Wednesday, 17 May 2017

Rebel Hong Gil Dong_daus

Rebel: Thief Who Stole the People

by daus



Rating Keseluruhan Drama:  (8.0+8.7+7.2+3.2+3.5) =30.5/4=7.65)

Kritik Keseluruhan: "Rebel Hong Gil Dong mempunyai plot yang agak mantap dan mendebarkan tapi kurang 'menyengatkan' apabila menghampiri penghujung cerita. Apapun, dengan mengadaptasi kisah pemberontakan Hong Gil Dong terhadap raja Yeosangun, drama ini tidak menghampakan kita dengan pembunuhan 'watak' tanpa sebab, ia sesuatu perjalanan yang menyeronokkan."
1. Cerita  (8.0/10)
Menyaksikan drama "saeguk" tanpa "memuaskan" hati kebanyakan pihak bukan sesuatu yang mudah. Namun, sekurang-kurangnya Rebel Hong Gil Dong telah menepikan persepsi drama "saeguk" tidak harus berakhir dengan kemenangan seseorang tanpa perlu berbunuhan antara satu sama lain.

Meneruskan legasi bapanya, Hong Gil Dong telah belajar sesuatu daripadanya, apabila hendak membalas dendam tak perlu menggunakan kudrat tenaga berpanjangan tetapi hanya dengan kemahiran memanipulasikan sesuatu keadaan menjadi sesuatu bermanfaat kepadanya. Inilah Hong Gil Dong lakukan dengan bantuan abangnya, Gil Hyeon selaku ahli politik yang menyamar di barisan kabinet Yeosangun serta beberapa orang penyangak yang sudah pun mengikat janji setia dengan Hong Gil Dong.

Drama ini masih mengikut sejarah tentang bagaimana Yeosangun dijatuhkan dan menjadi seorang begitu kejam dan rakus. Gundik setianya, Jang Nok Su digambarkan dalam bentuk "positif" walaupun di mata rakyat pada masa itu, dia ialah wanita yang jahat dan mempengaruhi Yeosangun, sehingga hidupnya berakhir dengan kematian. Jang Nok Su berjaya ditunjukkan seorang yang dikasihani, tapi sebenarnya kita hampir terlupa dia seorang yang manipulatif dan kuat cemburu.

Peranan Song Dong Hwan yang tetap dengan pendirian bahawa hierakki manusia tak boleh digugat oleh sesiapapun dalam memporak-perandakan situasi politik istana menunjukkan dia juga seperti Hong Gil Dong memanipulasi situasi semasa untuk kepentingannya. Tapi, rancangannya kecundang apabila anak murid paling dihargai, Gil Hyeon mengkhianatinya di saat-saat dia memikirkan dia telah berjaya. Akhirnya Song Dong hwan akur raja yang begitu disayanginya, kalah dengan "mereka" yang dianggapnya sebagai "pest" sebelum ni. Cuma saya agak kecewa dengan garapan cerita yang meletakkan Gil Hyeon seperti sedang berpuas hati dengan apa yang berlaku pada gurunya setelah gurunya itu mengajar dan mendidik sewaktu dia susah dan memerlukan sokongan politik.

Watak Ga Ryung pula tidak penting pada permulaannya, tetap semakin dekat di hati apabila dia bertindak menyamar diri sebagai penghibur di istana. Bagaimana dia menyimpan perasaan dan menunggu peluang membalas dendam terhadap "kematian" suaminya adalah sesuatu yang boleh dipuji.
Watak-watak lain juga agak membantu, seperti bapa Hong Gil Dong, dan Mori memantapkan lagi jalan cerita ini. Walaubagaimanapun, selain Song Dong Hwan, saya agak tak berpuas hati pada perkembangan watak Orini, adik mereka bertiga yang seakan-akan tenggelam setelah dia mendedahkan identitinya. Sekurang-kurangnya, harus ditunjukkan kenapa dia perlu ada dalam cerita ini.

Kesimpulannya, 30 episod drama ini seperti terasa sekejap saja.Bagi saya, ia suatu perjalanan yang menyeronokkan.
                                     
2. Keberkesanan Lakonan (8.7/10)Hampir kesemua pelakon telah mempersembahkan dengan baik sekali.

Yoon Kyun Sang
Walaupun baru kali pertama membawakan watak utama, Yoon Kyun Sang masih meninggalkan aura penyangak "Hong Gil Dong" dengan wajah yang gasar. Kekurangannya hanya terletak pada kecelaruan emosi antara "naif" atau sepatutnya seorang yang "pandai" dan "taktikal". Masih boleh diperbaiki lagi kelak.

Chae So BinAntara aktres yang menyerlah yang mampu membuatkan mereka mudah tertawan dengan senyumannya kerana keikhlasan yang ditunjukkan. Peranannya sebagai Ga Ryung lebih menyerlah di penghujung cerita.

Kim Ji SukBagi saya Kim Ji Suk agak gagal untuk menjauhkan saya daripada imej kelakarnya ke atas raja sepatutnya kejam dan rakus. Sedikit tidak kena pada gambaran Yeosangun yang dilakonkannya.

Lee Ha Nui [Best Supporting Actress]
Sangat menakjubkan lakonan ditunjukkan sebagai Jang Nok Su. Bagaimana daripada seorang pelacur (gisaeng) tak dikenali yang telah mengabaikan cinta hatinya untuk mengejar hidup lebih baik di istana, kepada seorang gundik yang "mempengaruhi" raja dengan kata-katanya. Anehnya, Lee Ha Nui tidak membuatkan kita membencinya, tapi simpati dengan "keikhlasannya" riak emosinya yang tetap setia dengan raja walaupun ada peluang untuk membebaskan diri. Akhirnya, Jang Nok Su mati dengan jiwanya sebagai penyanyi.

Kim Sang Joong Walaupun hanya muncul 11 episod saja, tetapi dialah pendukung utama cerita di awal cerita. Menjadi ayah tiga beradik, prinsip perjuangannya diwarisi oleh Gil Dong untuk membebaskan rakyat daripada tindakan kejam Yeosangun.

Ahn Nae Sang Sukar untuk saya lupakan watak orang tua uban atau dikenali sebagai Song Dong Hwan kerana dia adalah "shadow" di belakang tindakan kejam Yeosangun. Bagi saya, Ahn Nae Sang sememangnya pelakon yang berkarisma.

Tahniah juga diucapkan pada pelakon Sim Hee Seop (Gil Hyeon) , Kim Jung Hyun (Mori) , Seo Yi Sook (mak kepada Jeong Hak) dan juga pelakon cilik, Lee Roo Won (Hong Gil Dong semasa kecil). Mereka sedikit sebanyak penggerak cerita ini.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.2/10)Kaedah pengarahan masih baik tetapi kurang kreatif. Adegan sesuatu dramatik boleh dilakukan dengan lebih baik. Sinematografi juga tidak berapa menonjol.

4. Skor muzik (3.2/5)
Instrumental sayangnya tak sehebat drama saeguk yang biasa saya tengok sebelum ini. Tetapi lagu-lagu klasik banyak menutup kelemahan ini.
Contohnya yang menjadi kegemaran saya,



Lagu nyanyian Ahn Se Hyun ini juga agak membantu dalam menaikkan perjuangan revolusi menentang kekerasan berlaku di hadapan mata.




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)
Not too mediocre, but overall a good drama.

Rating Keseluruhan Drama: (8.0+8.7+7.2+3.2+3.5) =30.5/4=7.65)
Nomination: Lee Ha Nui

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang


No comments:

Post a Comment