Wednesday, 3 October 2018

Prison Playbook_Nurul Aida

Prison Playbook

oleh Nurul Aida


Image result for poster prison playbook
 
 Rating Keseluruhan Drama:   9.75/10


1. Cerita  (10/10)

Terdapat banyak elemen dan faktor yang membuatkan drama ni sangat menarik untuk ditonton dan antaranya ialah kerana barisan pelakon yang mantap. Walaupun drama ini lebih ramai pelakon lelaki berbanding perempuan, tetapi drama ini tetap mempunyai kekuatan dia tersendiri. 



Jalan cerita yang mungkin agak skeptikal apabila dikaitkan dengan banduan kerana ia menceritakan tentang gangsterism dalam sel, buli, dan yang seumpama dengannya. Tetapi, drama ini tetap ada kelainan dan daya tarik dari sudut plot cerita yang tak boleh dijangka, serta elemen saspen yang berterusan. 



Dan yang paling penting adalah banyak jugak mesej-mesej yang cuba disampaikan. Dan yang paling menarik sekali ialah, dari seawal minit pertama episode pertama, memang akan buat rasa bingung dan keliru kerana sama ada sedang menonton drama ataupun sedang menonton filem. Sinematografi yang cantik, kamera angle dia yang cantik, antara faktor menarik jugak kenapa drama ini sangat best untuk ditonton.


2. Keberkesanan Lakonan (10/10)





1. Park Hae Soo [Best Actor Nomination]


Lakonan yang bersahaja, tapi natural walaupun nampak agak lurus bendul watak yang dibawa. Kebiasaan watak hero dalam penjara yang sering mendapat perhatian dan menjadi target geng pembuli di dalam sel pasti bersifat dendam dan ingin membalas dendam. Tetapi watak Park Hae Soo yang dibawa dalam drama ini lebih kepada konsep akur dan redha. Jadilah baik nescaya akan ada kebaikkan yang tuhan akan balas. Macam itu jugak mesej yang cuba disampaikan bagaimana beliau berjaya merubah persepsi orang-orang yang berfikiran negatif dan jahat kepada lebih baik di dalam penjara tersebut..
 
  2. Krystal Jung [Best Supporting Actress Nomination]
 Lakonan yang nampak lebih natural, lebih matang. Pembawakan watak yang lebih bagus dari drama-drama beliau yang sebelum ini. Walaupun ramai yang beranggapan beliau seorang pelakon yang agak 'kayu', tapi pasti akan berubah pandangan selepas menonton beliau dalam drama ini.






3.  Jung Woong In [Best Supporting Actor Nomination]Walaupun watak yang sandang sebagai warden penjara, tetapi beliau juga merupakan watak penting di dalam drama ini kerana beliau yang banyak mambantu banduan-banduan yang sudah berubah dan sudah menjadi baik.

4.  Lim Hwang Hyoung 
[Best Supporting Actress Nomination]
Oleh sebab drama ini lebih ramai barisan pelakon lelaki, makanya percalonan bagi Best Supporting Actress untuk drama ini boleh diberikan kepada beliau. Walaupun wataknya kecil, tetapi beliau berjaya membawa karakter sebagai adik hero yang bertanggungjawab menjaga ibunya sepanjang abangnya berada di dalam penjara.
 
Juga, pujian diberikan pada pelakon pembantu lain terutamanya banduan-banduan yang tinggal bersama dengan Park Hae Soo.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9/10)



 

Secara teknikalnya sepanjang menonton drama ini memang rasa sangat-sangat berpuas hati dengan cara pengarahan drama ini termasuklah dalam proses editing. Bagi sesetengah drama yang ada unsur komedi, kita boleh nampak usaha pelakon yang cuba menghidupkan scene kelakar atau lawak yang cuba hendak dipaparkan. Tetapi dalam drama Prison Playbook ini elemen persekitaran, kamera, suara latar dan sound effect banyak memainkan peranan bagi menaikkan mood kelakar.

[Best Cinematography]
Kamera angle boleh bagi 5/5 bintang. Terasa seperti sedang menonton filem, bukan drama. Untuk 1 scene sembang pun boleh ada hampir 4 5 angle kamera yang luar biasa fokus dari drama lain. Walaupun lebih banyak view dalam penjara, tetapi tetap rasa tidak boring. 

