Monday, 20 March 2017

Voice_daus



VOICE

oleh daus






Rating Keseluruhan Drama:  (7.6+7.8+8.3+3.7+3) =31/4=7.60)


Kritik Keseluruhan: "Suara menjadi paksi kepada dalam pengecaman identiti seseorang. Daripada suara, terbentuknya keazaman untuk menegakkan suatu keadilan dan memperbetulkan kepincangan. Voice padat dengan aksi yang suspens dalam menunjukkan betapa kejamnya sesuatu pembunuhan dilakukan, tapi lemah dalam menyimpulkan tema suara ini untuk diterima sebagai sesuatu seni yang puas. Namun, karisma lakonan umumnya, Kim Jae Wook yang terserlah sebagai seorang disembunyikan identitinya tetapi muncul sebagai pembunuh psikopath yang sadis kemudiannya sememangnya antara sesuatu harus dipuji selain gaya pengarahan yang mengekalkan elemen suspens sepanjang bercerita."

1. Cerita  (7.6/10)
Voice tidak merumitkan kerana jalan ceritanya "direct-to-the-point". Setiap sesuatu diperjelaskan motif dan dasarnya, walaupun terdapat sedikit kelonggaran munasabah dalam mentakrifkan logistik di sebalik peristiwa.

Berbekal dengan bakat mengecam identiti manusia melalui 'patern' suara dimilikinya, detektif kang kwon joo berazam untuk menyelongkar identiti si sebalik suspek kejam yang membunuh bapaknya, yang turut sama menjadi mangsa, isteri kepada seorang detektif, Moo Jin Hyuk bekerja di unit kriminal. Motif dan profil lengkap berkenaan suspek dipelajari satu persatu, manakala susulan kes-kes kecemasan membawa mereka lebih dekat dengan pengecaman suspek. Suspek yang diketahui setakat ini, adalah seseorang yang cuba disembunyikan kerana statusnya yang tinggi.

Akhirnya, mungkin kerana keyakinan tahap maksima dimiliki suspek, Mo Tae Gu, dia sendiri mendedahkan identitinya di hadapan mereka. (Ironinya, suspek mengetahui keistimewaan dimiliki Def. Kang kwon ju, tapi tetap mengadap risiko turun padang walaupun setelah orang kanannya terbunuh). Penjelasannya kerana Moo Tae Gu sukakan permainan, tetapi tidak nampak pertalian dan keseragaman terhadap jalan cerita yang cuba menyembunyikannya selagi boleh. Kejatuhan syarikat yang berkait dengan kejatuhan Moo Tae Gu juga tidak disimpulkan dengan baik, malah dilakukan tergesa-gesa

Kelemahan lain adalah susulan kes tak berapa mengaitkan dengan Moo Tae Gu walaupun cuba dikaitkan, tidak seperti naskah hebat suspens drama 'Signal' yang mampu menterjemahkan "hint" tepat di sebalik setiap kes.

Apa yang kita tahu, penulis menjelaskan motif disebalik pembunuhan isteri Moo Jin Hyuk, seperti juga mangsa-mangsa lain, yang membawa kepada 'profiling' suspek yang kita fahami, akan terus membunuh jika dirasa identitinya terbongkar.

Apapun, ia nukilan drama yang menghiburkan.
                                     
2. Keberkesanan Lakonan (7.8/10)
Keseluruhan, tiada masalah daripada segi lakonan tetapi kekuatan watak yang diperuntukkan tak cukup untuk dilayakkan sebagai pencalonan.

Lee Ha Naa
Lee Ha Naa sebagai def. Kang Kwon Ju berjaya menonjolkan ketabahan dan desperasi untuk melakukan perubahan. Riak mukanya jelas seorang tak sabar tapi agak ketat dalam emosi.

Jang Hyuk
Agak kecewa, kerana Jang Hyuk dikenali seorang yang berkarisma dalam mempamerkan watak yang sang berkesan. Ianya tak berbeza dengan lakonan yang dikecapinya dalam drama Fated To Love You. Kebergantungannya kepada Lee Ha Naan menjadikannya wataknya sedikit menjengkelkan.

Kim Jae Wook - Pencalonan [Best Supporting Actor]
Membawa watak sebagai pembunuh bersiri yang mempunyai 'patern' tersendiri bukan sesuatu yang mudah.  Kim JaeWook sebagai Moo Tae Gu menampakkan seolah-olah dia seseorang yang tak boleh dikawal , juga seorang sadistik.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.3/10)



Pengarah tidak transparen dalam menonjolkan 'kejamnya' sesuatu pembunuhan itu terjadi walaupun dihadkan dengan keadaan kusam dan gelap. Apapun ianya sesuatu yang dipuji. Tapi, pengarah tak cukup berhati-hati menghimpunkan adegan-adegan tersebut dalam plot menjadikannya kelihatan kurang logik kerana terlalu fokus pada suspens.

4. Skor muzik (3.7/5)

Tidak dinafikan, skor muzik instrumental banyak membantu menaikkan sentimental drama ini. Ianya bergerak seiring dengan drama.
Pencalonan untuk Best original Score.

Selain daripada itu, OST Yuna Kim juga menghantui perasaan penonton dan sesuai dijadikan tema.




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
Bolehlah dipertimbangkan untuk ditonton semula kelak.

Rating Keseluruhan Drama: (7.6+7.8+8.3+3.7+3) =31/4=7.60)
Nomination: Kim Jae Wook

No comments:

Post a Comment