Tuesday, 18 April 2017

Strong Woman Do Bong Soon_daus

STRONG WOMAN DO BONG SOON

oleh daus






Rating Keseluruhan Drama:  (5.7+7.5+7.1+2.5+2.7) =25.5/4=6.38)


Kritik Keseluruhan: "Strong Woman Do Bong Soon terlalu ringan dengan idea yang sangat longgar yakni pelaksanaan plot agak lemah dan meleretkan. Percantuman genre 'thriller', komedi dan sindiran agak tak menjadi selebihnya hanya sekadar gelakan kosong. Kelebihannya hanya terletak pada interaksi pelakonnya dalam menunjukkan keserasian bersama dan juga aksi komedi ditunjukkan pelakon pembantu seperti Kim Won Hae"

1. Cerita  (5.7/10)
Strong Woman Dong Bong Soon menceritakan tentang keistimewaan yang dimiliki wanita-wanita daripada keturunan Do Bong Soon iaitu mereka akan menjadi gagah perkasa walaupun tubuh mereka kecil dan ramping. Mereka mesti menggunakan kekuatan tersebut untuk membantu mereka yang lemah dan memerlukan perlindungan. Jika disalahgunakan pada mereka tak berkenaan dan tak berlandaskan pada niat yang betul, dia akan kehilangan keistimewaan tersebut selama-lamanya.

Atas sebab ini, do bong soon telah digajikan oleh majikannya, Ahn Min Hyuk iaitu pemilik Ainsoft yang berteraskan kepada permainan digital untuk melindunginya daripada ancaman musuh. Lama-kelamaan, Ahn Min Hyuk jatuh cinta terhadap Bong Soon kerana baginya, bong soon bukan gadis yang gagah perkasa semata-mata tetapi juga seorang yang comel dan agak 'fragile' di dalamnya. Beberapa kali, Ahn Min Hyuk akan tampil sebagai perisai buat Bong Soon walaupun secara kontraknya, Bong Soon kena melindungi dia sebaliknya.

Strong Woman Dong Bong Soon juga memaparkan adegan slapstik komedi daripada pelakon Kim Won Hae dalam memaparkan dua watak ternyata kontra, seorang gangster yang suka main kotor dengan seorang gayah merangkap pereka 'game'. Juga, olahan drama yang sepatutnya 'suspens' dibuat dengan cara komedi. Tapi garapan plotnya sangat mudah dan ringan. Tiada apa yang dapat diambil yang boleh disebut mengenainya. Kelancarannya terbantut dan meleret-leret sehingga membosankan.

Apapun, ia masih drama yang boleh ditonton sehingga habis. Sungguhpun begitu, kritikan ini mengingatkan penulis pada drama Oh My Venus.

                                     
2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)
Keseluruhan, pelakon tiada masalah cuma kekurangan 'roh' dalam perwatakan yang dibawa.


Park Bo Young
Pelakon ini agak sinomin dalam membawa watak yang comel dan kebanyakannya komedi romantik kerana tubuhnya kecil. Ia mengingatkan penulis pada Jang Nara pada zaman kemuncak sekurang-kurangnya daripada bentuk tubuhnya. Jika nak dibandingkan dengan Oh My Ghost, tiada yang boleh dipuji kerana lakonannya sekadar 'straight-forward'.


Park Hyung Sik
Park Hyung SIk agak terkenal dengan lirikan mata yang menikam kalbu. Penulis agak terkesan dengan lakonannya sama seperti penulis rasai dalam drama Hwarang. Tapi ia tak cukup untuk menyakinkan sekurang-kurangnya lakonannya layak dikategorikan 'Best Actor'. Ia tersangat mudah. 


Ji Soo
Tidak keterlaluan untuk penulis tegaskan, penulis agak kecewa dengan garapan watak mahupun lakonan yang ditonjolkan. Ji Soo menyerlah dalam siri drama sebelumnya tapi tampil 'menjengkelkan' dalam drama ini. Seolah-olah mimik mukanya tak merelakan wataknya diperlakukan begitu.


Kim Won Hae [Best Supporting Actor]

Siapa sangka Kim Won Hae tampil dengan watak gayah yang mempesonakan. Dari seorang gangster yang tak mudah putus asa kepada seorang gayah dengan 'trademark' mengunyah gula-gula. Tidaklah terlalu sempurna (kerana agak 'overacting') tapi cukup untuk mentertawakan telatahnya.

Jang Ki Wan
Sekarang ini drama banyak pergunakan watak-watak penjenayah yang psikopath. Tiada yang istimewa yang ditonjolkan daripada pelakon ini hanya sekadar menghidupkan 'suspens'.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.1/10)

Pengarah agak berjaya menyelamatkan drama ini daripada tenggelam dek kerana cerita yang lemah. Teknik penyaduran muzik yang 'suspens' dalam menghidupkan suasana sindiran berbentuk komedi agak menjadi sekurang-kurangnya adegan melibatkan pergaulan sesama gangster. Pengarah juga sedikit sebanyak menjadikan suasana drama seolah-oleh berada dalam garapan sebuah komik , dengan kelogikannya tidaklah dipersoalkan.

4. Skor muzik (2.5/5)

Instrumental banyak membantu menaikkan adegan komedi.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.7/5)
antara 50 50.

Rating Keseluruhan Drama: (5.7+7.5+7.1+2.5+2.7) =25.5/4=6.38)
Nomination: -none-

No comments:

Post a Comment