    4. Skor muzik (5/5) 

강승윤, MINO (Prod. by ZICO), 비와이 (BewhY) – OK (Prod. by GRAY), Eric Nam – Bravo, My Life
https://www.youtube.com/watch?v=M0F5fyQwCdQ






5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

  Rating Keseluruhan Drama:   9.75/10

Tuesday, 25 September 2018

Live_xyla73

Live

oleh xyla73



 
 Rating Keseluruhan Drama:   9.0/10

1. Cerita  (9/10)
Drama nukilan Noh Hee Kyung ini adalah drama wajib tonton kepada penggemar genre ‘slice of life’. Berlatarbelakangkan kehidupan seharian polis di barisan hadapan, penonton dibawa untuk menyelami jerih perih mereka yg bergelar anggota polis. Berbeza dengan drama jenayah yg lain, drama ini lebih bersifat ‘character driven’ iaitu watak2 yg menggerakkan jln cerita berbanding plot. Semua watak dikupas dengan baik termasuk watak2 pembantu sehingga kita akhirnya suka kepada semua watak2 tersebut. 
 
 
Drama ini mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tanpa dibarisi oleh hero2 tampan ataupun idol sebagai daya penarik. Highlight kepada drama ini adalah hubungan antara 3 anggota polis rookie dgn mentor masing2. Sebuah drama yg baik yang mampu menyuntik pelbagai rasa di hati penonton. Penonton akan sama2 merasa semangat berpasukan mereka setiap kali mereka menyelesaikan sesuatu kes. Juga terdapat momen2 yg menyentuh perasaan terutamanya yg melibatkan keluarga. Setiap babak sgt realistik dan dekat di hati penonton. 
 
Drama ini juga sedikit sebanyak mengubah persepsi penonton kepada anggota polis yg digambarkan sbg korup dlm sesetengah drama. Secara tak langsung penulis menjadikan drama ini sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat contohnya apa yg perlu dilakukan oleh mangsa serangan seksual.

2. Keberkesanan Lakonan (10/10)



1. Lee Kwang Soo 
 
Walaupun tiada pencalonan best actor, saya ingin menyentuh mengenai Lee Kwang Soo. Ini merupakan pertama kali Lee Kwang Soo menjadi teraju utama sebuah drama dan pertama kali juga saya respect dia sebagai pelakon. Membawa watak Yeom Sang Soo, seorang rookie yang berada dibawah bimbingan mentornya Oh Yang Choon yang bersifat panas baran. Mampu memberi emosi yang dikehendaki mengikut situasi contohnya marah, sedih, cemburu dan sebagainya. Cuma utk babak romantis, masih perlu diperbaiki. Beliau mampu bergerak lebih jauh jika diberi lebih peluang.
 
 
  2. Jung Yoo Mi
Seperti juga Lee Kwang Soo, saya ingin menyentuh mengenai Jung Yu Mi yang membawa watak polis rookie wanita yg menghadapi dilema untuk terus menjalankan tugasnya sebagai anggota polis atau meneruskan pengajiannya di luar negara. Saya tidak meletakkan beliau sebagai calon best actress sebab walaupun agak meyakinkan sebagai Jeong Oh tetapi tidak cukup kuat.


3.  Bae Sung Woo [Best Supporting Actor]
Beliau melakonkan watak Oh Yang Choon, seorang pegawai senior yg juga merupakan mentor kpd Yeom Sang Soo. Di samping panas baran, Oh Yang Choon juga seorang yg kuat bekerja yg menjadi penyebab kepada krisis rumahtangga bersama isterinya. Secara jujurnya saya rasa beliau layak dicalonkan utk best actor kerana inilah watak yg paling mencabar dalam drama ini. Beliau berjaya menghidupkan watak yg pada awalnya sukar utk mengawal emosi tapi lama kelamaan menjadi watak favorite penonton sehinggakan ada yg mengalirkan air mata apabila satu musibah menimpa wataknya di penghujung episod drama ini.
 

4.  Bae Jong Ok [Best Supporting Actress] 
 Beliau melakonkan watak Oh Yang Choon, seorang pegawai senior yg juga merupakan mentor kpd Yeom Sang Soo. Di samping panas baran, Oh Yang Choon juga seorang yg kuat bekerja yg menjadi penyebab kepada krisis rumahtangga bersama isterinya. Secara jujurnya saya rasa beliau layak dicalonkan utk best actor kerana inilah watak yg paling mencabar dalam drama ini. Beliau berjaya menghidupkan watak yg pada awalnya sukar utk mengawal emosi tapi lama kelamaan menjadi watak favorite penonton sehinggakan ada yg mengalirkan air mata apabila satu musibah menimpa wataknya di penghujung episod drama ini.
 


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)



Memandangkan drama ini ditayangkan di Netflix, kualiti gambar memang cantik.
   
Ada beberapa babak di mana sinematografi agak cantik terutamanya babak outdoor semasa mereka menghadiri team building.

   
4. Skor muzik (4/5)
1. Because You (Davichi) 
2. After a day (Han Dong Guen) 
3. Why why why (Punch)
 


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

  Rating Keseluruhan Drama:   9.0/10