Wednesday, 5 April 2017

Missing 9_irienad

Missing 9

oleh irie^nad


Rating Keseluruhan Drama: (7.0 + 7.0+ 7.0 + 2.0 + 1.0 = 24.0/4 = 6.0)

KRITIKAN: Suratan atau kebetulan? Seakan-akan bersetuju dengan tajuknya, banyak elemen yang ‘hilang’ daripada drama ini. Daripada penceritaan yang tidak konsisten kepada pembaziran bakat lakonan para pemainnya, “Missing 9”gagal menjawab beberapa persoalan besar yang menghantui penonton di sebalik usaha murni untuk mempersembahkan satu genre baru dalam dunia drama Korea.

Cerita (7/10)
“Missing 9” mengisahkan tentang sekumpulan artis dan staf “Legend Entertainment” yang terperangkap di sebuah pulau terpencil setelah kapal terbang peribadi yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah konsert antarabangsa. Empat bulan selepas kejadian tersebut, secaratiba-tiba muncul seorang mangsa yang terselamat dan menjadi satu-satunya individuyang mempunyai kunci bagi merungkai segala misteri yang berlaku di atas pulauitu.

Pada asasnya, “Missing 9” mempunyai idea yang menarik dan jarang diketengahkan dalam kebanyakan drama Korea lain.Sayangnya, penceritaan drama ini tidak konsisten dan membuatkan penulis keliru tentanggenre sebenar drama ini. Drama ini bermula baik dengan mendedahkan satu-satunya mangsa nahas yang terselamat, iaitu RA Bong-hee (lakonan BAEK Jin-hee) yangterdampar di sebuah pulau dalam keadaan lemah dan tidak terurus. Secara automatik,ini menjentik rasa ingin tahu penonton bagi mengetahui jawapan kepada pelbagai persoalan: Kenapakah hanya Bong-hee yang terselamat? Apakah yang berlaku kepadaorang lain? Adakah drama ini hanya akan menunjukkan ‘flashback’ tentang apayang berlaku di pulau tersebut?

Dalam beberapa episod awal, drama ini menceritakan bagaimana sembilan orang mangsa nahas tersebut cuba untuk menyesuaikan diri bagi meneruskan kelangsungan hidup di pulau tidak berpenghuni itu. Nada drama ini bermula agak ringan, disuntik dengan elemen-elemen komedi yang berpatutan. Namun, bermula episod 5, penonton mula disajikan dengan siri pembunuhan yang dilakukan oleh CHOITae-ho (lakonan CHOI Tae-joon) di pulau tersebut dan sedikit demi sedikit, iaturut merungkai rahsia pembunuhan seorang komposer “Legend Entertainment” yang berlaku beberapa tahun sebelum itu. SEO Joon-oh (lakonan Jung Kyung Ho), seorangartis “Legend Entertainment” yang suam-suam kuku, menjadi suspek utama dalamkesemua kes tersebut. Transisi genre ini pada awalnya berlaku dengan agak kemas. Namun sayangnya, momentum yang ditunjukkan pada beberapa episod awal drama inigagal diteruskan. Kegagalan ini agak ketara terutamanya bermula episod 12 dalamusaha Joon-oh untuk membuktikan kepada masyarakat yang semua tuduhan inimerupakan komplot jahat Tae-ho dan pengurusan tertinggi “Legend Entertainment”.

Keberkesanan Lakonan (7/10)


Secara peribadi, penulis merasakan drama ini telah membazirkan bakat ramai pelakon hebat kerana tidak berupaya untuk membentuk perkembangan watak yang baik disebabkan kelemahan skrip dan plot. Hanya CHOI Tae-joon yang berjaya menunjukkan lakonan yang berbeza daripada watak yang sering dibawa oleh beliau sebelum ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan watak CHOITae-Ho ini merupakan ‘breakthough’ untuk CHOI Tae-joon dalam mempamerkan dimensi lakonan yang lebih luas sebagai watak psiko. Bakat pelakon lain seperti JUNG Kyung-Ho dan  OH Jung-se pula gagal dimanfaatkan secara maksima.

Aspek Teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan dansinematografi) (7/10)
Antara kelemahan paling besar drama ini ialah kegagalan lakon layarnya. Terutamanya menuju suku terakhir drama dalam usaha Joon-oh untuk membersihkan nama beliau, penonton banyak disajikan dengan plot-plot tidak penting yang tidak memberi banyak kesan kepada penceritaan. Penulis skrip mungkin cuba untuk mencipta keseimbangan selepas siri pembunuhan ngeri oleh Tae-ho, namun ia tidak dipersembahkan dengan kemas dan seolah-olah membunuh momentum penonton. Walaubagaimanapun, masih terdapat babak-babak kelakar yang mencuit hati penulis dan mencipta‘comic relief’ buat seketika. Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang tidak logik yang sedikit sebanyak mungkin mencacatkan keseluruhanpenceritaan drama ini.



Dari segi teknik pengarahan dan suntingan, pujian harus diberikan kerana drama ini berjaya menunjukkan penceritaan masa sekarang (“current”)dan masa lepas (“flashback”) dengan agak berkesan dan tidak mengganggu pemahaman penonton. Drama ini turut memaparkan sinematografi yang agak menarik,terutamanya ketika babak di pulau. Peliknya, penulis merasakan nada drama ini (terutamanya dari segi warna gambar) tidak begitu sekata. Ada ketikanya, keseluruhan warnadrama ini begitu menonjol dengan warna pakaian dan sinematografi yang memukau. Malah,pakaian setiap watak mempunyai “signature color” yang tersendiri sesuai dengan sifat mereka. Namun pada babak lain, keseluruhan pelakon hanya memakai satu ton warna pakaian sahaja (iaitu “beige”), terutamanya di awal drama. Penulis merasakan ada maksud tersirat di sebalik pemilihan warna ini, namun mungkin gagal diterjemahkan dengan kemas oleh penulis skrip.

Skor Muzik (2/5)
Tidak banyak skor muzik dipersembahkan sepanjang drama ini. Hanya terdapat satu skor yang diingati oleh penulis kerana alunan instrumen ‘string’nyasesuai dengan suasana di atas pulau tersebut.

Kebarangkalian untuk tontonan semula (1/5)
Hampir kosong. Penulis mungkin hanya akan menonton semulababak-babak comel interaksi antara Joon-oh dan Bong-hee sahaja.

No comments:

Post a Comment