All With You - SNSD Taeyeon
  • My Love - Lee Hi
  • A Lot Like Love - Baek Ah Yeon
  • For You - EXO Chen, Baekhyun & Xiumin

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
- Plot yg berat mengurangkan minat untuk menonton berulang kali tetapi boleh dipertimbangkan untuk tontonan semula

No comments:

Post a Comment