Tuesday, 13 December 2016

My Wife Is Having An Affair This Week_wima

My Wife Is Having An Affair This Week

oleh wima



Rating Keseluruhan Drama:  (8.25/10)

1. Cerita  (9/10)

Sinopsis : Mengisahkan tentang Do Hyun Woo ( Lee Sun Gyun ) yg mempunyai kerjaya yg stabil sebagai pd dan seorang isteri yg berkerjaya dan seorang anak lelaki. Dia secara tidak sengaja menyedari bahawa isterinya mempunyai skandal dgn lelaki lain melalui sms yg di baca dr handphone isterinya. Dia yg ingin menyelamatkan rumahtangganya telah bertindak membincangkan perkara ini dengan bercerita tentang masalahnya di media sosial.

 Cerita ini membawa tema yg agak berat iaitu masalah curang di antara pasangan masing-masing namun dlm drama ini mendedahkan tentang kecurangan isteri. Antara sebab-sebab drama ini menarik utk di tonton ialah :
Walaupun tema berat, tetapi pengarah mewujudkan suasana dan scene2 komedi yg seimbang dgn jalan cerita.
Kewujudan watak2 supporting seperti pd ahn, writer kwon, lawyer choi yg juga mempunyai kisah rumahtangga masing2.
Watak2 kecil seperti pengomen2 di media sosial juga memainkan peranan di mana kesemuanya mempunyai kisah dan karakter masing2 yg unik.

Bg sy, setiap scene2 dlm drama ni menarik dan sepanjang tgk mmg xde rs bosan...sentiasa rs teruja utk tonton episod yg seterusnya..jalan cerita pun agak teratur dan laju. Yg paling penting sy memang sgt terhibur dgn komedi dan unsur saspen dlm drama ni. Maybe ramai yg tak berkenan nk layan drama curang tp  mmg rekemen sgt drama ni sbb bg sy mmg best lgpun drama ni cuma 12 episod..

Bagi saya sedikit kelainan dlm drama ni ialah tiada scene kiss antara watak2 utama dlm drama ni..babak2 romantis dan sweet ditunjukkan secara sederhana sahaja. Walaupun selama ini saya tidaklah begitu teruja utk menonton scene kiss yg kadangkala ditonjolkan agak cheesy dlm drama2 yg lain tp dlm drama ini terasa mcm kosong dan tidak lengkap pula. Namun begitu, saya sangatlah terhibur dgn perkembangan hubungan percintaan antara watak second lead dlm drama ini..cute sangat bile dorg sentiasa bergaduh but end up something happen then dorg akhirnya together.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)

Lee Sun Kyun ( Do Hyun Woo)

Feel sbg seorg suami yg tertekan dan serabut dgn kecurangan seorang isteri berjaya sampai kpd penonton. Saya suka melihat chemistry yg baik antara do hyun woo dan anak beliau do joon soo.

Secara personal, saya mmg meminati lakonan lee sung gyun..saya amat bersimpati dgn watak ini dan juga terhibur dgn sisi komedi yg ditonjolkan.

Song Ji Hyo ( Jung Soo Yeon )

Pada mulanya agak susah menerima lakonan ji hyo sbb sy selalu menonton ji hyo dlm running man di mana dia menjadi diri dia sendiri tanpa perlu control cantik.

Lakonan agak sederhana kerana saya rasa ji hyo selalu bercakap sambil tersenyum2 dlm drama ini tp x dinafikan ji hyo berjaya apabila dlm keadaan marah dan sedih. Feel tersebut sampai dan saya akhirnya berjaya menerima lakonan jihyo sampai ke penghujung drama dgn baik.

Lee Sang Yeob ( Ahn Joon Young ) Best Supporting Actor

Antara sbb saya menonton drama ini adalah kerana meminati sang yeob yg menjadi watak sampingan sbg psycho killer dlm drama signal.

Watak joon young dlm drama ni adalah seorang yg playful dan ceria dan agak kepoh di mana sangat kontra dgn watak psycho yg pernah dia bawa dlm signal. Saya sangat sukakan watak joon young kerana sgt selamba, kelakar dan bersahaja.

Chemistry dgn boa yg membawa watak writer kwon juga sangatla baik. Pendek kata saya sangat sukakan pasangan ini dan sentiasa ternanti2 kemunculan babak2 yg melibatkan mereka.

Juga ditonjolkan bromance antara watak do hyun woo, joon young dan yoon ki yg sangat menghiburkan utk ditonton.

Boa ( Kwon Bo Young ) Best Supporting Actress

Pertama kali melihat boa berlakon saya sangat kagum kerana tidak nampak boa yg glamer sbg penyanyi yg lincah. Penampilan boa dlm drama ini nmpk biasa2 tanpa make up yg tebal atau dressing glamer.

Watak boa sebagai writer dan juga org kanan kpd pd do berjaya di bawa dgn baik dan bersahaja.

Chemistry boa dgn pelakon2 lain juga sgt baik. Saya meminati lakonan beliau dlm drama ini sekaligus mencalonkan boa utk watak best supporting actress.

Kim Hee Won ( Choi Yoon Ki )

Saya terpanggil utk mengulas watak ini kerana watak ini sangat annoyying bg saya kerana choi yoon ki adalah seorang lawyer penceraian dan juga suami yg curang dan kaki perempuan.

Watak ini berjaya dibawa dgn baik oleh kim hee won kerana terus terang saya agak menyampah dgn yoon ki kerana babak2 melibatkan yoon ki biasanya ialah babak2 intim iaitu berciuman dan berpelukan dgn wanita lain di luar pengetahuan isterinya. Memang banyak babak2 berciuman kerana watak yoonki seorang kaki perempuan yg tegar...hihi

Pencalonan
Lee Sang Yeob - Best Supporting Actor
Boa - Best Supporting Actress

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)


Elemen seperti montaj dan suara latar dipaparkan dgn baik. Mmg byk diselitkan adegan melibatkan hanya suara latar kerana dlm drama ini, watak do hyun woo byk berkomunikasi dgn pengomen2 di media sosial tempat hyun woo meluahkan masalah rumahtangganya. Jadi, byk penggunaan paparan icon2 dan screen komputer yg ditonjolkan.

Proses editing juga agak tersusun dan kemas. Scene2 juga bergerak dgn laju seiring dgn jalan cerita drama. Instrumental juga kena dengan adegan2 dlm drama di mana kebanyakannya mmg fit the situation.
  
4. Skor muzik (4/5)

Pemilihan lagu2 ost adalah sgt memarik dan bersesuaian dgn jalan cerita drama. Saya secara personally sangat suka dgn lagu ost dendangan Urban Zakapa.
Antara lagu ost yg menarik dalam drama ini
I Don't Love You - Urban Zakapa
If We - Park Won
Mistake - Park Won

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)


Saya tidak keberatan utk menonton semula drama ini kerana bagi saya drama ini mempunyai byk scene2 yg menarik dan tidak bosan utk ditonton disamping komedi2 yg sangat menghiburkan.

* mintak ampun dan maaf atas bahasa yang tunggang langgang yer...sedaya upaya iols cuba sampaikan review sebaik mungkin..sesape yg belum tgk, sila la tonton uols...

No comments:

Post a Comment