Tuesday, 13 December 2016

K2_nandikar

K2

oleh nandikar


CERITA (10/10)

K2 adalah nama kod panggilan untuk bekas tentera Kim Je Ha (Ji Chang Wook). Selepas berada di tempat yang salah pada waktu yang salah, Je Ha berjuang untuk memastikan tiada siapa dapat mengganggunya lagi. Tetapi apabila dia menyelamatkan orang yang patut dia bunuh, dia mendapati dirinya berhadapan dengan pelbagai helah, antara takdir ataupun cinta yang naif.

Pada mulanya, K2 mempunyai jalan cerita yang hebat dan menarik. Ia penuh dengan adegan yang penuh suspens, krisis dan mendebarkan. Ianya berkaitan dengan perilaku watak antagonis, terutamanya Choi Yoo Jin (Song Yoon A). Juga, sebahagian besar daripada jalan ceritanya mempunyai kaitan dengan pelbagai konfliks yang merumitkan. Setiap watak utama mempunyai konflik tersendiri dan berkait antara satu sama lain. Saya memuji bagaimana penulis dapat menyimpulkan konfliks dalam 16 episod yang singkat.

Penulis berjaya mengembangkan watak-watak ceritanya. Bukan sahaja Je Ha tetapi juga Yoo Jin dan Go An Na (Yoona) mempunyai kekuatan motif di belakang mereka.


KEBERKESANAN LAKONAN (9/10)

Ji Chang Wook [BEST ACTOR]
Ji Chang Wook memberi kita gambaran karakter pengawal yang 'badass' , sedap dan mempunyai senyuman yang memikat hati sesapa sahaja.  Saya mendapati watak sebagai jambatan yang menyimpulkan segala-galanya, yang mana dia adalah K2.
Je Ha bukan sahaja melindungi seseorang secara fizikal, malah dia juga melakukannya dengan emosi, seperti mana dia menjaga keaiban dan maruah Choi Yi Jin di saat-saat akhir. Je Ha dan An Na (Ji Chang Wook dan Yonna) merupakan gandingan yang serasi dan kedua-dua watak mereka adalah 'naif' dari erti kata lain 'innocent'.

Song Yun Ah [BEST ACTRESS]
Saya tidak pernah melihat apa-apa watak penjahat wanita yang kuat dalam drama sebelum ini; ia biasanya penjahat lelaki. Tetapi saya boleh katakan Song Yoon A mempamerkan seni lakonannya hebat dan 'crafty' dengan cara tersendiri, sehingga merasakan seperti dia adalah watak utama cerita, ya memang betul pun watak utama. Saya begitu tertarik seolah-olah cerita ni miliknya sahaja.

ASPEK TEKNIKAL (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9.5/10)

Pengarah menjalankan tugas dengan cemerlang yakni dia membentangkan kita dengan pemandangan yang indah dan menyediakan 'setting' dengan baik. Segalanya logik, dan membantu cerita bergerak dengan baik akhirnya meninggalkan penonton dengan kenangan yang manis.

Secara sinematografinya , reka bentuk sekitarnya adalah sangat cantik dan terancang. Sekali lagi, unsur "Mirror/Cermin" adalah sesuatu yang anda hanya akan terpandang dalam filem-filem bajet besar sains fiksyen , sekurang-kurangnya idea disebaliknya.

Runut bunyinya juga agak bagus membuatkan anda terbuai-buai dengan drama. Instrumental bergerak seiring dengan ketegangan drama.

Mari ucapkan tahniah pada kreografi yang mempamerkan aksi-aksi berkesan mempertahankan diri yang digayakan Ji Chang Wook! Adegan lawan adalah sebuah karya seni. Nasib baik bukan semua babak aksi ada dalam lif sahaja, kerana saya fikirkan aksi berlawanan dalam lif menampakkan kecacatan dalam kamera. Dengan psikologi yang dimainkan berserta dengan elemen pergaduhan dan aksi berlawanan menjadikan drama ini sangat kritikal pada sesuatu babak penting.

Saya dapat merasakan sesuatu agak menjengkelkan apabila kamera digoyangkan. Tetapi penyuntingan dan klimaks sudah cukup menutupkan kelemahan itu.

SKOR MUZIK (5/5)

1. Yoona - Amacing Grace”
2. Kim Bo Hyung - Today

KEBERANGKALIAN UNTUK TONTONAN SEMULA (5/5)

Hebat.

No comments:

Post a Comment