Monday, 3 April 2017

Chief Kim_daus

CHIEF KIM

oleh daus





Rating Keseluruhan Drama:  (8.8+9.0+7.8+2.0+4.5) =32.1/4=8.03)


Kritik Keseluruhan: "Chief Kim bukan saja utuh dari gugusan perancangannya, tetapi juga mampan dari perkembangan watak sehingga ke tahap interaksinya sesama lain menjadikannya suatu naskah yang sangat puas untuk ditonton sekurang-kurangnya dari nahu komedi slapstiknya yang mengujakan hasil gandingan berkesan Nam Goong Min, Jun Ho, Dong Ha dan sekumpulan yang lain"

1. Cerita  (8.8/10)
Sebuah drama yang menghiburkan. Menariknya, drama ini tidak meng'clinch' kan minda dengan hubungan percintaan, tapi mendasarkan pada hubungan setiakawan sepasukan Operasi Perniagaan ,"Business Operation" dalam membantu misi ketua mereka bagi menggagalkan segala rancangan pengerusi syarikat TQ yang menindas pekerja-pekerja bawahannya. Satu persatu misi dijayakan dengan cara 'kampung' oleh Chief Kim Seong Ryeong bagi menumpaskan pihak atasan  yang cuba menutup salah saku mereka sehingga menyebabkan prestasi syarikat merundum.
Rancangan-rancangan yang sukar dijangka daripada Chief Kim menjadikan drama ini agak suspens walaupun diterjemahkan dalam nahu komedi. Setiap plot digarap dengan agak berkesan walaupun terdapat sedikit kecacatan dari segi logik, namun ianya tidak menghalang kebantutan menyaksikan drama saban minggu.

Penulis juga berjaya mengembangkan beberapa watak dengan baik dan berkesan. Seharusnya pujian diberikan pada 'identiti' Kim Seong ryeong yang ternyata unik dengan gaya tersendiri serta watak Park Myeong Sok yang dikembangkan daripada seorang yang tak berguna pada awalnya menjadi orang yang banyak membantu menjayakan misi Chief Kim. Tidak lupa juga bagaimana penulis berjaya mentransformasikan karakter Seol Yol  yang 'perfectionist' dan lawan yang menggerunkan pada asalnya, kepada seorang yang akhirnya akur dengan kelemahan sendiri dan mula memahami orang lain.
                                     
2. Keberkesanan Lakonan (9.0/10)
Keseluruhan, lakonan yang hebat dalam menjayakan watak masing-masing. Tidak terhad pada pelakon yang membawa watak pekerja syarikat, malah mak cik pembersih tandas juga harus dipuji.



Nam Goong Min - Pencalonan [Best Actor]
Melihat Nam Goong Min sebagai Chief Kim ibarat seperti melihat Johnny Depp melakonkan lanun Jack Sparrow dengan gaya tersendiri. Kendatipun Chief Kim kelihatan 'mengjengkelkan' kerana terlalu banyak songeh dan terlalu vokal, sedikitpun tidak menafikan ketrampilan lakonan yang penuh berkarisma daripada Nam Goong Min. Boleh dikatakan ini lakonan terbaik beliau setakat ini!

Jun Ho

Ianya tak mudah membawakan watak perfectionist Seol Yol yang dibenci tetapi juga disayangi. Namun, kelemahan pada aktor ini adalah, pada lirik mata dan mimik muka yang sedikit 'stagnant' mengikut emosi yang ditonjolkan. Lakonan yang pertama kali ini boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Dong Ha- Pencalonan [Best Supporting Actor]

Siapa yang tak kenal Myeong Sok , memang sah tak menghayati drama ini. Aksi yang ditonjolkan pelakon ini bukan saja mencuri adegan, tetapi juga hampir menenggelamkan watak pembantu lain. Dong Ha menggayakan Myeong Sok sebagai seorang yang seakan-akan takut dengan Chief Kim, tetapi tetap jugak melakukan onar bagi memuaskan hatinya. Dalam hati kecilnya, dia hormat Chief Kim melebihi yang lain. Lakonan yang tampak abstrak dari  'substance' tetapi sarat dengan komedi ditunjukkan.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.8/10)

Tiada keistimewaan sangat dapat diolahkan daripada aspek teknikal. Namun, pengarah boleh dipuji dalam menggerakkan drama menjadi suatu drama 'aksi' yang diterjemahkan dalam bentuk 'perancangan' sehingga menghasilkan 'suspens', dan mentertawakan kita pada penghujungnya. Suntingan juga kemas dan tidak cacat. Selingan komik sangat menaikkan semangat menyaksikan 'karikatur' penyiasatan dan perancangan oleh detektif merangkap akauntan bagi menjayakan misinya.
Sinematografi agak lemah kerana kedudukan tempat yang agak terhad.

4. Skor muzik (2/5)

Lagu tema yang paling diingati sebab dimainkan tatkala misi Chief Kim berjaya dilaksanakan. Tetapi, saya tak mencalonkannya.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
Bolehlah dipertimbangkan untuk ditonton semula kelak.

Rating Keseluruhan Drama: (8.8+9.0+7.8+2.0+4.5) =32.1/4=8.03)
Nomination: Nam Goong Min, Dong Ha

No comments:

Post a Comment